Memaparkan catatan dengan label funny walk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label funny walk. Papar semua catatan

Isnin, 30 November 2009

virus malas

aku malas nak taip entri baru. masih dalam mood cuti-cuti malaya. hari ni aku cuma copy and paste dari email yang diterima dari kawan aku yang bernama chot. chot ni dulu ada blog. tapi semenjak dah jadi boss besar ni dia dah malas memblog. beliau lebih suka menghantar entrinya kepada peti email aku. lantak hang la chot! 

kat bawah ini adalah sebahagian dari entri yang dihantar oleh chot kepada email aku. aku rasa bahan cerita ni dia pun cilok dari tempat lain. aku tau la. chot mana pandai menulis. dia pandai mengira je.

selamat membaca. saja aku nak berkongsi.


Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..
 
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Khamis, 9 Julai 2009

kenapa PPSMI dimansuhkan?

Kenapa PPSMI dimansuhkan selepas enam tahun ia dilaksanakan? Mungkin atas sebab politik? Atau sebab tekanan dari rakyat? Atau sebab kerajaan memang prihatin atas masa depan pelajar-pelajar? Atau sebab cikgu-cikgu yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki bagi menjayakan PPSMI ini? (cikgu juga yang menjadi scapegoat. Selepas ini beban beralih pula kepada cikgu BI??). Yang pastinya,tiada kata maaf dari pihak pelaksana itu sendiri.

Aku teringat temuramah antara Astro Awani dengan seorang Prof di UM. Beliau berkata "PPSMI adalah kesilapan terbesar yang dilakukan oleh kerajaan dalam sistem pelajaran Malaysia". Errmmm...PPSMI dah mansuh, baru berani bantai kat tivi?

Yang aku dapat simpulkan ialah berkemungkinan menteri atau pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia membuat keputusan setelah membaca buku yang bertajuk F in EXAMS ini? Agaknya...

Buku ini juga membuktikan bahawa tahap kecerdikan seseorang itu tidak bergantung kepada tahap penguasaan bahasa inggerisnya. Bahasa Inggeris ialah mother-tongue bagi pelajar-pelajar di UK, tetapi ia tidak bermakna mereka cukup 'terer' dalam subjek Science dan Maths.

Buku yang ditulis oleh Richard Benson (bukan Richard Branson tokey Virgin) ini penuh dengan contoh-contoh jawapan yang kelakar atau kreatif berdasarkan situasi yang benar-benar berlaku di UK. Antara petikan yang menarik dari buku tersebut ialah:

Subjek:Chemistry
Q: What is a nitrate?
A: It is much cheaper than a day rate.

Q: Give a brief explanation of the meaning of the terms 'hard water'?
A: Ice

Q: Describe the chemical differences between H2o and Co2.
A: H2o is hot water, Co2 is cold water

Subjek: Biology
Q: What is the highest frequency noise that a human can register?
A: Maricah Carey

Q: Adam cuts his arm. Blood gushes out and is red in colour. What does this show?
A: He is not a robot, he's a real boy.

Q: What does 'terminal illness' means?
A: When you become ill at the airport

Q: Give an example of a smoking-related disease.
A: Early death

Q: How is oxygen loaded, transported and unloaded in the bloodstream?
A: By forklift truck

Subjek: Physics
Q: Explain the word 'momentum'
A: A brief moment

Q: Many people don't like eating radiation treated food. How could a food scientist prove thtat radiation treated food is safe?
A: By eating some!

Q: Give the names of two gases that might contribute to a global warming.
A: 1. bottom gas
2. cow burps

Subjek: Geography
Q: Define the phrase 'commercial farming'.
A: It is when a farmer advertises his farm on tv to get more customers.

Q: Explain the meaning of the word 'magma'.
A: Japanese cartoons

Q: The race of people known as Malays come from which country?
A: Malaria

Q: Name six animals which live specifically in the Arctic.
A: Two polar bears. Four seals.

Subjek: Maths
Q: Change 7/8 to a decimal.
A: 7.8

Q: Write two hundred thousand in figures.
A: two hundred thousand in figures.

Q: Expand 2(x + y)
A: 2(x + y)
2(x + y)
2(x + y)
2(x + y)

Q: What is conditional probability?
A: maybe, maybe not

Q: You are at a friend's party. Six cupcakes are distributed among nine plates, andthere is no more than one cake per plate. What is the probability of receiving a plate with a cake on it?
A: Nil, if my sister is invited too.

Subjek: Psychology
Q: Describe what is meant by 'forgetting'.
A: I can't remember

Q: Explain the 'phycho-dynamic approach'.
A: Using your mind to move things, like a Jedi.

Q: Express the term 'stereotype'.
A: It is what kind of cd player you own.

Subjek: History
Q: Where was the American Declaration of Independence signed?
A: At the bottom

Q: Name one of Abraham Lincoln's greates achievements?
A: Having his face carved in rock.

Q: Explain what is meant by the word 'dictator'.
A: someone who reads out loud

Q: What did Mahatma Gandhi and Genghis Khan have in common?
A: Unusual names

Q:Name two of the classes which existed in Medieval England.
A: History class and Geography class

Subjek: ICT
Q: What is a CD-ROM?
A: an album of romantic music

Q: What is a hard disk?
A: it doesn't break when you put in the dishwasher.

Q:Suggest an advantage to video conferencing.
A: You can't smell bad breath via video.

Subjek: English
Q: Use the word 'judicious' in a sentence to illustrate its meaning.
A: I am using 'judicious' in this sentence to illustrate its meaning.

Hahaha!..
Banyak lagi jawapan yang lawak-lawak dalam buku ni. Tak larat aku taip. Pi beli sendiri la ya...

Nota:
-Terimakasih kepada TT kerana sanggup menghantar (maksud aku mengepos) buku ini dari Ireland. Preview buku ini juga ada ditulis didalam blog tuan tanah.

-Takde ke cikgu-cikgu di Malaya ni nak tulis buku yang lebih kurang sama, atas pengalaman menjadi pemeriksa kertas Maths n Science. Boleh la letak tajuk "F in Exams: Blame on PPSMI" atau "F in Exams: Blame on CheDet"..hehe!

- Che Det buat poll di sini

Rabu, 22 Oktober 2008

WANTED !!!

BENLUDIN a.k.a DATO` BENHARPER
pjk,jkr,jkkk,ajk,lu pk sendiri
( A MAN WITH MANY FACES )
WANTED FAINTED OR ALIVE!
1001 JUTA RUPIAH

Khamis, 25 September 2008

Sengeh-sengeh di Bulan Posa - Final Part

I. Aleeya berjaya menulis kad raya pertamanya. Kad-kad raya tu dia nak hantar kepada cikgu tadika. Ada juga yang nak dihantar ke tok dan tok wan di kampung. Semuanya nak hantar by-hand. Bagusss.Jimat duit stem aku..hehe

Gambar kat atas tu kad raya yg baru siap ditulis untuk tok dan tok wan. Aku dan wife aku jadi mangsa bahan reference Aleeya utk mengeja perkataan yg betul. Dia tulis mengikut formatnya yg tersendiri:
" Aleeya Bagi Tok Wan ...." sepatutnya "Dari Aleeya Untuk Tok Wan"...hehe

II
Tahun ni aku dapat banyak kad raya berbanding tahun lepas. Tahun lepas aku dapat SATU je kad raya, tu pun wife aku yg hantar. Tapi tahun ni dapat DUA...hahaha.. Ok la tu.

Kad raya pertama aku terima dari wife aku (left) dan yg ke-2 aku terima dari Hafiz+Nina=Zara...tq

Orang zaman IT ni dah kurang hantar kad raya. Semuanya express. Hantar kad raya pun pakai MMS atau e-mail je...tak rock la brader!! Bagi aku 'kemeriahan' raya tu susut sikit bila takde lagi budaya mengirim kad raya tru snail mail ni..Nanti la wa gantung 2 kad raya tu kat rumah..jadi ler...hehe

p/s: sebenarnya bkn tak mau send tru MMS, tapi h/fon aku jenis COKIA..

III.Malam tadi aku pi terawih. Aku terlewat sikit sampai ke surau. Maka terkebelakang lah kedudukan aku. Se-saf dengan budak-budak. Nak buat camno. Sapa suruh datang lewat. Padahal surau tak sampai 50 meter pun dari baitijannati a.k.a rumah aku.

Tengah-tengah concentrate solat witir, tiba-tiba aku terdengar budak sebelah aku berbual dgn kawan dia. Masa tengah sujud plak tu
:

Budak A: weh..demeh ada bawak mercun tak?
Budak B: ada..kome letak kat tempat letak kasut luar surau..

Sujud belum habis lagi tapi dia orang terus bangun sebab nak amik mercun dia orang.Selamba derk je berjalan depan aku dan makmum yang lain...ermm....budak-budak ni sekeh kang!

Ke laut la witir aku...ishhh

Rabu, 10 September 2008

Sengeh-sengeh di Bulan Posa Part 2

(Harap Maaf:Jangan betulkan speaker anda! Se-menjak dua-menjak ni My Musical Mood tu byk sgt lagu era-flinstone..saja je aku letak lagu yg tak sedap..ko org layan je la..)
best juga kalau dpt main ski time posa ni..haha

Sengehan I.
Anak sedara aku, Amier Yusuf, baru abih UPSR... Malam tadi aku pun rajinkan diri sms kat dia bertanyakan pasal examnya:

Sms aku : amier..camner exam pagi tadi?

Sms amier: ala...semua soalan dia senang je...cuma jawapan je yg susah...

tersengeh je la aku baca sms tu..ada tokoh jadi lawyer si Amier ni...

Sengehan II .

Pic: Berita Harian 11 Sept.2008
Paling kanan dlm gambar tu adalah Ustazah aku masa aku sekolah rendah dulu i.e SK Budu. Yg lain dlm gambar tu bukan Ustazah, jgn konpius kan diri anda. Masa sekolah rendah di era Uji Rashid dan Hail Amir dulu selalu kena rotan dengan dia sbb aku tak hafal surah. Aku selalu berdoa supaya dia tak masuk kelas, tapi dia masuk juga. Bagus juga doa aku tak makbul masa tu....

Sekarang ustazah aku ni adalah seorg usahawan dodol yang berjaya. Dodolnya popular seantero Malaya. Pasaran obersea dlm proses tu. May be org Denmark suka dodol dia. Who knows...

Kepada sesapa nak beli dodol tu pi la ke Kg.Lubuk Hik di Budu.Keenakannya dijamin! Kepada sesiapa yg pakai gigi pelesu tu, jgn la nakal-nakalkan diri nak makan. Tengah2 makan dodol tak sedar je gigi pelesu tu ilang.

Terimakasih Ustazah kerana melibas aku dgn rotan dulu. Kalau tak, mmg aku tak pandai mengaji dan baca jawi..(wa terer baca jawi cakap lu...hehe)

Kg.Lubuk Hik!!...tersengeh lagi aku dgr nama kampung ni. Sungguh unik. Awas kpd sesapa yg makan dodol berlebihan jaga2 sebab anda dikhuatiri (betul ke spelling aku ni) akan bertukar jadi Hik Hogan...hehe

Sengehan III.
Petang semalam sebelum waktu berbuka, aku dan wife aku merajinkan diri pergi ke sebuah gerai berhampiran rumah aku. Yg berniaga kat situ hanya seorg peniaga shj.Dia plak berjiran dgn aku. Saja2 la nak tgk dia jual apa.Kalau menarik kuih2 nya aku nak beli.

Aku ternampak ada sorang Kakak Kaki Kepoh (KKK) ni tgh lepak kat belakang gerai kwn aku ni. KKK tu dah siap masak kot, tu pasal melepak je kejenya.Masa nak sampai tu aku terdengar dia bertanya kat budak2 yg tgh membeli ayam goreng..

KKK : heeeii..bebudak...mak ko org tak goreng ayam ke kat rumah???

Budak: (dgn skimanye menjawab)...mak saya tak goreng ayam hari ni makcik...

Aku perati kakak gerai tu berubah muka...sure dlm hati dia kata ."KKK ni nak halau pelanggan aku ke?"..

Lepas budak2 tu blah, turn aku dan wife aku lak memilih kuih. KKK bersuara lagi..:

KKK : heeeii...Mrs.Dot Dot Dot....malas masak ke hari ni?

Wife Aku : huh..?

Kakak Gerai: lerr..biarla dia nak beli..dia nak tolong saya berniaga. Kalau takde org beli tak laku la kuih2 saya KKK oii..Lagi pun, kalau setakat nak makan karipap 2 bijik, takkan nak buat sendiri !

Lega... ada org tolong jawabkan on my behalf ...aku sengeh kat KKK

KKK balas sengehan aku, tapi sengehannya ala-ala jongos...

***Pesanan aku walaupun tidak relevan dgn topik : Sengeh-sengeh juga...time posa ni elakkan diri dari mengumpat, dan teruskan sampai bila2. Jgn sekadar dipinggiran je..! Kena umpat tak per, dpt pahala...hehe***