Memaparkan catatan dengan label KAMEN RIDER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAMEN RIDER. Papar semua catatan

Rabu, 2 Ogos 2017

INCEPTION, MIMPI DALAM MIMPI - Part 2




Mimpi je tadi...................... "Haishhhh...." 

Sebenarnya aku kecewa tadi hanya mimpi semata-mata. Pemuda tadi siapa pun tak sempat aku nak berkenalan. 

Tapi ini mimpi juga, aku berada di rumah ini! Kiranya ini mimpi atas mimpi? Macam mana aku boleh kembali pada mimpi tiga tahun lepas? Apa yang dah jadi pada aku? Aku cuba menggali semula ingatan apakah perbuatan terakhir sebelum aku tertidur dari dunia realiti menyebabkan aku boleh sampai kesini semula. 

"Cantikkan? Ibu menyuruh Raeng menjahitnya minggu lepas untuk kau. Kau suka?", aku mengangguk. Tak boleh jadi ni, skrip pun sebijik dengan mimpi tadi. Mungkin kes aku serupa macam satu animasi Jepun ni aku kena langsaikan satu misi sehingga mengikut takdir yang sebenar barulah aku boleh terlepas dari mimpi yang berulang ini. 

"Kau risaukan sesuatu?", Che Waiduri bertanya. 

"Eh, tidak ibu. Aku sebenarnya rindu sangat dengan ibu", aku terus memeluk tubuh wanita itu. Tiga tahun tidak berjumpanya walaupun pelbagai usaha aku untuk kembali. 

"Ibu juga. Ibu berserah pada takdir andai ini ketentuan kita tak ketemu lagi", Che Waiduri yang gagah perkasa ini kini menitis air mata. Diseka perlahan air mata dari wajah polosnya tapi makin kuat pula tangisannya. Aku menggosok belakangnya terasa tulang belikatnya timbul. Makin susut badannya...

Kami bersama keluar dari bilik dan abah siap sedia menunggu kami. Melihat mata kami yang berbekas dengan air mata, abah hanya tersenyum.

"Abah....", aku terus mencium tangan lelaki itu dengan penuh kerinduan. 

"Anak abah balik juga, ingatkan kami dah tak berpeluang berjumpa kau", tersekat-sekat suara abah. 

"Disana, saya sudah tiga tahun tak bertemu ibu abah. Saya pun berusaha macam-macam cara tapi gagal".

"Tiga tahun? Disini tiga bulan, cukup tiga bulan purnama malam tadi. Apa sudah jadi disana? Ada sesuatu berlaku pada kau?", abah bertanya kerana dia tahu segalanya dari awal. 

"Waiduri, Yahud, Siti....... jom gerak sekarang nanti kita terlewat untuk persiapan majlis", tegur salah seorang jiran kami. Sempat sejenak aku terfikir, skrip dia sedikit lain!

"Kita nak kemana ibu abah?", jangan cakap kita akan bersihkan surau usang tu.

"Hari ini ada majlis khatam al-Quran untuk anak-anak kecil kampung kita. Jom sekarang nanti bising imam kita lewat", haaa ugutan Imam masih menjadi basi-basi mulut orang kampung ini. 

Wan Yahud dan Che Waiduri tak lepas memegang tanganku seolah-olah takut kehilangan aku lagi. Bagi mereka tiga bulan kehilangan itu sudah cukup sasau. Boleh bayangkan bagaimana keadaan aku yang sudah tiga tahun tak berjumpa mereka. Sehinggakan ibu bapa kandungku sendiri aku tidak hiraukan, yang aku tahu aku rindukan ibu dan abah disini. 

Sampai sahaja di surau, aku terkejut beruk. Ini bekas surau usang yang mempunyai buaya sesat dalam mimpi aku tadi kini surau ini tersergam indah. Bersinar-sinar bercahaya dari pantulan air jernih kolam. Semasa kami melalui jambatan tunggal itu, mata ini terasa kagum melihat air kolam yang kebiruan jernih sehingga tembus jelas ke lantai jubin  dasarnya. 

"Abah, surau ini pernah terbiar kan?", aku nak pastikan mimpi aku tadi hanya fantasi,

"Aah, ada salah seorang Imam dari kampung seberang yang baik pulih surau ini. Kasihan dia. Anaknya hilang nyawa di kolam ini, mati lemas".

"Anaknya? Bagaimana sampai boleh tersesat ke sini anaknya?", pelik juga kata dari kampung seberang.

"Wallahualam, masa tu abah dah tak sedap hati bila kecoh satu kampung menjumpai mayat terapung di kolam bawah, satu je abah teringat. Teringatkan kau. Masa itu lebih kurang dua hari kau menghilang", masa ni abah memeluk bahu aku. Betapa hebat kasih sayang orang asing ini pada aku yang entah siapa-siapa pada mereka.

Seperti dalam mimpi, penuh orang dengan tugasan masing-masing ada yang sibuk memasak dan mengatur meja kerusi bawah khemah. Masuk sahaja di dalam surau, lihat beberapa baris kanak-kanak berpakaian serba putih masing-masing dengan al-Quran dan rekal yang cantik. Mereka membaca surah-surah bersama-sama. Bergema suara kecil mereka yang nyaring namun amat comel, terkadang ada lari pitching sedikit. 

"Hikhik.......", automatik aku terkalih pandangan mencari siapa yang tergelak serentak dengan aku sebentar tadi.

Mata kami bertaut kerana dia juga terperasan kami tergelak serentak tadi. Sungguh aku terkejut dialah lelaki yang bertarung dengan buaya dalam mimpi aku tadi. Dia hanya senyum dengan sedikit kepala tertunduk respon padaku. Sekali lagi dia menyelak rambut ikalnya paras bahu itu ke belakang dan kembali fokus memandang ke arah budak-budak yang ralit mengaji.

Eleh... sombong... , tak memasal aku mencebik dengan responnya tadi.
Tapi kan.....

Ya Allah, kacaknya.

Siapakah gerangan lelaki ini yang menghantui jiwa aku dari mimpi ke alam mimpi ini juga. Ralit tak lepas pandang menjamah mata pada lelaki itu dengan penuh tanda tanya dan mengingati semula aksi-aksinya dalam mimpi tadi. Akhirnya............

"Kau tengok apa tu Siti...?", abah menepuk bahu nasib baik tak melatah.

"Abah........ abah kenal dia siapa?", soal aku tanpa segan silu.

"Anak angkat Imam. Tak tahu pula asal mana tapi dia kacak kan. Kau suka dia ya?", aku tersenyum.

**************************************************
Pelik
Tiga hari aku masih tak sedar-sedar dari dunia mimpi ini. 

Tak habis-habis abah menyakat aku sukakan pemuda hari tu. "Kalaulah kau milik dunia ini aku sudah nikahkan dengan orang disini. Kalau kau nak tahu, dulu ibu kau yang datang mengurat abah. Abah masa tu ada beberapa calon lagi tapi Che Waiduri inilah cinta pandang pertama abah", selepas makan malam adalah aktiviti kami berborak di depan pintu rumah sambil menghirup udara malam dan kopi kaw ibu.

Walaupun tiada tv, tiada internet namun suasana inilah yang aku rindukan. Rasa tenang yang amat. Tiga tahun terasa cukup lama bagi aku meninggalkan tempat ini.

"Kau termenung sebab ingatkan pemuda kacak tadi ke ingatkan rumah kau disana?", soal abah.

"Abah ni, malulah. Abah, kalau dulu aku datang kesini sebab sakit. Sekarang bila datang kesini semula, mesti ada sesuatu telah berlaku. Lagipun sudah tiga hari aku tidur tapi masih tak sedar-sedar lagi..", abah dan ibu terdiam. Aku tahu mereka sedih jika aku menghilang sekali lagi seperti dulu. Aku membesar disini berpuluh tahun, bayangkan bagaimana rasanya jika berpisah kasih? Berbeza dunia. Aku tahu, ini mungkin dunia rekaan aku tapi rasanya kehidupan aku disini lebih baik. Terasa cukup sempurna.

"Abah, ibu..... jujur setiap hari disini apa yang paling aku takutkan adalah tidur. Aku takut tidak ketemu kalian lagi", kali ini Che Waiduri wanita gagah itu memeluk aku dengan tangisan hiba.

Seriuslah, tambahan pula sejak berjumpa dengan pemuda misteri tadi aku rasa tak perlu kembali ke dunia realiti pun tak apa! Aku lagi suka disini.

Akhirnya aku terlelap juga diriba ibu...

**************************************************

Bunyi desiran ombak berbuih-buih. Sah! Ini mimpi! Perlahan aku buka mata, ya aku berada dipersisiran pantai yang luas. Kiri kanan seperti tiada penghujung.

Aku tersentak terkejut bila ombak menyapa hujung kakiku. Sejuk. Seraya itu aku bangun dan memaling kebelakang, terus berjalan mencari sesuatu petunjuk. Beberapa minit berjalan aku melihat seorang lelaki sedang berdiri seolah-olah menunggu seseorang. Semakin menghampir, semakin jelas bibit senyuman dari bibirnya. Dia menunggu aku?

"Siti", bisu namun pergerakkan mulutnya memanggil nama aku. Lelaki bisu ini adalah pemuda misteri itu. Doktor psikologi aku Dr. Bazli pernah beritahu. Mimpi ini boleh terhasil dari kehendak atau impian yang mana kita asyik memikirkannya. Mungkin sekali lagi aku bermimpi pemuda ini kerana kehendak aku untuk bersama dia.

"Kau siapa? Apa kaitan kau dengan aku? Ini kali kedua kita bertemu dalam mimpi. Mungkin ada sesuatu yang kau nak beritahu aku", tak bersahut. Aku kini memandang kosong wajahnya menunggu respon. Dia tersenyum sekali lagi. Kami macam orang bodoh saling memandang dengan tersengih-sengih macam kerang busuk. Tapi kan..... terasa kupu-kupu dalam perut. Walaupun ia hanya mimpi. Tapi cukup buat aku rasa bahagia.

"Mana kau tahu nama aku Siti?", soal aku lagi. Rambutnya cantik beralun-alun ditiup angin pantai. Ada kala rambut itu menutup wajahnya. Tak sangka berani aku memegang rambutnya dan selitkan pada telinga. Dia membiarkan perlakuan aku sambil menutup mata dan tersenyum.

"Eh kau ni, macam scene romantik pula", tegur aku pada diri sendiri setelah kewarasan muncul.

Tiba-tiba langit gelap. Melihat dia menutup mata aku pun turut mengikut dan aku dapat rasakan genggaman tanganya. Detik aku membuka mata semula muncul ombak besar seperti tsunami gergasi menghampiri kami dan tak sempat aku menjerit kami sudah diterkam di dalam ombak yang ganas. Aku cuba mencuri nafas namun tak mampu. Beberapa kali aku mengingatkan diri yang ini semuanya mimpi semuga aku cepat tersedar!!

Tersedak air laut...

"Ya Allah!!", aku tak mampu untuk bernafas lagi andai ini pengakhiran, aku redha. Kini lelaki tadi terlepas dan semakin menghilang..... aku menutup mata dan berserah.

**************************************************

Zapppppppppppppppppppppppppppp

"Ibu!!!", itulah ayat pertama keluar dari tekak aku yang terasa amat perit dan kering. Buka sahaja mata aku melihat Che Waiduri dan Wan Yahud.

"Siti....... kenapa??", syukur aku berjaya kembali ke sini walaupun ia masih belum realiti. Tekak aku terasa sisa air masin. Pelik sungguh.

"Siti, apa sudah berlaku. Kami dengar kau meracau jerit-jerit", aku tak menjawab terus memaling ke arah tingkap. Matahari sudah tegak atas kepala rupanya.

"Kenapa ibu abah tak kejut aku bangun?".

"Kami kejut subuh tapi kau macam tidur mati. Kami siap solat dibilik kau lagi, sepertinya kau masih alami mimpi dalam mimpi kan?".

"Lupa nak beritahu, Imam datang ke rumah. Dia nak jumpa kamu", Wan Yahud tersengih. Mungkin lelaki itu ada datang sekali bersama imam. Bingkas aku bangun dari katil sambil membersihkan taik mata.

Hampa. Imam berseorangan.

"Kau tahu aku ada anak angkat kan? Namanya aku tak tahu, tapi aku panggilnya Abu Wasim maksudnya kacak", sengihan imam itu berleretan ke Wan Yahud. Ini mesti abah cerita sesuatu tentang aku pada imam.

"Dia macam kau", masa ini aku agak terkejut.

"Entah dari mana dia datang, anak-anak perempuan aku jumpa dia ditepi pantai. Lebih kurang 4 bulan lepas. Dia macam murung, tiada ingatan, tiada memori langsung. Sekurang-kurangnya kau sadar, yang kau bukan asal dari sini. Aku rasa kau patut jumpa dia. Aku sudah minta izin orang tua kau untuk bermalam dirumah aku. Memandangkan rumah aku jauh nun dihujung teluk pulau ini, nak ulang alik seharian amat memenatkan. Boleh kan?", imam menyoal Wan Yahud sambil tergelak kecil.

"Siti bagaimana? Inilah masa nak kenal dengan Abu Wasim tu", Wan Yahud terus dicubit Che Waiduri.

"Merah padam sudah muka anak tu... abahnya".

Aku bersetuju kerana aku yakin setelah dua kali bertemu dengan lelaki misteri itu dalam mimpi mesti ada sesuatu petunjuk. Imam datang kesini dengan kudanya seekor dan dia menyuruh aku menaiki kuda itu kerumahnya sendirian dan dia pula terus ke masjid. Habislah, seumur hidup aku tak pernah menaiki kuda.

"Pertama kali? Jangan risau, Zahab ini kuda pintar. Dia tak pernah sesat dan hebat", terus kuda itu duduk mencecah lantai rumput untuk aku naik dengan selamat. Sebaik sahaja kuda itu berdiri aku menjerit gayat. Perlahan kuda itu memulakan langkah, aku terus melambai-lambai ke arah ibu abah dan imam.

"Lupa bagi salam pada Zahab. Terima kasih beri aku tumpang kau ya", belai aku pada lehernya. Masa ini Zahad terus memberi respon dengan bunyi kuda yang normal mendatar sahaja tapi tingkahnya tidak seiring dengan responnya, tidak semena-mena terus laju lariannya. Nyaring jeritan aku memecah suasana namun dalam beberapa saat badan aku melayan alunan larian Zahad sepertinya aku sudah berpengalaman menunggang kuda.

Baru aku tahu, jauh sungguh rumah imam. Mulanya kami rentas hutan, gelap. Kemudian kami lalui semak renek paras kaki kuda dan kini barulah berjumpa pantai. Namun kami harus melalui sepanjang pantai untuk ke kawasan teluk iaitu agak terselindung disebalik rumah api yang tinggi. Akhirnya kami lihat rumah imam yang besar tersergam indah. Aku disambut oleh anak-anak perempuan imam iaitu mereka juga kenalan aku sejak kecil lagi.

"Liza, Lidiya... lama tak jumpa kau. Kau tak turun kampung ke?".

"Kau yang hilang! Kami ada je disini. Minggu lepas adik demam panas, aku terpaksa duduk dirumah", jelas Lidiya yang dari dulu lagi cantik yang amat.

"Aku datang ke sini sebab nak jumpa Abu Wasim...........", tak sempat aku meneruskan ayat kini Abu Wasim muncul depan kami.

"Kami tahu tentang kau, abi beritahu. Kami tinggalkan kau berdua untuk berbincang. Kami siapkan makanan di dapur. Abu Wasim, ini Siti. Imam sudah ceritakan pada kau kan? Mana tahu dia boleh bantu kau".

Abu Wasim mengambil ruang kerusi dihadapan aku. Ya Allah, seperti dalam mimpi tadi. Lelaki kacak ini sungguh mempesonakan. Juraian halus rambutnya yang paras bahu ini membuatkan dunia seolah-olah seperti bergerak perlahan, slow motion.

"Kita cakap kat luar boleh? Sini macam tak best", eh kau boleh bersuara rupanya. Abu Wasim menunjuk ke arah pondok kecil di hadapan rumah yang menghadap laut. Aku bangun tanda bersetuju, tak selesa kalau Liza dan Lidiya dengar.

"Biar saya kenalkan nama saya Siti Husna tapi orang disini panggil saya Siti sahaja...", aku menceritakan dari awal bagaimana aku boleh wujud dalam dunia ini.

"Saya tak tahu awak dari mana tapi menurut imam dia jumpa awak di tepi pantai. Saya pula dijumpai dalam hutan dalam keadaan tak sedar. Mungkin kalau 4 bulan awak disini boleh jadi bertahun-tahun sudah awak tinggalkan dunia realiti".

"Boleh jadi saya mungkin sudah mati kerana tiada satu memori yang sayang ingat", sugul wajah Abu Wasim.

"Boleh jadi juga awak memang asalnya dari dunia ini tapi kampung lain. Awak sesat kesini. Banyak kemungkinan, tak semestinya kes kita sama", Abu Wasim terus mengangguk.

"Awak suka dengan nama awak sekarang? Abu Wasim.....", setelah lama serius berbincang kini aku cuba untuk menukar topik yang tidak serius. Lihat dia amat tertekan.

"Suka rasa klasik sangat. Saya rasa saya tak pernah rasa begini. Macam zaman dulu-dulu pula", agak terkejut mendengar respon Abu Wasim dan aku yakin dia asal dari dunia aku yang agak moden.

"Awak datang pun naik kuda bukan kereta kan. Rasa macam 'time leaping' kan?", berbahasa english pula.

"Walaupun sudah berpuluh tahun saya disini, sampai sekarang saya tak jumpa jawapan. Ini dunia apa. Tapi rahsia Pencipta kan? Tiada yang mustahil".

"Sebenarnya saya selalu mimpikan awak. Dalam kiraan lebih kurang 4 bulan disini. Hampir setiap hari saya mimpikan awak. Erkkk jangan ingat mimpi yang bukan-bukan tu tapi entah. Rasanya macam kita sudah lama kenal".

"Tapi kenapa hari itu kat surau awak buat-buat tak kenal saya?", makin rumit. Aku baru dua kali berjumpa Abu Wasim.

"Sebab dalam mimpi awak lain..... macam chubby sikit", masa ni tak tahu nak terkejut ke nak marah. Tapi kenapa dia mimpi figura aku di dunia realiti? Adakah aku kenal lelaki ini?

"Eh kau......", dengar je ayat 'chubby' dari awak terus kau nada aku. Namun aku tersembul gelak melihat muka tahan cuak Abu Wasim yang tersasul dengan ayat 'chubby' tu.

"Amacam sekarang? Sebab tu aku rasa tak guna aku kembali kat dunia realiti. Disini semua aku ada, ibu abah dan kawan-kawan disini. Sini aku amat tenang. Disana aku terlalu serabut sehingga aku rasa tiada jiwa dan kosong".

"Tapi fitrah kita disana Siti bukan disini. Aku rasa ada sebab kenapa aku dan kau disini", masa ni Abu Wasim tersenyum seperti cuba mengembalikan semangat aku untuk terus hidup.

"Andai kau terbangun dari mimpi ini, tolong carikan aku. Kejut aku.....", pinta Abu Wasim. Baru aku perasan kami sudah berbahasa kau aku. Siapalah gerangan Abu Wasim ini. Adakah aku kenal dia? Tiada secebis pun ingatan aku untuk Abu Wasim.

"Boleh jadi kau kat sini kacak gila, kat dunia realiti sebaliknya???", walaupun kelakar tapi aku cuba untuk serius. Dalam hati, aku sengaja memulang paku keras.

"Hahaha, kantoilah kau kata aku kacak la ni??", berdekah-dekah Abu Wasim ketawa.

"Ini kali pertama sepanjang 4 bulan kami melihat Abu Wasim gelak dan senyum ceria macam ni. Memang tak salah kau datang sini Siti", Liza menyapa membawa dua gelas berisi air. Terus Abu Wasim terdiam malu.

"Kalau sebelum ni, mukanya muram aja. Buntu siapa diri dia sebenarnyalah.... kat manalah... semuanya dia tak ingat. Sekarang ni macam Abu Wasim sudah dapat memori?", bertalu-talu kini Lidiya menyerangkan dengan persoalan.

Selesai makan malam, Liza beritahu semua penghuni rumah, termasuk aku dan Abu Wasim yang imam akan membuat qiamulai malam ni. Disuruhnya kami supaya tidur awal dan se per tiga malam nanti dia akan kejutkan semua.

Aku susah lelapkan mata malam itu, kerana naluri aku katakan yang aku akan bangun di dunia realiti nanti. Kerana aku telah berjumpa Abu Wasim. Motif apa lagi untuk aku terus berada disini? Setelah lama resah-gelisah aku bangun dan keluar duduk di pangku pondok yang menghadap laut yang tak pernah tidur. Bulan pula penuh mengambang, besar rasanya boleh sampai beberapa puluh meter jaraknya.

"Kau tak boleh tidur?", sapa Abu Wasim. Dengan memakai kopiah putih, berbaju hitam dan berkain pelikat membuatkan aku tak sengaja tersenyum.

"Kau senyum tengok aku kenapa? Kacak kan? Haha aku pun tak ingat wajah aku sebenar kat dunia realiti. Mungkin teruk gila kot", dia masih gelak berbaki sambung gelak petang tadi.

"Pertama kali jumpa kau dalam mimpi. Kau jerit nama aku masa tu aku nak selamatkan kau dari buaya besar. Masa tu kira terus jatuh cintalah. Tak sangka pula lepas mimpi jumpa kau kat surau yang sama".

"Iya? Buaya? Kenapalah kau jujur sangat ni? Aku terkedu laa", bersahaja respon Abu Wasim yang terus duduk sebelah aku. Kami sama-sama menghadap laut.

"Kalau kau jumpa aku kat dunia realiti nanti hodoh, adakah kau masih jatuh cinta dengan aku?". Kali ni Abu Wasim memandang aku.

"Ermm aku akan minum racun dan jumpa kau kat sini semula", laju je jawapan aku.

"Bunuh diri itu tidak bau syurga wahai Siti Husna", teguran Abu Wasim menyentap aku namun benar katanya. Aku terlalu mengikut hawa nafsu. Aku sedar khilaf sendiri.

"Tapi macam mana kalau aku tak boleh balik maksud aku selamanya disini? Kalau kau hilang macam sebelum ni sampai 3 bulan, aku macam mana?", kasihan Abu Wasim.

"Aku rasa kalau aku tidur ni kemungkinan besar, aku akan sedar dari mimpi ni... sebab aku dah jumpa kau. Atau .... sebaliknya kau yang akan bangun sebab kau dah jumpa aku", kami berbincang tak sedar sudah waktu untuk qiamulai. Imam muncul di depan pintu memanggil kami.

"Ayuh kita solat sunat mohon petunjuk".

Seumur hidup aku, tak pernah aku buat qiamulai. Surah apa yang dibaca imam lama sangat sehingga aku tersengguk-sengguk. Masa ini juga yang aku mengantuk, tadi segar-bugar mata. Sewaktu sujud menunggu takbir dari imam akhirnya aku terlelap juga.

**************************************************

Aku buka mata perlahan-lahan lihat berselirat wayar kiri kanan dan aku tak boleh bergerak. Tet....tet...tet... bunyi mesin kuat berbunyi.

Orang pertama yang aku nampak adalah Dr Bazli! Ah sudah aku kembali semula ke wad psikiatri apa yang sudah berlaku kepada aku lagi?

"Siti, sekarang boleh dengar suara saya?", aku mengangguk. Aku biarkan saja Dr Bazli memeriksa aku.

"Jangan panik, Siti awak dah tak sedarkan diri di hospital ini selama dua minggu. Awak ingat tak awak admit hospital sebab apa?", aku menggeleng. Memang aku betul-betul blur sekarang. Ingatan aku hanya pada dunia-dunia mimpi tadi.

Dr Bazli tersenyum.


-bersambung-

Rabu, 28 Jun 2017

INCEPTION, MIMPI DALAM MIMPI - Part 1


Aku dapat rasakan roh berdesup kembali ke tubuh..

Aku sudah sedar tapi mataku berat untuk dibuka.

Sayup-sayup kedengaran kecoh diluar bilik. Diamati perlahan-lahan ianya bukan suara keluargaku, tapi orang luar. Bukan penceroboh mungkin jiran-jiran yang bertandang kerana berselang-seli dengan hilaian tawa ibu. Lega, mereka masih ada dan aku masih berkesempatan dipinjamkan nyawa lagi.

Tak elok anak dara terbongkang, sedangkan ramai tamu datang. Baik aku bangun. Terkebil-kebil menghadam suasana sekitar aku kini. Cerah, angin sepoi-sepoi membelai langsir bagaikan semuanya berlaku dengan perlahan, slow motion. Tenangnya... tapi,

Sejak bila pula aku menukar langsir bilik berwarna hijau lembut?
Sejak bila pula bilik aku berdekorasi ala-ala melayu sangat ni? Katil kayu berkelambu, siap ada meja solek kayu berukir corak unik klasik, mata tertacap pada sikat kayu serius menarik.
Baju-baju berlipat susun rapi di rak yang sejujurnya aku tak suka melipat baju sebegitu dan biasanya semua baju-baju bergantung dalam almari. Aku paling tak suka melipat baju, leceh!
Paling ketara adalah dinding bilik ini berkayu...tidak buruk tapi cantik. Sederhana tapi efek klasik tu membuatkan aku rasa seperti berada di sebuat chalet mewah diluar bandar.
Betul ke ini bilik aku? Aku dimana ni?

Kini mata lebih segar, aku paksa tongkat badan dalam posisi duduk. Ditekan-tekan katil serius keras, macam katil orang lama-lama. Melihat cadar dan sarung bantal juga bercorak orang dulu-dulu, bunga besar-besar warna pastel. Ini berlainan sungguh dengan citarasa jiwaku. Bilik aku yang sebenar bukannya begini. Dinding batu, bercatkan kelabu kuning menaikkan tema moden kontemporari dihiasi penuh dengan bingkai gambar hasil lukisan aku sendiri dan gambar-gambar artistik, sengaja bilikku disuramkan dengan langsir hitam terapi minda untuk penghidap insomnia seperti aku. Terdapat set komputer berada dihujung kaki katil, kiri almari baju dan rak buku yang tinggi sehingga ke siling bilik.

Ya aku kini berada di tempat asing, kerana segalanya berlainan. Tapi sepertinya aku pernah kesini... adakah aku masih belum tersadar daripada mimpi?!

Pantas aku menyelak selimut dan bangun keluar dari bilik. Semua yang berada diruang tamu kini terdiam serentak dan memandang kaget. "Bangun pun kau, lekas mandi. Sudah lewat nanti imam marah", wanita yang bersuara itu bukannya ibu kandungku, namun aku mengenalinya.

Sah, aku kembali pada mimpi tiga tahun lepas!

Dalam tak sedar aku termanggu dihadapan pintu, sekali lagi aku dijerkah. "Kau termenung apa lagi Siti? Lekas, baju nanti ibu hantarkan ke bilik, ayuh lekas mandi", kali ini wanita itu bangun menggesa aku bergerak. Suaranya mirip ibu kandungku, namun ianya hanya suara.  Rupa parasnya wanita ini sungguh jelita, seperti tidak layak gelarnya sebagai ibu kerna persisnya seperti anak dara.

Siapa dia?

*****************************************

Che Waiduri diberi nama, yang di alam ini dia ibuku, manakala Wan Yahud adalah bapaku. Aku mengenali mereka sejak tiga tahun lepas yang mana setahun aku merana dengan masalah psikologi menyebabkan aku sering mimpi bersambung. Aku berjumpa mereka setiap hari malah pernah aku berterusan tidur seminggu sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir koma mati otak. Waktu itu, seminggu didunia nyata bagaikan bertahun disana sehingga aku sudah selesa berada disana. Berbagai usaha dilakukan, terapi psikologi, berubat ustaz, bomoh?? Sesungguhnya aku teramat bersyukur dikurniakan ibu bapa kandung yang tak putus asa dengan anaknya yang mental sebegini. Bagaimana aku tersesat didunia Che Waiduri dan Wan Yahud sehingga kini aku tiada jawapan.

Merana? Semuanya berlaku akibat putus kasih dengan seorang jejaka bukan seagama dan sebangsa menyebabkan iman aku diuji dengan kemurungan yang sangat hebat. Beberapa kali aku cuba untuk menamatkan riwayat sendiri namun Allah masih memberi peluang berpuluh kali untuk meneruskan kehidupan. Beberapa kali juga aku pernah mengamuk sehingga terpaksa diberi ubat tidur. Ini bak kata pepatah, kerana cinta manusia jadi hina dan lemah. Kesimpulannya, aku meroyan sehingga hilang pedoman.

Selama setahun (kiraan tempoh di dunia nyata) aku bertemu dengan Che Waiduri dan Wan Yahud namun di alam mimpi bagaikan bertahun-tahun aku berada disana. Kali pertama aku berjumpa mereka sedar-sedar aku sudah berada di rumah mereka. Katanya mereka menjumpai aku sesat dihutan belakang rumah dan yang paling pelik umur aku waktu itu lebih kurang belasan tahun, Ya belasan tahun, kerana rupa parasku masa itu masih tak matang, seperti dalam movie 13 going on 30 tapi versi sebaliknya.

Mulanya aku ingatkan aku betul-betul sesat tapi tak logik pula jasadku waktu masih remaja sedangkan umurku sebenar 26 tahun. Pelbagai spekulasi yang aku fikirkan, mungkin aku betul-betul hilang waras dan mungkin juga aku dah lama mati. Wan Yahud adalah orang yang paling gigih membantu aku sehingga ke beberapa kampung seberang mencari ibu bapa aku. Serius pelik aku tak jumpa sebuah kereta pun. Hanya basikal dan kereta kuda, membuatkan aku merasakan yang aku berada jauh dari bandar. Betul-betul kampung terpencil.

Puas berusaha mencari jalan pulang. Menurut Imam disana, aku bukannya berasal dari sini (dunia mereka) tetapi dari dunia lain dan kini aku berada dalam keadaan separa koma di dunia realiti. Setelah diberi air penawar oleh imam tersebut aku tersedar dari mimpi dan dengan itu barulah aku memahami semua yang berlaku ini adalah mimpi. Namun ia tidak berakhir begitu sahaja, setiap kali aku tidur aku akan berjumpa mereka dan menyambung kehidupan harian seperti biasa.

Setelah beberapa kali aku melawat mereka disana, Wan Yahud menyatakan hasratnya mengambil aku sebagai anak angkatnya. Pasangan ini sememangnya belum beroleh zuriat sendiri beranggapan aku adalah anugerah Tuhan kepada mereka. "Mungkin Tuhan menghantar kau sementara disini sebagai hadiah kepada kami. Aku sudi menjadi penjaga kau, aku tahu ini sementara tapi walau apa pun terjadi aku tetap menganggap kau sebagai anak aku sendiri. Kau boleh panggil kami abah dan ibu, bila tiba waktu nanti kau boleh pulang semula ke tempat asalmu", menusuk jiwa kata-kata Wan Yahud yang sehingga kini jika teringat ia boleh mengundang sebak dan airmata.

Kali terakhir aku berjumpa mereka adalah tiga tahun lepas selepas beratus sesi terapi psikologi aku jalani dan berapa juta pil gila aku telan. Persoalannya apa yang sudah berlaku menyebabkan aku kembali ke dunia mereka lagi? Aku frust lagi ke? Aku koma lagi?

*****************************************

Usai mandi, sekembalinya aku ke bilik terlihat bergantung baju kurung hijau lembut cantik dijahit manik mutiara. Tekstur kain tersebut selembut sutera  menyebabkan aku tersenyum tanpa sedar. "Cantikkan? Ibu menyuruh Raeng menjahitnya minggu lepas untuk kau. Kau suka?", aku mengangguk, masih kagum dengan hasil tangan halus Raeng. Tak sangka rakan sepermainan aku itu cukup berbakat walaupun dia seorang lelaki. Tanpa segan silu, ibu sendiri menyarungkan baju cantik itu ke tubuhku. Aku membiarkan seperti anak kecil menunggu untuk disiapkan. Rambutku disisir rapi dengan sikat kayu yang dari tadi menarik minat aku. Akhirnya disarungkan tudung berenda halus. Serius macam pengantin, cantik.

"Ibu, dengan siapa aku bernikah?", soal aku kini.

"Wahai Siti, kau berangan ya? In sha Allah kau akan ketemu jodohmu nanti. Siap sudah kau tunggu ibu ya, aku sarung tudung dan kita gerak sekali".

Aik? Kalau bukan aku yang bernikah, siapa? Cantik begini bukan aku yang bernikah? Seronok pula melihat diriku didalam cermin. Part yang paling aku suka di alam mimpi ini adalah aku seorang wanita langsing dan sungguh cantik. Sila bayangkan aku persis artis NurSajat tu. Hidungku tinggi mancung, kulitku mulus, bibir munggil kemerahan dan mataku tak perlu pakai maskara dan eyeliner. Sudah cukup cantik dan sempurna, boleh bayangkan ibuku Che Waiduri jelita bagaimana? Ternyata dia berganda lebih cantik, lebih cantik dan asli dari Rozita Che Wan tu.

"Cantiknya anak abah, jom kita gerak sekarang nanti Imam marah pula kita lambat", perlahan daun pintu dibuka, kini Wan Yahud menanti aku dengan penuh segak bersampin.

"Abah mahu bernikah ke segak begini?".

"Mengapa abah perlu bernikah lagi sudah cukup ibumu seumur hidup abah", cukup romantis. Seorang lelaki gagah, bermisai garang tak sesuai langsung dengan wataknya yang tenang dan berhemat tuturnya. Ibu keluar dari bilik kemas bertudung sambil tersenyum melihat aku dan abah.

"Ibu... abah... minta maaf sudah lama aku tak ketemu ibu abah", aku mencium tangan mereka dengan hormat dan penuh kerinduan. Mereka banyak berjasa pada aku.

"Rumah kami sentiasa menunggu kehadiran kau anak.... apa yang sudah berlaku disana sehingga kau pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal?", soal Wan Yahud. Mereka tahu mengenai perihal mimpi dan alam kami berbeza. Respon mereka tidak terkejut kerana banyak rahsia Allah yang tersirat dan semua tak mustahil.

"Aku pun tak tahu abah, ibu bila aku tidur semula aku tidak lagi boleh berjumpa kalian. Bagaikan pintu dunia ini sudah tertutup untuk aku. Tiga tahun sudah berlalu".

"Kau dah meninggalkan kami tiga bulan. Kasihan ibumu makan tak lalu teringatkan kau. Tengoklah bilik kau, berapa helai baju yang dijahit untuk kau. Kadang-kadang abah bangun tengah malam tengok dia hilang rupanya tidur dibilik kau", Wan Yahud suka menyakat isterinya. Peliknya baru tiga bulan aku hilang dari dunia ni.

"Abah kamu yang rindu kamu berlebih sikit-sikit canang nama anaknya. Anak dia cantik, anak dia pandai masak, yang kita ni dia dah tak nampak", aku percaya yang Wan Yahud dan Che Waiduri amat menyayangi aku. Semoga Allah perlihara mereka sebaik-baiknya.

"Jom kita gerak dah tak payahlah berjejak kasih sekarang nanti Imam mengamuk lagi haru", salah seorang tetamu menegur kami berdrama dihadapan mereka tanpa sedar.

Kami beramai-ramai berjalan kaki menuju ke destinasi yang sama. Memang pelik kerana semuanya berpakaian cantik sepertinya semua mahu bernikah. Over sangat berhias. Sampai saja di suatu tempat kelihatan orang ramai berkumpul. Kenapa kami berkumpul di surau usang ini? Unik sangat surau usang ni, besar dibawahnya kolam dan ada satu jambatan tunggal dari pintu pagar terus ke dalam perut surau. Kolamnya seperti amat dalam, berkarat airnya hitam legam, keliling surau ini terdapat pelbagai jenis pokok buah. Semua pokok disini subur lebat berbuah namun kenapa surau ini diabaikan?
Apa motifnya kami berhias cantik begini semata-mata untuk gotong-royong bersihkan surau kotor ini? Berlengaslah nanti, habis baju cantik aku. Orang kampung disini tak pernah terniat nak baiki surau ini sehinggalah seorang Imam muda dari kampung seberang menyatakan hasratnya untuk membaiki pulih surau ini dan membuat majlis kesyukuran disitu dengan dananya sendiri. Kaya sungguh!

"Saya bahagikan kepada beberapa bahagian untuk tugasan yang berbeza", terkejut aku kerana automatik semua orang kampung yang berkumpul tadi bergerak pantas mengikut kelompok kumpulan sepertinya sudah dirancang lama pembahagian tugas ini. Ibu menarik aku bersamanya.

"Pertama ditugaskan disini, dan disini. Kedua disini .......", aku masih bingung dengan kecekapan orang kampung yang tidak berlengah-lengah dengan tugasan masing-masing. Ia cukup mustahil didunia aku, mungkin hanya askar terlatih sahaja begini.

"Kita bersihkan kolam ini dan tukarkan dengan air sungai sehingga jernih terlihat jubin lantai kolam ini. Yang wanita pula, hiaskan karpet, langsir dan birai tabir. Yang dihadapan aku ini bahagian memasak", Imam yang tegas ini seperti ketua. Dia beri arahan yang tak logik. Tukar air kolam sehingga jernih nampak jubin? Air sungai pastinya keruh, seperti air tea, masakan boleh jernih kerana jubin itu sendiri berwarna coklat cair.

Ibu menarik aku menaiki jambatan yang terus masuk ke bahagian dalam surau, diikuti juga beberapa wanita lagi. Lagi beberapa langkah sampai ke pintu masuk surau, aku melihat sesuatu bergerak pada kolam dibawah surau. Air kolam yang berkarat itu kini sedikit berkocak. Aku terhenti melangkah dan duduk mencangkung menunggu air kolam itu berkocak lagi. Betul ke apa yang aku lihat tadi? Aku syak ada haiwan asing dalam kolam ni! Aku yakin.
"Haish kau kenapa cangkung sini, nanti..........."

"Ibu!!!!!!!!! Buaya!!!!!!!!!!!!!!", jeritan aku mengejutkan semua yang berada disana termasuk Imam. Wanita yang tadi mengikut kami di atas jambatan semua berlari keluar semua ke perkarangan surau bimbang diserang buaya. Tinggal hanya aku dan ibu. Dari riak wajah ibu langsung tiada mimik gentar akan buaya tersebut. Itulah Che Waiduri, dialah wanita paling berani di sini siapa tidak kenal. Sang harimau sendiri pernah tunduk padanya. Dilaut juga dia beraksi hebat dengan menyelam dan menangkap ikan-ikan gergasi dengan menggunakan sebilah pisau kecil sahaja. Setakat buaya ini perkara mudah baginya.
Ibu menarik jubahnya ke atas dan diikat namun dihalang oleh abah. "Isteriku, dengar kataku ini, biar orang kampung yang uruskan. Kau dan Siti masuk ke surau teruskan tugasanmu sayang", sehebat-hebat Che Waiduri itu juga lemahnya pada Wan Yahud, kelakar kan? Aku terpaksa akur, masuk sahaja ke dalam perut surau dengan penuh kederat aku membuka kesemua pintu. Bayangkan, dinding surau ini seperti pintu lipat, Habis ditolak semua, kini surau itu terbuka luas seperti tiada dinding yang boleh berselindung. Ditengah-tengah surau mempunyai tiang besar dan kukuh yang sini masih tak tercela bentuknya. Pelik juga surau ini tidak berhabuk apatah lagi bersawangm, tiada langsung! Cumanya tiada berkarpet, masih boleh terasa tapak kaki penuh dengan pasir asing.

Aku mencari ibu, hilang. Sah dia keluar melihat buaya yang sesat tu. Aku keluar ke jambatan itu semula. Kini seorang pemuda berambut paras bahu sedang mengikat tali untuk sasaran mucung mulut dan ekor buaya tersebut. Sepertinya dia sangat-sangat berani kerana hanya dia seorang yang beraksi. Orang lain hanya melihat namun disergah Imam meneruskan tugasan masing-masing.

Perlahan pemuda itu mencelup kaki sambil mulutnya terkumat-kamit. Sekali-sekala dia menyelak rambutnya yang beralun menutup mukanya dan disisipkan kebelakang. Masa ini aku terkesima.

Allah.....kacaknya! Macam hero tarzan.
"Siti..... nanti imam marah baru tahu. Pergi lekas bersihkan dalam surau", aku terkejut dari ralit menjamu mata dengan pemuda gagah itu. Keluhan aku didengari ibu. Sebelum sempat dia bersuara aku terus kembali ke dalam surau mencapai penyapu. Sesekali aku mencuri pandangan pada pemuda itu yang semakin tenggelam dalam kolam yang ngeri tu. Melihat bayangan abah sudah tiada, aku berlari ke arah kawasan mengambil wudhu iaitu berhampiran dengan kolam tersebut semata-mata ingin melihat pemuda tadi.

"Tunggu jangan bergerak, buaya ini tahu kamu nak tangkap dia tapi dia lagi bijak dia sudah bersedia nak serang kamu. Tunggu aku turun tarik ekornya!", itu dia Che Waiduri bersuara, kedegilannya membuatkan suaminya sendiri menyerah kalah. Tak sempat abah bersuara kini dia sudah terjun dibahagian bertentangan dengan pemuda tadi iaitu dibelakang buaya tadi. Disebabkan terkejut buaya tersebut terus bergerak kebelakang, mulutnya menghala pada ibu untuk menyerang. Dengan pantas pemuda tadi mengikat ekor buaya dengan tali dan dicampakkan hulu tali kepada Imam agar diikat pada batang pokok berhampiran. Serangan buaya tadi terbantut apabila gerakannya tidak sampai untuk menyerang Che Waiduri.

Masa ini aku melihat ibu menyelam dan bergerak laju mengikat keempat-empat kaki haiwan tersebut. Kini buaya itu bersungguh berguling-guling dengan mulutnya besar ternganga. Kini semua hanya kaku melihat buaya itu menggelupur seperti menunggu haiwan itu penat. Namun disebabkan buaya itu amat besar, pokok yang diikat tali tadi patah. Semua menjerit kerana lihat buaya itu menuju semula ke arah pemuda tadi. Dengan pantas ibu menyelam dan entah bagaimana ibu berjaya mengikat mulut buaya tersebut tetapi ekor buaya itu sempat melibas tubuh ibu. Pemuda itu dengan pantas menerkam haiwan tersebut kini mereka bergelut bergilir-gilir berguling. Sekejap pemuda itu dipermukaan, sekejap dia tenggelam.

Kami termasuk aku yang melihat aksi itu menjerit-jerit ketakutan hampir tercabut jantung. Melihat abah sudah menarik ibu keluar dari kolam aku matikan niat aku untuk menghampiri mereka takut dijerkah imam. Aku tak berhenti berdoa agar pemuda tadi selamat dalam pertempuran luar biasa ini. Bergelodak air kolam yang sedia hitam itu kini penuh ampungan keladak dan lumut memenuhi ruang. Sukar melihat tembus ke dasar. Ya Allah risaunya, pantaskah dia menewaskan haiwan ganas ini?

"Saya kena turun, risau dia tak mampu bertahan. Imam boleh ikatkan semua tali ini pada pokok lain?", Imam bertindak pantas dan ibu turun ke kolam semula. Kini berbekalkan pisau belatinya dengan pantas ibu menikam kepala buaya yang semakin lemah itu. Pemuda itu diarahkan oleh imam untuk naik semula ke atas dan dengan berat hati dia akur. Melihat buaya ini semakin mengganas aku semakin risau apabila melihat ibu masuk semula membantu pemuda tadi. Aku yakin Wan Yahud adalah orang yang paling bimbang melihat isterinya sendiri bertempur dengan haiwan ganas itu, dengan itu dia menanti ibu dalam kolam itu juga paras dada.

Setelah beberapa minit buaya itu terapung dengan badannya terbalik tanda ia sudah tewas, kami yang menonton akhirnya menarik nafas lega.  Ibu perlahan naik ke tebing kolam sambil tercungap-cungap. Semua bertepukkan dan membantu ibu dengan memberikan tuala dan menyuapkan segelas air. Aku dari jauh tersenyum, tak sangka ibu membalas senyuman. Bangga sungguh aku pada ibu. Dia memang luar biasa hebatnya. Aku berlari ke arah ibu dan memeluknya, lantaklah jika dimarahi imam yang penting ibu selamat. Syukur.

Orang ramai menarik keluar buaya tersebut dari kolam dan mengikat rapi mulut dan kakinya takut-takut haiwan tersebut hidup semula. Sempat juga aku mengerling ke arah pemuda tadi yang termenung di tepi kolam. Mungkin dia kecewa tak dapat langsaikan amanah tugasnya dengan sempurna. Aku teringin sungguh untuk menegurnya.

"Kau sambung buat kerja ya, abah hantar ibu ke rumah salin pakaian. Jangan curi tulang ya nanti imam marah", pelik aku, orang disini takut sangat dengan imam. Dari dulu lagi kami diugut dengan nama imam untuk mengajar kami dari berbuat nakal. Menurut abah, imam adalah orang yang paling dihormati dan dia juga sebagai ketua kampung disini. Tanda terima kasih dengan tanggungjawab yang berat itu adalah dengan penghormatan tertinggi pada imam.

Dengan bantuan ramai, kini ruangan dalam surau sudah bersih dan cantik dihiasi dengan langsir hijau lembut. Karpet lantai inipun hijau lebih kurang pula dengan baju aku. Kalau aku baring ni silap hari dipijak tanpa sadar. Diluar pula sudah lengkap berkhemah dan berkerusi, rewang masak ramai-ramai semuanya seperti kenduri-kendara. Meriah, yang aku masih tak faham kenapa semuanya berpakaian cantik. Kalau aku la tak sanggup berlengas dengan peluh dengan busana indah ini. Aku mencari juga kelibat Raeng.... dimana kau rakan aku rindukan kau. Namaku dipanggil, aku kembali ke dalam surau untuk menyusun telekung dan sejadah. Sempat aku perhatikan naskah al-Quran mereka sungguh antik cantik dengan rekal kayu yang besar dan berkilat.

Ralit sangat melihat rekal al Quran istimewa itu tiba-tiba sekali lagi kami dikejutkan dengan bunyi jeritan orang ramai. Aku berlari keluar, aku lihat pemuda tadi berada dibawah perut buaya. Buaya tadi hidup dan menggelupur untuk bebas dari tali ikatan... tanpa berfikir motif aku terus berlari ke arah pemuda itu untuk menolongnya. Aku sempat mengapai cangkul dan melompat menghala tepat ke kepala buaya....

"Siti! Jangan!!!........................".

Zassss

Terasa berdesup roh kembali ke tubuh.

Aku pantas buka mata dan kini aku berada di dalam bilik. Ya bilik tadi.

Sepertinya aku baru bangun tidur? Tadi itu mimpi semata-mata atau aku pengsan diserang buaya?

Sayup-sayup kedengaran kecoh diluar bilik. Diamati perlahan-lahan ianya bukan suara keluargaku, tapi orang luar. Bukan penceroboh mungkin jiran-jiran yang bertandang kerana berselang-seli dengan hilaian tawa ibu.

Terbuntang mata terkejut, seperti cerita dimainkan semula dari awal. Dengan pantas aku menyelak selimut dan bangun keluar dari bilik. Semua yang berada diruang tamu kini terdiam serentak dan memandang kaget. "Bangun pun kau, lekas mandi. Sudah lewat nanti imam marah".

Itu Che Waiduri, ibuku di alam mimpi.................

- Bersambung -



p/s: Kisah ini adaptasi dari mimpi aku sebenar. Peace yo!



Selasa, 6 Jun 2017

IKRAR PEMISAH : BENTENG DIRI & KESEMBUHAN DARI GANGGUAN JIN/IBLIS/SYAITAN

Salam Henshin semua, Salam ramadhan al-Mubarak.

Puasa penuh tak? Kau tak payah masuk jamban minum air paip sangat! 

Aku rasa kupasan ini aku hanya kongsikan dalam blog saja. Ramai juga yang tanya mana gambar-gambar travel kau? Sebab blog ni mostly tentang travelog aku kan, tapi ada sebab-sebab tertentu aku revert draft sementara. Tunggu aku betul-betul stabil mental baru aku akan aktif travelog lagi. Dalam proses buang gambar kawan-kawan aku juga sebab aku tak nak kawan baik aku terbabit dalam kancah kehidupan aku yang terlanjur profil terbuka di media Fiksyen Shasha. Bukan aku cakap semua jahat, tapi ramai kat dunia ni mental sebenarnya, mudah sangat hantar sihir-sihir ni yang paling ditakuti adalah reverse mantra atau sihir huruf ni. Perkara dah jadi, so aku mengambil langkah selamat agar tidak senang-senang reveal gambar sempurna kawan-kawan baik aku. Walaupun aku bukan sesiapa pun dalam FS, tapi tak apalah sebagai langkah berjaga-jaga.
Baru-baru ni aku mengikuti kawan aku pergi berubat, dia terkena sihir (orang dengki bisnes) dan SAKA. Aku saja je ikut boleh scan badan sekali namun ada sesuatu dah terjadi pada aku tanpa diduga. Serius aku tak percaya langsung, tak logik akal langsung perkara macam ni berlaku pada aku. Aku akan ceritakan perihal ini pada post seterusnya nanti, sabar!

Kesimpulan dari pergi berubat ni, perubat hanya dapat membantu kita 20% sahaja dalam proses penyembuhan, selebihnya bergantung pada diri sendiri. Sekali badan kau dimasuki jin/iblis/syaitan ini badan kau ibarat seperti span senang je natang tu masuk kembali dalam badan. 80% yang bergantung pada diri sendiri kita itu adalah seperti jaga solat 5 waktu, mengaji al Quran, doa-doa pendinding, amalan kita seperti jaga aurat, batasan sosial, batasan bahan bacaan (takut terbaca mantera sihir penyeru), amalan bersedekah, amalan zikirullah, jaga amarah arghhhh semuanya perlakuan kita perlu berpantanglah!
Yang paling penting YAKINI bahawa Allah SWT sebaik-baik pelindung. Selepas berubat, kita TAK BOLEH menyeru semula, jika teringat cepat-cepat zikir dan sedekahkan al-Fatihah pada natang tersebut agar dia tidak lagi mengganggu kita. Menurut ustaz, habit mengelamun itu tabiat yang sering terjadi pada kita. Seolah-olah kita memberi ruang pada natang ini masuk dan menguasi jasad kita, ya lah bila berangan kita mengelamun seolah-olah roh keluar pergi travel juga.
Tak kiralah kita ini ada sejarah SAKA ke sejarah gangguan ke, kita seharusnya sentiasa siap siaga atau biase orang cakap ada awareness pada diri sendiri. Boleh jadi kita tak sedar langsung dalam badan kita penuh natang itu bersarang. Sedar-sedar kau sakit-sakit, malas solat, hubungan sesame manusia panas, suka bergaduh, mental sorang-sorang suka bersendirian. Silap hari kawan-kawan kau nampak kau macam SYAITON.
Lindungi kita dengan pendinding ayat al-Quran semuga Allah SWT melindungi kita dari natang ini. Sebagai khalifah Allah SWT kita wajib menjaga diri kita, pinjaman Allah SWT ini dan jangan benarnya mahkluk ini menguasai tubuh kita. Oleh itu, aku ingin sentiasa mengingatkan kawan-kawan agar kita protect diri kita dengan pendinding dan ikrar pemisah ini dengan niat jauhi kita dari segala hubungan kita dari mahkluk asing (gituwww)

Dengan ini dibawah aku forward semua mesej ustaz tu ya! Selamat beramal.

(Lakukanlah amalan di bawah ini mengikut kemampuan diri masing². Bilangan zikir cuma saranan sahaja. Yang penting, khusyuk dan beramal semata² ikhlas kerana Allah, bukan beramal kerana untuk sembuh sahaja @ untuk mendapat apa² kelebihan).

😇 JAGA HAK ALLAH, MAKA ALLAH AKAN JAGA KITA 😇

🔸Solat Dhuha 2 rakaat
🔸Solat Taubat 2 rakaat
🔸Solat Hajat 2 rakaat
🔸Solat Istiharah 2 rakaat
🔸Solat Tahajjud 2 rakaat
🔸Bismillahirrahmanirrahim 100x (boleh dibahagikan kepada 20x tiap lepas solat Fardu)
🔸Al Fatihah 1x (Ulang2 ayat "Ihdinassirotolmustaqiim" mengikut bilangan umur sendiri), selepas itu sempurnakan bacaan Fatihah.
🔸Istighfar 100x (boleh dibahagikan kepada 20x tiap lepas solat Fardu)
🔸Syahadah 100x (boleh dibahagikan kepada 20x tiap lepas solat Fardu)
🔸Selawat 100x (boleh dibahagikan kepada 20x tiap lepas solat Fardu)
🔸Al Qursyi 1x (ulang² ayat "Wala ya uduhu hifdzhuhuma wahuwal 'aliyyul 'adzhiim" 7x @ 70x)
🔸Al Ikhlas 3x
🔸Al Falaq 3x
🔸An Nas 3x
🔸At Taubah ayat 128-129 (7x)
بسم الله الرحمن الرحيم
لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
LAQAD JA AKUM RASULUM~MIN ANFUSIKUM 'AZIZUN 'ALAIHI MA 'ANITTUM HARISUN 'ALAIKUM BIL MUKMININA RA-UFUR~RAHIM.
FA IN TAWALLAW FAKUL : "HASBIYALLAHU LAA ILAHA ILLA HUWA ALAIHI TAWAKKALTU, WA HUWA RABBUL ARSYIL ADZIIM."

🔸Ikrar Pemutus 1x
Bismillah ArRahman ArRahim
Ya Allah , sesungguhnya saya (nama binti nama ibu) & mewakili keluarga saya dengan penuh sedar & insaf dengan ini mengisytiharkan :

  1. Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yang kami atau orang sebelum kami pernah lakukan secara sedar atau tidak dengan golongan jin sekiranya ada.
  2. Mengharamkan tubuh kami dari dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apa jua jenis jin.
  3. Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan & pertolongan Allah.


Ya Allah mulai dari saat ini :
Saya haramkan semua makanan saya, minuman saya, seluruh anggota tubuh saya dari semua jin di dalam DAN di luar tubuh saya atau yang menggangu saya,

Sekiranya Ya Allah
Mereka makan, minum, guna, ganggu, jadikanlah Ya Allah semua
pemberian DAN milikMu itu Ya Allah sebagai racun,
Racun yang amat panas
Racun yang amat bisa
Racun yang membakar
Racun yang membunuh
Semua jin-jin itu Ya Allah.
Aamiin Ya Robbal 'Aalamiin.

🔸SETELAH SELESAI SEMUA AMALAN, TADAH TANGAN BERDOA :
"YA ALLAH, YA HAYYU, YA QOYYUM, YA ADZHIIM, YA ROBBAL 'AALAMIIN, KABULKANLAH PERMINTAANKU, MUSTAJABKANLAH DOAKU, DENGAN IZINMU & DENGAN KEBERKATAN AYAT2 INI, KURNIAKANLAH RAHMAT, KESELAMATAN & PERLINDUNGANMU SELAMA-LAMANYA, KEPADA DIRIKU & KELUARGAKU, DARI KEJAHATAN @ GANGGUAN IBLIS, JIN, SYAITAN, MANUSIA & MAKHLUK MELATA, SAMA ADA YANG KAMI KETAHUI @ TIDAK KAMI KETAHUI.

YA ALLAH, KURNIAKAN JUGA KEPADA KAMI KEKUATAN ROHANI DAN JASMANI, SERTA SEMBUHKANLAH KAMI DARI SEMUA GANGGUAN DAN PENYAKIT ZAHIR & BATIN. AAMIIN ALLAHUMMA AAMIIN".

SETELAH SELESAI DOA, TIUP TANGAN DAN SAPU KE SELURUH TUBUH KECUALI QUBUL & DUBUR.

🔸Dalam waktu2 biasa, setiap masa usahakanlah untuk sentiasa berzikir di dalam hati dengan zikir "LA ILA HA ILLALLAH".

Wallahua'lam...

Kaedah Mengelakkan Gangguan Yang Berpunca Dari Luar Daripada Masuk Ke Dalam Rumah (Cara Buka & Pakai Kasut)

  1. Lazimkan amalan membuka & memakai kasut mengikut Sunnah Rasulullah.
  2. Bila sampai di pintu rumah, pusingkan badan dgn membelakangi pintu rumah.
  3. Tanggalkan kasut kiri dahulu
  4. Kemudian tanggalkan kasut kanan
  5. Pusing badan menghadap pintu semula.
  6. Jika ada penghuni di dalam rumah, beri salam semasa di luar rumah. Kemudian masuk ke dalam rumah dgn kaki kanan.
  7. Jika tiada penghuni di dalam rumah, buka pintu dan masuk ke dlm rumah dgn kaki kanan. Kemudian beri salam.
  8. Jika kasut perlu dibawa masuk ke dlm rumah (utk elak dicuri), ambil kasut dgn tangan.
  9. Susun mana2 kasut di luar rumah (muncung kasut menghala ke luar) dgn tangan. Elakkan menguis kasut dgn kaki kerana pesakit sukar diubati jika terdapat gangguan.
  10. Semasa keluar rumah pula, dahulukan dgn memakai kasut kanan diikuti kasut kiri.

Fadilat :


  1. Mengelakkan semua jenis gangguan kasar & halus dari ikut masuk ke rumah kita
  2. Mengelakkan pukau/santau dll
  3. Pastikan muncung kasut menghala ke luar kerana jika menghala ke arah pintu rumah, pagar @ kubu yg kita bina akan bocor (muncung kasut sifatnya tajam).

Kaedah Hadiah Fatihah kpd diri sendiri, org yg menyihir kita, org yg disihir, org yg lari dari rumah @ hilang (hingga lupa kepada keluarga).

InshaAllah sbg asbab supaya Allah sentiasa beri petunjuk ke jln yg benar, beri kesedaran, keinsafan dan ingatan pulih kembali spt asal @ diberi petunjuk Hidayah oleh Allah utk kembali ke pangkal jalan.

1) Istighfar 3x
2) Syahadah 3x
3) Selawat 3x
4) Al Fatihah 1x. Ulang² ayat ke 5 ikut bilangan umur sendiri @ org yg dimaksudkan (jika tak tahu umur, ulang2 ayat ke 5 sebanyak 7x)
بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ (ulang² ikut bilangan umur) ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

5) Tarik nafas dlm² ikut hidung sambil lafaz "Allah" dalam hati, tahan nafas sebentar sambil niatkan utk hantar Fatihah ke jantung sendiri @ org yg dimaksudkan (sebut nama dlm hati).
6) Kemudian hembus nafas perlahan² ikut mulut sambil bayangkan hantar Fatihah tadi ke dalam jantung sendiri @ org yg dimaksudkan.

Fadilat/kaifiat zikir2 di atas...

Bismillah 100x sehari - permulaan mohon pengharapan kepada Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Istighfar 100x sehari - Pengakuan ats dosa diri dan mohon ampun kpd Allah. Kdg kita leka n tak sedar lakukan dosa baik dosa zahir @ batin. Istighfar akn cuci segala kekotoran rohani kita

Syahadah 100x sehari - utk memperbaharui iman kita. Kdg2 kita tak sedar iman kita terbatal sama ada melalui perbuatan, lisan @ lintasan hati. Sbb tu perlu baharui iman setiap hari dgn bersyahadah

Selawat 100x sehari - utk mohon syafaat Nabi. Setelah rohani dicuci dgn istighfar, nur selawat akan mengisi keseluruhan rohani itu. InshaAllah dgn asbab syafaat Nabi, rohani dan jasmani kita akan lebih kuat. InshaAllah biiznillah

Hadiahkan Al Fatihah kpd diri sendiri tiap lps solat 1x (ulang2 ihdinassirootolmustaqiim ikut bilangan umur sendiri @ 100x) kemudian sempurnakan bacaan Fatihah. InshaAllah biiznillah sbg asbab agar Allah sentiasa memberikan kita HidayahNya dgn petunjuk ke jln yg lurus.

Isnin, 25 Julai 2016

Realiti Cinderella Jalanan - Adakah Anda Pencinta Haiwan?



Ramai di antara kita pencinta haiwan yang menjadikan haiwan seperti anjing, kucing, arnab, tupai, dan banyak lagi sebagai sebahagian dari ahli keluarga baru mereka. Bagi yang tidak tahu, haiwan kesayangan kita ini mempunyai variasi baka yang pelbagai. Sesetengah baka haiwan kesayangan ini mampu mencecah puluhan ribu ringgit. Contoh realiti kini, permintaan pasaran di Malaysia bagi penggemar kucing berbaka cantik ini menjadi buruan yang amat menggalakkan malah wujud cafe-cafe yang mana kita boleh bersantai dengan haiwan perliharaan kita ini.

Contohnya baka kucing Bengal, harganya boleh mencecah puluh ribu kerana ciri fizikalnya yang sangat menarik. Corak ‘marble’ dan tompoknya badannya yang mempengaruhi nilai harga haiwan ini. Namun biasanya yang sering menjadi pilihan penggemar-penggemar kucing adalah dari jenis baka Persian kerana bulunya tebal dan gebu. Adakah jenis baka baik sahaja menjadi pilihan para penggemar haiwan kesayangan? Bagaimana dengan kucing biasa? 
Artikel kali ini saya ingin menekankan berkenaan isu haiwan jalanan. Pernahkah anda makan di gerai dan melihat kehadiran kucing atau anjing berkeliaran yang meminta sedekah makanan pada mereka? Bagi sesetengah pihak, kehadiran haiwan ini mencalarkan imej perniagaan mereka. Maka, haiwan jalanan ini akan menerima nasib malang seperti dihalau, dipukul dan paling teruk diracun mati.

Bagaimana wujudnya haiwan jalanan ini? Ada dua kemungkinan, iaitu yang asalnya haiwan jalanan yang membiak dan keduanya ialah haiwan itu dibuang. Sikap pembela haiwan yang tidak bertanggungjawab sanggup membuang haiwan belaan mereka ini di merata tempat yang menyebabkan isu ini semakin sadis. Paling haru melepaskan haiwan kesayangan seperti ular sawa di tempat urban seperti bandar-bandar yang mana tempat tidak sesuai bagi haiwan sebegini. Logiklah kita sering mendengar kes ular sawa di kawasan bandar, walhal ular habitatnya bukan di kawasan yang membuatkan mereka berasa terancam. Salah siapa?
Puncanya membela haiwan yang banyak tetapi tidak merancang untuk menerima penambahan ahli baru, tidak dikasikan (pemandulan) dari awal. Akhirnya generasi yang tidak dirancang itu dibuang. Ada juga haiwan kesayangan yang berbaka cantik ini terlalu ‘high maintenance’ dari segi pemakanan, perubatan dan kelengkapan haiwan kesayangan ini membuatkan pembela-pembela haiwan mengalah separuh jalan dek kerana pembelanjaan melebihi had kemampuan. Jika membela haiwan seperti ular pula, mungkin saiznya sudah membesar lebih dari saiz sangkarnya. Si pembela mungkin sukar mengawal aktiviti haiwan sebegini. Jika pembela haiwan ini melepaskan haiwan sebegini di kawasan perumahan, hal ini mungkin membahayakan orang ramai.

Jika tidak mampu, mengapa memilih jalan sukar? Jika anda tiada pilihan mungkin anda patut mencari pihak yang rela untuk mengambil tanggungjawab anda. Jika isu seperti haiwan belaan seperti ular, anda boleh menghubungi pihak perhilitan atau pihak zoo. Membuang haiwan ini di tempat awam adalah perbuatan yang tidak wajar dan amat kejam. Haiwan belaan itu mungkin sudah biasa makan dan berlindung pada kelengkapan disediakan sebelum ini. Apabila mereka dilepaskan secara tiba-tiba, terpaksa mengadaptasi keadaan baru serta-merta mungkin mereka akan mengalami kesukaran untuk mendapat makanan, berasa amat terancam pada haiwan liar yang lain dan kemungkinan akan sakit atau tidak berjaya 'survive'. Kita perlu beringat, mereka juga mempunyai perasaan rindu pada tuan mereka.

Haiwan-haiwan yang tidak bersalah ini menerima nasib malang disebabkan kecuaian sikap dari manusia sendiri. Pada mereka penggemar haiwan yang sanggup mengambil mereka yang malang ini sebagai ahli keluarga baru adalah salah satu usaha yang murni, yang jarang dilakukan pada kebiasaan. Ikut pada pendapat masing-masing, bagi orang yang sederhana seperti saya yang tidak mampu untuk membeli haiwan yang berbaka hebat, tidak mengapa. Haiwan jalanan ini mungkin pilihan yang terbaik. Jangan pernah memandang rendah terhadap haiwan jalanan ini. Mereka boleh menjadi haiwan kesayangan yang hebat serta sangat sihat. Sama seperti cerita Cinderella, anda juga mampu mengubah cerita hidup haiwan jalanan ini menjadi haiwan yang istimewa dimata masyarakat. Dengan berkat kasih sayang mereka juga boleh membesar dengan sihat dan gebu mengalahkan haiwan berbaka mahal di pasaran.
Isu ‘maintenance’ ini sebenarnya tidak menjadi masalah. Namun, terdapat beberapa penjagaan wajib perlu pada setiap haiwan kesayangan. Ini kerana ia dapat mempengaruhi tahap kesihatan kita juga sebagai pembela. Maka, pemberian vaksin, suntikan antibiotik dan pemberian ubat cacing mengikut jadual yang teratur adalah perkara wajib dilakukan pada haiwan kesayangan anda. Isu makanan, mengikut kemampuan anda.

Bagaimana kita mahu brainwash masyarakat bahawa membela haiwan ini bukan satu minat yang bersahaja, mereka juga bernyawa seperti kita dan berhak untuk hidup bahagia. Mungkin undang-undang di Malaysia tidak seketat di luar Negara seperti United States, setiap pembelaan haiwan memerlukan pendaftaran. Bukan sahaja pembuangan haiwan dikenakan denda malahan jika haiwan kesayangan anda membuang najis di tempat awam juga akan dikenakan denda yang berat. Dulu gembar-gembur mengatakan untuk wujudkan undang-undang sebegini di Malaysia namun ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Memelihara haiwan eksotik seperti ular, cicak tokek, ayam hutan, tupai terbang (sugar glider) dan sebagainya boleh mendapatkan lesen memelihara di Jabatan Perhilitan Malaysia contohnya di Shah Alam.
Anda juga mampu mengubah hidup mereka yang dijalanan ini. Sepertimana cerita kanak-kanak Cinderella. Adakah anda salah seorang pembela haiwan dari haiwan jalanan? Boleh kongsikan cerita anda pada ruangan komen dibawah.