Anak pokok terung ini dibeli dari nursery berdekatan rumah. Mengikut labelnya...saya ambil terung panjang ungu... terung panjang hijau dan terung bulat. Tapi bila berbuah semuanya bulat. Hmmm salah label la tu.
Tiga pokok terung dalam pasu dapat membekalkan buah yang sangat memuaskan hati. Bukan saja dapat makan kami sekeluarga...malah dikongsi juga dgn tiga jiran secara bergilir. Puas makan. Buat pajeri.. masuk dalam kari.. dicelur... dibakar... dibuat dalca.. dimasak sambal tumis... masak lemak putih enak tak terhingga. Manisnya terung tanam sendiri ni memang lazat.
Blog ini adalah untuk menceritakan kegagalan dan kejayaan seorang pekebun amatur.
Sabtu, 10 Ogos 2013
Terung Bulat Dalam Pasu
Rabu, 1 Mei 2013
Laman Makcik
Minggu lepas berkesempatan pulang ke kampung atas suatu urusan. Bila terkenangkan laman rumah kampung yang luas terbentang tanahnya, eiii cemburunya.. Malangnya kadangkala ada sahaja halangan untuk bertani ni. Makcik ada ruang dan termasuk dalam golongan bertangan sejuk... kekangannya adalah masa. Demi menguruskan anak bersekolah dan suami yang diserang angin ahmar, dia tak berupaya nak mengerjakan tanah yang luas tu.
Namun masa luang yang ada tetap diguna untuk tanam beberapa beg hitam pokok cili jenis putih, terung, pegaga dan sepokok mahkota dewa. Dalam besen semaian masih ada cambahan petola dan timun. Paling geram tengok pokok pegaga kampung yang subur menghijau. Sebenarnya tempat tanam pegaga tu adalah tempat lubang keluar air mandi bilik air.. maklum sajalah kelembapan dan baja semulajadinya...
Apapun jom la layan gambar kebun mini makcik saya.