Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Demam Meroti

Sesekali fikir. dari dok buat macaron yang selalu meragam.. baiklah mama buat roti yang jarang2 nak buat hal.. hehehe.. dah demam plak nak buat roti manjang...

Mama masih kekalkan buat roti menggunakan resipi Tok Mak.. cuma kali ni.. mama biarkan ia naik lama skit.. haa tu dia.. nampakkan.. dia naik tinggi sungguh.. MEMANG NAIK laaa.. heeheheh...

Tapi bila dah masak mama perasan yang roti tu berbonjol kat tengah.. then Nor dari secubitgaramNor67.blogspot.com beri tips.. jgn besar sgt doh tu.. dia takde ruang nak naik.. hehehe.. jadi berebut space laaa.. insya Allah.. cuba lagi.. heheh

Roti Naik Pahang -
Resipi dari Tok Mak

1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH. kali ni mama guna tepung roti
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER


Mama guna Bread Maker..
Masukkan semua bahan2 kecuali marjerin dan shortening tu..
Dlm 5 minit masukkan majerin dan shortening tu dan biarkan laa BM tu buat kerjanya... dah ting... keluarkan dan Bahagi doh pada 30 gm dan bulat2kan atau ikut laa nak buat macam mana pun..




Tuesday, November 8, 2011

Roti Naik lagi dan lagi








Membuat Roti Naik yang tak naik dah sebati dengan mama.. hehehe.. mula-mula buat jadi.. lepas tu.. tak jadi.. jadi.. frust nonggeng gak.. hahaha...

Baru2 ni Mamafami ada btau kat mama pasal resipi Tok Mak.. waaah marbeles .. febeles laa resipi tu.. menjadi sungguh.. doh agak lembik .. tapi takpe.. bila kita bahagi kecik2 tu dgn tpung di tangan kita boleh bentuk doh tu.

Ni Resipi Tok Mak..

ROTI NAIK PAHANG......resipi Tok Mak.....
...
1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH.mama guna cap Lily
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER

Mama guna mixer biasa.. tak guna Bread Maker..
Masukkan semua bahan2 kecuali marjering dan shortening tu..
Uli sehingga agak-agak sebati masukkan majerin dan shortening.
Uli lagi sehingga nampak dia tak melekat di mangkok .. tp melekat juga di jari... hehehe

Bahagi doh pada 30 gm dan bulat2kan atau ikut laa nak buat macam mana pun.. Mama ni Che Las.. hehehe

Tuesday, October 25, 2011

Roti Naik

Hari ni.. 25/10/2011, tiba-tiba mama rasa sakit di dada.. tak tau laa kenapa... puncanya.. jari-jari tengah dan manis tangan kiri mama memang rasa kebas sejak beberapa bulan yang lalu. Tadi rasa agak lenguh tangan, mama pun ambil laa balm dan sapu kat tangan.. sambil tekan agak kuat. Tiba-tiba mama rasa sakit kat dada, ishhh alamak.. aku kena serangan jantungke? aku nak mati ke? Diurut2 dada, tapi sakit jugak.. mama gi minum air.. sakit gak.. Talipon kazen, terus gi jumpa dia ... katanya BP semua elok, tp diberinya ubat bawah lidah.. suruh rest. Mama ambil ubat bawah lidah.. terus tidur you.. amboiii.. betul2 rest.

Malam masih ada rasa mcm sakit2 skit.. nanti minggu depan akan pergi jumpa specialist. Minta2 takde apa laa kan.. InsyaAllah.. berdoa jer laa mama.. sambil jaga makan hehehe...

Hari ni jugak mama rasa nak makan sangat Roti Naik.. sedangkan lately ni kalau buat roti naik.. mesti turun punya... huhuhu.. kita tengok laa apa jadi ekk kali ni.. hahaha

Cari-cari resipi, jumpa resipi mamafami.. tp alamak ada guna air kelapa laa.. mana nak cari dah tengah malam ni.. Cari lagi.. jumpa laa satu resipi ni.. tp mama tak tulis pulak dari mana mama dapat cuma mama tau resipi asal Sasha Rahmat sumber June Ahmad.. adik beradik kot.. hehehe.. tkasih laa banyak2 ya kerana sudi kongsi resipi.

So, apa lagi.. siap2kan barang2 yang perlu. Ambil yis dan boh dalam bekas dgn gula dan tepung .. kena campur, mama campur air panas.. kah.. kah.. habis hancus.. tak naik yis tu.. buang laa pulak.. rupanya campur air suam daaaaaa.....

Mama ada tukar skit resipi ni.. nanti ikut laa cam kat bawah ya kalau nak cuba.. hehehe

ROTI NAIK
- Sasha Ahmad
Sumber June Ahmad
diubah suai Mamazieza.. ahakzzz

Bahan A:

11 gm yis
1/2 cwn air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung
**satukan bhn A dan biarkan yis naik**

Bahan B:
2 sudu besar majerin / mentega cair

Bahan C:
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula blh dikurangkan) utk dijadikan sirap gula...(kalo xsuka manis, bleh kurangkan sukatan gulanye...saya letak dlm 5 sudu besar je gula)...MAMA LETAK 1/2 CAWAN GULA JERR

Bahan D:

3 cwn tepung gandum + 1 cwn tepung gandum (Mama guna 4 cawan
garam sket

Ccara:

1) mula2 buat air sirap coz kita nk gunakan air tu, suhunya suam...

2) masukkan 3 cwn tepung ke dlm mgkuk adunan, masuk garam...buatkan lubang ditengah2 tepung...

3) campur bhn A, B & C dan uli tepung...

4) baki tepung yg 1 cwn td blh digunakan sedikit demi sedikit semasa menguli roti...buat hgga adunan tidak melekat di tgn...

5) biar adunan naik...

6) bila adunan dh naik, uli ikut suka dan susun di loyang...

7) susun di loyang dan biarkan roti naik sekali lg (lbh kurang 30-40 minit...

8) bakar suhu 180'c selama 30 minit atau lebih...

9) keluarkan dr oven dan sapu majerin di atas roti...siapppp

* mama gunakan 4 cawan tepung sebab mama campur 1 biji telur merah.
Juga mama sapukan egg wash kat atas roti sebelum bakar.




Wednesday, April 27, 2011

Roti.. dan roti lagi..

Gila Meroti dah datang.. tpi takpe laa kan.. dari gila meroyan.. hehehe... lepas buat roti ari tu.. MamaFami ada btau mama yang resipi roti satu ni memang sedap..jadi mama pun.. cer buat roti ixora...Ixora Buns II... memang tak sia2.. memang sedap.. lembut dan berkedut.. hahahaha...

Tengoklaa roti2 mama yang takde rupa khusus.. tah apa2.. hahaha.. janji roti tu jadi dan boleh dimakan.. gebus.. mulus dan cair jerrr dalam mulut.. i tell you.. hahahahah

Thank you MamaFami.. thank you.. thank you Ixora...

Mama copypaste ekkk.. hehehe..

ASSORTED BUNS IXORA II
Source : Ixora II's Blogspot


Ingredients :


500g high protein flour
90g castor sugar
4 tablespoons milk powder
1/2 teaspoon salt
1 tablespoon bread improver
1 tablespoon dough softener
11g instant dried yeast
2 nos eggs
3 tablespoons butter
150-200ml water
1tablespoon gluten/ wheat gluten (I didn't put)
enough cocktail sausages


Method :


1. Place all ingredients except water and cocktail sausages in the mixer bowl and mix well.
2. On the mixer with the dough hooks on and pour water, little at a time till you get a soft dough. Knead for at least 20 minutes. The longer the better.
3. When the dough is smooth, remove from the bowl and divide into 25g each. Make into small balls and let it rest for 10 minutes.
4. Roll each ball into a strip and wrap around the sausage. Arrange on a floured baking tray.
5. Sprinkle with a bit of water and wrap the tray with a clean plastic bag to proof.
6. When the buns are double the size, egg wash and sprinkle with a bit of sesame seed.
7. Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes.
8. Once out of the oven, brush with a bit of margarine for a shiny look.
9. Once cooled, keep in an airtight container.


Note : As usual, I used my darling Breadmaker to do the job for me! (mamazieza guna mixer jerrr.. guna dough hook..hahaha)







Sunday, April 17, 2011

Hari Rajin Mamazieza 17/4/2011

Bukan senang mamazieza nak merajinkan diri tau.. hahaha.. dia ni.. kalau nak buat apa-apa kena mula dari pagi.. kalau dah tengahari.. jawabnya selamat.. selamat tingal laa semua.. melepak laa jadinya..

Hari ni.. mama mula dengan buat mee goreng.. tp huhuhu.. takde gambar.. sebab mee goreng malas.. guna bawang putih, kicap mee dan telur.. tu jerrr.. ooopss mesti laa ada mee dan sawi.. hehehe...tak.. tidak laa nama dia mee goreng.. hehehe

Pastu mama buat cistat, then buat cheezy puff.. pastu angin rajin masih ada tinggal berbaki mama buat roti.. fuuuhhhhhhhhh.. dlm hati dok gedebak gedebuk.. sebab dah berkali2 roti mama tak jadi.. kali ni.. fuh.. kiri.. fuh... kanan.. oooookkkkk.. mintak jadi laaa.. hahaha

Mula-mula pusing cari resipi.. hmmm .. kalau resipi ni. .berlambak sebenarnya.. tp entah.. perangai tak elok.. setiap kali nak buat.. mesti nak kena cari lagi.. hahaha.. maka jumpa laa resipi ni kat blog mamafami...


COFFEE BREAD
(mama copy paste dari MamaFaMi)

Ingredients :

190 g high protein flour (mama guna tebung cap lily jerrr... )
50 g sugar
2 g salt
6 g instant dried yeast (mama dah terlebih curah 8g.. huhuhu)
1/2 teaspoon bread improver
1 egg yolk (pandai-pandai gi pecah masuk sebijik)
50 g fresh milk (susu takde.. mama guna air jerr.. boleh??? hehehe)
12 g instant coffee (I mixed 2g nescafe granules with 10g hot water) (mama letak serbuk koko satu sudu, chocolate paste 1 sudu kecil dan susu tepung 2 sudu besar)
60 g water roux
30 g butter

Method : (Breadmaker method)

1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in instant coffee, salt, sugar, egg and water roux.
2. Top it with sifted flour, dry yeast and bread improver.
3. Set the Breadmaker to Dough function.
4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough 35g portion each. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
6. Let the air out of the dough and make into round balls again. Arrange in the prepared tin.
7. Leave to proof till double the size.
8. Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes or so.
9. Once out of the oven, brush with butter.

yoooo.. mama tukar ooo.. menderhaka.. hahahaha Jangan marah ekk mamafami.. huhuhu... pastu kan.. dok fikir kenapa water roux mamafami kena masuk oven ekkk.. issh dah masuk oven tak jadi kental pun.. mak oiii.. mamazieza oiiiiiiiiiii.. bukan soh masuk oven.. soh masak atas stove laaaa.. hahahah... padanmuka...

Water Roux

50 gm tepung
250 gm air

masak atas dapur hingga kental.. jgn hangus.. Angkat dan sejukkan. Hanya bertahan 3 hari jerr.. guna laa kasik perabis.. hehehe..

Mama buat 3 adunan you.. satu adunan guna breadmaker.. 2 adunan guna mixer (yang dua adunan ni.. takde letak koko powder atau chocolate paste.. cuma letak susu tepung jerrr.... bukan main semangat lagi tu.. hahahaha

Tu dia.. naik gedebummmmm... yang bestnya.. mama terlupa masukkan gula.. dah siap dah uli tu.. hehehe.. masuk laa gula tu kendian.. uli lagi.. boleh laaa.. Ya Allah.. muga2 jadi laa rotiku.. huhuhu.. and Aminnnnnn.. jadiii.. hehehehe...












Friday, January 21, 2011

ROTI GORENG BERINTI

Resipi yang disumbangkan oleh Khariah dari Resipi.net.. memang sedap dan simple jerrr.. Yang mama punya version ni.. inti dia mama belasah jerr.. biasala kan.. hehehe



BAHAN:

· Serbuk roti

· Telur

· Mayonis

· Cream cheese

· Lada sulah / lada hitam

· Ayam

· Bawang Besar hiris

· Cili Benggala potong dadu

· Daun salad

· Roti Gardenia jgn lupa..



Roti:

1. Lapiskan dua roti

2. Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh..

3. Gunakan Acuan bulat (kalau ikut gmbr deme guna tutup thermos, tin pon boleh) utk memotong roti..

4. Celupkan dlm telur n serbuk roti n gorengkan hingga kuning keemasan. Confirm akan menggelembung.

5. Toskan.



Inti

1. Tumiskan bawang

2. Masukkan cili benggala

3. Masukkan ayam n lada sulah/lada hitam

4. Masukkan mayonis & Cream cheese

5. Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..



Cara hidang:

1. Potong 2 roti yg telah digoreng (guna gunting cantik sikit)

2. Letakkan daun salad

3. Masukkan inti yg siap dimasak





Thursday, January 20, 2011

Cheezy Sosej Capati Rolls





CHEESY CAPATI AND SOSEJ ROLL

Kepingan Capati (beli aje kat tesco ke giant ke mana2 ke)
Bawang besar, capsicum (dihiris dan layurkan sedikit)
Cheese yang siap di sagat (grated) - parmesan, cheddar dan mozarella
Sosej (mama sliced dua jadi nipis supaya senang masak dan goreng2 skit)
cili sos, mayonnaise


Gorengkan capati. Bila capati dah agak garing.. masih di atas kuali leper tu...
Letak bawang besar yang dah dihiris dan dilayur sedikit. Letak sosej. Tabur jugak segala cheese yang nak... mama letak parmesan, cheddar dan mozarella, boh laa cilis sos dan mayonnaise. Gulung dan dah siapppp..

Wednesday, September 30, 2009

EGG ON TOAST

Semasa bulan puasa yang baru lepas... rasanya break rekod utk mama.. sebab mama hanya ke pasar ramadhan 1 kali saja.. selebihnya.. either masak sendiri atau pun beli kat gerai depan apartment jerr... tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.. hampir setiap hari kami ke pasar ramadhan.

Salah satu hidangan untuk anak-anak ialah Egg On Toast ni... Puas mencari untuk rujukan tak jumpa.. last-last.. ding-dong .. sape lagi kalau bukan MAMAFAMI.. hehehe.. MamaFaMi laa yang come to the rescue of Mamazieza.. hehehe

Anak-anak mama memang suka.. buat ni hampir satu bungkus roti habis.. so simple.. so sedap.. memang sedap... dah memang mama ni anak beranak suka makan roti... Dua hari berturut-turut buat.. huhu

Believe it or not..hahaha.. satu khabaran baik.. wakakaka.. ramai kata mama dah kurus.. yahooooooo... puasa maaa.. hahaha.. Actually masa raya pun mama kureng skit makan.. tak tau laa kenapa.. mungkin penat ke.. apa ke.. tapi memang kurang sangat makan.. ketupat pun masa raya makan sebiji jerr..