CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Ketaq Lutut






Baru dapat date utk intebiu aku dah ketaq lutut. Maklumlah taun ni dah kali ke 4 aku apply utk Masters Degree nih under JPA. If tak dapat jugak, mmg frust tertonggeng lah. Mana taknya, berkobar2 aku nak sambung study tp xd peluang lg. Belum rezeki kata orang. Yg penting, jgn putus asa ye dakk.




Sementara otak masih belum tepu sepenuhnya (wpun rasa2nya dah tepu dah) n memandangkan dah ada kemudahan dpn mata yg pihak gomen sediakan utk gomen staff, apa salahnya mencuba smp berjaya.

If berjaya dapat lah katakan nanti, bersyukur sebab akan dapat cuti bergaji penuh. Diulangi cuti bergaji penuh. Siapa yang taknak kan?? Dahla byk masa dgn anak2 kat rumah sebab kelas cuma dlm 3-4 kali seminggu, tapi akan busy dgn assignment and study group. Lain2 yg penting gaji dapat. Sape nak kasik kan?

If let say xd rezeki lagi taun ni, aku akan make sure aku kumpul duit sendiri n sambung study taun dpn guna duit sendiri n buat master scr part time. Masalahnya nk blaja part time, memerlukan effort yg sangat tinggi. Kena commit 120%.

Doa2 la byk2 semoga dapat sambung study under biasiswa HLP JPA ni ek. Aminnn.

*Dah kena start study proposal takut x dpt jwb time intebiu nanti*








Monday, June 24, 2013

Ngantuk

Ngantukknyaaaa!!!
Asik2 menguap jek arini. Nak minum, tak boleh sbb puasa. Inshaallah, semoga dipermudahkan Allah untuk urusan hari ini. Puasa nisfu syaaban.

Ngantuk ni gara2 mlm tadi dah tersyiokk sangat xleh nak stop plak baca novel TEDUHAN KASIH tu. Huhuhu.. Sudahnya pkl 1 lbh br tido, lps tu pkl 5 bangun sahur n dpt lelap stgh jam before bangun siap2 g keje subuh td.

Aku tak layan pun cite teduhan kasih tu sbb ntah ek, mcm x tertarik pun nk tgk cite tu. Tapi novel dia mmg best lah, trus aku rasa mcm start ptg ni nak tgkla cite tu. Hahahaha...





Wednesday, June 19, 2013

Kelas Buat Kek

Tetiba terasa2 mcm nak pegi kelas buat kek lak bila tgk gamba2 kek kat kitchenguardian.
Mcm menarik2 plak gamba2 dia. Teknik gambau ke ek.

Padahal dah lama dah kwn2 terdekat bergelumang dengan kek. Kwn aku drpd x pandai wat kek, skang ni dah jd cake maker berjaya dah, dah ramai customer dah n dah dikenali dgn OC nya.

Tapi bila tgk gamba kelas buat kek yg byk kt blog kitchenguardian tu wat aku mcm nak pegi belajar, so that kek yg simple2 aku dah pandai buat sendiri. Ni aku cuma pandai wat guna choc ganache nyatopping jek. If guna buttercream or fondant ke mmg haghammm x reti. At least bila pegi kelas, tau lah basic2 tu, jadikla nak buat kek last2 minit ke kan yg simple2. Untuk pengetahuan sendiri jek.

Nak gugel lah nnt mana2 kelas yang reasonable n kek mmg sedap. OC taknak buat kelas ke??? Hahahah...





Friday, June 14, 2013

Stalker


Tak sangka blog ai yang x fofular langsung ni ada stalker uols. Tapi saya rasa stalker itu ada agenda lain. Agenda apa saya tidak tahu.
Kehadapan stalker yang tidak menyukai saya itu, saya tidak kisah jika anda membaca blog ini tetapi saya harap jangan lah anda semakin sakit hati dengan saya selepas membaca blog saya ini.

Tak suka senang je, sila tekan butang pangkah di atas belah kanan page ni ya. Jangan lah baca lagi dan lagi walaupun berdendam dengan saya, Sesungguhnya saya tidak pernah mengalami masalah dengan anda. Saya juga tidak pernah tidak menyukai anda sebagaimana anda tidak menyukai saya. Atas sebab apa saya tidak tahu. Oleh itu, sila jangan baca lagi blog saya yang boring ini.

Ini blog saya dan hak saya untuk bercerita mengenai apa saja tentang diri saya dan anak2 dan suami saya. anda tidak ada hak untuk bercerita semula tentang isi blog saya dan membicarakan bersama orang lain dan mengundang anasir2 tidak sihat.

Berkenaan apa2 tajuk yang saya bercerita di dalam blog, apa2 kisah, mana2 tempat yang saya pergi, itu adalah hak saya dan anak2 saya dan suami saya, anda tidak ada hak untuk mempertikaikannya. Saya pun bukan lah orang kaya yang hebat2. Jadi tidak ada apa yang menarik tentang saya untuk diperkatakan.
Insaflah, mengumpat tentang saya berdosa. Buatlah kerja lain lagi yang lebih berfaedah.

Sekian, mekasih.





Friday, October 19, 2012

Macam-macam

Entry ni adalah entry membebel taktau apa.

Sebenanya dah lamaa sgt nak update blog, niat tu ada tp mood tak datang2. Sampai la blog ni aku tgk dipandang sepi jek n dah bersawang dah pun. Blog org pun x sempat sgt nk baca.
Semua ni disebabkan few things yg buat aku xd masa nk update blog. Padahal byk benda aku nk update psl diri, anak2 n benda2 yg jadi.

First,
Psl bizi dgn keje tp tu sume ayat cliche lah kan sbb mcm la kita sorang jek yg busy, org lain pun ada keje gak tp sempat jek update blog. Kuang kuang kuang.
Psl keje ni, awal taun aritu, ada reshuffle unit. aku yg selama ni jaga system development kena tukau ke operation unit. n paham2 jek la kat gomenni kalau da duduk operation tu, mmg bykkkk kejenya. Lagi plak staf x cukup kat sini. Aku nk kena jaga helpdesk yg memeningkan kepala tu, aset ict, server, data centre, email, backup and to name a few lagi. utk 1 msia plak tu. mana tak pening nya. staff aku cuma ada 4 org je tu pun sume lelaki n technician level. so keje2 lain tu sume aku sorang yg buat. mcm hapa jek kan kat sini. dgn paperwork lagi, sebut harga, tender, kontrak apa2 jek la sume kena wat sendiri. tu sbb bila kat opis ni, aku jd malas nk update blog. sbb bila ms free tu, aku wat benda lain yg boleh release tensen mcm online shopping ke, cuci mata online ke. ahaksss.

Second,
Bila da lama sikit x update, mula lah malas nak menaip balik sbb mcm taktau nak taip apa n nak cite start mana. Tapi bila pk balik, rugi plak sbb konon nk bg anak baca bila dia beso esok biar dia tau mak dia ni cite psl dia kat blog so dia tau la cane dia dr kecik smp beso. Tp hasrat tak tercapai. KPI failed big time!

Third,
Ada stalker yang sentiasa tak leh tgk org lain senang. Ada jek benda yg di bikin havoc yg buatkan aku rasa lagila malas nak berciter dlm ni. Org yg sentiasa tak puas hati dgn aku. Apa aku buat sume tak betul. Lps tu nanti org lain yg jd mangsa. Wallahualam.

Ok tu jek nak membebel. Hopefully mood aku datang balik.





Wednesday, June 20, 2012

Rajin

Percubaan utk cuba nak jd rajin update blog tak kesampaian nampaknya. Sedih sungguh tgk cuma bape post je per month.

Bukan apa, takde time nak update. kat ofis bizi dgn keje, kat umah bizi dgn anak, xd masa nak bukak lappy dok ngadap blog.

Ok, aku nak try menjadi rajin semula lah. Doakan semoga berjaya!




Saturday, July 16, 2011

Jantung Terhenti Sekejap

Alkisah berlaku di OU.



Aku kua melepak dgn geng2 UM kat penang rest apa tah nama dia da lupa. Bawak arissa n aisy sbb pk kan da lama tinggal derang. sian plak. yelah, mula dgn cambodia trip awal july aritu pastu bz dgn outstesen lak ke KK. So Sabtu tu bwkla derang jalan. Tau jek la kalu da budak berdua tu, sure havoc punya..kejap sorang nak g toilet, sorang lagi lari sana lari sini...mmgla mak derang ni bz xleh nak borak sgt dgn kwn2..



Memula arissa nak g toilet, da bawak da, lps tu tgh dok borak, dia nak g toilet lg sekali. masa tu tgh berbalas BBM dgn suami tercinta. then trus la bwk henfon tu masuk toilet. masukla toilet utk disable/children tu. seb baik guna toilet tu, ada hikmahnya.



Masa tu arissa n asiy nak cuci tangan, lps tu aku letakla fon tu kat tepi sinki tu. lps tu dlm masa sama aisy lak da berlari kua. aku pun trus berkejar kat dia lgsg lupa psl henfon yg tertinggal tu, balik kat meja, kwn2 tgh syok tgk gamba ktorang kat cambodia. lps tu gelak2 lps tu trus g cashier counter utk byr. lps byr derang nak main kat tingkat atas, g la naik tgkt 2 tu. masa kt atas tu la bwk aisy naik benda alah bear yg jalan tu, time tu dia soh aku amik gamba dia..masa nak cr henfon tu la baru pasan yg henfon xde. soh kwn aku kol kan henfon tu da off...da selamattt...



Aku menggelabah hbs. xtau nk buat apa. yg kat otak aku terpk nak g cari tp cane dgn budak berdua tu. aku soh kwn aku aka kecik soh tgkkan derang, aku berlari ke lif cepat2 turun ke toilet tu. smp dpn toilet ada plak org kat dlm tu, tgu punyala lama, lps dia kua aku tny dia adanampak henfon x?dia ckp xde, siap dia tunjuk dlm bag dia lg sbb dia takut aku syak dia amik. aku pun mcm blur xtau nk wat pe. tny cleaner dia ckpd ia x jumpa. dia soh aku try g tny kat service counter. dia ckp if dia jumpa selalunya akan serha pd counter tu. aku da rs mcm separuh nyawaku pergi..cewahhh...



Aku naik atas balik g tempat budak2 tu, masa tu derang ajak aku main lagi tp aku mcm blur xtau nk ckp apa. aku bwk derang g bwh kat svc counter tu. aku report bgtau hilang n nak mintak tgk cctv. dia ckp seb baik disable toilet tu kat luar pintu dia betul2 mmga da cctv. so leh nampak la siapa keluar masuk toilet tu. dia ckp dia leh tgkkan, if cleaner or tenant ada kemungkinan leh dpt balik, tp if public mmg sadaqallah la...aku pun xpe, tgu la dia cek. tgu nk dekat 1 jam xde feedback. masa tu arissa da penat da ajak balik sbb da ngantuk. aku pun balik la n tinggalkan no kwn aku sbb dia balik saing aku. dlm kete mcm2 aku pk, mana nak kena beli henfon baru lagi, contact sume dlm tu aku x ingat, xde backup. pastu isninnya nak kena outstesen, no colleague aku tu pun aku x ingat. mmg da xde mood lgsg..



Elok je tiba guard house, security tu kol henfon kwn aku bgtau yg henfon aku da jumpa balik, tp aku kena g sana amik la. aku lak da smp umah. time tu aku rs mcm nak melompat. tp aku pelik la gak cane leh jumpa. dia ckp tgk kat cctv, lps aku masuk ada cleaner masuk. tp masa aku tny tu cleaner yg lain bukan org tu. security tu ckp dia panggil balik cleaner tu sbb dia tgh break. bila panggil balik tny2 cleaner tu n bgtau yg nampak kat cctv. aku rs dia da xleh nak tipu da, dia pun ckp la mmg dia jumpa tp masa tu dia x sempat naks erahkan kat counter sbb da nak g break..pala hotakkk ko..kalo ko x berniat nak amik, kenapa ko off kan henfon tu. patutnya ko on la, so that bila aku call ke ko bgtau je la ko jumpa..ni ko da off..nampak sgt if aku x g report kat counter tu, ko akan sebat je fon tu kan??



Alhamdulillah syukur. Lega yg amat sgt. Aku puji la security OU tu. mereka mmg buat kerja dengan bersungguh2 n tolong aku dapatkan balik henfon aku tu. Lesson learnt aku xleh bwk henfon lagi masuk toilet or mana2 main tinggal je atas meja...kena sentiasa masuk dlm beg. En Suami pulak ckp aku xleh bwk budak berdua tu bjalan if aku sorang sbb takut nnt kelam kabut...huhuhuhuhu....



Panic sekejap...










Monday, May 30, 2011

Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhanku


Berilah kami kekuatan untuk menempuh dugaan ini Ya Allah.


Sungguh berat ujianmu pada kali ini Ya Allah.


Tak tertanggung rasanya.


Sesungguhnya kami tidak daya melihat penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh orang yang kami sangat sayangi Ya Allah.


Kau perkenankanlah doa kami Ya Allah.


Kau peliharalah kami Ya Allah.


Sesungguhnya kepadamu kami berserah Ya Allah.


Berilah petunjukmu Ya Allah.


Kau Yang Maha Besar Maha Menyayangi Ya Allah.


Amin amin ya rabbalalamin.





Thursday, May 26, 2011

Serabut

Haish...


Belum selesai satu masalah, dah datang lagi satu masalah yang lebih berat..


Aduh, tak tenang dibuatnya..


Nak2 bila masalah ni melibatkan orang2 terdekat...


Ya Allah Ya Tuhanku, ko berilah petunjuk kepada hambamu ni..Ya Allah..




Wednesday, February 23, 2011

Serabut

Hidup aku tgh serabut skang ni.

Keje tgh byk, plak tu keje yg aku x minat n x suka tp terpaksa buat gak sbb da namanya keje.

Plak tu bibik plak tetiba je bgtau nak balik indon, means BERENTI bukan BERCUTI...

Uwaaa...lagila serabut sbb nak cari bibik lain lagi satu hal.

Hari2 dok pikir sbb susah nak dpt ganti skang ni.

hari2 dok pk keje yg x suka ni, dala boss bg due date dlm masa yg singkat.

Argh...serabut...serabut...



Monday, February 14, 2011

Gaduh

Takutla, lately ni dlm dunia blogging ni, sana sini org gaduh..

aritu orang itu, skang ni org ini plak..

Seb baik i x pemes n x active berbelog. Kawan pun x ramai, yg tukang baca blog pun x ramai jugak.

Jangan2 gaduh2 ya...chill!



Wednesday, December 1, 2010

Tacing....Hepi...Berbunga2...Sume Ada


Pengumuman!
Eceh..mcm ye ye jek....hahaha..
Hari ini dalam sejarah..arini adalah besday saya yg ke 13 taun..ahakss..(terbalikkan)
En suami mmg da wish tgh mlm td tp saya da tertido..
Pagi g opis mcm biasa..pagi2 kwn2 kat opis x pasan kot bday saya so sy pun wat mcm biasa sbb bukan perlu announce pun bday saya..cuma mana yg close tu ingatlah dan wish..tq..
Wish melalui FB pun byk gileee...alhamdulillah means ramai yg ingat wpun sebenanya reminder mmg alert kat fb memasiing kan..ahahaha...

Pastu ada training dr smlm kat lab...tgh2 training, tetiba counter reception kol ckp ada brg smp..ingatkan parcel ke apa, terpk gak mana de order apa2 brg pun sbb selalunya mmg if beli brg online soh deliver ke opis jek..pastu g la kat kaunter, tgk2 ada bunga..org kat kaunter tny, ada apa dpt bunga..ckp la besday smbl malu2 kucing sbb org tau..hehehe..masa tu da rasa mcm nak meloncat sbb mmg da tau da dr sape..dr sape lgi kalu bukan dr en suami terchenta....hahahahaha...rasa mcm nak peluk dia je masa tu gak kalu dia ada dpn mata la...tp dia jauh di mata dekat dihati...:)

Masuk dalam lab kontrol ayu sbb nak kena amik kad utk naik bilik..lab tu di level bwh dept sy..so org dlm lab da tny dan mula perasan arini besday sy..da sume nyanyi time tu..maluu....aww...
Ok , bwk bunga naik atas dlm bilik, turun balik truskan training mcm biasa..tp otak da xleh fokus sbb rasa terharu, tacing, hepi, berbunga2, nak nangis sume ada....sbb yela en suami jauhkan, dia tu mmg suke serprais2 ni tp x sangka la dia da jauh pun still wat serprais utk bini dia ni lg...ingatkan arini nothing spesel sbb just me n kids at home..tp rupanya ada jugak from him..:)





Bila tgk bunga tu n bukak kad, lagila rasa nak nangis...uwaaaa......tapi xpe, esok en suami da balik, nnt dia nak bwk g bday dinner n sebey hadiah...tu pun kalu ada la, xde pun xpe, sbb blackberry da dikira sebagai hadiah la dr dia..:)
To my lovely dovey darling hubby,
Thank u veryyyy much..i lap u....u really made my day sayang...:)
***Terus x sabar nak tunggu u balik esok...yihaaa***

Wednesday, November 24, 2010

Terjebak

SKII Beginner Set

Ahkak terjebak membeli benda alah di atas ni...

Citernya begini...
Kulit aku lately mcm makin teruk kekeringannya..da mcm gurun sahara lak aku tgk..jenis yg lps cuci muka tu rasa kulit muka mcm ditarik2...jenis yg nk ckp or senyum tu terasa tegang gile..maknenya air dlm kulit tu mmg da xde la tu...n terkupas2 lak lately ni..
Jadiknya sabtu tu aku g la facial..org facial tu ckp kulit aku terlalu kering..dia soh aku sign up kat tempat dia utk treatment tp aku x sign pun..sbb aku rs mcm mahal sgt..

Pastu lak last sunday, aku ada gathering dgn geng2 sekapal, biasalah kami rakan2 artis ni bila da borak sume cite kua..smp la cite psl mekap ni sume la..n aku pun cite psl kulit aku yg kering ni..so derang pun cite la psl miracle water skII tu..aku tau psl miracle water ni dr tibi..lgpun produk ni la yg org dok kata skII tu bagus pun kan..pastu lak geng2 aku mostly mmg pakai miracle water ni pun..derang la dah racun aku utk beli ni, aku pun tgk kulit derang yg dulu x cun skang ni da flawless n skin tone pun da even da..frackles sume xde..

Lagi pulak bila da masuk 3 series ni kulit makin la senang kerepot if x jaga kan espeseli utk org yg kulit kering lagila cpt penuaannya..jadiknya dgn azam yg tinggi, aku pun beli la produk di atas ni...dan2 tu gak g masuk parkson trus beli..tp oklah, beli produk ni aku dpt voucher parkson rm80..byk tu..kiranya berbaloi la...plus stok tu leh tahan smp 8 - 9 bln kalu ikut kata kwn2 aku tu..

Jadiknya....kite cuba dulu la ye mana yang terbaik....

Wednesday, November 10, 2010

Tolong Saya..

Gatal tangan nak tuka design template..belakangg....nampak xyg terkua tu dr kotak kat atas ni??
Help...sape tau cane nak wat?nak tulis header bg dok dlm kotak tu...
Saya tak reti..sape tau tlg ya...
Kelako la plak mcm tu...hahahahaa....

Alhamdulillah

Alhamdulillah, rezeki Allah....
Syukran.....:)

Monday, November 8, 2010

7 Dot Saya


Inilah 7 dot saya..saya punya bold 2 kaler putih...ianya telah selamat diterima dalam 2 minggu lps....lps da pakai dlm 2 mgu ++, saya dapat merasakan kehidupan saya lebih bermakna..cewwaahh...padahal en suami nak belikan lama da, tp saya yang taknak..nak jugak pakai henpon lama yg da berselotep kat belakang tu..hahahaha....
Skang ni da boleh berfbing, berblogging, ber yming, bersurfing sepanjang masa..dunia tanpa sempadan...sudah tidak ketinggalan zaman lagi sbb orang lain da lama da pakai pun...ahaksss...
Yang penting menjimatkan kos sbb saya dgn en suami da x bercalling2 lagi or sms..just pakai bbm jek..jimat2...so kwn2 yg saya xde lg bbm, bak datang pin no..saya nak add bbm...




Disebabkan kalernya adalah suci bersih, dan saya tak rasa saya ni pembersih sangat untuk menjaga sampai x kotor langsung, so saya tak pakai la original casing yang jugak kaler putih tu, jadiknya saya belila hard casing ni..saya beli sampai 3 sekali..hover kan, untuk tukar2..kite kasik bling2 sket..jadiknya boleh nampak dalam gelap..hahahaha....
Tulah en suami tu siapa soh belikan kaler putih..dia nak jugak kaler putih sbb dia ckp pompuan lawo pakai putih..limited edition kononnya..padahal bini dia ni susah hati nak menjaganya...

En suami ckp ni kiranya advanced bday present..alaaaa...awalnya dapat..tp jadikla drpd x dpt langsung kan...tapiiiiiiiii............ada lg satu hadiah bday pezen kot....cuma tungggguuuuuuuuuuu.....mintak2la dapat...doa byk2 k..

Wednesday, October 20, 2010

7 Dot

Lagi 2 ari my 7 dot berada di dalam genggaman..yihaaa....
suker...suker..suker...

Saturday, October 9, 2010

Sabtu

Arini adalah sabtu yg membusankan..mana taknya da terbiasa tiap kali wiken je sure jadual full of activities..tp arini mandom jek..dok umah, kejap aku jd tarzan, kejap jd singa betina, kejap jd ular kekenyangan zzzz.....hahaha.....melayan kerenah anak2 yg asik bergaduh je....aku tak tau la kalu si kecik ni nnt da beso cane lak....da jd 2 org laki lwn 1 pompuan yg garang tu....hahaha....nampaknya nnt aku bakal jd tarzan kuasa dua n singa betina kuasa dua la jwbnya....LOL...

Wednesday, September 1, 2010

1st Day

Arini ialah 1st day aku start kije semula setelah 2 bln aku dok umah...
Huhuhu...Rasa wendu sgt la plak kat anak bujang yg 2 org tu..yg kakak macam biasa sekolah..
Tp skang ni kakak da x dok umah. balik sekolah transporter trus anta umah bb sitter..aku bg dia dok situ sbb sian kat bibik nak handle 3 org sekali..dala arash tu kije nya asik melalak je..
Arash tu kuat nangis la..xtau nak wat cane..aku rasa anak ketiga ni plg susah nak jaga compare dgn yg dua anak dulu..xpela, mak aku ckp sabar je la tgu je la smp 3-4 bulan esok mana tau dia da x kuat nangis..So sementara ni, aku letak kakak umah bb sitter. dia pun suka dok sana ada kwn nak main..kang kat umah pun notti x hengat..

Mood nak wat kije belum datang lg ni..tgk jap2 lg...

Thursday, July 1, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah, rezeki baby kot...Tadi tengahari, kwn aku yg sama2 ptg bgtau result PTK da kua...
Aku pun kelang kabut cek kat JPA nya website..saspen2...
Tgk2, alhamdulillah, aku LULUS.....
Yahooo......xyah repeat...seksa woo nak repeat kursus ptk yg 1 mgu kena berkampung kat intan tu, dgn exam n assignment lg.....
Disebabkan masa ktorang amik kami ni sume nya ada status M sbb memangku wpun tgh kursus surat kompom kua...so plg tinggi boleh dpt pun aras 3 je, xleh dpt aras 4 wpun ko cemerlang gemilang terbilang hokeh...
Aku tny2 sana sini kwn2 yg sama2 ptk sume nya aras 3 je..
Xpela, janji sume lulus....Yihaaa....
Lps ni dok diam2, tgu je la naik 48 tu...tp xtau la bila sbb senior2 sume belum naik lg.....