Assalamualaikum to all silent readers & followers (itu pun kalau ada. haha)
After 5 and a half years, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian. Tahun akhir memang sangat busy untuk menyiapkan segala benda sebab tu setahun tak menulis blog. Ok, alasan tu tipu je. Alhamdulillah, aku berjaya menempuh setahun terakhir ini dengan baik walaupun berjuta dugaan terpaksa aku tempuh. Kini, hanya tinggal untuk ditempatkan di mana-mana sahaja sekolah untuk berkhidmat. Dah sedia ke nak jadi cikgu? Sejujurnya aku belum bersedia tapi sampai bila pun tak akan bersedianya kau tu Wawa.
5 tahun 6 bulan bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Terlalu lalu laluuuu banyak episod hidup dah aku lalui. Gituuu ayat aku sejak sejak bercinta dengan bakal cikgu Bahasa Melayu ni. Dari usia aku 18 tahun sampai 23 tahun. Dari perangai budak-budak baru nak up sampai jadi gadis & mungkin akan jadi wanita dalam masa setahun lagi atau 2 tahun lagi. Episod gembira, sedih, terharu, terkilan, kecewa putus cinta, kecewa badan tak kurus-kurus semuanya aku dah lalui. Sampai sekarang pun masih tak kurus lagi. Hmm...
Sampai bulan depan pun takkan habis kalau nak cerita satu-satu kenangan selama 5 tahun setengah ni. Nak cerita secara overall pun takkan habis. So, aku pick secara random sahaja perkara-perkara penting, saat-saat yang mendebarkan yang perlu dilalui untuk menamatkan pengajian aku.
Benda paling nervous iaitu sesi VIVA kena bentang action research kita. Alhamdulillah, everything went well. Syukur juga dapat moderator yang baik dan tidak terlalu psycho semasa sesi soal jawab. Phewww
A week after selesai VIVA, terpilih untuk mewakili Jabatan Sains Sukan dalam membentangkan action research kita lagi sekali. Kalau masa VIVA tu ada moderator and supervisor je, masa seminar ni ada audiences lain so nervous dia lagi berlipat kali ganda.
Sebelum start final exam, dah dapat panggilan temuduga untuk jawatan perkhidmatan pelajaran, temuduga cikgu la senang kata. Masa ni laaagiiii la nervous ya amat. Allah saja yang tahu macam mana aku punya nervous tu. Memang tak senang duduk selagi tak selesai dalam bilik temuduga tu. And again, alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Akhir sekali, final exam. Ada 3 paper. And akhirnya tamatlah pengajian aku di IPIK ini. Sekarang tunggu panggilan penempatan. Nervous sekali lagi sebab tak tahu bakal dicampakkan ke negeri mana, sekolah mana.
p/s: Banyak khabar angin cakap posting kali ini akan dihantar ke sabah dan sarawak. Apa sahaja yang telah ditentukan, harap aku redha dan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.