Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Kasih Sayang Pengikat Rumahtangga


Kasih Sayang Pengikat Rumahtangga
(Sumber: Agama | Mega | Utusan Malaysia | Jumaat 29 Januari 2010)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir. (Ar-Rum:21)

**********

Akhir-akhir ini kita sering digemparkan dengan kisah perceraian pasangan yang dikenali ramai sehingga menjadi bualan ramai dan tumpuan masyarakat. Sekali imbas kita tidak terlintas langsung pasangan tersebut akan memilih jalan untuk berpisah.

Ini kerana mereka sempurna dari segi keperluan asasi seperti mempunyai kerjaya, anak, rumah, kenderaan dan indah rupa paras. Namun apabila melibatkan persoalan hati dan perasaan maka segala kemewahan, kecantikan dan kedudukan sudah tidak bernilai lagi. Tiada apa yang dapat membantu apabila hilangnya tiang seri rumah tangga iaitu kasih sayang.

Kasih sayang diungkapkan dalam ayat ini adalah ikatan mengeratkan hubungan antara lelaki dengan wanita.

Allah swt menjadikan wanita sebagai pelengkap kebahagiaan lelaki dengan pancaran kasih sayang. Namum kasih sayang tidak mungkin lahir tanpa kerjasama kedua-dua belah pihak.

Pada asasnya kasih sayang antara lelaki dengan wanita perlulah bertunjangkan agama iaitu sama-sama berharap menjadi insan bertaqwa melalui ikatan perkahwinan.

Namun sekiranya kasih sayang berasaskan paparan zahiriah sahaja seperti kedudukan, kemewahan dan kecantikan maka pasti rumahtangga yang dibina lambat-laun akan dilanda badai.

Justeru itu, kasih sayang yang dikurniakn oleh Allah swt kepada pasangan lelaki dan wanita perlu dipupuk dan disemai kerana hati dijadikan oleh Allah swt sentiasa berbolak-balik.

Hati dan perasaan yang sejahtera adalah kekuatan kepada pasangan suami isteri dalam menghadapi kesukaran hidup lantaran ia adalah roh kebahagiaan rumahtangga.

**********

Kasih sayang antara suami isteri adalah tunjang kebahagiaan rumahtangga. Hilangnya kasih sayang maka rosak binasalah rumahtangga walau memiliki kemewahan semesta alam, ketampanan seindah Nabi Yusuf, kecantikan sejelita bidadari dan kekuasaan sehebat Nabi Sulaiman.

Semua nikmat dunia tidak memberi makna apabila tandusnya kasih sayang, longgarnya kesetiaan, pincangnya kepercayaan dan hilangnya kecintaaan antara suami isteri.


********************

Dear All.... let's watch and enjoy this song Kasih Sayang by Raihan.
Semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa penuh dengan kasih sayang...
Doa ku untuk kalian semua... semoga sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat!




Wednesday, April 15, 2009

Jangan Ucap Takziah...


This article was forwarded by a friend of mine thru e-mail....

Erti Sebuah Perkahwinan....

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:

"Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini." Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya:

"Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW. Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Kuulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya..

Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya.......
MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.


(source: http://nukilanida.blogspot.com/2009/04/syahdunya-membaca.html)

My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates