Nuffnang Ads

Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Tuesday, 31 March 2015

Mama tunaikan umrah, JJCM at PCLO Cafe

Assalamualaikum.

Pada 6 Feb lepas..mama selamat ke tanah suci untuk menunaikan umrah yang ditaja oleh Umno Bahagian Cheras. Alhamdulillah, sampai dah mama ke sana. Sehari sebelum kami tidur rumah mama sebab pepagi kena hantar mama ke KLIA.

Pagi tu dalam pukul 8 kami gerak dari rumah ke Masjid di KLIA untuk taklimat bagi para jemaah umrah. Dalam pukul 12 bila dah selesai kami terus gerak ke KLIA untuk mama cek-in.

Mummy pesan kat mama mummy tak nak apa2 kecuali kurma ajwa dan air zam zam je. Bekal untuk ke labour room dan makan sepanjang hamil ni. Babah pun kata mama jangan fikir pasal shopping sangat nanti niat dah ke lain pulak. Bila da selesai ibadah semua nak shopping bolehlah.

Mummy pun minta mama doakan agar mummy dipermudahkan proses bersalin nanti. Babah nangis masa hantar mama kat pintu gate. Semoga mama mendapat umrah yg mabrur..Insya Allah.




Lepas hantar mama kami balik rumah mama dulu untuk rehat dan solat. Pukul 2 lebih tu mummy ada appointment nak jumpa doktor untuk result BSP mummy. Nasib baik orang tak ramai petang-petang. Kemudian kami ke Bangsar. Mummy teringin nak rasa churros tu cane. So kami ke PCLO Cafe yg terletak di sebelah Modvier (sekarang mereka da pindah tp still area Bangsar).



Ada jual aiskrim pop kat sini. Perisa coklat dan tembikai laici tu nyumss. Yang oren peach tak berapa sgt. Mummy pun order baked macaroni, sherped pie yg comel lote saiznya tp harga boleh tahan. Tapi tak kisah sebab sedap.


Zahra layan baked macaroni je.



Spagetthi bolognese pun sedap. Air jus tu sgt pekat.


Tadaaa..churros yg diidam, cecah dgn sos coklat mmg nyummss. Tamak punya pasal order 2 set tp x larat nk habiskan. So far makanan kt sini semua sedap, tp harganya agak mahal. Lepas makan mummy singgah kt Modvier beli jubah Qala Qisya.

Boleh follow ig pclo cafe dan modvier untuk tahu lokasinye.

Wassalam,.

Saturday, 7 February 2015

JJCM: Suka Sucre Bistro

Assalamualaikum.

Pada 1 Jan lepas, babah ajak pergi makan lepas dia balik kerja. Mummy masa tu kat rumah duk browse la tempat makan best, sekali teringat kafe Masterchef Selebriti Datuk Fazley ni, teruslah tengok ig dia. Pastu mummy terus follow Ig sukasucre untuk tengok apa yang sedap kat situ.

Selama ni mummy follow ig Dr Fazley dan kat situ dia ada gak tepek gambar masakan dia yang dia letak kat The Sumbs cafe kat Shah Alam..semuanya desert. Jauhla pulak nak ke Shah Alam tu kan. Akhirnya beliau dah bukak cafe sendiri kat Cheras, laa dekat sangat rupanya dengan rumah mak mertua mummy.

Babah balik kerja awal hari tu dan ajak dia makan kat sana, selain desert ada jugak main course lain. Babah pun setuju dan ajak mama sebab hari tu besday mama. Laaa mummy lupa, so kami singgah ambil mama dulu. Ikut waze rupa-rupanya dekat je. Betul-betul sebelah Shell kat Taman Pertama, Cheras.

Kami sampai orang tak ramai walaupun public holiday hari tu. Masuk je terus nampak Dr Fazley. Mummy macam terlebih excited pulak. Hahah. Kemudian nampak mak dan adik dia. Tak lama isteri dia pulak Datin Azrene yang kiut tu. Memang keluarga mereka friendly.

Tiba-tiba Dr Fazley datang ke meja kami dan terus salam babah. Laa kenal rupanya depa ni. Babah kata kenal masa shooting Gerak Khas dan pernah berlakon sama masa zaman-zaman babah jadi ekstra dan pernah photoshoot Dr Fazley ni. Oooo. So mummy pun ambil kesempatan la nak ajak bergambar bersama.



Masa ni mummy dah 30 minggu. Esoknya kene buat MGTT tapi tetap belasah makan manis-manis kan.


Persekitan dan interior yang sangat cosy. Sesuai untuk melepak gosip-gosipss.

Lepas tu kami pun tengok menu. Tak banyak sangat pilihan makanannya. Tapi Dr Fazley ni kreatif. Dia gabungkan east meet west. Harganya macam standard dengan kafe seumpamanya la. Kek dia keras sikit sebab letak dalam chiller kan, kalau dibiar kejap suhu bilik mungkin terasa kelembapan kek coklat, signature Dr Fazley. Terus ala-ala nak nyanyi coklat kek..coklat kek..lalala. Jom tengok apa kami order.


Teh tarik madu untuk mummy dan trafik light soda untuk babah dan mama. Soda ni rasa dia masam-masam. Yang trafik light tu kami ingatkan macam nata de coco ke apa, tapi keras semacam. Rupa-rupanya ais. Memang masam. Teh tarik pulak tak manis sangat. Sedang-sedang je. Tapi better minum masa tengah panasla.


Yang ni Pomme Frites. Kentang dan wedges yang dimasak 3 kali. Tataula 3 kali masak cane, tapi tak berapa rangup. Tangy sauce dia tu sedappp.


Ni yang east meet west tu. Pasta Daging Salai Lemak Cili Padi. Masakan orang negeri jadi sos pasta. Memang sedap, tak tipu, pedas memang pedas tapi dah dibalancekan sikit so tak pedas sangat la.


Yang ni pulak Where's The Spaghetti Meatball? Cer teka mana spagetinya. Chef menggunakan angle hair pasta yang dibungkus dalam meatball giant yang penuh dengan cendawan. Sosnya pun sedap. Zahra paling suka yang ni.


Ini Heavy Duty Meat Pizza. Dua keping tortilla yang dilapisi keju. Atasnya ada daging cincang, sosej, cendawan, sos dan penuh keju. Atas tu salad apa tah. Yang ni pun nyamsss 


Yang ni anak dara ni pau babah masa otw nak pergi basin basuh tangan. Pastu ternampak chiller yang penuh macam-macam desert. Mulanya mummy plan nak order e-clairs, tapi dah Zahra amek cake pop ni tak jadilah order, lagipun perut dah penuh. Cake pop ni saiz dia agak besar bukan kecik macam lolipop. Tapi agak padat dan keras sebab sejuk kot, so mummy tak berapa suka sebab muak, babah suka pulak. Zahra pun suka jugak tapi tak habis pun makan, sapa lagi babah la yang selesaikan.


Last sekali mummy order sepotong kek coklat untuk besday girl. Heheh..tengok tu besday girl pun nak ambil gambar gak. Sedap memang sedap tapi tulah sebab dia keras jadi makan tu tak berapa syok, bila da lembik skit baru mummy makan cecah ngan aiskrim oreo tu barulah ok sikit rasa dia. 



Tiba-tiba Dr Fazley datang ke meja kami lagi dan berbisik kat babah, mummy tanya cerita apa tu, babah kata adalah. Aikk nak belanja makan ke, kalau belanja selamat duit kami. Hahah. Tak lama lepas tu Dr Fazley datang bawa semangkuk kecil panna cotta sambil ada sebatang lilin atas tu. Lagu happy birthday pun staff dia kat dapur nyanyikan. Ohh tu ke surprisenya. Dr Fazley kata ini khas untuk mak cik, saya belanja sambil wish birthday kat mama. Tapi mummy tak sempat ambil gambar, duk terkejut hahah. Panna Cottanya bagi mummy agak padat, tak ringan, makan sikit dah muak. 


Sebelum balik tu kami sempat request nak bergambar dengan Dr Fazley dan isterinya, peramah sungguh. Macam ni lah tokey restoran yang sepatutnya. Rajin jumpa customer tanya feedback dan layan customer dengan baik.


Kepada sesiapa yang berminat nak ke bistro Dr Fazley ni bolehlah follow Instagram sukasucre. Kebanyakan masa memang Dr Fazley ada dan dia mesti akan layan pelanggan, kadang-kadang tu dia serve sendiri makanan kat customer.

Kalau takde IG boleh cari alamat ni dan wazekan:

Wisma RYU, 81, Jalan 2/90
Taman Pertama, Cheras
(betul-betul sebelah Shell, depan tu ada apartment)

Operation hours: Tues-Sun (12-7pm)

bayar cash sahaja ye..takde mesin kad debit or kredit lagi.

Wassalam dan enjoy.


Sunday, 21 December 2014

Jalan2 Pantai Timur: Nak balik KL dah

Assalamualaikum.

Ok, ni last entry untuk episod Jalan-Jalan Pantai Timur. Hahah..dahla pending lama, pastu berepisod pulak. Sape yang sudi baca tenkiu, tak sudi pun tak pe..tak marah..heheh.

Hari ketiga Rabu (1 Okt). Memandangkan pagi tu Zahra tak bangun-bangun, so mummy decide suruh babah tapau breakfast je kat kedai yang mummy teringin nak pergi. Kedai nasi kerabu ayam bakar. Kedai tu tutup awal sebab tu suruh babah tapau, kalau tunggu Zahra ni alamatnya memang tak merasa la.

Pusing punya pusing akhirnya babah balik dengan bungkusan nasi kerabu dan nasi lemak. Yeayyy..tapi babah kata bukan kat kedai yang mummy nak tu, tapi yang penting kedai tu ada jual nasi kerabu dan ayam bakar. Babah pun belasah je beli.


Sedappppp..ayamnya pun sedapp...tercapai lagi satu hasrat di hati lepas nasi dagang. Bukanlah kat KL takde tapi bila kat Terengganu ni memang original punya la kan.

Setel breakfast, cek-out hotel kami terus ke Pasar Payang lagi. Kali ni mummy cari baju2 yang dikirim abang mummy untuk anak2nya dan kawan ofis mummy.



Abang mummy nak baju I love Terengganu, seb baik muat kat anak dia. RM20 sehelai tak silap. Memang berlambak kat pasar ni dan harganya semua sama je kat kedai-kedai lain pun. 


Yang ni pulak baju kelawar untuk anak kakak mummy, tapi terpendek. Huhu patutnya ambil saiz XL ni mummy ambil saiz M. Anak buah mummy tu baru 5 tahun tapi tinggi. So kalau nak pakai baju ni kena pakai seluar panjang la.


Ini baju kelawar budak. Kawan ofis mummy kirim untuk anak dia setahun. Sehelai RM10, seb baik muat ngam-ngam ngan tinggi anak dia.



Mummy pun beli jugak baju kelawar sehelai untuk Zahra..RM10 je..Jalan punya jalan tetibe sampai kat kedai jual kain-kain batik cotton..nampak cantik pulak kat patung. Mummy saja tanya bape ringgit.. tokey kedai tu kata RM90 je sepasang..Haaaa?? Biar betul..harganya tak banyak beza dengan kain semalam. Yang ni lebih cantik, lebih tebal dan ada kaki. Pilih punya pilih mummy amek kaler purple tu. Mummy saja cakap kat babah semalam beli kain RM80 ni RM90..tetibe tokey tu kata saya bagi RM80 la..waaa bestnye..

Selain kain pasang, mummy beli kain batik untuk telekung dan belanja mama kain batik sehelai. So takkan mummy ada 2 pasang kain kan..yang ada pun tak terbuat. So yang sepasang beli semalam tu mummy bagi mak mummy kat kampung la..ok setel.

Disebabkan kami heavy breakfast so masa lunch tak lapar sangat just tapau pisang goreng je. Sebab kami nak bedal ICT lepas ni. Kalau dah kenyang sangat tak syokla makan kan..ICT tu ikan celup tepung.

Lepas setel Pasar Payang kami beli keropok lekor kat Bukit Tok Beng or nama glamernya BTB. Mummy pernah beli keropok kat sini dulu dan memang sedap, so tak payah pening kepala nak cari kedai keropok mana yang sedap, kami terus je ke BTB tu. 

Setel keropok lekor destinasi terakhir kami ialah ICT laa..apa lagi. Kami ke Mengabang Telipot, Gong Badak untuk warung ICT Pok Nong yang terkenal dengan kerangupan dan kesegaran ICTnya. Tak jauh dari BTB sebenarnya, sehala jugak.

Sampai kat kawasan Mengabang Telipot tu berkali-kali jugak kami pusing tak jumpa pun warung tu. Tanya orang, akhirnya kami kol sendiri Pok Nong tu. Katanya warung tu tepi jalan seberang laut. Sampai kat area laut kami tak jumpa jugak, akhirnya tuuu diaa warungnya. Kami sampai awal, dalam sejam lagi baru bukak. So tunggulah kat dalam kereta dulu.



Masa kami sampai pun ada 1-2 kereta sampai tapi masuk kereta balik sebab warung belum bukak. Lagi 30 minit nak bukak kami pun tunggu kat luar dan cop tempat siap-siap. Masa ni orang baru datang, so tak ramai sangat.

Elok je warung tu start operasi orang semua pakat beratur tunggu sotong, ikan, udang celup tepung. Kat sini memang kena layan diri, nak order air kat kaunter sebelah, sebelah lagi ada ABC. 



Sotong siap dulu, apa lagi berebutla orang ambil gunting masing-masing, kenapa gunting? Sebabnya sotong ni besar digoreng seekor-seekor. Kami ambil 2 ekor dulu sotong tu, Pok Nong kemudian bagi kertas harga. Setiap meja akan ada sos keropok lekor untuk dicicah. Sampai meja babah terus potong, mummy still beratur nak tunggu apa lagi yang siap lepas ni.

Tu dia haaa...dua ekor sotong besar selonggok penuh dapat kat pinggan tu. Memang fresh, tak hanyir dan rangup betul. Sedappppp sangattt.

Kemudian keropok lekor sampai, mummy pun ambilla 8 batang keropok lekor. Sedappp..Zahra makan keropok je.


Kemudian ikan kembong pulak siap. Babah ambil empat ekor. Memang fresh, mummy yang tak bape suka ikan kembong pun layan, lagilah dengan salutan tepung yang rangup cecah ngan sos keropok lekor. Memang tak pandang kiri kanan la.



Akhir sekali udang. Kami ambil 7 ekor. Dengan kulit-kulit sekali mummy makan. Sayang woo kruk krak tepung kat kulit tu..rugi tak makan, Kepala pun mummy belasah memang rangup. Babah tanya nak tambah pape lagi tak. Kami dah surrender. Kenyang sudah. Tiba masa untuk bayar. Sangat-sangat mengejutkan. Rasa-rasanya kat sinilah tempat makan paling murah tapi paling sedap sepanjang kami ada kat sini.

Cuba teka berapa ringgit semuanya? Total campur air hanya RM35 saja. Murah weiii...ambilla banyak2 memang tak rugi. Untung lagi ada.

Lepas pekena ICT barulah lengkap perjalanan pantai timur kami. Selesai je makan, kami teruskan perjalanan balik ke KL. Sampai KL dekat tengah malam, memang penat tapi puas. Lepas ni nak fikir cuti ke mana pulak. Tapi mummy teringin nak ke Melaka. Maybe tahun depan kot.

Wassalam.








Friday, 19 December 2014

Jalan2 Pantai Timur: Kuala Terengganu

Assalamualaikum.

Sambung lagi cerita jalan-jalan pantai timur. Hari ketiga Selasa, 30 Sept kami bercadang nak bersarapan kat kedai nasi dagang Kak Pah yang famous kat Batu Burok. Rupanya kedai tu sebelah hotel kami je. Dekat sangat. Tapi malangnya hari tu tutup. Huhuhu..frust sungguh..yelah mummy tengok kat blogs nasi dagang tu sedap dan yang penting ikan tongkolnye besar bukan kecik cinonet jer. Takpelah takde rezeki.

Kitorang pun jalan-jalan kat sekitar bandar Kuala Terengganu tu cari gerai untuk sarapan. Masa tu jam dah pukul 10 lebih. Akhirnya kami ke warung satu ni kat bawah pokok. Mummy tak tau nama kawasan tu. Redah je lah orang pun takdelah ramai, takdelah kurang. Kat situ mummy beli nasi lemak. err tak bape sedap nasinya..tapi telan je lah. Babah pulak makan pulut kuning.

Selesai sarapan kami terus ke Pasar Payang untuk apa lagi..shopping la..Memandangkan ada 2 hari untuk shopping..so hari ni mummy beli apa yang nampak kat mata dulu sambil survey2..Huh panas bukan main..fenatt berjalan..

Kakak mummy kirim kain cotton  batik bawah RM100. So mummy pun jalan2 dulu dan jumpalah satu kedai ni. Kain dia boleh tahan tak panas, coraknya pun cantik2 jugak. Dan yang penting memang ikut bajet kakak mummy.




Mummy amek gambar dan terus wassap kakak suruh dia pilih nak kaler mana. Mummy pulak memang suka corak abstrak macam ni. Ni batik cetak so murah, kalau batik lukis tak dapat bawah RM100 dek non.



Akhirnya mummy belikan yang kaler merah tu untuk kakak mummy, dan biru tu untuk mummy. Tak silap harga dalam RM80++ empat meter..tak ingat pulak. So bertambahlah koleksi kain pasang cotton mummy yang entah bila nak dihantar ke tailor..lepas beranak la kot..huhuhu.



Lepas tu mummy cari baju kelawar lengan panjang untuk mummy. Alhamdulillah dapat yang murah RM25..kat kedai lain semua atas dari harga tu. Pastu mummy belikan Zahra baju tido RM20 je baju ni ala-ala kelawar tapi berseluar. Comel gak.


Tengokla anak dara ni. Kalau dah perempuan tu perempuan juga. Pandai nak pilih sendiri baju walaupun akhirnya mummy yg tapis sendiri. hahaha. Dekat tingkat bawah mummy beli keropok goreng yang siap dalam peket tu. Apa tah jenama dia tapi bungkusannya kaler kuning, dalam dia siap ada sos lagi, keropoknya pulak kecik-kecik. Memang sedap berbanding yang biasa kita jumpa kat sini yang bungkusannya kaler merah tu kan. Mummy beli 3 bungkus je dulu, ingat esok nak beli 1 beg besar terus. 

Habis shopping kami makan kat food court. Memandangkan mummy masih kenyang so mummy kongsi ngan babah je kuew tiow sup ayam. Sebelum balik kami beli goreng pisang, air dan hot dog goreng untuk Zahra. Then kami balik hotel.

Sampai je hotel babah kata nak jumpa kawan dia kejap, so kami tiga orang lepak tido-tido dalam bilik. Lepas Asar tu babah balik dan bawa 2 bungkus nasi dagang..yeayyy..akhirnya dapat jugak. Mama tak berapa suka nasi dagang so dia makan gitu-gitu je. Mummy makan habis licin.



Lepas makan kami ke pantai Batu Burok sebelah hotel je. Tak mandi laut pun just bawa Zahra main pasir ngan air je. Still pantainya takleh lawan Cherating yang bersih, jernih dan pasirnya halus mulus gitu. Lepas jenjalan kat pantai sambung mandi kolam pulak. Babah la yang layan Zahra.



Malam tu untuk dinner kami dah overdose ngan seafood. So kami decide untuk dinner kat Uncle Chan Kopitiam. Depan hotel je. Puas sungguh bila dapat makanan yang bukan seafood. Hahah teruk betul kan.

Nampak tak teh tu. MasyaAllah sedap sungguh. Tapi lepas makan terus tak sedap sebab dah sejuk ngan muak. Mummy pesan mee udang, babah makan apa tah nama dia, tapi roti canai dalam dia ada inti ayam. Mama pulak order char kuew tiow dan Zahra kentang goreng. 

Setel hari ketiga. Esok kita balik KL dah..

Wassalam..




Friday, 21 November 2014

Jalan2 Pantai Timur: CHERATING-KEMAMAN

Assalamualaikum.

Okay kita sambung entry jalan-jalan pantai timur. Lama sungguh tertangguh sampai takut mummy terlupa je nih.

Hari kedua Isnin (29 Sept) bangun pagi-pagi kami bergerak ke Kemaman untuk cari sarapan. Punyalah susah nak kejutkan anak dara ni. Babah bukak youtube lagu Let It Go baru dia bangun, siap nyanyi sekali tak mamai pulak tu. Mula-mula babah bukak upin ipin tapi tak bangun-bangun jugak. So kami semua dah siap mandi, Zahra je tak mandi takut kedai tutup.

Kami ke Kedai Kopi Hai Peng dekat Kemaman tu, nasib baik bukak lagi untuk sarapan. Cuma yang bungkus-bungkus kecil molek macam nasi lemak, nasi dagang tu dah habis, tinggal bihun goreng je. Yelah sampai pun dekat pukul 11. Tapi yang syoknya orang tak ramai. Tauke dia pun peramah.

Mummy order sandwich telur kongsi ngan Zahra, babah order roti bakar 2 set ngan telur separuh masak. Mama pulak order nasi lemak. Boleh tahan jugak sedap makanan dia. Oklah not bad.



Bukan nak makan roti telur, habis dia pau roti bakar cicah milo babah punya. Tapi makan sikit je, yang lain pau timun nasi lemak nekwan dia.


Selesai sarapan, kami balik ke hotel dan bawak Zahra mandi kolam. Setel mandi kolam, balik ke bilik mandi sekali lagi, kemas apa yang patut pastu kami terus cek-out.

Kami teruskan perjalanan ke Kemaman untuk makan tengah hari kat situ. Kalau tak pekena satar ngan otak-otak kat Warung Aziz Satar kat sini memang tak sah kan. Kami pun gigihlah mencari guna waze ngan google map lagi. 

Pun sampai orang tak ramai sebab masa tu pun baru start lunch hour. Babah amek bape cucuk tah satar. Dia abiskan semua, mummy makan satu je sebab pedas. Terasa cili padi dia. Mummy order pulut panggang. Inti dia isi ikan. Memang sedap. Mama pulak ambil beberapa pais apa tah tak ingat. Harga total memang agak mahal jugaklah.


Nampak tak pinggan besar tu. Selain satar, otak-otak dan pais, warung ni pun jual lauk-pauk untuk makan tengah hari. Ada jugak jual goreng-goreng tepung, laksam dan laksa. 

Bila pinggan da besar mesti isinya pun penuh gak kan. Tapi mummy tak isi penuh pun. Mata naik juling tengok lauknya. So just ambil nasi, sayur goreng, ayam goreng (utk Zahra) ngan sambal ikan bawal. Harganya berbelas ringgit (tak ingat).

Habis makan, kami ke Zoo Mini Kemaman pulak. Sampai je terfikir bukak ke tutup, ada orang ke tak ni. Macam hidup segan mati tak mau. Errr jangan marah eh. Mungkin sebab kami datang hari kerja so memang tak ramai/tak ada orang datang nak melawat zoo. Hahah. 

Tiket untuk masuk dewasa RM10, kanak-kanak bape tah. Kenkawan boleh google untuk tengok price dia eh. Mummy malas nak google+tak ingat. Short term memory betul tetengah preknen ni. Sampai je kami pun tunggu tren untuk masuk ke dalam zoo tu. Campur kami ada 2 family je yang naik tren yang panjang tu. Hahaha.

Tapi yang bestnya zoo kat sini ialah kita boleh tengok haiwan tu dekat sangat. Meh tengok gambar meh.







Bagi kitorang zoo ni better than Zoo Negara kat KL tu. Huhu. Sebabnya haiwan boleh tengok dekat-dekat dan adalah haiwannya kan. Kalau kat KL tu mana tah rimau ni, tido ke apa ke. Zahra pun enjoy tengok binatang cuma tak laratnya asyik nak dukung sebab takut. 

Setel Kemaman, kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu pulak. Adalah dalam 2-3 jam perjalanan. Dari Kemaman, kami lalu Besut, Dungun dan dalam perjalanan tu mummy tak ingat kat area mana (tak ingat lagi..hmppphh) banyak kat tepi jalan orang jual kacang rebus ngan jagung rebus. 

Kami apa lagi memang mummy suruh babah berhentilah beli kan. Pastu ternampak pulak sign board roti paun. Laa kat sini ke kedainya. Ada la mummy baca blog kata roti paun Tganu ni memang sedap dan lembut.

Kami beli dua bungkus je, perisa kaya dan marjerin. MasyaAllah sedap dan lembut. Sebuku abis sekelip mata dalam kereta. Mulalah menyesal beli dua je. Dahla murah (errr tak ingat jugak..) Balik KL memang tak lalu sini so takpelah pendam je la hasrat tu.



Akhirnya sampai jugak ke Primula Beach Hotel dekat-dekat nak Asar. Hotel ni sebelah Pantai Batu Buruk. Tapi pantainya tak secantik pantai kat Cherating tu. 

Kami rehat, mandi, baring-baring. Lepas maghrib kami ke Ikan Bakar Kuala Ibai untuk dinner. Tak sempat nak snap gambar sebab kemalasan. Hahaha. Makanannya oklah, kami order sup tulang, sotong goreng tepung dia sedap. Lagi kami order ikan siakap tiga rasa. Malam tu babah pun ajak kawan dia Kosmo biro sana join kami makan. 

End of day two. Jumpa entry berikutnya ye. Wassalam.



Alhamdulillah, sejuk hati mummy tengok. Hehehe.

Friday, 3 October 2014

Jalan2 Pantai Timur: KL-CHERATING



Assalamualaikum.

Pada 28 Sept-1 Okt kami sekeluarga bercuti ke negeri Pantai Timur..KL-Cherating-Kemaman-Kuala Terengganu. Percutian ni hampir-hampir terbatal sebab masa tu mummy tak perasan dah dekat Raya Haji..so takkan nak cuti dua kali pulak. Fikir punya fikir apsal susah sangat minta je lah cuti sampai Raya Haji. Haihhh

Sebenarnya percutian ni pun konon-kononnya sempena besday mummy 25 Sept lepas. Muahahah..lagipun mama (MIL) teringin sangat nak ke Kuala Terengganu..apa lagi shopping kat Pasar Payang la. 

So mummy pun rangkalah percutian ni dalam masa seminggu gitu. Hotel mummy serah pada babah utk booking dan bayar sekali. Takkan nak pergi Kuala Terengganu je kan. So otw nak ke sana pe kata singgah Cherating pastu naik Kemaman dan terus ke Kuala Terengganu. Mummy pun google dan singgah ke blog-blog yang pernah ke tempat-tempat ni utk survey hotel dan tempat makan yang best.

Kami decide untuk tidur satu malam kat Cherating dan 2 malam kat KT. Memandangkan mummy pernah tidur kat Hotel Legend kat Cherating mummy pun suruh babah booking situ je. Tak payah pening-pening, lagipun hotel ni belakangnya pantai. 

Kami bertolak dari KL dalam pukul 12 tengahari dan sampai ke Cherating (exit Jabor LPT) dalam pukul 2.30 petang. Cadang utk lunch nasi kukus gulai kawah. Ramai blogger kata banyak kedai tu kat sepanjang jalan. Mummy pun carilah dan jumpa satu kedai. Not badlah rasanya, tapi gulai dia sangat sedap.

Selesai lunch kami singgah kat kedai sebelah hotel utk beli pelampung Zahra. Biar dia senang skit mandi dalam kolam tu.




Tengok tu ada budak dah tak sabar nak rasmi pelampung baru mandi dalam kolam. Kelakar betullah Zahra ni, eksaited sungguh. Kami check-in, rehat dan solat jamak kejap dalam bilik. Babah booking bilik Deluxe kat Agoda memang murah lagi murah dari govt rate dalam harga RM200++..

Masa ni mummy dah 17 minggu pregnant. Elok pulak berjalan takdenye pening dan loya. Memang baby nak berjalan ye. Hehe..

Dah puas rehat dalam pukul 5 kami keluar minum petang nak cari satar dan keropok lekor sebelum bawak Zahra mandi kolam dan main pasir pantai. Cari kiri kanan takde kedai yang mengancam sampailah jumpa satu warung ni. Warung Top Satar namanya. Ia terletak atas sikit dari Hotel Impiana, menghala ke Kemaman.

Sebelah warung ni ada warung lagi jual benda yang sama dan ramai org dan macam sedap tapi tak tau kenapa kami ke warung top satar tu. Mungkin sebab warung tu warna merah kot. Memanggil-manggil gitu.




Kami ambil satar satu cucuk, keropok lekor, sotong goreng tepung, ABC dan kuewtiow sup. Masakannya ok boleh tahan, satarnya sedap banyak jugak mummy makan. Keropok pun sedapp. Cumanya harga bolehhhh tahannn mahalll...total semua RM45. Mahal ke murah eh. 



Sotong datang lambat tapi okla tepungnya. Mummy siap jenguk kedai sebelah ABC dia ada aiskrim tapi warung yang kami makan ABCnye biasa je. 



Perut dah kenyang masa untuk terjum kolam. Yeayyy..Mummy tak mandi pun, babah je teman Zahra dalam kolam. Kejap je dia nak pakai pelampung tu pastu nak gaya bebas. Bukan main seronok anak dara ni.





Dah puas mandi kolam, kita ke Pantai Cherating pulak. Pasirnya cantik putih bersih, pantai pun bersih takde sampah pun. Ada jugaklah orang mandi. Memandangkan percutian kami ni bukan peak season so memang bahagia, pergi ke mana memang tak ramai orang.

Dulu Zahra takut pantai, sekarang ni dia yang pergi dulu nak main pasir. Bukan main suka kena ombak. Kami bagi main kat gigi air je. Mummy tak mandi pun. Dekat nak maghrib kami pun balik, mandi, solat dan rehat kejap.

Dinner pula kami ke Kemaman, kami lalu ke Warung Awang Ikan Bakar tapi orang tak ramai pun. Memandangkan testimoni ramai blogger kata servis situ lambat dan takdelah sedap kami pun terus je cari kedai makan yang nampak meriah dan ramai orang sebab kompem sedap kan, Alih-alih sampai ke Kemaman, babah pun call kawan dia kata kat Benteng ada makan sedap. Pusing punya pusing, tanya orang, kami pun sampai tapi tempat tu tutup. 



Akhirnya kami pergi ke Restoran Pak Champ (PC) dekat Kg Geliga. Sebabnya kat situ ramai orang. Kami order Ikan siakap bakar (tak sedaplaa..rempah dia tak umphhh..ikan ni better goreng drp dibakar), ikan kembung celup tepung, sotong celup tepung dan sup ekor (yang ni sedap sebab mama kata sedap).

Kesimpulannya makanannya ok tapi harga seperti biasa agak mahal jugak. Dalam RM50++ tak ingat sebab babah yang bayar. Mahal ke murah eh.

End of day 1. Next entry kita ke Kemaman pulak ye.

Wassalam.