Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, August 5, 2014

Jahit langsir rumah - Mood Turqoise kalerrr..

Alhamdulillah lepas 2 minggu tertangguh jahit langsir sliding door rumah..semalam baru siap. sebelum ni siap satu jer... nak balik raya kampung ari tu langsir saya sebelah kaler lain2..hehe.. mmg target nak siapkan lps balik dari kampung.. Pilihan kali ini adalah warna Turqoise..tp tgk mcm nak kaler biru puna ada..x per lah yang penting siap

Seingat saya dah 3 kali tukar kaler langsir sliding door tu.. duduk situ pun dah 3 tahun. maknanya tiap2 tahun tukar langsir ye ler...tp tukar yang murah ker.. yg mahal masa mula2 masuk rumah baru. Lepas tu yang murah2 je sudahhh..tak nak membazir yang penting sedap mata memandang jerrr..

meh citer pasal langsir sliding door saya..



 mula2 masuk rumah langsir warna hijau olive + brown.. Mahal skit sebab kain mahal.
                      tempahan di Nagoya - Kos RM380++ x ingat dah..
Nasib baik rumah kecik jer..klau idok lagi tinggi kos nak tempah langsir..


2012- 2013 - langsir warna grey - tempah di Nagoya juga. semeter RM4.50.. cut cost..cut cost

ala-ala frozen gitu...


2013-2014 -  langsir warna turqoise - jahit sendiri
kain semeter RM 3 jerr....bajet murah jerr..

Kos hanya RM 40 okeyy..

lagi..lagi cut cost..cut cost !! hehe..


langsir korang mcm mana plak..jom share skit..

Thursday, May 15, 2014

Frame Button sempena Hari Guru

Sempena Hari Guru 2014.. Sal buatkan frame Colourful Button untuk anak-anak bagi hadiah kepada cikgu-cikgu kesayangan.. Anak-anak happy sangat bila tengok frame comel ni..

Ada huruf yang dah habis..so guna kain felt je untuk gantikan huruf-huruf yang tak cukup tu..
Lama betul rasanya tak bermain dengan button-button yang comel ni..

Sesuai untuk dijadikan hadiah kepada kawan-kawan & ibu bapa juga untuk diri sendiri sebagai hiasan dirumah dan meja belajar anda...

Untuk tempahan sila pm ke
FB page- Mystitchycraft Handmade
FB - mystitchycraft    atau
inbox ke mystitchycraft@gmail.com














Sunday, February 9, 2014

DIY Chevron Frame

Cuti hujung minggu ni saya berkelapangan membuat diy frame..walaupun sebenarnya ada tempahan yang belum disiapkan..Tapi disebabkan semangat datang secara tiba2...so teruskan jugak buat..Bukan senang semangat nak datang..Kalau nak tunggu semangat datang tiap2 hari memang tak ler..silap2 tahun depan!!  Corak yang dipilih adalah corak chevron. Corak ni simple but nice...macam kiut2 jerrr corak tu. tapi tak pasti lah sesuai ke tak dengan  konsep rumah saya tu...Konon2 nak deco rumah ler katakan. tak per kita cuba buat jer dulu...

Jom tengok tutorial dibawah ...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah: 

1. Bingkai gambar/frame empat segi ikut warna pilihan anda. Hitam ke, putih ke, biru ke, coklat ke..?
   *Saya pillih warna putih dari ikea sebab mmg ada kt rumah*

2. Kain Felt warna warni ikut tema.

3. Kad warna hitam

4. Gunting

5. Gam/ double sided salotape



1) Potongkan kain felt dengan corak chevron & corak apa pun ikut suka anda.

Bak kata masa kita budak2 dulu 'awan larat'..apa yang awan, apa yang larat pun tak tau..haha
Alaaaa...yg selalu kite lukis kt belah bawah muka surat klau keje dah siap..yeahhhh..hehe. 
(sekarang ni layan buku anak sekolah ada gak gorak cenggini...hehe)



2) Dah selesai potong2..lekatkan corak tadi dengan gam di atas kad hitam


3) Kemudian letakkan kertas hitam yang telah siap tadi di bawah kertas lapis frame



4) Pasangkan frame & dawai penyangkut seperti di gambar di atas.


5) Dah siap!! Siap untuk digantung... Cantik tak?? Boleh le kan ...diy jer..Kos pun murah tak perlu nak beli gambar2 kt ikea tu..corak pun boleh diganti kalau dah jemu tengok... kalau nak warnakan pun boleh.. Macam-macam corak boleh dibuat sendiri asalkan kita rajin...hehe..

Selamat Mencuba...