CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label bb Arash. Show all posts
Showing posts with label bb Arash. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Potong Kek

Pagi bday arash tu, masa call umah, dia bgtau yg dia nak kek spiderman. Masa tu aku dok pk mana la nak cekau kek bday spiderman. Aku pun pujukla bgtau yg nanti tgu Dada ada je kita beli kek spiderman. Kebetulan masa bday dia tu en suami xd, outstesen.

Tapi, dia trus nangis nak jugak kek spiderman. Tak sampai hati, aku iya kan jek la. Tp lps tu mula mengagau mana aku nak carik. Tiba2 aku terpk si atie yg dok belakang taman umah aku je. Aku pun call tny, dia ckp ok, boleh if nak ptg tu. Aku bgtau nak kek spiderman, dia ckp dia x terer bab deco tp kalau rasa tu inshaa allah lah boleh. Aku pun ckp belasah jek la, edible pun xpe, janji ada nmpk spiderman. Dia ckp dia try.




Lps 1 jam tu dia call bgtau dia x dpt cari edible image, dia tny boleh x if dia ltk patung spiderman je atas kek. Aku ckp belasah jek la. Aku pun nak kek kecitt jek, dia ckp dia pki loyang dlm 5" mcm tu. Aku ckp ok sebab xd sape nk makan kek. Setakat aku 4 beranak jek. Cuma nk bg syarat jek ada kek utk arash tu. If x, kang dia ngamuk plak xd kek spiderman. Sooo, itulah hasilnya kek spiderman. Ptg tu pkl 6.15 amik kek kat area umah aku je.

Arash suke kemain ada patung spiderman. Mmg deco x bape ok, tp jadikla, dahla last minute, sape jek yg nak layan if order last minute mcm tu. So xyah deco lawo2, janji rasa ok.



Arash kemain suka siap lentok2 lagi kepala nyanyi lagu bday. Hehe. 




Kurang lengkap rasanya xd en suami. Tapi nak buat cane, keje dia dah mmg kena selalu kuar. Dapat plak bos yg x reti bahasa ni, sll bg notice within 24 hrs soh en suami travel. Tensen haku.



Budak kecik yg sangatttlah byk cakap. Suka wat lawak n loyar buruk.



Tersangat suka dengan apa2 yg related to spiderman, superman n batman. Mmg superhero betul budak ni.

 

Hadiah yg anak2 mintak aku belikan. Layankan jek la. Yg akak nak hadiah bday Baby Alive. Dah besar panjang pun beria2 nak baby alive ni. Mcm budak kecik aku tgk. Tp dah dia suka nk tukakan pempes patung dia tu, layankan jek la.. Yg si arash mcm biasalah, mintak spiderman. Tapi hadiah kecitt jek, nak beli yg besau, mahal lah plak. Nanti eh dik tgu lain kali if nak hadiah besau. Hehe..





Tuesday, July 2, 2013

3rd Birthday


Happy birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy birthday to Arash Naufal!
Happy birthday to you!!!!


Hari ni genaplah umur Arash Naufal 3 tahun. Syukur alhamdulillah kepada Allah, kerana masih meminjamkan arash dan anak2 yang lain kepada kami sampai ke hari ini. Inshaa Allah, kami akan jaga dan membesarkan tiga2 anak ini dengan penuh kasih sayang dan taat kepada Allah. *tetiba sedih plak*


Masih terbayang2 lagi time2 nak beranakkan Arash ni dulu. Rasa mcm sekejap sangat masa berjalan. Masa tu en suami duduk kat labuan. Time dah sakit tu, pegi hospital tgh2 pagi buta dlm pkl 6am kot. Masa tu call en suami, dia pun kelang kabut g airport carik tiket. Dapat tiket last minute tp maklumlah labuan-kl ada 1 flight je sehari, kebetulan kuasa Allah mmg sakit pagi2 buta, dptla catched up flight yang pagi tu. Kalau dibuatnya sakit petang, nampak gayanya esoknya barula en suami dapat balik ke kl. Masa tu dah doa2 dah biarlah arash jgn keluar dulu dr perut mummy sampaila Dada dia sampai kl ni.

Pukul 8am, doc induced sebab masa tu kepala dia mcm terdongak sket n belum turun kat jalan sepatutnya. Alhamdulillah, en suami sampai hospital pukul 11 lebih. Dan tepat pkl 12tghri, arash pun keluar dari perut mummy. Nampaknya mmg dia tunggu sampai Dada dia dpt tengok dia keluar. Syukur alhamdulillah.




Sepanjang dalam pantang, mmg sangat mencabar dan menduga keimanan mummy sungguh. Dahla masa tu Dada dia x duduk sama, duduk jauh. Plak tu, arash ni dr dlm pantang sampai lah umur 5 bln kot, tiap2 mlm menangis dr pkl 4am sampai lah ke pagi. Aku bergilir2 jaga dia dgn maid aku. Penat tak terkata. Mata da naik lebam x cukup tido. Siang pun sama, dia xleh silap sikit melalak2 jek kejenya. Mmg berdukung jek la. Masa tu mmg sangat2 penat otak dan badan. Dah puas bwk g klinik doc ckp xd sakit apa2. Sampailah umur dia 5 bulan, bwk g berurut, rupanya dia kena angin pasang, elok lps urut tu, dia dah x nangis lagi. Tapi mmg xleh silap sikit, dia akan menangis. Bila dah besar skit ni, nampak dah rupanya dia panas baran. Sama ikut sebijik mcm perangai Dada dia. Bersabar jek lah ada 2 org yg panas baran dalam rumah tu. Sampai skang ni if dgn Dada je, dia xleh ngam, ada je yg dia lawan balik. If mummy marah dia diam, if dgn Dada, kena marah dia akan lawan balik. Dada ckp, xleh nk wat pe sbb sama mcm dia kecik2 dulu. Hehehe..




Arash ni sangatlah pak lawak. Suka wat lawak, mulut menceceh tak benti kalau bcakap. Sampai nak tido pun bcakap, suara dahla mcm kartun. Mulut suka bcakap n kelakar orangnya. Ada je idea dia or ckp dia yg akan buat kitorang gelak. Dia lah penghibur dlm family. Abang n kakak mmg kena mengalah dgn dia, if xleh mengalah mmg dia mengamuk. If mengamuk, main pukul je, x kiralah tu abang ke kakak ke.

Apapun, please pretty please don't grow up too fast my darling Arash. Tak puas nak main2 dgn awak. Nanti dah besar dah x best. Hehehe..

Semoga Arash membesar menjadi khalifah Allah yang sempurna akhlak dan sentiasa taat pada Allah. Mummy doakan Arash sentiasa diberi kesihatan yang baik. Taun dpn kena sekolah tau. Jangan nangis lagi. Ni bila sebut sekolah je terus nangis xnak sekolah. Dia mcm fobia tak suka pegi sekolah. Ni gara2 kes masa takde bibik aritu kena duduk taska. Dia ckp cikgu dia garang. Tu yg xnk sekolah. Cane lah nak saiko dia bg dia suka sekolah.

Apa2pun, we love you Arash!





Friday, June 14, 2013

Ganti Puasa Marathon

Last year tinggal puasa tak ingat sangat either 7 or 8 hari. So, kita nk ganti taun ni kita amik yg maks lah, sbb kalu x cukup bahaya, kalau lebih xpe, dpt pahala puasa sunat sekali.

This year dari awal taun, asiklah tangguh2 nak ganti puasa tu sampailah dah nak dekat sgt dgn ramadhan ni. Tu yg nak taknak kena buat marathon lah, ganti straight. Senang, cpt sikit habis.

This week start, but today cuti sebab jumaat ni waktu rehat panjang, nak g mkn sedap2. hahaha..
So far dptlah 4 hari, ada lagi 4 hari boleh sambung next week.

Kebetulan en suami outstation minggu ni seminggu xd kat umah, lagilah senang nak puasa sebab leh masak ikut tekak sendiri utk juadah berbuka sbb makan sorang je. Budak2 makan ptg n lauk derang bibik yg masakkan, cuma arissa je makan pedas, so dia makan lauk apa yg mummy nya makan.

Antara2 lauk berbuka kat bawah ni. Masak lebih sikit utk sahur esok paginya terus. Senang. Sahur dah tayah pk nk masak apa. Lauk semua masak yang simple2 n goreng2 je sbb nak lauk kampung gitu, selera sket makan dgn nasi panas2.


 
Pedal goreng bercili, kacang buncis oyster sauce n udang goreng.



Ayam masak lemak cili api pedas gile, cauliflower oyster sauce n telur dadar. Selera sungguh makan dgn nasi panas2 n pedas.



Semalam, anak2 soh beli pizza, Aisy nak pizza katanya. So dapur tutup lah xyah masak. Balik umah terus call order pizza delivery saje from dominos, Ssnang keje. Dalam 20 minit pizza yang diorder pun sampai. Pastu tekak terasa nak fruit tart lps tgk blog moon semalam pg. Trus call tghri tu, kebetulan tukang buat tart tu dok taman sebelah je, call n dia boleh amik order sgt2 last minute tu. Harga pun berpatutan. Tu yg ptg smlm gak amik. Bila dah makan, mak aii sedapppp. Alhamdulillah.

 

Semangat bola lah konon. Lps mandi trus kemaruk nk pakai jersey Johor n siap mafla. Lps semayang aku kua bilik tgk2 dia dah siap mcm nk g stadium. Haha. Lps tu soh aku snap gamba dia tgh mkn pizza dgn jerseynya. Hamboiiii.



Bila dah snap gamba abang, si adik pun nak jugak. Lambat je snap trus menjerit soh amik gamba dia cepat. Hoverr tau.

 

Kakak pun nak jugak. Sudahnya semua nak berposing dgn pizza jugak. Mmg suka bgambor mcm mummy. Hahaha..






Wednesday, February 20, 2013

Arash Si Penglipur Lara






Arash Naufal ni makin besar makin banyak cakap. Mulut tu becok sungguh, bercakap tak berenti. Dia lah pak lawak skang ni dalam family. Nampak jek  kenit tp si penglipur lara sbb dia suka wat lawak. Suka nyanyi, suka joget dan jugak suka mengamuk. Kalau dah mengamuk tu masyaallah tak sanggup nak dgr.

1st day je duduk nursery dia x nangis, lps2 tu dia nangis bila sampai je nursery tu. Kalau nk start isnin tu, ahad petang dah nangis da ckp xmo sekolah. Dia ckp xnak sekolah, nak duduk umah. Tp bila balik sekolah, siap lambai2 cikgu lagi. Konpius mommy.

Mulut tak berenti bcakap kalau dlm kete tu. Naik motor dgn Dada pun sama, bercakap jek. Loyar buruk. Aku tgk dia sebenanya aku nampak dia tu sebijik mcm Dada nya si en suami. Hubs pun nak marah xleh sbb dia ckp arash tu sebijik perangai mcm dia masa kecik2 dulu. Kuat mengamuk, sikit2 nangis. Tak bg barang sket nangis, lambat sket nangis. Nangis volume yg plg kuat plak tu. Pastu xnak mengalah dgn abang n kakak. Garang plak tu n panas baran. Mmg sebijik en suami lah sume perangai dia, dgn kelakarnya, dgn barannya. Huhuhu..

Ni balik sekolah ari2 ada je lagu baru yg dia nyanyi. Memula dulu lagu ABC, pastu lagu telefon berbunyi, pastu lagu tanya sama pokok, pastu lagu pukul berapa datuk harimau, semalam plak lagu kalau gembira tepuk tangan. 

Apa2 pun, semoga Arash membesar nanti, buang semua perangai yg x elok ya nak. Mommy n Dada sentiasa doakan yang baik2 untuk awak. Jangan bawak perangai kuat mengamuk tu smp ke besar nanti pening mommy nak layan 2 org dlm family yg perangai mcm tu. Cukupla mommy layan Dada awak sorang je yg perangai mcm tu. Huhuhuh..






Wednesday, February 6, 2013

1st Day di Nursery

Semalam ptg ms aku ambik aisy n arash, nampak derang tgh main kat playground kat cpmpound taska tu. Mmg petang2 sume budak2 dapat main kat luar dgn cikgu2 sementara tunggu parents datang jemput. Bila nampak je kete aku, Aisy mula melompat suka tp muka ada mcm nak nangis.

Lps tu bila tny mcm mana kat taska, dia cuma jawab, ala sy tak ingat lah. Nantilah kat rumah saya cerita.
Bila tny adik, dia trus jwb : "Esok adik taknak pegi school, abang je pegi, adik nak duduk rumah".
Aku pun tanya balik : "kenapa adik taknak pegi school, school kan best, ada kawan, ada cikgu yg baik2"
Dia jwb, "School tak best lah"

Aduhh, sudah... Mati aku if dia betul taknak g sekolah.

Sampai je umah dua2 org mcm budak kelaparan terus mintak susu, Lps mintak susu, mintak nasi pulak. Lapar katanya. Aku terkejut la. Anak2 aku ni tak makan ke kat taska. Aku pun tanya aisy.
Aku : " Aisy, kenapa lapar?Aisy tak minum susu ke kat taska? Aisy x makan ke?"
Aisy : " Tak. Saya tak minum susu sangat, Saya tak mintak sebab takut cikgu marah"

Alaaaaa kesiannyaaaa aku dgr. Sure dia lapar tu. Aku dah agak da aisy if org yg dia tak kenal, dia takkan mintak. So puas la aku bgtau dia yg cikgu takkan marah punya if aisy mintak. Lenkali if nak apa2, cakap je dgn cikgu jangan takut.

Pastu td pg sebelum anta, berkali2 ingatkan aisy if nak susu ke mkn ke mintak je cikgu, jgn takut. Dia boleh jawab, "Alaa, nak suruh adik temankan bila saya cakap dengan cikgu nak susu". Adehhhh, nak soh adik teman pulakkkk. Aisy ni manja sungguh lah.

Seb baik td masa anta, da xd nangis tp dr dalam kete asik la dok ckp jangan ambik lambat, ambikla tengah hari. Masa tu muka da nak nangis sebak da tp agaknya dia tahan. Masa turunkan, dedua lambai2 tp muka mmg nak nangis. Aku pun cepat2 jalan takmo dia nangis. Huhuhuhu..
Sian anak2 gara2 bibik punya pasal.





Tuesday, February 5, 2013

Nursery

Hari ini dalam sejarah.
1st time sejak lahir Aisy n Arash duduk nursery. We have no choice.
Mmg kena anta nursery sbb xd sape nak jaga selagi x dapat maid baru.
Aisy n Arash taknak duduk umah babysitter.
Aku n hubby dah diskas, nak anta sekolah je. Tapi mostly sekolah yg ada daycare sekali taknak amik budak umur 3 taun. Kami plak taknak pisahkan abang n adik sbb baru 1st time nak try duduk dgn org pastu xd salah sorang plak tu so takut derang melalak je xnk pegi. Sudahnya anta nursery je. Aisy x dapatla sekolah dulu. Kena tunggu adik dah ok sikit barula dia boleh start sekolah.

Kalau ikutkan sebenanya mmg nak anta aisy sekolah start bln 2 ni. Tp bila bibik dah buat hal, x jd la nk anta dia sekolah sbb nnt adik dia tgl sorang kat kat nursery if aisy sekolah kt tmpt lain.

Lepas dah survey2 mana nursery yang ok, aku pun decided anta ke Tadika Idealis punya Daycare. Tadika Idealis ni ada byk branch kat puchong area. Aku pun dah survey ke taska tu, nampak luar dalam bersih n kemas je. Kwsn luar pun nampak terjaga compare to taska lain2 kat area umah aku tu. Tadika pun colorful nampak ceria je jadiknya budak2 tu pun suka lah.

Dari last weekend lg kitorang kat umah dah psiko aisy soh duduk taska. Dok bgtau dia yg taska tu best, ada play ground, ada ramai kawan, ada cikgu yg baik2. Dia pun nak lah bila dgr sume benda tu. So td pg aku anta la ke taska tu. Bila smp je, dia suka tgk taska yg colorful. Adik plak bila nampak je ada playgorund trus jerit kat abg, "Abang, tengok tu ada taman bang".

Pastu masukla ke dalam taska. Tgk ada budak2 yg tgh disiapkan oleh cikgu2 situ br lepas mandi. Ada yg tgh mandi. Ada yg tgh main lego n ada yang tido. Aku pun duduk kat meja utk settle kan fees yg kena byr. Aku sohla adik g main. Yang adik ok je trus g kat budak2 yg tgh main lego tu n join main sekali. Yang si Aisy ni dok melekat kat tepi aku. Lps tu aku tgk dia dah gosok2 mata dia. Lps tu x lama tu trus nangis. Kuat plak tu. Aku ckp jgnla nangis. Dia makin kuat menangis smp terbatuk2. Si adik xd benda pun rilek jek dok main dgn kwn2.

Lps aku dah settle byr sume, aku pun nak g keje. Cikgu ckp biar je puan, nanti senyap la tu. Biasalah budak2 yg x penah duduk taska ni mmg akan menangis sbb da biasa duduk umah sendiri.
Lps tu makin kuat dia nangis, siap terbaring dpn pintu tolak2 kaki meraung. Yang adik bila tgk abang nangis, dia pun datang dekat ingatkan abang nak tinggalkn dia ikut aku. Tp aku suruh adik g main sbb abang x ikut aku. Adik pun g main balik. Yang si abang ni trus melalak. Sampai 3 cikgu tolong tarik dia drpd trus peluk kaki aku. Aku dah mula la sedih bila tgk anak menangis mcm tu sbb kesian sgt dgn dia.

Bila dia tgk agaknya da xleh nak lepas sbb dah cikgu2 tu pegang dia trus dlm menangis tu dia menjerit " Nak babai mami...!!!" " Nak salammm mami..!!" Sambail nangis teresak2 mcm orang kena bantai. Lps tu aku salam dia. Dia pun lambai tangan kat aku. Aku terus kua cepat2 sambil dalam hati punyala sebak, tuhan aja yg tau. Mana tak sebak sbb anak dah meraung mcm tu. Aisy  tu dah la manja yang amat. Si adik tetap tak nangis. Good boy Arash. Dia mmg nampak independent drpd abang dia. Seb baik arash tak nangis, if dua2 nangis, lagi haru biru dibuatnya.

Tadi call taska tny, cikgu ckp dia x mkn mknn kat taska, dia makan biskut chipsmore yang aku bekalkan. Lps tu masa tu tgh belajar. Cikgu ckp dia ok lah tak nangis. Petang kang time ambik dia nk tny cikgu, cane dia kat taska sepanjang hari ni.

Dugaan sungguhlah psl maid ni. Baru nak rasa lega sbb maid si ani tu dah keje bagus dah, buat hal pulak tak nak balik sini. Mmg kuang ajor betul si ani tu. Menyusahkan hidup aku anak banak. Tensen.





Tuesday, July 3, 2012

Arissa & Arash's Bday Party

Last sunday wat bday party anak2. Just a small party among family and close frens.
Arissa genap umur 6 taun on the 25/6 aritu. Arash plak genap 2 taun on the 2/7. Nak senang n jimat, buat je sekali harung. It was a double celebration.
Mmg kami plan wat bday party anak2 setiap 2 taun skali jek. Tiap2 taun x dpt la. Membazir.
Tp gamba2 tak semua yg di upload.
If sesapa nak tgk gamba2 hasil mak hayam, boleh la ke Lyein's blog.

Utk anak2, Mommy & Dada berdoa agar anak2 kami jd anak yg solehah dan soleh. Semoga membesar menjadi anak yang bijak dan berjaya dunia akhirat. Amin.

*Updated : Gamba sepanjang majlis*



































FYI, If sesapa berhajat nk order utk party masing2 or order saje2 :
Kek : Ovencomel by Lyein dan Bake Freshly by Anna.
Cookies & Brownies : Kak Azlin
Desserts Macarons and Mini Pavlova : Ovencomel by Lyein. Seryes sedap sgt pavlova tu!
Choc Fountain : Chocofountain by Shema