Get Widget
Kisah Dina & Hazim: babble
Showing posts with label babble. Show all posts
Showing posts with label babble. Show all posts

Apr 1, 2013

Party Packs Irdina

Assalammualaikum......


Morning korang,
anak-anak rebina Irma sangat rajin.....
gigih mereka membungkus party pack untuk sambutan birthday dina,
tengok jer lah gelagat hazim tu......
sampai berpeluh-peluh....



Asalnya Dina yang buat sorang-sorang....
tiba-tiba hazim datang nak menolong jugak...
terus Dina mengelat.... adakah patut, Dina suruh Hazim masukkan semua susu kotak, coklat dan sumijelly yang dia cuma masukkan belloon jer...

isk..isk..isk.... memang tau,
suka mengarah ker...ikut perangai sape ni????

enjoy dengan pictures dua beradik ni berkerjasama....






finally 100 packs dah ready untuk event jumaat ni.
65 packs utk school Dina dan 30 packs untuk Taska Hazim.


anyone nak hire 2 beradik ni..... just let me know okey.....hahaha,
jumpa lagi,

daaa.....

Mar 29, 2013

Susun ABC


Assalammualaikum,

Balik dari beli barang malam tadi, tiba-tiba Hazim panggil irma masuk bilik
ingatkan nak minta Irma tukarkan channel TV macam selalu...
rupa-rupa ada eksperimen lagi best yang dia buat,
Hazim dah cabut semua alphabet kat laptop hubby...

    "Kenapa Hazim cabut A...B...C...."

    "Habis tu....., ABC tu salah...."

    "hah???? " *tahangelak*

    "abah..pasang ABC tu salah..... Hazim nak buat balik....."

    " ABC... tu memang macam tu...., tak pe nanti mama tolong pasang"

     " mama pasang betul ????"

    " Iyer......"

Lepas tu hazim terus berlari tengok TV pulak....gigihlah Irma sorang-sorang pasang semua alphabet tu, Nasib baiklah.. Hazim cuma cabut alphabet jer, kalau dia cabut semua....jenuh jugaklah nak pasang. Ni pun malam tadi hampir 1 jam baru siap. Ada 2-3 huruf yang kedudukannya terjongket sikit...tak pelah....janji boleh guna.

huhuhu....anak-anak......

Dah hampir nak siap pasang baru teringat snap gambar...

Mar 28, 2013

Sambutan Birthday Dina Ke-6


Assalammualaikum.....

Malam tadi kami celebrated birthday Girl tu...... huh, birthday setahun sekali tapi nak celebrate sampai 3 kali....adoi ai... kempis poket Abah kamu,

Sehari  sebelum birthday kami celebrate dengan family sebelah hubby, makan simple jer...at Ramal Food Junction, menu utama mestilah satay Willy dan Burger bakar, minat sungguhlah anak dara tu dengan Burger bakar.

Malam Tadi, kami sambut pulak kat Shushi King Alamanda, yang ni pun anak dara tu yang pilih... Sambutan kedua ni, makan-makan bersama family belah Irma pulak.... semua adik-adik yang duduk area KL ada dan terselit jugak Mama De, yang datang dari Batu Pahat.

Hadiah ????
untuglah...jadi Cucu permpuan tunggal dan anak sedara yang suka sangat buat ayat raih simpati....
Irma dah faham sangat dengan taktik dia,

"Dina ni kan, wak/Bapak (panggilan utk BIL), barbie semua dah cukup tapi princess tak cukup lagi...
kesian princess Dina tak ada kawan..."

punyalah mendayu-dayu susun ayat,
Finally, dapat lagi 2 princess dari bapak dan Wak,

Hadiah dari Irma dan hubby memang wajiblah kan...
irma belikan buku dan hubby belikan poney....

Dari Mama De, Pak Cop, Ucu dan Atuk pulak..... Buku, puzzle dan baju,
Ni, Dina tengah tunggu Hadiah daripada Mama Lin dan Pak Long....
so Mama Lin dan Pak Long siap sedia lah yer...haha

Sambutan kali ke-3 pulak, Insya-Allah minggu dengan dengan kawan-kawan Smart Reader.
goodies bag, kek semua tak tempah lagi.... hujung minggu ni kot baru nak settlekan...

Dan terakhir sekali mestilah muka birthday girl yang sangat happy tu.....

 
Happy Birthday Dina

 
jumpa lagi, daaaaaaaaaaa



Mar 27, 2013

Selamat hari Lahir ke-6 Irdina

Assalammualaikum....


Alhamdulillah, Hari ni genap usia Irdina 6 tahun...


Mama dan Abah Doakan semoga Irdina menjadi anak yang Solehah dan cerdik
Terima kasih kerana menjadi princess dihati kami.
dan menjadi kakak yang terbaik untuk Hazim



Dari:
Mama, Abah dan Hazim

Mar 26, 2013

Berehat


Maaf tak berkesempatan lagi nak update blog, kami masih lagi kepenatan dengan aktiviti hujung minggu yang sangat padat. jauh sungguh perjalanan kami.

Putrajaya - kajang - Beranang - Seremban - Bukit gambang

Bukit Gambang - Cheras - Putrajaya

nanti pelan-pelan Irma update blog yer...
rumah pun masih tunggang-langgang.... badan ni rasa lemau jer...huhu
hari ni Irma mabil cuti rehat puas-puas kat rumah dengan anak-anak...

jumpa lagi....

Mar 21, 2013

Mak Ambil Keputusan SPM 2012


Ok..
untuk adik-adik yang sedang menunggu keputusan SPM 2012..
boleh semak keputusan secara sms yer...
terutamanya kepada my adik yang tengah bekerja sekarang ni...
Tak larat dah kakakmu ini membebel..

Alasan yang dia bagi, takut keputusan tu teruk.. dan malu nak jumpa kawan-kawan...
adoi..apa-pun keputusan yang diterima, itu adalah atas usaha kita selama ni...
tak semesti keputusan SPM teruk, terus gelap masa...

My Mak pulak yang sekarang tengah berdebar nak ambil keputusan SPM tu...
kesian mak...


So, kepada adikku tersayang sila semak keputusan yer...
kalau takut sangat...meh akakmu ini tolong semakkan...

Mar 18, 2013

Kira-kira During Lunch Hour



Alhamdulillah......



Selesai jugak....



** gigih mengorek-gorek resit yang ada.... nasib baiklah masih tersimpan walaupun ada yang berlipat2...

** pagi tadi jugak dapat call daripada pihak pengurusan, huhu....  gaji nak kene potong sebab cuti separuh gaji tahun lepas ... dan akhir tahun ni akan ambil cuti separuh gaji lagi....

Sulu


Morning.....

Pagi-pagi on jer komputer
terus nampak perkataan SULU kat dewanejapro...

  

hahaha...
lawaklah.... komputer pun tahu ker...
yg isu SULU ni tengah hangat diperkatakan...

#prayforSabah

Mar 14, 2013

Lahad Datu: Mata Ikan

Assalammualaikum...


Saya seorang  penggemar mata ikan…
Sejak dari kecil lagi…
Rasa mata ikan itu begitu sedap ditekak…
Apatah lagi, apabila masih panas

Mak saya pun dah tahu…
Kalau tiba-tiba ikan terhidang telah hilang matanya
Pastinya si anak ini yang punya angkara

Hinggalah hari ini…
Apabila saya banyak kali membaca
Ulasan pejuang kita di lahad Datu..
Dan bagaimana kekejaman pengganas
Mencacatkan anggota pejuang kita..

Saya menjadi tidak lalu…
Sungguh apabila saya mengorek mata ikan itu
Saya rasa seolah-olah saya seorang yang kejam
Sama seperti pengganas sulu..


#prayforSabah

Mar 12, 2013

B.E.N.D.I


Assalammualaikum...

Semangat ingin tahu Irdina semakin tinggi...
tambahan pulak sekarang ni dah pandai membaca...
lagi lah macam-macam benda yang dia explore...

Semalam Irma masak kari ikan, ayam goreng dan panaskan sambal udang petai minggu lepas untuk dinner..
Biasanya Irdina akan turut sibuk di dapur..
Anak dara kan..kenelah rajin tolong mama..
tapi disebabkan semalam dia ada homework yang banyak...
So balik rumah terus lah suruh dia buat homework sementara dah Irma memasak

Siap masak dan hidang semua lauk atas meja
Tiba-tiba anak dara tu tanya

     mama..tu sayur apa?
     kejap lagi mama tengok.. (sambil membasuh pinggan)

disebabkan dalam kari ikan tu Irma masukkan lada hijau, tomato dan bendi..
so Irma tak pasti sayur mana satu yang Irdina tanya
Selesai basuh pinggan, Irma bertanya semula dengan Irdina

     kakak, tanya sayur yang mana?
     tak pelah mama kakak dah tahu
    yer ker..tu sayur apa?
    sayur bendi kan...
    mana kakak tahu..
    ni dalam buku ni..

sambil tunjukkan buka yang ada ditangan dia....

Alhamdulillah...
semangat ingin tahu dia semakin tinggi..dan dia dah tahu meng'explore' untuk mencari jawapan..
Syukur sangat...

Mar 11, 2013

Apakah...

Assalammualaikum...

Selamat pagi isnin korang....
Semalam Irma kemas-kemas dokumen-dokumen lama...
asingkan mana yang nak guna lagi dan mana yang nak buang...
lepas tu terjumpa pulak gambar ni..
korang tahu tak gambar apa ni...?


certeka....
Cerita di sebalik gambar ni irma update kemudian...k
letih sangat hari ni...

ok..see you all next update...

daaa....


#prayforSabah




Mar 8, 2013

Gaduh Dalam kereta


Asslammualaikum...


Rasanya rata-rata ibubapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar suka bergaduh sesama mereka kan... Bergaduh yang Irma maksudkan disini bukanlah bergaduh sampai bertumbuk atau berdarah tu.... alah gaduh-gaduh manja adik beradik... berebut permainan, berebut seat dalam kereta...dan berebut nak report aktiviti kat sekolah setiap hari...

Irdina dan Hazim pun macam tu..... balik jer dari taska...
masing-masing bergaduh rebutkan seat yang mana satu nak duduk dalam kereta....
lepas tu bergaduh sebab masing-masing berebut nak bercerita aktiviti masing-masing kat sekolah... sampai je di rumah berlumba lah dua beradik tu sapa yang dapat tekan lift dulu...
lepas tu berebut siapa masuk rumah dulu..... hai kadang-kadang tu tak sempat irma nak buka kunci rumah dah bertolak-tolak lah kat depan pintu tu.....

biasanya pergaduhan dan perebutan ini akan berakhir dengan tangisan.... rasa-rasa korang lah kan siapa yang menagis....

urmmmp... Hazim lah,
siapa lagi...hazim memang tak boleh terima kekalahan...

Bab bergaduh dalam kereta tu Irma tak tahan...sebab tak boleh fokus masa driving..macam-macam cara irma cuba supaya dia orang ni tak bergaduh..

mula-mula tu...naik jer kereta irma pasangkan cartoon kat mereka.. sehari dua boleh lah bertahan lepas tu bergaduh jugak sebab kakak nak tengok Barbie dan adik pulak nak tengok Changington...

ok tukar cara lain pulak...

Bermain teka-teka warna bus nadi putra... yang ni pun bergaduh sebabnya Hazim selalu salah sebut warna bus...

ok tukar cara lain lagi..

Bermain teka huruf dan no plate kereta...  yang ni pun bergaduh jugak...

ok tukar cara lain lagi...

Pandang awan, dan mintak dia orang teka awan tu bentuk apa.... macam-macam lah bentuk yang mereka sebut... awam tu macam nenek...macam elmo....macam ikan...
 yang lawak nya masa terjumpa awam tu bentuk ikan boleh pulak hazim tanya....

"Abis macam mana Hazim nak fishing...  "

buat masa ni ni jer lah idea yang muncul dalam kepala ni untuk rasa lebih seronok dan selesa semasa driving.. semua cara ni irma akan ulang-ulang setiap hari.. rasanya macam perlu cari idea lain lagi sebab nampak masing-masing dah mula bosan dan bergaduh-gaduh manja... adoi..lah

kepada kawan-kawan yang ada idea yang bernas meh lah share dengan Irma yer...


Mar 7, 2013

Say No To Smart Reader


Assalammualaikum.....

Seperti hari-hari biasa yang lain....mengejutkan hazim bangun pagi untuk ke taska memang susah. Walaupun dah hampir 3 bulan berulang alik ke taska setiap hari. Soalan yang sama pasti terpacul dari bibirnya

Hazim : Mama, kita nak pergi mana ?
Mama : kita nak pergi school lah...
Hazim : alah...hazim tak nak pergi school
Mama : hazim nak pergi mana?
Hazim : hazim nak pergi Tesco...

kadang-kadang tu, dia jawab

"Hazim nak balik rumah atok....."

Ada satu hari tu, dalam perjalanan balik dari Taska.Irma sembang dengan Hazim.

Mama : Kenapa hazim tak nak pergi sekolah....
Hazim : ...... (diam)
Mama : Hazim tak suka School tu ker?
Hazim : tak.... Hazim suka...
Mama :Hazim tak sayang cikgu Mimi (his teacher' name) ker?
Hazim :Sayang...
Mama : Habis tu kenapa tak nak pergi school..... Hazim nak pergi smart reader?
Hazim : tak nak...
Mama : kenapa hazim tak nak pergi smart reader...
Hazim : abis...Hazim tak nak menari....
Mama : ?????

hahaha... ni lah punca Hazim tak nak pergi smart reader, Mesti pada pandangan dia smart reader tu hanya untuk belajar menari.... tambahan pulak kakak Dina memang suka menari kat rumah.

Tiba-tiba kakak Dina menyampuk...

"Menari tu sekejap jer lah..., untuk konsert jer... hari lain kakak belajar..."
"kan mama..."

Yeah, Dina mempertahankan school pilihan dia. Buat masa ni memilih preschool memang Irma akan tanya dengan anak-anak mana satu preschool yang mereka nak pergi...Taska tempat hazim duduk sekarang ni memang pilihan dia sendiri... dah banyak kali dah tanya kat dia... tetap nak taska tu jugak, kalau ikut perancangan asal Irma dah hubby nak Hazim ke smart reader besama-sama dengan Dina, sekurang-kurangnya. Dina ada untuk tolong tengok-tengok kan Hazim.

Tahun depan tak tahu lah preschool mana pulak yang Hazim akan pilih....

Mar 6, 2013

Idea Deco

 
Assalammualaikum...
 
 
Irma sedang mencari idea untuk mendeco bilik anak dara sorang tu....
Memandangkan dia pun dah besar, memang sepatutnya tidur berasingan bilik dengan kami...
Biasalah....anak-anak disuruh tidur sendiri... banyak sangatlah request dia...
sampai konsep bilik tidur pun dia yang tentukan...
 
Dina Request nak cadar repunzel dan bilik mestilah kombinasi warna purple dan pink
hahaha.... high taste sungguh...
cat dinding bilik memang tak lah kan.......
warna cadar, bantal dan langsir jer Irma akan ubahsuai ikut selera dia.
 
Irma ada ambil beberapa gambar dari web http://www.houzz.com sebagai rujukan...
so kepada yang sedang tercari-cari idea untuk mendeco bilik anak-anak boleh lah tengok yer...

 
 
Suka dengan cara susunan alat tulis tu....
nampak kemas jer...

 
Susunan bantal tu cantik kan...
memandang dah lama tak uji skill menjahit...
InsyaAllah kalau berkesempatan nak kembali menjahit
 

 
Perasan tak frame kat belakang tu...
Masa Mr. Hubby ke London tahun lepas dia ada beli peta tu untuk Hazim
Nanti bolehlah frame kan dan gantung dalam bilik Hazim.
( Bilik Hazim? haha entah bilalah anak bujang tu nak tidur sendiri..sekarang ni pun asyik menyelit je antara Irma dan Hubby)
 

 
suka dengan kombinasi warna cadar dan langsir tu...
tapi yang irma fokus kat sini sarung stool tu..
rasa macam nak tirulah...
 



 
Wording kat dinding tu nampak menarik...
rasa-rasanya kalau buat untuk bilik anak dara tu...
cantik tak?
 
 

Feb 24, 2013

Kelakar lah....

Assalammualaikum....

Apabila malam-malam macam ni ditemani view Kuala Lumpur yang cantik....
(tutup semua lampu dan buka langsir seluas-luasnya, seriusly terasa macam duduk kat awan)
terus terasa nak update blog...
malam ni irma sebahagian kongsikan perbualan Irma dengan anak-anak...
tak sangka mereka dah semakin matang dan memahami.

Hazim : Mama, Hazim nak besar macam mama...
Mama  : Kenapa Hazim nak besar macam mama?
Dina     :Kakak pun nak besar macam mama
Mama  :Okey...okey cuba cakap kenapa nak besar macam mama
Hazim  :Sebab...Hazim nak main bojing (bowling)
Dina     :Kakak nak pakai baju cantik-cantik macam mama
Mama  :hah...??
Hazim  : Bola bojing(bowling) tu berat...Hazim tak kuat...
Dina     : Kakak nak pakai make-up mama..

Punyalah berebut mereka nak bercakap sampai bergaduh siapa yang nak bercakap dulu...
haha comel jer rasa.

Mama  :Ok, sape nak besar macam mama kene makan banyak-banyak
(sambil suap nasi goreng kampung kat diaorang)


Hazim  : tapi, Hazim tak nak baby...
Mama  :baby???
Hazim  : kalau makan banyak-banyak nanti ada baby...
( haha...mesti Hazim fikir kalau makan banyak-banyak nanti mengandung) alahai anak-anak...

Dina  : Kakak pun tak nak kawin....
haha tiba-tiba kakak boleh cerita bab kawin pulak...

Mama  : Kenapa kakak tak nak kawin???
sebab..kakak tak nak mengandung...

Adoi...macam mana lah umur baru 6 tahun boleh cerita bab kawin pulak ni...

hahaha kelakar lah diorang ni...
ni pun senyum sorang-sorang terkenangkan dialog anak-anak..

ok..Selamat malam korang,


daaa....

Feb 19, 2013

Merepek Di Pagi Hari...



Assalamualaikum.......

Selamat pagi semua.......muahaha,
mengambil feel dipagi hari dengan mengadap blog.....
lepas tu terasa macam nak buat new entry... lepas tu lupa  dah nak tekan icon mana untuk create new entry..... dan mula tercari-cari....hehe
lepas tu mula menaip..
Itu tandanya...... lama sangat tak update kan....kan...
haha gila sengal pagi-pagi dah tercari-cari....

Pagi ni saya tak pergi cafe... so  ada sedikit kelapangan masa sebelum memulakan kerja...
terus je nak update blog....
Okey, saya sebenarnya bukan lah orang yg suka berkunjung ke cafe pagi-pagi.... normally pagi-pagi saya cuma makan biskut or cucur dan semug Cocoa Colagen.. cukup untuk perut saya bertahan hingga tengahhari...hebatkan perut saya....

jap....jap my boss tengah terjengah-jengah kat pintu...mesti ada kerja dia nak bagi...
yah...betul tekaan saya hehe....

"ok boss petang ni saya bagi balik dokumen ni pada boss".

Kita sambung balik...
Baru-baru ni saya ada buat entry baru sebenarnya
masa saya keboringan menjaga Hazim warded di KPJ, kajang...
Entry sakit hati dengan layanan KPJ
Dah siap pun tinggal nak tekan butang publish jer....
entah macam mana my Husband terbaca entry tu dan dia tak benarkan saya publish
sebab ia akan menjatuhkan reputasi KPJ....
ok...disebabkan sayakan seorang isteri yang mendengar arahan ...
maka saya pun biarkan jer dlm draf...
mungkin nanti saya edit semula sebelum saya publish...
masanya bila tak boleh nak janji... kalau ada kesempatan okey,

dah... nak sambung buat kerja yang boss bagi...

jumpa lagi nanti.... Insya Allah,


** punya lah skema, guna perkataan SAYA....muahaha

May 18, 2012

Cerita Dina

Assalammualaikum,

Daha lama tak berceloteh di sini, entry percutian kami di Singapore pun tertunggak lagi. Bukan busy sangat pun, biasa-biasa cuma sifat MALAS update blog terlalu menebal. Akhirnya entry yang ditaip terus kekal dalam draf. Kawan-kawan pun dah mula bertanya kenapa lama tak update. sorry lah korang yer... tak tahu lah kenapa malas sangat sekarang ni.
Untuk entry percutian kami ke singapore nanti-nanti lah Irma sambung yer. Hari ni nak warming up dengan cerita Dina dulu. Hari ni Dina ada sambutan hari guru di SRK. Beriya-iya lah Dina suruh Irma sediakan hadiah untuk teacher dia dan jugak masak makanan untuk Dina bawa pergi sekolah. Aduiiii bab masak pagi-pagi ni memang faillah.. tambahan pulak minggu ni Irma ada kelas tiap-tiap malam tanpa gagal... lagilah bertambah malas nak masak. so Irma pun compromise dengan Dina samaada nak bawa nugget atau nak bawa London layer cake. (masa ni, dalam hati berharap sangat Dina pilih layer cake. hahaha... gila pemalaskan).
Then Dina pilih layer cakes... wah, Dina sangat memahami mama dia. Thanks sayang. So malam tadi balik dari kelas Irma bawa balik 5 kotak layer cakes. Dalam 1 kotak tu ada 24 cakes. so darab 5 ada 120 cakes untuk dibawa ke sekolah.  rasanya cukup 2 ketul semua murid. Pagi tadi sebelum pergi kerja Irma pesan siap-siap kat Dina hadiah dan cake ni bagi teacher lepas tu jangan lupa ucap "Happy Teacher's Day" kat teacher. Happy jer muka dia masa ni walaupun suhu badan dia agak tinggi pagi tadi. dah nak start demam pulak mungkin faktor cuaca sekarang ni yang tak menentu.
Esok pulak Dina akan sertai Smales di Ikea. Alhamdulillah Irma antara 50 orang yang terawal mendaftar untuk porgram ni walaupun masa tu 50-50 jer. InsyaAllah, kalau rajin nanti Irma update aktiviti di sana yer.Semoga Dina diberikan kesihatan yang baik untuk ke sana.
Okey jumpa lagi di lain entry,  

Mar 14, 2012

Wajarkah....

Assalamulaikum..

Kes kehilangan kanak-kanak menjadi isu hangat di dada-dada akbar...

lalu minda terfikir untuk memakaikan si anak seperti ini



tetapi adakah masyarakat akan memandang sebegini





imej ehsan pakcik google.

Mar 6, 2012

Teka kaki siapa ?

Salam uols.....

Sebelum Irma sambung cerita tentang Singapore
apa kata kita main teka teki dulu...
sejak dua menjak ni, Dina dan Hazim sangat suka tukar-tukar selipar....

kadang-kadang tu Dina pakai selipar Hazim dan Hazim pulak pakai selipar Dina

Ada jugak kadang-kadang mereka ni tukar selipar sebelah  jer..dan sebelah lagi pakai selipar sendiri.

lepas tu mereka akan gelak kuat-kuat sampai orang sekeliling dok pandang-pandang dengan muka confius

hahaha.... cute kan.

Ok berdasarkan gambar kat bawah ni,

Cuba korang teka mana satu kaki Dina dan mana satu kaki Hazim.



Kalau teka teki macam ni kene sediakan hadiah tak?

ummmm... korang nak Hadiah ker?

Ok untuk teka-teki ni tak ada  hadiah yer korang....

just warming up sebelum Irma buat first-giveway yang betul-betul punya.

Nanti kan giveaway daripada Irma nanti yer...

tunggu tau...




daaa.....Love korang ketat-ketat.

Feb 20, 2012

Kembali Menulis...........

Alhamdulillah berkesempatan menulis kembali di sini....
dah lama sangat ruangan ni menyepi
terlalu banyak perkara yang berlaku sampaikan tak berkesempatan nak menulis disini
dan mungkin juga Irma terlalu memberi tumpuan pada http://irmaruhani.blogspot.com/
ops... sorry ni adalah private blog ... alah private lah sangat kan...
sebenarnya more kepada luahan perasaan dan merapu jer...sebagai isteri, mama,pekerja dan juga student...
kalau semua nak cerita kat sini macam rojak lah pulak ruangan ni nanti.
Satu hari nanti Irma akan open juga untuk uols....but not now okey...
tunggu Irma habiskan study dulu...

ok... Irma jugak masih aktif dengan CLAPAM
syukur sebab Irma masih berkesempatan menjawab semua email yang bertanya tentang cleft
walaupun kadang kala mengambil masa hampir seminggu baru terjawab...
maaf yer ouls....

Kalau berkesempatan nanti Irma akan post kat sini semua persoalan dan perkongsian yang Irma terima melalui email...

oklah rasanya setakat ni dulu untuk melepaskan rindu di ruangan ni...
nanti Irma update lagi....

daaaa.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag