Friday, April 20, 2012

Anak Kampung


suka ngan lagu nih.....



Corus.

Memang aku ini
anak orang miskin
tiada apa-apa yang dapat ku berikan
engkau memang cantik
memang tidak padan dan tidak sepadan

aku anak kampung
tiada pelajaran
kuli-kuli sahaja
memang tidak padan
cantik bah kau itu
banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna 3x

....................................................... .......

tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

ulang corus

something to share...something not to share....

what is't something that you should share and something that you shouldn't to share?
but sometimes we share that something we shouldn't to share....why?


why some people lie and hypokrit?....if someone have lied to you,is't can you give him/her a trust again? why?

too much question ha....huh






Wednesday, January 25, 2012

Corneal Ulcer

Tahun ni cuti CNY yg agak membosankan bagi cik puan dan yang paling membosankan untuk Elman....sebab mama dia...dia terpaksa terperuk dalam rumah jer...kuar rumah pun setakat gi kedai jer...gi jln jauh2 mmg tak dapat ler...

puncanya sbb cik puan ade corneal ulcer pada mata kanan cik puan...
sethn lebih yg lepas dh penah kena corneal ulcer ni utk sebelah kiri...kali ni sebelah kanan plak...
terpaksa la duduk ward dalam 3 hari sbb doctor nak pantau ubat...luckily..ulcer cik puan tak besar sgt...sesetengah org ade yg dh sampai tak nampai biji mata hitam....
pelik juga kenape cik puan ade masalah corneal ulcer nih...selalunye org yg kena ade la org yg pakai contact lens...cik puan ni mane penah pakai contact lense..cabut spec kejap jer...habuk laju jer lekat kat eyelid...maybe sbb habuk2 ni mudah sgt lekat kat eyelid kot....

terpaksa mc panjang....yg bencinye mc lama2 ni ..klu de org yg bising2 kat ofis tuh....sbb ofis ni x de kebajikan.....ape2 pun dh doctor paksa rehatkan mata....so better dgr ckp doctor....org kt ofis tuh...klu mata cik puan buta..bkn diorg yg tanggung pun....so ignore jer la diorg tuh.....


tak leh mengadap ipad/laptop/tv sangat..mata cepat penat dan kabur....


k la..nak wat oppsss..cuci mata and rest kan mata...

doakan cik puan cepat sembuh yer....
banyak keje yg tertangguh....


Friday, November 25, 2011

Kantoi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Akhirnya ade gak budak yang kantoi.....sape lagi Cik Puan la....hehehe
Cik Puan kantoi thesis...gara-gara 3 minggu seblm submit draft baru kelam kabut wat betul2...
ni lah akibatnye...............

Kecundang.....ape2 pun terpaksa redha....
Kena drop then next sem kena register semula....

Harap2 Cik Puan kuat semangat untuk register sem depan ler...:D



Monday, September 26, 2011

Back to Normal Life....

Beberapa hari lepas hati + hidup Cik Puan diganggu oleh manusia2 yg mmg dari dulu selalu mengganggu idup org...menyebabkan hati Cik Puan rasa marah+dendam+geram....(mcm kena rasuk syaitan..Astaghfirullah)..tapi skang...
ALHAMDULILLAH....dengan berkat doa+kesabaran Tuan besar...Cik Puan mampu bertambah sabar skang...............tapi dengan keadaan manusia2 tuh tak menggangu Cik Puan sekeluarga lagi....

Cik Puan berharap kebahagian keluarga kami ni akan berkekalan la hendaknye dengan keredhaan dari Allah S.W.T.

Untuk manusia2 yg berkenaan tuh............
Cik Puan harap diorg ni sedar ler akan dosa dan kesilapan diorg...
kalau yer pun tak de rase malu kat kami sekeluarga......
Malulah dengan Allah S.W.T...sbb Allah S.W.T maha melihat dan maha mengetahui....
Janganlah menjadi hamba duniawi............

Allahuakbar!!!!!!




Wednesday, September 21, 2011

Cerita Teladan....

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah s.w.t. dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah s.w.t.." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis laknatullah yang menyerupai sebagai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis laknatullah. Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah s.w.t.. Saya sudah berjanji kepada Allah s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik itu." "Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis laknatullah marah. "Akan saya teruskan!"

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis laknatullah menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis laknatullah dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup tidak berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong. "Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu." "Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu. Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis laknatullah yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani. "Berhenti, jangan lanjutkan." larang si iblis laknatullah "Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." jawab lelaki itu.
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?" Iblis laknatullah itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis laknatullah ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah s.w.t., dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."
Hadith Riwayat Muslim

Macam mana kalau hidup single?????

Macam mane yek klu kita hidup single.....tak de husband,tak de anak.........family jauh....
bleh survive ker???
Kawan2 Cik puan ramai jugak yg masih bujang lagi...especially yg dah agak berumur 30-40an....
best tak yek hidup diorg????
kalau tgk2...mcm best jer....sbb diorg best leh gi jalan2 mane2 yg diorg suka......
tapi yer la kan dalam hati sape la yg tahu...........
kalau la ditakdirkan hidup single lps nih....................
Cik Puan nak gi merantau..melancong satu dunia.........
first thing of course la Cik Puan nak further PHD kat oversea....:)
rase2 ade kesempatan ker yek????berangan jer la dulukan...
angan2 mat jenin...hehehe