Sunday, July 3, 2011



Friday, February 4, 2011







kalau nak di list kan, banyak sangat sumbangan kerajaan kepada pelajar tak kira dari tadika sehinggalah ke universiti....

dan yang terbaru....



so, apabila seorang student atau graduan yang layak mengundi adalah wajib sokong BN ke...?

tak boleh kritik BN ke...?

tak boleh undi parti selain BN ke....?

kenapa tidak boleh ye.....?

seringkali saya lihat, student atau graduan dimomokkan dengan isu budi....

"kau tak kenang budi ke?"

"siapa kasi kau biasiswa untuk study?"

"kalau tidak kerana BN bagi ko sambung study, ko boleh berjaya ke?"

"dulu buku teks pun BN kasi ko pinjam"

dan macam-macam lagi la....

sampai bilakah mentality Melayu harus macam nih.....?

duit Kerajaan Persekutuan adalah duit BN.....?

bangunlah wahai anak muda....

usah gentar dengan semua provokasi mengarut ini...

kisah Nabi Musa menentang Firaun adalah bukti bahawa 'budi' bukanlah alasan untuk terus menyokong Firaun...

kisah Nabi Ibrahim meruntuhkan patung berhala juga adalah bukti bahawa 'budi' bukanlah alasan untuk terus menyokong Azar iaitu bapanya si pembuat & penyembah berhala...

banyak lagi kisah-kisah para Anbia untuk dijadikan iktibar....

jaga akhlak demi Islam....

mantapkan akidah....

kalau ingat dapat biasiswa itu adalah dari kerajaan, anda silap...

rezeki datangnya dari Allah, mana mungkin kerajaan berikan rezeki....

sudah lupa dengan Ar-Razzaq atau Maha Pemberi Rezeki...?

Dan Kami telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan (Kami menciptakan pula) makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya.
(terjemahan Surah Al-Hijr, ayat 20)

student yang mendapat bantuan penuh dari kerajaan adalah dibenarkan untuk mengkritik kerajaan...

graduan yang mendapat bantuan penuh dari kerajaan adalah dibenarkan untuk mengkritik kerajaan...

malah, penjawat awam juga adalah dibenarkan untuk mengkritik kerajaan...

apatalah pula untuk mengundi parti selain BN....

bangkitlah wahai anak muda....

Wednesday, December 29, 2010


Duit, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama 'duit'. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Sunday, December 12, 2010


Ingatkah kita pada kematian2???? Kematian!!!! MATI!!! Jauh kah MATI dari manusia???? Berapa jauh? 10km? 20km? jika jauh, buktikan!!! Mana bukti mati itu masih jauh???? Dah tersebar di dada akhbar, bayi 13bulan boleh mati, kanak-kanak mati lemas dan orang dewasa juga boleh mati.. adakah itu bukti kematian masih jauh?????

Tutup mata anda, tenangkan fikiran anda. Kosongkan minda anda… tenang… tenang… tenang… bayangkan anda sedang berjalan bersama rakan-rakan anda…. Berseronok… bergembira. Bergelak ketawa…tetapi ketika hendak melintas jalan raya. tiba2, sebuah kereta datang dengan laju dan merempuh anda…. kawan2 anda menjerit dan memanggil nama anda… anda hanya mampu melihat…. Melihat.. tak bermaya..

Anda menjerit!!!!!! melihat jasad anda terbujur di jalan raya…. Anda melihat darah yang melimpah membasahi jalan….. anda melihat rakan2 anda menangis…… tak lama kemudian, ibu bapa anda datang dan menangis melihat anaknya dah pergi meninggalkan mereka… ANAKKU!!!!!!!!! ANAKKU!!!!!! ANAKKU!!!! Itu lah laungan ibumu…Itu lah laungan ayahmu….. Memanggil nama mu…. Tapi anda hanya mampu melihat… melihat mereka meratap kesedihan ke atas kematian anda….. sanggupkah anda meninggalkan mereka tanpa berbakti kepada mereka???? Apa bakti yang anda terhadap mereka????? Banyak kah??? Adakah cukup bakti anda dengan sekadar membatu dalam kerja2 rumah????? Cukupkah???? Fikirkan lah…….

Pada Hari pengebumian, jasad anda di kelilingi oleh orang kampong… Yassin…. Itu lah bacaan pertama untuk anda…. Sayu kedengaran surah di baca…. ibu menangis sambil mencium pipi jasad anda… jasad anda di basahi denagn air mata orang yang anda cintai… setelah bacaan yassin tamat…anda akan di usung ke tanah perkuburan… selangkah demi selangkah, jasad anda di usung ke luar rumah.. sanggupkah anda…Melihat ahli keluarga anda menangis melihat jasad anda di usung ke tanah perkuburan???? Sanggupkah anda????

Ingin kah anda meninggalkan dunia tanpa amalan kepada Yang Maha Esa????? Mahu kah anda mati membawa dosa????? Mahu kah anda di azab di muka pengadilan Tuhan???? Mahukah begitu....

Friday, December 10, 2010


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik RA;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Wednesday, December 8, 2010


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Monday, December 6, 2010



Tolong ingatkan aku
Andai aku lupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak durhaka
Ibubapa jangan sampai dilupakan
Usah melukai hati dan perasaan mereka

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-Quran
ketika radio penuh hiburan
ketika TV penuh Hindustan

Tolong ingatkan aku
Dimana Islamnya akhirku
Jika yang dicari keredhaan manusia
Bukan keredhaan tuhan yg Esa

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Senantiasa memberi peringatan
Senantiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta hanya karena-Nya
Dalam memilih isteri utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekal

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
Kepada-Nya diserahkan jiwa
Segala-Nya Dialah tumpuan

Tolonglah ya