Ubat Tahan Sakit
Ada 3 jenis ubat tahan sakit iaitu non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), paracetamol dan opioid. Ketiga-tiga bekerja melalu cara berbeza. Biasanya terdapat dalam bentuk cecair, tablet, kapsul, cucuk atau masuk melalui bontot. Ada juga dalam bentuk krim, minyak dan sebagainya.
Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) – Contohnya seperti ibuprofen, diclofenac, naproxen, aspirin dan sebagainya. NSAIDs melarang kesan enzim yang dipanggil cyclo-oxygenase (COX). Enzim ini bantu menghasilkan prostaglandin yang menyebabkan kesakitan dan keradangan. Pengurangan prostaglandin mengurangkan rasa sakit tersebut. Tak semua NSAIDs kerja dengan cara sama tapi hampir serupa.
Paracetamol – Ini yang paling biasa digunakan. Contoh seperti penadol. Tak diketahui bagaimana cara kerja, tapi dengan kaedah yang hampir sama. Ia bantu dalam kesakitan tapi bukan keradangan.
Opioid – Antara yang lemah termasuk codeine dan dihydrocodeine. Lebih kuat seperti morphine, oxycodone, pethidine dan tramadol. Biasanya menyebabkan ketagihan dan ada kesan sampingan. Ia bersatu dengan reseptor dalam sistem saraf pusat dan akhirnya mengurangkan rasa sakit tersebut.
Tambahan daripada ini, ada juga ubat antidepressent dan antiepileptic yang digunakan untuk merawat kesakitan neuropathic.
Sebarang penggunaan ubat tahan sakit adalah berpandukan nasihat doktor anda.