Pantai Batu Rakit




Assalamualaikum!! Selamat Menyambut Ramadhan kepada Umat Islam Sedunia!!

Posting kali ini aku nak bercerita tentang keindahan dan keistimewaan satu tempat di Terengganu yang di beri nama Batu Rakit. Sesiapa yang bercuti ke Terengganu tak sah kalau tak singgah ke Pantai Batu Rakit untuk menikmati keindahan alam semulajadinya terutama keindahan pantainya. Batu rakit terletak kira-kira 25Km dari bandar Kuala Terengganu dan hanya 20Km dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Jadi taklah jadi masalah kalau sesiapa pelancong dari luar untuk singgah ke Batu Rakit ini. Aku pernah singgah ke Batu Rakit sebentar untuk menghilangkan penat dan lelah memandu jauh sambil menikmati air kelapa muda yang dijual di gerai-gerai berhampiran. Sayangnya bateri DSLR ku tak sempat di cas, rugi rasanya tak dapat mengambil gambar keindahan Pantai Batu Rakit.




Pantai Batu Rakit mempunyai panorama yang menarik dan mendamaikan susana, terutama waktu petang dan senja berlabuh. Kebiasanya pelancong yang berkelah di Pantai Batu Rakit ini pada waktu petang kerana cuaca yang redup berbanding waktu tengahari di mana cuaca biasanya panas terik. Keindahan pantai di sini semakin terserlah apabila senja melabuhkan diri dengan cahaya senja menyilau ke arah air pantai. Ombak pantai menderu menghempas pasir yang lembut beralun menambahkan damai di hati. Memang best!!




Bagi sesiapa yang belum pernah mengenali Batu Rakit sebenarnya di sekitar Batu Rakit ditempatkan Universiti, Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Peguruan dan boleh dikatakan Batu Rakit ini pusat pendidikan dan pengajian di Terengganu. Sepanjang Pantai Batu Rakit ini juga banyak menyediakan kemudahan untuk pelancong seperti tempat makan, chalet-chalet dan tempat ibadat seperti masjid dan surau. Antara Chalet yang terkenal ialah Gem Beach Resort. Jadi sesiapa yang belum pernah datang ke Batu Rakit jemputlah singgah sini !! Kredit untuk Encik Azraf Sarip dari Flickr.com atas gambarnya yang sangat cantik!! Tahniah Nice Shoot!!

Gem Beach Resort
Lot 2135 Batu Rakit, Mengabang Lekar
21020 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel No :+609-6695910

15 comments:

BOY said...

Menarik and tak pernah tau pun pantai nie wujud.. thanks to you coz berjaya discover and post it untuk pengetahuan semua... sayang nyer camera abis bateri masa you g dulu kan..

Unknown said...

wow...cantiknyeeeee....

selamat berpuasa...

Maz said...

Cantik pasir dia...rupanye banyak lagi tempat yg belum diterokai...thank nael..keep it up...

Nael said...

Selamat Berpuasa Edy!!..

Nael said...

Boy : Tu la pasal... next time bawak bateri spare 2-3... kalau tak banyak pic boleh ambik..

gnesop said...

pehhh comel wei..
pandai dia ambik gambo..

Nael said...

Lawa erk gambar Azraf dari Flickr.com!!... Pro dia Bro!!....

gadafie said...

sib baik bukan posting makanan....xoxoxoxoxo

Nael said...

Hahaha... sat agik sya posting pasal makanan erk!!...

gadafie said...

saje je...x bley blah la bro..hahaha....entries yg tersangat informative but syg xdo pic xclusif dari tuan tanah....

fasham said...

salam perkenalan dan menyambut ramadhan..^__^

Berita terbaru dari blog saya:

hARAP MAKLUM sUMIMASEN
Wah sampai sudah...!!^__^
Songs : Maher Zain feat Irf - Allahi Allah Kiya Karo

kami said...

Salam Ramadhan Nael, cam tak caya jerk DSLR boleh wat photo shoot cam tu. aku Guna DSLR pun hanya pilih mode auto jerk. Anyway kat ganu tu banyak sangat pantai yg cantek2. kalau nak explore semua memang tak habis. So share information & pengalaman tu yg berguna untuk semua reader. Thank nael. Selamat menyambut bulan puasa. Puas penuh tau!!

Nael said...

Encik Azraf tu Profesional Photograhper.. ermm tengok hasil dia kat Flickr.com sure lagi tak percaya... Emm itulah hasilnya SENI FOTOGRAFI!!

CheMat said...

Cantik gila gambar tu. Thanks for sharing!!

Anak Pantai said...

Terbaik

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails