9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, September 10, 2019

Hello 2019! =P

Bismillah

Setelah setahun berlalu, inilah posting berikutnya. Dan merupakan post pertama di tahun 2019 hahaha
.
Aku dah unpublish blog ni beberapa bulan lepas. Decide macam takde nak menulis dah kot. 
.
Atas beberapa sebab, harini aku ambil keputusan untuk publishkan semula dan kembali menulis. 

Dengan niat dan harapan aku akan menulis untuk bekalan ke syurga...
.
giteewwwwwww! 😹😹
.
oklah sebelum aku elaborate lebih lanjut niat sebenar aku nak kembali berblog ni izinka aku sinopsiskan kehidupan aku sepanjang setahun tak berblog ni ye haha. sudi ke baca? ahhh belog aku sukati aku laaaa hahahahahahaha
.
Aku masih seperti dulu

Gitew subtopik dia haha. ye, masih seperti dulu. Masih tu maksud aku masih setia sebagai home engineer di rumah haha. Masih dengan rutin bangun pagi solat, mengemas, siapkan anak ke sekolah, ambil balik sekolah so on so on haha. Dan tahun ni rutin tu bertukar sikit sebab Dhia dah mula sekolah, darjah 1. 
.
Part time business aku pun masih Onz. Aku aktif menjual produk Pendidikan Awal. Aku suka sebab aku sendiri seorang ibu kan. Sedikit sebanyak aku tahu apa ibu lain perlukan untuk pendidikan anak-anak so senanglah aku nak consult keperluan mereka. InsyaAllah. Cuma belum jadi boss besar je lagi... hahahah. 
.
Dunia bekerja? Takde terfikir nak bekerja balik. Rindu tu ada. Rindu nak me time. Rindu nak lunch dengan partner in crime, rindu nak pakai cantik-cantik. dekat rumah setakat pergi ambil anak sekolah + pergi beli ayam dekat kedai idoklah aku nak mekap cantik2 hahahahhaha.

Takpelah. Donia je semua tuuuuuuu hahaha. Back to the reality Maiiiiiii 😝

Dhia and her schooling

Alhamdulillah persekolahan Dhia baik-baik saja. Dah tak ada sistem exam2 kan so aku tak lah risau sangat. How fast time flies dah darjah satu dah anak aku huhu. Itu maknanya aku dah TUA oiiii huuuu. Oh FYI aku hantar Dhia ke sekolah swasta Integrasi. Senang campur akademik + KAFA sekali dekat sekolah tu. Lama aku fikir nak sekolahkan Dhia dulu ni. Memandangkan kami ni duduk tempat hulu-hulu kampung ni. Sekolah SK sini bercampur dengan ramai jenis bangsa dan bilangannya agak padat buat aku terfikir nak sekolahkan Dhia di tempat lain. 

Masalah sosial zaman sekarang pun antara sebab aku risau nak hantar Dhia ke SK. Aku jadi paranoid bila fikir macam mana Dhia sekolah nanti, surrounding dia, kawan-kawan dia. Yelah, once anak kita dah keluar dari kepompong kita ni kita dah tak berkuasa penuh ke atas dia. Maksud aku, Dia bukan 100% milik kita dah. Tak mungkin anak dengar 100% cakap kita saja. Banyak benda yang boleh pengaruhi dia. So, aku nak dia belajar dengan suasana yang aku rasa aku lebih tenang untuk lepaskan. Dan aku nak biarlah anak-anak dari kecil hidup dengan 'agama'.. Bukan maksud aku sekolah biasa tu tiada agama, cumanya kalau aku boleh memilih yang lebih baik kenapa tidak kan? Doakan suami aku dilimpahkan rezeki untuk bayar yuran sekolah anak aku ya hehe.

Danish & Dayyan

Danish dah mula ke Tadika tahun ni. Kalau tahun lepas aku tak sampai hati 2 3 hari je dia ke sekolah sudahnya aku berhentikan hahah.

So tahun ni hati mak kenalah kental. Dia nangis lantak kan je. Walaupun simtom pertama kali sekolah dia tu tak seteruk tahun lepas dekat 2bulan jugaklah aku layan drama swasta Danish ni haha. Mana taknya hari2 aku kena teman dia sampai masuk kelas. Mujur lah mak kau ni surirumah. 😏
.
End up, ada one day tu Danish kata tak payah teman dah dia masuk kelas. Ehhhh betul ke anak aku ni. Aku pulak sedih. Anak aku dah besarrrrr πŸ˜” Sekaranggggg dia pulak membebel kenapa aku ambil awal sangat dia belum puas main hahahahahhah

Dayyan InsyaAllah nak dekat 2 tahun dah bulan depan. Kejap je kan. Banyak akal dah. Tak terasa dia membesar woi pejam celik pejam celik je. Rasa macam masih baby. Dah lah masih kuat mengempeng. Adoiii camne lah nak wean off dia sok ni huhu.

Tu je lah kot nak cerita. Suami? takkan nak cerita gak kot haha. Laki aku macam biasalah masih dengan bisnes aircond dia tu.  Busy kalah pak menteri. Ni baru-baru ni beli sebjijik lagi van. Korang doa2 lah laki aku berlimpahan rezekinya ye. Dapat bagi aku 10k sebulan pun jadilah hahahaha

Okay berbalik kepada niat asal aku nak berblogging tadi sedia maklum aku kan buat bisnes produk pendidikan awal sekarang kan. So niat aku nak jadikan blog ni sebagai medium informasi. Yela blog ni kan long term kan. Mana tau rezeki aku dapat beri info dan manfaat pada yang perlu. Dapat sale tu bonus lah kan hehe. 

Will see how. Kalau tiada kerajinan pun tak guna jugak betul tak. Doa-doakan lah aku diberi nikmat masa yang banyak so that aku boleh isi ruang yang ada tu untuk manfaatkan blog ni ok huhu. 

Okay tu je lah nak update. harap2 ni bukan post terakhir tahun ni hahhahahahahahahahahhahahah

okbai.

Thursday, September 27, 2018

99 WONDERLAND PARK - DESTINASI REKREASI ALA MINI ZOO TERBAIK!

suka sangat gambar ni 😍
Weekend lepas aku dan anak-anak-anak berpeluang ke 99 Wonderland Park Selayang untuk kali ke-2. Sebelum ni pergi dengan suami dan anak-anak. Kali ni pergi dengan kawan-kawan. weeee ❤️

Masa pergi pertama kali sebelum ni rasa tempat ni biasa-biasa je tak ada apa sangat yang menarik. Tapi semalam pergi rasa berbaloi giler😍banyak penambahbaikan dan kemudahan macam contoh dulu tak ada buggy sekarang dah ada buggy. Siap FREE ride lagi tau hehe.

So haritu aku repeat ke sana dengan siapa lagi kalau bukan geng mak mak blogger kesayangan heheh. Kitorang pergi dalam 10 family ada kot. Janji nak masuk sama-sama petang tu around 6pm. Kalau korang nak berjalan dan tengok pemandangan malam sedang elokla datang waktu-waktu macam tu. boleh maghrib je dekat dalam tu hehe
Credit pic: Rara


Make sure korang masuk 99 Wonderland Park tu melalui Gate 1 tau dekat pintu gerbang besar dia tu. Sebab dia ada 3 pintu gate masuk yang ada car park tapi tiket still kena beli dekat pintu utama. Parking FREE je yuols jangan risau hehe. Tiket masuk ke 99 Wonderland Park pun murah je RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak. Tunjuk je Mykad/Mykid korang okay. Lepas tu bolehlah mulakan pengembaraan korang either dari sebelah kanan atau sebelah kiri park heheh. 


Antara anak-anak mak blogger yang datang
Dayyan πŸ’•


Kalau aku suka ke arah kiri dulu ke I Love KL Sculpture. So bolehlah kau orang ambil gambar dulu sebagai kenang-kenangan turun KL hahaha. Masalahnya aku tak sempat nak ambil gambar dekat situ sebab penuh orang melepak haha ambil gambar dengan budak-budak gonjeng ni nampak sipi-sipi pun bolehlahhhhh... 😝


the gonjeng's
Dekat area sini ada diorang letak few anak ayam, arnab dan kura-kura untuk korang bergambar dan bagi makan. kalau anak-anak suka arnab boleh lah tangkap seketui dua buat bergambar haha.


Okay sudah. anak ayam pun dah kenyang mohlah kita mulakan pengembaraan ke 99 Wonderland Park hehe. Jalan depan sikit lagi nanti korang akan melalui jambatan (boardway). haaa.. kalau anak korang tak pernah tengok spesis itik secara live masa ni lah korang boleh tunjuk.. "nakkkkk inilah itikkkk.. macam mana bunyi itikkk? Kuek kuek! kuek kuek!" Homeschooling di luar rumah kekdahnya ngeee πŸ˜…. Makanan itik korang boleh beli dekat situ RM3 je bagi anak tabur dekat itik mesti seronok anak-anak tengok hehe.


credit pic: rara




Athirah tiramisu pun datang 😍
Rumah itik. bersih je kannn.. bau pun tak ada tauuu

Dah bagi itik makan, kau jangan lepak lama-lama sampai beli 5 6 bungkus makanan itik plak kang terlebih kenyang itik tu ramai lagi pengunjung nak bagi makan haha. Lepas tu  bolehlah bergerak ke Bird Island. Dekat situ ada snake house dan hatchery room. Tapi banyak spesis yang mak tak kenal haha kira pergi haritu baru berkenalan lah tu haha. See... 30 tahun kau hidup pun belum tentu kau dah kenal semua spesis haiwan dekat muka bumi ni tau huuuuu
Baby Raccoon
big mommy πŸ˜ͺ
baby Rabbit!


apa ni weh hahaha xingattt
Dayyan dah merengek maka marilah kita berjalan lagi. Lalu lagi boardwalk tu korang akan jumpa dengan cik ayam, cik peacock, cik ayam belanda, cik rusa pun ada tersesat keluar heheh.

Next pit stop adalah 12 Zodiac Zone. Sepanjang 200 meter walkway tu terdapat 12 bulan karakter haiwan bulan kelahiran korang hehe. Korang lahir tahun apa? Aku ofkos tahun haiwan paling comel, Rabbit!😜




Antara geng ARNAB. ce teka tahun berapa kitorang lahir haha

gojes babies. dayyan dah 'rosak' hahaha
Anyway kalau nak tahu weekend yang kitorang pergi haritu ada Lanthern Festival tau. So sepanjang 3 hari tu ada jual lampu lanthern tu so bolehlah beli untuk anak-anak main malamnya, lepas tu dia ada jual kuih bulan halal dan ada pertunjukan bunga api waktu malam. Masa kitorang pergi haritu di sepanjang walkway dalam Wonderland Park tu dipenuhi lampu-lampu Lanthern. Cantik giler! 😍
Lanthern serendah RM3
Moon Cake. Credit pic: Rara



cantik kan kan





Okay selepas 12 Zodiac Zone tu korang akan melalui Golden Waterfall sepanjang 115 metre. Dulu aku masuk sini waterfall ni belum ada air tau now dah ohsem! ambil gambar pun cantik hehe.




Jalan depan sikit lagi korang akan jumpa Duck Lagoon, Deer Yard, Ostrich Farm, Bird Square dan Peacock House. So bolehlah gembirakan lagi jiwa anak-anak dengan memberi layanan istimewa kepada haiwan-haiwan ini hehe. 



Harga foods dekat sini RM5. Credit gambar: Rara
Pinjam gambar rara. gambar aku nan hado sebabnya aku dok sibuk layan danish bagi makan deer tak dan pegang kamera haha

Ada photo booth kalau nak ambil gambar dengan parrot atau ular sawa


Fuhhh.. penat berjalan. hari pun dah semakin senja. Tak sempat kitorang nak habiskan tawaf sebelum gelap haha. Antara attaction lain yang aku tak dan nak buat adalah naik 99 Cruise Ride di 99 Jetty. yang tu fee RM10 dewasa dan FREE untuk kanak-kanak tau. Tapi aku dah merasa lah naik masa datang sebelum ni so takdelah frust sangat. Lepas tu ada FREE Buggy yang aku tak sempat juga nak merasa. Tu maknanya kena datang lagi haha. So kalau korang penat-penat berjalan tak larat boleh pergi dekat pit stop buggy tu naik je tayah bayar okay hehe. Untuk anak-anak korang ada juga FREE Electric Car Ride untuk diorang okay. Tapi anak-anak aku tak dan juga nak merasa sebabnya aku datang berempat saja dengan anak-anak laki kerja makanya susah sikit nak handle kan Queue pun boleh tahan panjang hehe.


Cruise Ride


Electric Car Ride
Sebelum Maghrib tu kitorang pit stop dekat Food Court. Dah lebih halfway kan masing-masing pun dah kelaparan haha. So berkeliaran lah masing-masing ke food stall yang ada mencari makan untuk mengisi perut hehe. Makann luar tak boleh bawa masuk dekat 99 Park Wonderland ya. Harga foods dekat dalam ni bolehlah tidak terlalu murah tidak juga terlalu mahal. Bolehlah korang nak alas-alas perut sebelum dinner tu kan. Aku sempatlah jamah goreng pisang, keropok lekor dan air dengan anak-anak. Tempat lepak makan pun korang jangan risau ada disediakan dekat situ. Sambil melihat keindahan tasik dan lampu-lampu sambil menjamu selera. memang thorbaikkkkk 😍

Food Stall
Air Sirap bandung RM3. sobs πŸ˜…
Tempat lepak nak makan
canteknyeeeeeeee

Sooooo chantekkk!!!

Habis je makan kitorang bergegas kejar Maghrib di Surau. Alhamdulillah memang ngam sangatlah berjalan lewat petang ke malam. Sebab surau disediakan dekat 99 Wonderland Park ni. Toilet dia pun bersih dan selesa. Sepanjang nak ke surau tu kitorang lalu dekat Magical Bridge. Memang cun sangat lah kalau datang waktu malam nak ambil gambar tau hehe. 








Take turn solat tolong babysit anak-anak haha
Usai je solat anak-anak dah tak sabar nak main Lanthern. Seronok anak masing-masing termasuk Dhia Danish. So malam nya kitorang sambung berjalan pergi T-Rex Ring dan Sky Fountain pulak sementara nak tunggu bunga api hehe. 
Gigih mak ak nyalakan api haha
Credit pic: Rara

Lanthern waktu malam
T-Rex Ring


Sky Fountain. Boleh bagi makan fish dekat sini

Akhirnya yang dinanti-nanti pertunjukan bunga api muncul jugak around jam 9 malam tu. Fireworks ni setiap hari Sabtu malam ada tau. Tapi haritu masa Lanthern Festival 3 malam berturut-turut diorang buat hehe. 

Fuhhhh... giler penat sangat. Tapi serius berbaloi. Aku dengar lepas ni banyak lagi penambaikan yang 99 Wonderland Park akan buat so semestinya kena repeat lagi datang hahaha. Mujur lah perjalanan nak ke sini tak sampai setengah jam dari rumah heheh.

Around 10 malam juga aku balik malam tu. Dayyan siap tertidur2 dalam carrier. Dhia Danish tak penat-penat sebab seronok sangat hehe. So sebelum pulang ke sarang wajiblah ambil gambar kenang-kenangannnnn πŸ˜…






So, dah tau ke mana destinasi nak beli jiwa anak-anak cuti hujung minggu ni? Jangan lupa shortlisted kan 99 Wonderland Park as the one okay 😎 Info tempat aku letak dekat bawah. 

Address (Landmark : Pasar Borong KL)
99 WONDERLAND PARK Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara, 68100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan+6012 5599034 / +603 61891899
enquiry@99wonderlandpark.com.my
Opening Hours: Wednesday - Sunday & Peak Season (Public/School Holiday) 9am-11pm (Closed on Monday & Tuesday)
Website : www.99wonderlandpark.com.my
Email : enquiry@99wonderlandpark.com.my
Waze : 99 Wonderland Park
FB : 99 Wonderland Park IG : 99WonderlandPark



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers