CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Showing posts with label MY ARTIS. Show all posts
Showing posts with label MY ARTIS. Show all posts

Sunday, November 2, 2014

Rozita Che Wan ♥ Zain = Princess Comel

Assalamualaikum

Huiii... semua dok viral citer anak Che Ta dan Zain..
Alohaiiii...mmg comelll...geram nak cubit2..
Tahniah Che Ta dan Zain...Kombinasi cantik dan hensem... dengan izin Allah jadilah princess yg anggun comel dan memikat..

1 November 2014... baby comel mereka menjenguk dunia... semoga jadi baby solehah..

Mesti Che Ta excited dapat baby girl... macam mama hari ti..iyalah kan sebelum ni dua orang hero..
Mesti mengerlip la baby comel tu..mummy org glamer...hihi..




Che Ta lepas bersalin comel jaaaa...
Berbeza dgn mama...huhu
Tahniah naaaa...

Rindu la pulak time princess Qysya mama baby dulu..



Tuesday, March 4, 2014

GOSSIPS: Masalah artis bikin kacau..peminat???

Assalamulaikum...

Alahai malas la nak citer...tapi itulah yg terjadi..bila aje ada artis BIKIN PANAS.. peminat yg lebih2..
Ada banyak kategori peminat ni...

  • Yang mengutuk - peminat yang macam akan segera mengutuk bila ada aje isu yg tak elok.. walaupun kesahihan belum lagi dipastikan... pong pang pong pang tak tentu pasal... bercakap dan bagi komen seolah2 dia ada pada waktu kejadian..
  • Yang membela - peminat yg macam ni tak nak dengar segala yg buruk pasal artis kesayangan mereka.. biarlah artis tu mmg salah..tak pe...akan kubela hingga hujung nyawa.. pastu puji artis melambung2 ..seumpama artis dia tu malaikat..
  • Yang tension - peminat yg tension ini terjadi bila terlalu emosi..kebetulan kisah artis tu sebijik mcm yg pernah terjadi pada mereka..mereka pun mulalah beremosi..  
  • Yang terkena tempias - mereka yg terkena terkena tempias ni kdg2 bukan peminat atau yg suka pun dunia artis..mereka terkena tempias apabila org sekeliling tu terlalu dipengaruhi tentang gossip...contoh gossip seorang artis yg playboy.. bila girlfriend baca dia akan kaitkan kisah artis tu dgn boyfriendnya..walaupun tak pernah terjadi pun yg boyfriend tu playboy.. girlfriend menggunakan kisah artis playboy tu utk memberi amaran pada boyfriend...hihi..jadi boyfriend la y terkena tempiasnya.
Jadi currently byk artis yg BIKIN PANAS.. Mama dan kawan2 yg dah kawin ni akan beremosi apabila ada kisah tentang curang atau rampas suami...ermmm geram.. hihi... jadi laman FB akan jadi medan kami berbincang..tp kami takdelah lebih2..sbb kita tak tahu untung nasib kita nanti... kami lebih cuba memberi motivasi dan berdoa agar kami tak terjebak dgn masalah keluarga terutama dgn husband...

Jadi papa terpaksa menadah telinga dengar bebelan mama...kui..kui..kui...sorry sayanggg...

Apa2 pun jangan pulak kerana kes dan masalah orang lain kita suami isteri berantakan...doakan yg terbaik untuk semua...

Daripada dok fikir masalah orang...jom tambah pendapatan.. klik sini..

Tuesday, February 25, 2014

Faizal Tahir... oh hensemnya..

Faizal Tahir... itulah feveret singer mama .
Dulu time belajar seboookk dok berangan nk kawin ngan Faizal..
Kelakar kan... tp biasa..darah muda..
Sambil isi masa terluang al-maklum la tak de pacar..

Dengan imej baru..lebih kemas..mantap bersama Vortex...
Harap sukses selalu...

Semoga bahagia selalu.. touching la pulopppp..

Monday, December 2, 2013

Ayu Dua Puluh Sen.....

Masih kah korang ingat Ayu yg dalam cerita Bujang Lapok dulu???
Cute kannnnn...

Mama sebenarnya mmg wondering la..mcm mn la rupa Ayu bila dah besar...
Tak boleh nak imagine...Akhirnya hari ni mama dapat la tgk kat FB kawan mama...Rupa2nya dah bergelar nenek tapi still cute......


Cute kannnn....

Tuesday, July 16, 2013

Takziah Dira!

Dira ialah salah seorang pelakon yg mama minat..sebabnya dia nmpk rilex dan mmg berbakat..
Mama nk ucapkan takziah pd Dira dan family atas kehilangan bapa tercinta, Datuk Seri Abu Zahar.. beliau merupakan bekas ketua menteri Melaka yg kelapan. Dikhabarkn meninggal krn komplikasi kencing manis..
Semoga seluruh family redha dgn ketentuan Ilahi..




Sunday, June 30, 2013

Achey Bintang Mencari Bintang jadi hos Melodi?

Hari ni mama berpeluang la nak tgk live Melodi..iya la kan Kelantan cuti sbb menang Piala FA.. so mcm terkejut sbb pasangan pengacara Zizan ialah Achey, juara Bintang Mencari Bintang..
Wah mcm bagus jugak Achey ni jd hos. Tapi adakah Achey hanya gantikan Awal utk kali ni aje atau Achey dah jd pengacara tetap? So wait n see je.. apa2 cubaan yg bagus.. biasalah ada mistake sikit tp dia mmg pandailah juga cover dgn lawaknya...
Apa2 pun tahniah atas cubaan..




Pierre Andre dah kawin..

Tahniah diucapkan kpd Pierre dan isterinya Nor Hidayah. Mama mmg dah tau dia dah selamat diijabkabulkan tp hr ni baru sempat tgk dlm Melodi. Tahniah kak Khatijah Tan.. dah dpt menantu la ye.
Semoga kekal bahagia selamanya!




Sunday, June 16, 2013

Fiza Elite dah bertudung!

Pg semalam mama ada la terbaca kt FB tentang Fiza Elite yg dh bertudung .. ermmm mama tumpang gembira la ye. Iyalah kan menutup aurat itu WAJIB..

Mama sebenarnya dok pendam dr semalam lagi.. mama sebenarnya sedih dgn sesetengah pihak yg mengambil remeh tentang perubahan seseorang.. Mungkin juga mereka tak sedar atau terlupa kerana terlalu memikirkan berita yg best utk dikeluarkan...
Sebagai contoh nasib yg terkena dek Fiza.. Dia elok2 nak berubah ke arah yg lebih baik..ade ke patut ada pihak yg membuat perbandingan penampilannya dahulu dan sekarang.. of coz la yg dahulu tu auratnya terdedah.. lepas tu sebelah gmbar yg terdedah aurat tu, diorg letak gambar bertudung yg baru... Astaghfirullah al 'adzim... elok2 dah Fiza tu dah bertudung...so please la..jgn la didedahkan lagi gmbarnya yg dahulu tu...
Mama pun tak pasti apa niat pihak tersebut...tp kalaulah sekadar nak bikin cerita best...tak payah la nak buat analisis bagai... bila aje seseorang tu dah bertaubat, usahlah disebut lagi kesalahannya yg dahulu.. biarlah dia mulakan hidup baru..

Sebagai artis memang la mereka terpaksa redha kerana gambar ada di merata-rata...nak buat mcm mana.. tp jgn la sampai dgn sengaja mengeluarkan kembali gambar diorg tu.. apatah lagi buat perbandingan bagai... elok2 artis tu dah bertaubat..kita yg tukang sampai berita tak pasal2 dapat dosa... So wake up la... sebagai rakan seagama bersama2 la kita membantu mereka yg ingin berubah... sebab kita tak tahu bila waktu kita... Mungkin sekarang ni kita rasa kita dah ok, tutup aurat, sembahyang tak tinggal, byk buat ibadat... tp jgn lupa bila2 masa aje Allah boleh balikkan hati kita... jadi kita tak boleh riak dan ego...



Ala tomei-tomei... sejuk je mata memandang..... Alhamdulillah.....

Thursday, May 16, 2013

Sudah-sudahlah Afiq Muiz...

Mama tak tahu pun pasal cerita sensasi Afiq ni selain drpd dia masuk Masterchef Selebriti Musim Kedua.. iyalah sejak dlm tempoh berpantang ni..mama tak layan sgt ruangan gossip2 ni..tak sempat..nak layan puteri cilik lagi... hah 2 org putera lagi tu pun nak dimanjakan juga...
Rupanya dia ada masalah dgn ibunya...katanya ibunya telah mengusirnya dr rumah dan menghubungi hanya kerana pentingkan duit..dia juga mengatakan ibunya sudah tak sayangkannya lagi.. walaupun ada penafian drpd pihak ibunya yg mengatakan dia tidak pernah mengusir Afiq..


Kehangatan masalah itu brtambah bila mana Eina Azman yg digossipkan dgn Afiq tampil mengatakan ibu Afiq mengugutnya dan mengatakannya menggunakan duit Afiq..Eina meminta ibu Afiq meminta maaf kpdnya..

Sebagai org luar..mama tak tau cerita sebenar..tp bagi mama usahlah dihebohkan keaiban dalam family kita... Masalah akan menjadi lebih besar dan mungkin lebih ramai yg akan terluka...

Mama masih ingat bait2 dialog dlm cerita "Ampunkan Dosaku" lakonan Ezani, Fauziah Nawi, dan Zamarul..Dialog yg dilafazkan oleh Ezani begitu terkesan dihati mama sampai sekarang..walaupun sudah lebih 15 tahun mama menontonnya... katanya, " SEORANG IBU TAKKAN PERNAH BERDOSA DGN ANAKNYA, APA YANG ADA HANYALAH DOSANYA DENGAN ALLAH"...
Ini bermakna seteruk mana pun seorg ibu itu..walau dia pernah melakukan kezaliman kpd anaknya..dia tak berdosa kpd anaknya kerana sebenar2nya dia berdosa dgn Allah krn tidak menjaga amanah Allah dgn sempurna.. Jadi seorang anak haruslah sentiasa berlembut dan berbuat baik dgn ibunya... Ingatlah jasa-jasanya selama ini..takkan pernah seorang anak mampu membalas jasa seorang ibu... takkanlah hanya kerana sedikit kekasaran drpd seorg ibu, seorg anak sudah menganggap ibu sebagai seorg musuh..

Jadi tak salah sebagai seorang anak, Afiq berbincang dan memohon maaf dgn ibunya... rendahkanlah ego di depan ibu... usah persoal siapa yg salah..beralah tak semestinya kalah... sebelum terlambat, buatlah keputusan dgn bijak.. usah dgr cakap org luar.Afiq dah cukup dewasa dan bijak utk membuat keputusan...
Kepada Eina, sudah2lah.. jgn menambahkan kekeruhan... kadang2 diam lebih baik drpd bersuara..bukan semua benda kita perlu buat press conference..

Maafkan mama sekiranya mama tersalh dlm memberi pandangan....

Wednesday, February 20, 2013

Aduhai Nabila... aduhai Fazurina....

Hari ni mama tak berapa sihat... hidung ni dok gatal2...berair... demam la tu.. mmg tak berapa daya rasanya..sebenarnya sejak semalam lagi dalam tekak ni terasa gatal2 dan perit yg teramat... batuk2 kecil pun ada.... mohon doa dr kawan2 semua...dlm keadaan mama yg mengandung 9 bulan ni... mmg letih la sikit.... namun ini adalah dugaan dr Allah... semoga mama boleh melewati dugaan ini dgn redha...

Namun ada lagi berita yg menjadikan temperature badan mama bertambah... walaupun mereka tak de kaitan secara khusus dgn mama namun mama rasa tetap ada pertaliannya kerana isu ini isu ISLAM...

Pertama isu Nabila Huda yg komen pasal ramai sgt yg dok kritik dia berdasarkan perwatakkan luarannya sahaja...


Astaghfirullah adik....mengucap byk2...fikirkan kenapa ada rules dlm kehidupan...fikir secara positif....Al-Quran diturunkan sebagai medium utk menyebarkan peraturan, kehendak kehidupan yg diingini oleh Allah Yang Esa terhadap hamba-Nya... semua benda hidup ada cara dan peraturannya... haiwan, pokok, gunung , lautan ada peraturannya... cuba bygkan lautan tidak mengikut peraturannyadan hadnya...pasti kita akan diancam tsunami setiap hari atau tiada pasang surutnya... kiranya semua planet tidak mengikut peraturan orbitnya pasti perlanggaran antara planet akan berlaku..kiranya haiwan tiada peraturannya pasti tiada kitaran habitatnya...
Jadi kalau kita membenci peraturan yg telah ditetapkan...tiada tempatlah utk kita di muka bumi ALLAH...
Nabila meluahkan rasa hati dgn emosi.. tanpa menggunakan akal, iman, taqwa...sekiranya kita tidak mengikut tuntutan dalam Islam kita akan lebih SICKKKKKK!!!!!...
Semoga kita semua terhindar drpd berfikiran begitu....semoga Allah membuka pintu hati Nabila..kerana hidayah Allah itu tidak terjangka oleh kita...kepada semua..jgn terus menghentam Nabila...tp berdoalah utk dia dan semua umat Islam....kepada yg berada dekat dgn Nabila bimbinglah dia....

Seorang lagi artis yg agak individualistik komennya ialh Siti Fazurina.. ekoran daripada pendedah aurat ketika majlis resepsinya... jawapan yg diberikan agak berani, lancang dan kurang cerdik....Sebelum ni kita tau yg Fazurina merupakan salah seorang artis yg berhijrah...pastinya peminat akan terkejut bila mana dia membuka sedikit auratnya kembali...


Dia mengatakan seksi itu adalah haknya... dia juga meminta supaya tidak dikritik dan biarlah Allah sahajayg menilainya...
Nak tergelak pun ada bila baca statement itu... klise je jawapan mereka... cuba fikirkan sebab Allah turunkan Nabi dan Rasul, khalifah, imam, ulama di muka bumi ini? bukankah utk memimpin... usaha diragui Allah yg UTAMA akan menilai setiap apa yg kita lakukan..namun harus diingat ada pihak yg telah diamanahkan Allah utk memimpin umat Islam....

Bukankah Allah ada berfirman dlm surah Al-Asr..yg bermaksud; "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. kecuali mereka yg berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 kepada kesabaran" 

Jadi tak salah kalau ada yg menegur...ambillah yg baik utk jadikan pedoman dan buruk jadikan sempadan....

Wednesday, February 13, 2013

Isteri dikehendaki SEGERA!!!

Eh..mcm2 dunia sekarang ni......terbaru seorang pelakon drama radio IBRAHIM OTHMAN,83 tahun yg popular sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an dulu ...drama 'Kebun Pak Awang nak menawarkan harta milikannya yg bernilai lebih kurang sejuta lebih kepada sesiapa yg sudi menjadi isterinya dan sudi menjaganya...

Dia yg kecewa dgn tindakan anak2nya yang seramai 7 orang yg tidak dtg menuntutnya sebaik sahaja dia keluar drpd wad kerana rawatan sakit saraf dan trauma..

Mungkin ini cara terbaik kepadanya kerana dia juga ingin hidup di rumah dan tidak mahu terus hidup di Pusat Jagaan A-Fikrah Malaysia....

Kesian pulak mama bila baca kisah ni... minta dijauhkan ....

Mungkin ada orang menganggap kenyataan ini lucu atau sesuatu yg tak masuk akal...tp bagi mama ini adalah antara luahan hati seorang warga emas yg juga mahukan belaian...walaupun mungkin akan ada yg akan mengatakan sesiapa yg menerima tawaran ini adalah seorang yg materialistik....namun anggaplah itu sebagai GIVE and TAKE.. keikhlasan dtg drpd hati.... hanya Allah yg tahu apa sebenarnya yg ada dlm hati setiap drpd kita...

Foto
Banglo milik Ibrahim di Taman Keramat yg bernilai lebih RM1.8 juta....

Ibrahim Othman

Sunday, January 20, 2013

Hijrah Pierre Andre..

Mama tahu mama mmg lambat dalam mendapat perkembangan terbaru... ini pun mama tahu dr papa..hehehe...dua tiga hari lepas ada tgk lakonan Pierre kat TV...mama pun cakap lah yg dah lama tak tgk Pierre kat TV..maksudnya utk cerita terbaru la..papa pun ckp yg imej Pierre dah berubah...dah berhijrah..

La...iya ke ?? mama ingatkan dia sibuk di belakang pentas..iya la kan Pierre lebih berminat dgn kerja2 belakang pentas drpd berlakon...

Ermmm rupa2nya Pierre dah mula nak mendalami agama Islam..Alhamdulillah... time dia di Anugerah Skrin hari tu mama perasan yg ucapan yg disampaikan Pierre time dpt Anugerah Yasmin Ahmad tu..tp mama tak rasa apa2 sebab sebelum ni pun Pierre mmg puitis dan berjiwa orgnya...

Semoga Pierre akan mendapat apa yg dicari ...semoga Allah memberkati usaha Pierre..semoga Allah menjaga dan melindungi mama dan semua umat Islam juga...



Ustaz Azhar dlm diri Zizan...

Membawa imej seakan2 Ustaz Azhar Idrus memang kepada Zizan...malah lawak itulah yg menyelamatkanZizan ketika ketiadaan Johan di pentas MLM 2012 pada minggu ke tujuh lalu...

Kelakar..dah la jubah MERAH...hehehe..

Ustaz Azhar yg sporting bagi komen  yg sporting jugak dgn penampilan Zizan...geng kamceng la katakan.. Antara respons dr Ustaz bila ditanya peminat tentang penampilan Zizan...




Mama mmg tabik la kepada yg tak berapa ambil kisah kalau perwatakannya ditiru oleh pelawak...mcm Datuk Yusof Haslam dan anaknya Shamsul pun sporting... di bahagian pelawak pulak..kena pandai pilih lawak2 tu agar semua pihak berpuas hati dan tidak mengaibkan ikon yg ditiru..be profesional....

Friday, January 18, 2013

Siti Nurhaliza bertudung litup sempena 34 tahun..

Ermmm Alhamdulillah ...akhirnya Datuk Sitidah membuat keputusan yg tepat dalam hidupnya...dia telah memilih utntuk memakai tudung secara penuh sempena hari lahirnya yg ke-34 tahun pada 11 Januari yg lalu..

Datuk Siti melahirkan rasa bersyukur kerana akhirnya pintu hatinya menerima hidayah daripada Allah..rasa terima kasih kepada semua peminat yg sentiasa berdoa agar dirinya memakai tudung dgn sempurna... Sekaligus katanya dia telah mengotakan janjinya dahulu...

Semoga Datuk Siti istiqamah...semua tu memerlukan proses..lebih2 lagi dlm melakukan perkara yg baik...
Mama rasa semua tu kan menjejaskan karier Datuk..malah semakin berkat ..Insya-Allah...



Cantikkan...malah jauh lebih cantik dan nmpk muda....

erm lepas ni Datuk Siti kena try longgarkan sikit baju... baru sesuai dgn imej bertudung...

ermm..mama ni mcm2 kan...byk komen la...sorry...

Wednesday, January 9, 2013

SALAM SEMUA kisah benar Aaron Aziz?????

Hai...korang dah dengar ke lagu Sleeq yg ada penampilan khas Aaron Aziz tu? Tajuknya 'SALAM SEMUA'....


Photo: Pernah dengar lagu "Salam Semua"? Jom tengok #MeleTOP kerana Aaron Aziz @Aaron535Aziz (Pengacara #FearFactorMY) dan Sleeq @sleeQmovement akan berada di studio. Saksikan #MeleTOP jam 10 malam ini di Astro RIA (104)
www.facebook.com/MyMeleTOP
#MeleTOP

Mama baru aje ada kesempatan nak tgk dan dgr.....
ermmm...rupa2nya lagu tu kisah hidup perjalanan seni Aaron Aziz.... sedih.... menceritakan tentang jerit perihnya dalam melakar nama sebagai anak seni... pengorbanan meninggalkan family di Singapura utk mencari peluang kerjaya di Malaysia..

Dalam lagu ni Aaron menceritakan isi hatinya terhadap semua org yg dia sayangi... mengungkap segala semangatnya utk bekerja adalah demi membela nasib diri, keluarga...

Mama ingatkan Aaron akan menyanyi tapi sebenarnya just ada sedikit penceritaan..kiranya peminat leh dgr suara Aaron bercakap dlm serangkap gitu la dlm lagu ni.......

Lagu yg baik dan menariklah jugak.... suara Sleeq yg merdu dan mesra pendengar banyak membantu menyedapkan lagu ni...

So kepada yg berminat nak dgr silalah ke laman YouTube..taip aje tajuk lagu 'SALAM SEMUA'..mesti keluarnya video klip yg di'post' oleh peminat2 mereka... tapi setakat mama jenguk2..belum ada lagi official video dr mereka..just ada yg dibuat oleh peminat....walaubagaimanapun still boleh menghayati lagu tersebut....bye......

Thursday, December 13, 2012

Comelnya Anak Dara Erra Fazira..

Tadi mama tertengok gambar yg di'post' oleh Erra dekat Fanpage miliknya...Erra telah post gambar si cantik jelita Aleesya...
Gambar Aleesya diambil ketika dok berborak dgn mom dia...Ya Allah..dia posing ada gaya gitu...Erra cakap itu gaya spontan Aleesya..bukan diajar...iya lah kan natural talent tu mesti la ada...lagipun hari2 dok tgk mom dia bergaya...

Photo: Betul!! Mom x ajar pun landing mcm ni.. Ni session borak2 dng Aleesya.. Tapi napa Dia duduk  over mcm nie.. ;)

Comel kan...sebijik Erra muka dia...gambar yg pertama tu penuh karakter muka dia....nampak macam dok bergossip gitu... hehe..bestnya Erra ..ada yg teman nak berborak2....mama berdoa sangat agar turut dikurniakan seorang puteri..buat geng kata orang....Aminnn...

Tuesday, December 11, 2012

Penikahan Betty Banafe dan Bruce Dargus..

Hari ni baru mama sempat tgk gambar nikah Betty dan Bruce pada 8 Disember 2012 yg lalu....meriah jugak...ermmm kalau nak meriah lagi kena tunggu gambar majlis resepsi mereka 12 Desimber 2012..esok la tu....

Kredit untuk SAZA STUDIO untuk gambar2 ni...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Tahniah dan semoga bahagia selalu....


Wednesday, November 28, 2012

Isteri Hairie Othman seiras Syafinaz Selamat

Selamat pengantin baru buat Hairie dan gadis pilihannya Dalia Diyana..
ermm cantik dan tampan kedua mempelai di pelaminan yg indah..cheewah...

gambar kahwin Hairie Othman

gambar kahwin Hairie Othman
Seriously cantik dan grand pelamin ni.....jeles.....

gambar kahwin Hairie Othman
Cantik dan fresh ajer wajahnya.....

Tapi kan bila perhati lama2..mama perasan yg wife Hairie ni seiras penyanyi dan guru vokal terkenal tanahair, Syafinaz Selamat...tapi tak tau la kalau korang tak kata gitu...sorry ye..jgn marah..itu hanya dr pandangan mata bundar mama ni je....

Syafinaz Selamat

Apa2 pun tahniah buat Hairie dan Dalia..semoga bahagia sampai ke syurga....Aminnn....

Photo credit to: Momentlicious.... mmg kelasssss....

Tuesday, November 27, 2012

Mr World 2012 tanpa Ahya???

Seperti yg dirancang Mr World 2012 telah berlangsung di Kent... acara Mr World ni kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dgn Miss World...Acara tu berlangsung selama 2 minggu bermula 9 November dan acara Grand Final pada 24 November 2012 yg lalu...
Pemenangnya pun dah diketahui iaitu Mr Columbia, Francisco Javier Escobar Parra.. Second Runner-up pula Mr Philippines, Andrew Wolff..

Mr World 2012/13
Mr Columbia

Mr World & Runner Up Philippines
Mr Columbia dan Mr Philippines
Persoalannya di manakah Ahya..anak pelakon Normah Damanhuri yg digembar-gemburkan akan mewakili Malaysia dlm pertandingan itu??? Apakah itu hanya spekulasi sahaja atau Ahya tidak dibenarkan untuk menyertainya memandangkan beliau seorang Islam??? ermm..itu mama pun tak pasti...apa2 pun Mr World dan Miss World sememangnya tidak sesuai disertai oleh orang Islam..kerana terlalu banyak benda2 yg boleh mengancam akidah.... 
Apa2 pun good luck untuk Ahya jika bidang modelling menjadi pilihannya..tapi jangan sesekali meminggirkan agama....peace....

Monday, November 26, 2012

Nabil dah jadi DADDY!

Tahniah Nabil coz dah jadi daddy pada baby girl yg gojes gitu....tahniah juga buat isterinya Nazira..

gambar anak nabil

Alhamdulillah, sempurna sudah family Nabil..pasni dapatkan ramai anak lagi...mama jeles la tgk org dpt baby girl..mama doakan mama pun dapat baby girl jugak.... Aminnn...

gambar nabil dan anaknya

Tahniah..semoga baby menjadi anak yang solehah...Semoga Nabil success bersama BOBOI dalam Maharaja Lawak Mega 2012...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan