Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Kebaikan Chia Seed


Aku pun baru je berjinak-jinak dengan Chia Seed ni.. Selama ni tak tau pun...
adik aku la promote..die kate elok kalau nak diet...rasa kenyang seharian..
aku pun try... sebab fizikal dia macam basil seed , aku tak ade masalah sangat nak telan chia seed ni...
dengan harapan supaya perut sentiasa kenyang..
tapi entah lah.mungkin sebab aku bf anak , rasa lapar tu tetap jadi peneman setia aku..hihi
tapi aku still amalkan chia seed ni, sebab banyak kebaikkan die...

pada  yang tak kenal chia seed ni rupa dia




antaranya... baca kat bawah ok..ni aku google
Khasiat biji chia yang sudah dikenali segelintir kaum sejak zaman purba lagi diangkat sebagai makanan kesihatan bagi kaum Maya dan Aztec, seperti terkandung dalam catatan sejarah.
Ia kaya dengan omega-3, karbohidrat, protein, serat, kalsium, antioksidan dan mineral yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan penuaan pramatang. Malah ada yang mengatakan biji chia mempu­nyai bahan yang mampu melawan kanser. 

Khasiatnya juga membantu mengurang­kan keradangan, memperbaiki sistem penghadaman, meningkatkan kemampuan kognitif dan mengurangkan kadar kolesterol. 

Secara keseluruhan, biji chia mampu mening­katkan tenaga, menstabilkan kandungan gula dalam darah dan menggalakkan pembuangan toksin dari badan. Malah ia juga membantu kulit tampil lebih segar dan cantik. 
Jangka hayatnya yang panjang memudahkan ia disimpan lama sehingga dua tahun jika berada di tempat yang sejuk dan kering seperti peti ais. 

Dua sudu besar biji chia mengandungi 18 peratus kebaikan kalsium, 35 peratus fosforus, 24 peratus magnesium dan 50 peratus mangan yang membantu mengelak masalah tekanan darah tinggi, mengekalkan berat ideal serta membekalkan tenaga untuk metabolisme badan.
Kandungan serat yang tinggi memberikan rasa lebih kenyang dan secara tidak langsung, membantu mengekalkan kenyang lebih lama dan mengawal pemakanan, seterusnya menjaga berat badan. 
Lapisan luarnya akan berubah menjadi gel apabila dicampurkan dengan air, sekali gus memboleh­kan ia digunakan sebagai pengganti telur dalam makanan untuk mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kandungan nutrien makanan. 



Campurkan satu sudu biji chia dengan tiga sudu air dan biarkan selama 15 minit untuk membentuk gel yang diperlukan bagi menggantikan penggunaan telur dalam masakan terutama pastri. 

Bahan cantik semula jadi 
Selain itu, minyak ekstrak daripada biji chia mempunyai kebaikan kecantikan semula jadi kerana bukan saja kaya dengan asid omega-3, ia juga mempu­nyai bahan yang mampu ‘menenang­kan’ kulit bermasalah serta membantu mengembalikan kelembapan wajah. 


Ia menghilangkan kemerahan pada kulit dan mengurangkan masalah kedutan akibat kulit kering. Minyak biji chia boleh disapu di mana-mana bahagian tubuh terutama kawasan kering dan bermasalah untuk mendapat faedahnya. 


Minyak biji chia boleh juga dicampurkan dalam losen bagi memperoleh kelembapan tambahan atau titiskan di tangan dan sapu pada wajah untuk wajah berseri.
Minyaknya juga boleh disapu pada wajah bagi mengelak solekan daripada mudah terjejas atau membentuk garisan sekiranya kulit terlalu kering. 



Wednesday, January 21, 2015

Tali pusat telur

umur aku 20 + + baru la aku tau telur tu ade tali pusat T_T
sejak2 berjinak tengok orang buat kek...
pada korang yang tak tahu..jangan risau..masih belum terlambat untuk tahu


Friday, November 21, 2014

Berzikir la para ibu ketika memasak...


aku dah lama tau sebenarnya kena berzikir time masak...Bos aku dulu penah ajar
tapi tak pernah aku praktikkan sebab masa tu bujang lagi..
Makan pun asyik beli kat luar aje..
Baca Bismillah sebelum makan pun kadang-kadang lupa...
lepas tu bila dah kahwin aku try praktikkan..
tapi kebanyakkan masanya lupe...
tapi kalau ingat aku buat...

Meh semua kita start berzikir masa masak..
lepas ni print lepas tu tampal

kalau lupa baca bismillah sebelum makan boleh baca doa ni


Monday, June 16, 2014

Posisi Menyusu


walaupun aku dah pernah dengar talk pasal penyusuan tapi lama2 lupa jugak kan..
ni aku nak share satu gambar yang aku terjumpa
pada yang newbies macam aku ni boleh la kita buat rujukan kan... 


Wednesday, May 21, 2014

Cara Bedung Baby baru lahir


Kemungkinan besar aku akan berpantang sekejap dekat Selangor , sebelum balik ke pahang
untuk newbie mcm aku ni ,comfirm2 la tak reti nak bedung ke ape...tadi aku google keluar la gambar ni...
so aku nak share dengan korang semua, disamping boleh jadi rujukan untuk aku jugak...
bila google sebenarnya banyak cara yang diajar...tapi kita ambil mana yang mudah je la ye...
sebenarnye apa fungsi bedung ni ye??? dulu makcik2 kat kampung kate kalau tak bedung jalan kengkang...betul ke???



Tuesday, March 11, 2014

Friday, February 14, 2014

Jangan pandang ringan dengan air kencing kerana ia punca SEKSA KUBUR

Assalamualaikum!

Salam Jumaat kawan semua :)

Dalam hadist yang diriwayatkan dari Abu Huraihah ra secara mauquf, Rasulullah saw bersabda,:
" Kebanyakan siksa kubur itu disebabkan AIR KENCING." [Shahih, HR. Ahmad dan Ibnu Majah serta dishahihkan Syaikh al-Albani dalam Irwa'ul Ghalil (280)]

 Eloklah sekiranya kita baca betul-betul dan sentiasa beringat ketika nak membasuh air kencing.
Cara mencuci kemaluan dengan betul
Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.
Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….

kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

*I ada tengok 30 minit bersama Ustaz Don, dia ada ajar cara lelaki bersihkan air kencing.Memang cenggitu caranya*

kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Saya nak tambah sikit kat sini, semasa kencing, angkat kain tinggi-tinggi, lepas kencing, sila simbah kaki bersih-bersih takut air kencing terpercik dekat kaki.

Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

Semoga bermanfaat. Rajin-rajin membaca In Shaa Allah :)

Wednesday, October 9, 2013

Nama Kampung kelakar


Teringat dulu2 masa bawak encik suami balik kampung
tetibe die tergelak baca signboard kampung2 tepi jalan
contoh kalau otw nak balik pahang tu lalu, kampung ajai la, kampung gali,
banyak tapi aku dah tak ingat sangat...sebab balik kampung aku sibuk tengok kereta, tengok meter 
tapi tadi aku terjumpa pulak signboard nama tempat yang kelakar/unik/dll

semua gambar hasil dari gugel ok...






yang ni aku memang pernah jumpe dan snap gmbar, balik dari sabak bernam tak salah aku




yang ni di sabah tak salah aku..

korang pulak macam mana???Ade lagi ke nama tempat yang unik2 dan kelakar kat tempat korang???

Tuesday, April 16, 2013

Device MENCURI KENDERAAN!!! Laporkan jika anda ternampak alat ini



alat ni digunakan utk mencuri signal frequency alarm..

bila owner tekan alarm utk lock/unlock kereta,frequency akan dicopy device tersebut.

bila owner kereta tinggalkan kereta , si pencuri akan manipulate frequency tu utk unlock kereta tanpa sebarang bunyi alarm dan dgn mudah bawa lari kereta.

Peringatan Kedua :- sebarkan utk kebaikkan bersama . Jika ternampak alat ini pada seseorang d mana anda berada, laporkan segera di Balai2 Polis yg berhampiran atau menggunakan talian Rakan Cop, utk tindakan segera . ALAT INI DI GUNAKAN UTK KEGIATAN MENCURI SEBARANG KENDERAAN TANPA MENGGUNAKAN KUNCI ASAL . Mungkin kenderaan anda. ...Pastikan kenderaan anda selamat di mana anda meletaknya. ....



Sumber forum cg 

perghhhhh senang betul keje pencuri skang ni...

Monday, July 23, 2012

[AMARAN] Hati2 Warga Facebook terutama si PEREMPUAN



Info ni aku dapat dalam carigold forum tadi....
so aku nak share dengan perempuan2 yang kat luar sana tu yang ada pesbuk or ape2 laman soSial yang lain...kot2 gambar korang kena curik gak

ni aku copy sejibik2 okeh


Salam Semua,

Berhati2 dengan privasi gambar2 anda kerana mungkin ade makluk yg tidak bertanggungjawab menyebarkan..

MASALAH mmg dah lame..tp ramai x sedar..masih lagi dok UPLOAD gmbr2 ke facebook..terutama pompuan...mcm facebook aku..ade 3 picture je...dan friends yg kenal2 je..

So,ini laa kes nye...bile pic kte diambil dan dimasukkan ke dlm group ini...dan ditontonkan..dah macam ape...
MOHON BANTUAN ANDA UTK REPORT >>LINK 

Please Dont LIKE this page and PLEASE REPORT










Lelaki pun kalau agak2 suka gak amek gambar muncung2 itik tu bahaya gak tau...bhahaha t ade lak makhluk yang wat cenggini gak.....

Monday, May 28, 2012

Jerawat petanda badan kamu bermasalah...






Kejadian semalam

aku : aku rase sistem penghadaman aku tak betul la
dak fifi : aku pun..ko tengok jerawat aku kat bawah dagu ni....
aku :??????????????? ade kaitan ke??
df : ye la...kalau sistem penghadaman tak betul jerawat tumbuh....

so...berbekal kan dialog semalam aku telahpun mengooglekan diri aku ni cari benda alah ni....tapi aku x sarankan korang percaya 100% ..
1.jerawat berhampiran garis rambut/ dahi
Petanda: tekanan hidup yang tinggi/x cukup tidur
Penyelesaian:tidur yang mencukupi  sekurang2  8 jam sehhari n minum air 3 liter sehari..
2.jerawat di dahi antara kening
Petanda:mungkin disebabkan oleh masalah jantung,disertai oleh rasa meluat dan gelisah
Penyelesaian:elak merrokok,minum arak,n relax...

3.jerawat di sisi mata
Petanda:kebiasaanya,disebapkan oleh hati yang tidak berfungsi dengan baik
Penyelesaian:tidur sebelum pukul 11 malam setiap hari.kerana proses pemulihan sel hati berlaku antara pkul 11mlm-4pagi


4.jerawat hujung hidung
Petanda: masalah radang perut& usus,system penghadaman berungsi ddengan lemah
Penyelesaian:elak ambil makanan n minuman sejuk sebap akan mengeluarkan asid ke dalam perut/usus yang akan menyebapkan gangguan system penghadaman.


5.jerawat berdekatan lubang hidung
Petanda:gangguan kesuburan ovary
Penyelesaian:relax!! Sertai aktiviti2 luar  yang menyeeronokkan untuk mengurangkan tenaga yang berlebihan

6.jerawat di pipi kiri
Petanda: hati mungkin berkerja terlampau kuat,mngakibatkan proses detoks meenjadi lambat dan lemah
Penyelesaian: sentiasa riang sepanjang hari dan dapatkan rehat secukupnya

7.Jerawat di pipi kanan
Petanda:paru-paru berfungsi dengan lemah dan kebiasaannya disertai dengan sejuk di bahagian kaki dantangan.ia juga tanda awal selesema.
Penyelesaian: tumpukan pada pernafasan.elakkan daripada mengambil makanan seepeerti mangga,keladi dan makanan lautyang akan mengakibatkan alergi.

8.jerawat di kawasan mulut
Petanda: masalah sembelit
Penyelesaian:meengambil makanan yang berseerat tinggi seeperti sayur2 n buah2

9.jerawat di dagu
Petanda:berlaku beberapa hari seebelum haid kerana perubahan hormone di dalam badan
Penyelesaian:elak ambil makanan n minuman  yang sejuk.guna produk penjagaan kulit yang meengandungi antiseptik

Wednesday, May 23, 2012

Apabila Anggota badan berdenyut-denyut



Oleh kerana kemusykilan aku tentang dagu aku berdenyut2 hari ni makanya aku telah mengoogle perkara ini... seyes, nape la aku tak google dari semalam..bhahahhaa

semalam nak google tapi rasa macam , ishhhh benda2 mcm ni mustahil ade ye dak???
tapi sebenarnya ada,
meh baca sesama

Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut

1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.

2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.

3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.

4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.

5. Kening sebelah kiri : akan gembira.

6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.

7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.

8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.

9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.

10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.

12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.

13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.

14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.

15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.

16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.

17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.

18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.

19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.

20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.

21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.

22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.

23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.
24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.

25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.

26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.

27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.

28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.

29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.

30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.

31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.

33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.

34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.

35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.

36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.

37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.

38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.

39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.

40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.

41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.

42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.

43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.

44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.

45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.

46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.

47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.

48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.

49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.

50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.

51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.

52. Ulu hati : akan mendapat wang.

53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.

54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.

56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.

57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.

58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.

59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.

60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.

63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.

64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.

65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.

66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.

67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.

69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.

70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.

71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.

72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.

73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.

74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.

75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.

76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.

77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.

79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.

80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.

ini antara maksud disebalik anggota badan yang berdenyut-denyut tu... 
TAPI , TAPI, TAPIIIIIII  aku nak ingatkan korang, anggaplah ini sekadar pengetahuan sahaja... 
jangan percaya sangat..
apa-apa pun percaya pada perancangan Allah....
Hanya Allah s.w.t maha mengetahui....

** doc adik aku cakap nothing la, just otot tu saje, bila die perlu bergerak so kita akan rasa denyutan....perghhhhhhh 

TT___TT ingat dapat la naik pangkat hari ni....bhahahahhaha simpan aje la angan2 ko mak jemah

Friday, May 11, 2012

VW Polo Sedan Launch (Phase 3)




Baru-baru ni kereta ni banyak kali singgah kat blog..tapi mula2 aku cam tak minat sangat nak amek tahu kereta apa...sebab tak de niat pun nak beli...kereta teknologi German..gile ko!!!!!! tadek duit la.. tapi tadi terjumpa artikel dekat sinar harian pasal kereta ni...oooo kirenya kereta ni jenis mampu milik la....meh baca sesama...tapi kalau nak tahu lebih lanjut pasal spec ke, harga ke, nak pilih kaler  ke KLIK SINI


Kereta keluaran Jerman lebih diinginkan kerana kejuruteraan dan prestasi yang impresif, namun tanda harga yang ditawarkan tidak semua mampu memilikinya. Tetapi kini Volkswagen Group Malaysia menawarkan ‘kereta rakyat’ mereka dalam usaha membolehkan lebih ramai rakyat berpeluang memandu kereta jenama Jerman menerusi pelancaran varian Polo Sedan di bawah harga RM100,000. Bagi mereka yang begitu menginginkan sebuah kereta dengan logo VW di bonet hadapan mungkin anda boleh tersenyum kini.

Ramai yang berharap satu hari nanti akan memiliki kereta keluaran Eropah. Ada antara jenama Eropah dijual pada harga lebih rendah kerana dipasang dalam negara (CKD) contohnya jenama Perancis.

Namun, keluaran Jerman lebih diinginkan kerana hasil kejuruteraan dan prestasi yang impresif. Justeru itu dengan kehadiran Polo Sedan memungkinkan untuk anda memiliki kereta Volkswagen (VW).

Pengenalan segmen baru ini oleh Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah memecah tanda harga kebiasaan jualan kereta Volkswagen melebihi RM100,000 di pasaran negara. Walaupun untuk menawarkan harga yang berpatutan dalam negara ini agar sukar kerana polisi kerajaan yang menjadikan ia satu cabaran yang besar.

Namun begitu, memiliki matlamat tersebut dan menggunakan sumber-sumber global, kini VGM menawarkan Polo Sedan di bawah RM100,000 (RM99,888 harga sebenar).

Kenderaan pemasangan luar negara (CBU) dari India itu dilengkapi enjin 1.6 liter Multi Point Injection (MPI) dipadankan dengan transmisi Tiptronic automatik enam kelajuan.

Menawarkan kuasa kuda 105PS dan kuasa kilas 153Nm, kereta sedan keluarga ini boleh memecut dari sifar ke 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam tempoh 12.3 saat dan mencapai kelajuan maksimum 183 km/j.

Apabila menyentuh tentang pemasangan di India tentunya ramai akan mempertikaikan tentang kualiti kenderaan tersebut, namun Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay memastikan walau di mana kenderaan VW dibina ia dipastikan memenuhi standard kualiti global syarikat.

Beliau juga menegaskan tidak semua model VW didatangkan dari India kerana VW sendiri mempunyai kilang seluruh dunia yang menawarkan model khusus. Sebagai contoh Jetta dan Beetle dipasang di Mexico.

Melihat reka bentuk Polo Sedan, ia mirip barisan kereta VW yang lain dengan garisan tajam di hadapan dan reka bentuk lampu hadapan VW. Bahagian belakangnya juga mudah dicam yang memiliki beberapa persamaan dengan Jetta.

Secara keseluruhan bentuk badan yang diketengahkan ringkas dan sederhana. Mungkin ia bukanlah kereta paling menarik berbanding 12 model lain VW di Malaysia tetapi kehadirannya di jalan raya pasti akan disedari.

Kabin Polo Sedan pula mengetengahkan gaya premium dengan caranya tersendiri. Jangan jangkakan kabin yang eksklusif lebih daripada harga yang ditawarkan. Gaya Eropah diserlahkan menerusi pakej kemasan krom di bahagian bolong pendingin hawa, butang lampu, stereng, dan tombol tuil brek tangan. Sebagai tambahan ia juga didatangkan dengan satu sentuhan untuk keempat-empat tingkap berkuasa, pelarasan ketinggian tempat duduk untuk penumpang dan pemandu serta tidak lupa radio bersama pemain CD-MP3/WMA.

Tidak lupa juga kusyen dibalut material fabrik dan papan pemuka yang ringkas. Bahkan ruang but di bahagian belakang seluas 454 liter, cukup luas untuk membawa barang-barang dalam menempuh pelbagai aktiviti harian.

Memandu uji Polo Sedan sehari selepas pelancaran di Pulau Langkawi, Kedah, ia agak lancar. Jentera segmen B itu menunjukkan prestasi yang baik walaupun pecutan sedikit lembap.

Ia memberi respons berdasarkan kepada permintaan pendikit anda dan perlu diingatkan ia tidak dilengkapi dengan pengecas turbo seperti varian VW yang lain serta tidak didatangkan enjin 1.2 liter TSI dan kotak gear DSG tujuh kelajuan seperti mana versi hatchbacknya. Oleh itu, anda jangan terlalu berharap kepada pecutan yang responsif ataupun lebih dari itu.

Menekan pendikit kepada kelajuan yang lebih tinggi mendapati enjin sedikit membantah tetapi tindak balasnya agak baik. Secara peribadi bagi penulis kelajuan terbaik untuk anda memacu dan menikmati Polo Sedan adalah antara 90 hingga 120 km/j.

Dari segi kedapan bunyi juga agak baik di mana bunyi bising dari luar sangat sedikit. Apa yang boleh dikatakan di sini Polo Sedan menjadi pilihan terbaik buat mereka yang menginginkan kereta Eropah pertama atau yang memerlukan kereta sedan keluarga yang selesa dan jimat petrol.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/karya/...rah-vw-1.46854

Wednesday, May 9, 2012

Ujian ~ Otak Lelaki dan Perempuan



Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama... ..
Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS 


dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini... 

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN

tp kalau LELAKI pun kira 6 F's.. errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Wednesday, April 25, 2012

Kebaikan Epal Hijau



Aku suka makan semua jenis buah, kecuali buah Lai tu... aku paling suka epal, tak kira la hijau ke, merah ke, pink ke... yg penting epal la...kalau korang nak tau amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi korang nak  menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

kat bawah ni antara kebaikkan epal Hijau ni...
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Pssstt*** ade lagi tak yang nak tanye kenapa orang guna ayat "an apple a day keeps the doctor away" ? tapi kan kalo korang memang keje kat spital memang akan jumpa doctor la hari2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers