kaching

Selasa, 4 Julai 2017

Hello & Happy Eid 2017

Salam and Hi

Wow my last post here was in 2015 and now it is 2017 lama gila. Ok let's see what have you've been missing..

1. My family grow..i have 4 boys(my children) now.. 

2. I change my profession from a librarian to a programmer..well i was an IT student when i was back at uni but well zaman sekarang, you need to do what you got to do..ya lah ndakda duit bikin modal bisnes then you kerjalah apa yang ada. plus masa kecik dulu kan minat main main jadi pustakawan..when i was young i was dying to be  a school librarian malangnya ndak terpilih so when they offered me a librarian job i was 'Yeayy" but i was working as part timer/gaji hari. It was fun working there cos my scope job was related to PR and meeting new people.. and then after my 4th child was born i was offered to work as IT person..so i am like "Balik ke pangkal jalan" begitu begini dah setahun dah jadi IT person..banyak juga cabaran nantilah pelan pelan i share.. he hehe..

3. Travelling...its beeeeeeeeeeeeeeeeeen a while we didnt travel by plane.. so apa lagi nak ke negara luar. We've been busy juggling our financial..ya lah ada sahaja onak dan cabaran dalam mengumpul tabungan percutian ni hehe..walaupun demikian alhamdulillah ada juga bercuti cuma local placelah hehe

4. We've lost my Father in law on 14th February 2017. it was our lowest point of our life but insya allah ada hikmahnya. we're getting closer as a family. On the 1st day of Eid my MIL menangis,..well my MIL ni memang kuat nangis..but pagitu semua menangis..sebab suami menangis i tak nak menangis..our 1st eid without FIL.. we'd try our best to cheer up my MIL..langsir baru kapet baru, etc. we even beraya sekali tahun ni. Bilang my BIL tahun ni kita konsep happy happy..well its not like forgetting arwah FIL but we dont want my MIL sediiiih jak *sigh* but Alhamdulillah dengan kepakaran kami my MIL ok juga harapharap dia ndak la sedih bila kami balik sudah  KK  *sigh*

Nah berdoa sahajalah akan ada update update seterusnya hew hew hew..cos sejak ada IG ni macam ndak laku bah sudah sini kan? mana ndak hari hari la updated IG  & twitter apa pun  apa warna tema raya 2017 kamu? ours was MINT GREEN 


Ahad, 13 September 2015

Melaka Day 2: Melaka Hang Tuah Centre

Assalamualaikum wbt

Hari kedua kami di Melaka kami buat keputusan  untuk pergi ke  Melaka Hang Tuah  Centre. Melaka Hang Tuah Centre ni terletak di luar bandar Melaka iaitu di Kg Duyong. Kalau mau masuk  bandar Melaka memang akan lalu perkampungan ni.

 Hang Tuah Centre ni  macam tempat baru  ba.. sebab kalau dalam google map nda keluar ni nama tempat ni tapi kalau google "Perigi  Hang Tuah"  haaa baru  keluar.

Tiket Masuk
Dewasa: RM 5
Kanak-kanak (atas 6  tahun): RM 3
Apa yang menarik di muzium ni. Ok..Jujurnya sama juga macam muzium yang lain. Tapi  memang kena pegi juga lah sebab  tempat ni memang khas untuk cerita Hang Tuah ..walaupun sebenarnya most of places kat Melaka ni mesti cerita pasal Hang Tuah..sampai  i konfius  Hang Tuah ni wujud ka macam mana.. cos i thought cerita Hang Tuah ni dongeng semata.. hmm


Bagi saya apa yang menarik ialah reka bentuk muzium tu.. saya imagine istana melayu dahulu mesti cantik dan besar macam Melaka Hang Tuah Centre juga. Pintu masuknya.. tangganya yang warna warni..oh i loike sangat-sangat.. di Sabah ni ndada bah tangga warna-warni begitu. kalau dulu-dulu kami guna tangga bambu atau kayu je.. sama macam sarawak hehe..

love it!
Ok dalam kawasan tu, Selain Hang Tuah Centre ada juga rumah-rumah kawan Hang Tuah yang lain. So kalau kamu jenis suka membaca dan bergambar setengah hari juga lah mau siap.  Sebab sana sini pun cantik ba.

Al-kisahnya kami belom breakfast dan adik(anak ke2 saya) muntah saya  ajak suami cari gerai untuk  cari baju salin dulu.. so kami pun berhenti di area berdekatan yang ada gerai souvenir dan makan..dan secara nda sengajanya rupanya area Perigi Hang Tuah.. ahaha kebetulan sungguh!

haaa.. bermula lah aktiviti pershoppingan saya di  sini.. masih kategori murah juga lah.. saya sempat belikan mama saya koleksi ala-ala vintage yang  kalau di KK  memang mahal... best bah  Melaka banyak betul home deco yang cantik..kalau nda fikir kereta nda muat dan susah mau angkat memang sah berangkut balik dengan semua home deco :(

Hehe lepas dari Melaka Hang Tuah Centre kami ambik keputusan untuk terus pulang ke hotel dan berehat.. sebab destinasi seterusnya buka juga waktu malam :)






Sabtu, 12 September 2015

Melaka Night 1: Melaka River Pirate Park

Assalamualaikum wbt

Sebab siang tu  kan  dadi sudah drive jauh so balik dari aktiviti siang bagi peluang dadi berehat.  Kami keluar lewat sebab tempat yang kami tuju ni memang buka waktu malam ja. Nama tempat tu Melaka River Pirate park.   Nda juga banyak tarikan dalam tu. Kawasan sunyi je. Ndada orang. dua tiga keluarga ja. Kalau nda pasal eye on Malaysia(Melaka) ada disitu boleh keluarkan dari dalam iti.

Kami pegi sini pun gara-gara mau merasa naik eye on melaka tu.  Cantik view waktu malam tapi gayat pula kami anak beranak haha. Tempat ni seberang sungai... in case you stay kat area bandar Melaka lah.. i remember kalau kat Kuching dah kena naik perahu kalau malas drive p seberang..tapi kecik ja bah sungai Melaka ni nda payah berperahu. Guna jambatan pun boleh.. comey comey je jambatannya macam macam design...remind me of Singapore la pula.

antara view yang menakjubkan i.. shopping mall ahaha..
Lepastu Apang try main trampoline. lepas tu dia gayat sebab lambung tinggi betul kan.. dia pakai tali safety tu  bah..nda tau berapa bayaran sebab dadi yang belanja.. hmm


Lepastu main motor kecik bateri tuh.. mula-mula i nda bagi tapi bila fikir.. oklah ni kan percutian diorang jg so i kasi can.. 

*Ferris Wheel-- Including GST*
Dewasa - RM 5.30
Kanak-kanak  - RM 3.20
 main di bawah eye on Melaka.  Kelas kau nak!

Sudah puas hati baru cari makan di tempat berdekatan. Hehe..kenyang kami pun pulang.  Itu je aktiviti untuk malam tu hihi.. dah selesai untuk hari itu. 




Jumaat, 4 September 2015

Melaka Trip Day 1: Bandar Melaka

Assalamualaikum wbt.

Kami bergerak dari hotel ndalah awal sangat. Kami singgah lagi ganti tayar untuk keselamatan barulah gerak ke Melaka. Sampai di Melaka pun sudah hampir petang. Lepas check in di Fenix Inn.Lepas menunaikan apa yang patut  kami ke luar meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami Maritim Museum masa tu sudah 4.30pm anak dari jauh EXCITED mau naik kapal yang disangka kapal "pirates" so walaupun lapar ditahan juga lah. Kenapa Maritim Museum jadi destinasi pertama sebabnya niat dihati mau merasa naik river cruise bah.  Tapi sebelum naik river cruise lawat muzium dulu :)


Naik ja kapal ni diorang excited gila. Bayaran cuma dikenakan untuk orang dewasa RM5 budakbudak bawah 6 tahun F.O.C :)

"orang dalam bilik tahanan"
Perkara menarik perhatian saya dalam muzium ..

Lepas melawat muzium maritim kami menghilangkan lapar di Medan Samudera. Berdepan ja dengan Muzium Maritim. Masa tu nda banyak dah piliham makanan kami belasah ja restoran yang buka masa tu. 

Masa tulah sambil saya makan saya cuci mata. Sebab sebelah tu kedai souvenir ja(rupanya milik owner kedai makan tu juga) i shopping hari ke tiga dan hari terakhir kami di Melaka. 

Ok here my tips.. selepas membuat perbandingan bagi saya souvenir yang di jual di Medan Samudera ni jauh lebih murah. Tapi di tingkat atas ya. Kalau tingkat bawah tu masih mahal saya beli makanan kering (souvenir) ja di bawah. Tshirt, key chain fridge magnet saya beli kat tingkat atas je boleh tawar lagi. Murahlah RM2 gtu tapi kalau beli banyak dah boleh save banyak gtu kan?

Lepas sudah kenyang kami ke tapak river cruise yang berdekatan dengan muzium maritim tu. Dont worry senang ja mau cari. Bayaran di kenakan agak mahal juga lah tapi berbaloi.


2x Dewasa  = RM 31.80
3xKanak-Kanak = RM 15.90
*Including GST

Nda banyak gambar kami ambil sebabnya kami bawa budak so nda dapat duduk di tepi dan kebetulan kami satu bot dengan team penyokong bola penang segan juga lah ba kami mau bergambar sakan kan..? Mau ambik gambar pun susah sebab dihalang oleh orang depan hehe.. tapi ndakpalah.Kalau dapat duduk paling depan kali ok sket sebab view sana best sikit. but yang menariknya kalau sayalah jalanjalan menyusuri tepian tu ja mmg banyak view cantik cuma mungkin penatlah kan? Sebab ada juga diorang lukislukis bangunan tu jadi cantiklah. Ada yang lukis jalan cerita sejarah Melaka. Haish i rakam guna mata je lah mampu sebab masa tu pegang Dhuha. Lepastu ada satu kampung  tepi sugai tu Kg Morten. Kg ni  mcm kampung air lah kali kalau di KK dan kampung baru di KL sebab kgnya ditengah bandar tapi terpelihara bah. Satu pertambahan baru dalam itinerary kami. Best naik river cruise tu.. sebabnya bila tengok tempat yang kami mau pegi tu boleh nampak dari tepi sungai kami tukar itinerary kami. Hehehe.. 

Selepas menyusuri sungai Melaka kami pun susun strategi. Kami menyusuri tepitepi sungai melaka dengan berjalan kaki mula mula kami sampai di

Kincir Air Kesultanan Melaka

Bastion Midleburg

Dutch Square/Red Square
Tips: 
1. Souvenir kat sini lebih mahal dari Medan Samudera.
2. Kalau kamu minat pos poskad untuk diri sendiri, di area ni ada pejabat pos :) saya pun mengepos dari sini tapi syg ndakda pula begambar sama pejabat posnya hehehehe... padahal bangunan lama 

Hah dah selesai sightseing dan cover banyak tempat bandar Melaka untuk hari pertama dah boleh balik berehat dan menunaikan apa yang patut.

Next akan share cerita untuk malam pertama kami di Melaka :)

Ahad, 30 Ogos 2015

De Art Hotel, Shah Alam

Assalamualaikum,

Hari ni mau kongsi hotel yang kami pilih di Shah Alam. I choose hotel ni sebab konsep dia yang comey. Husband bilang tu hotel pelik sebab colourful but im loving it.

Comey sebab setiap satu bilik mempunyai tema yang berlainan.. kami nda juga lah pilih tema apa-apa tapi kami dapat bilik bertema "On Cloud Nine"


Budget hotel sempit dia macam juga tune hotel bezanya hotel ni cukup lengkap yang nda lengkap heater. Im not surelah kami ka yang nda jumpa suis heater.. plus wifi pun nda berapa ok.

Overal bilik ni cute dan ada complementary breakfast di cafe sebelah hotel tu. Parking disediakan tapi guna kupon jugalah so pandai-pandailah gores sampai rasa-rasa mau bergerak tu kan?

Selain itu tiada yang mau di komplenkan kalau mau kelainan boleh la stay di sini "Hotel De Art".. hehehe..

Rabu, 26 Ogos 2015

Melaka Trip 2015

Assalamualaikum...

Lama nda menulis sini kan..?
Ni tujuan menulis pun sebab takut lupa bah.. and one more thing i want to share with my friends how was my trip to Melaka.


Al-kisahnya mmg beli tiket awal tahun konon mau celebrate anniversary di tempat orang just like we did before at Manila. Tapi few months later lepas beli tiket pregnant la pula lepastu my parents pindah rumah then macam ndada pula budget mau bercuti sebab atur rumah so i told my husband kita cancel ja lah tu trip until few weeks before the trip nah ada rezeki jalan la pula kami. Rezeki anak-anak Alhamdulillah :)) 

So trip tu dari 20-24 Ogos.20 ogos malam Kami turun di KLIA2 lepastu stayed di Shah Alam then esoknya bergerak ke Melaka.

Di Shah Alam kami stay di Boutique Hotel de Art Shah Alam. Then di Melaka di Fenix Inn. Dua-dua pun budget hotel juga.

Pengangkutan kami pinjam dari kawan baik suami. Thank you very much dan sorryyy banget kalau ada kotor sana sini lepas di guna.

Di Shah Alam cuma sempat cuci mata tingu bangunan kedai ja. Next time tau sudah mau shopping di mana hehehehe... maybe next visit boleh lah stay di Shah Alam ja kan?

Di Melaka pula walaupun nda semua muzium kami masuk sebab nda larat sudah tapi semua iti selamat disinggah ada yg tiada dalam iti pun singgah juga.

Kesimpulannya macam biasa walapun drama sana sini dan balik bercuti kena jumpa doktor cos something happened to me masa disana. Overall alhamdulillah it was great experience. Insya Allah next trip there're will be 6 of us pula yeyy!!
Bah ok... see you next post :)

Selasa, 28 April 2015

Fear Factor: Out Station

Salam,

Last monday-thursday terpaksa jadi urusetia bengkel. So terpaksalah stay di resort.  It was very rough day for all of us lah. Nasiblah ensuami bertugas di KK selama 2 hari. Selebihnya terpaksa pandai-pandai beliau huhu...according to him, nda cukup tido la bah dia mengurus anak sbb NQD akan terjaga malan untuk menyusu. Sebab tiada mumi dia tamau tido. Hu hu huuu. Alhamdulillah.. semua dah selesai.  I balik ofis bawak kerja lagi. Best tak?

xoxo

kaching

Popular Posts