Santai, Konsep Sept 2008
Mulakan hari dengan menyebut nama-Nya. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk menghirup udara nyaman.. tetap diberi kesempatan untuk melihat cantiknya pemandangan.. merasa kelazatan makanan...
Ada seorang teman bertanya.. bagaimana ingin bersabar dengan karenah teman? Teman yang begitu banyak fiilnya. Bagaimana ingin menasihati teman? Teman yang kadang-kadang menyakitkan jiwa. Berat juga soalan ini. Secara teori, mudah sahaja persoalan itu. Nasihat aja... cakap aja..
Belajar untuk berlapang dada. Lapang dada? Senang diungkapi tetapi hanya dengan kelembutan hati membolehkan kita menjadi manusia yang berlapang dada.
Yang pasti, hati kena selalu ingat. Manusia ini banyak karenahnya.. punya karektor yang berbeza dan tersendiri. Kita sendiri punya perangai yang kadang-kadang memeningkan kepala orang lain.
Teman di hadapan kita punya emosi. Kita juga memiliki emosi. Mereka punya perasaan. Kita turut tidak terkecuali mempunyai hati dan perasaan. Dia manusia yang lemah. Kita juga tidak lari daripada sifat lemah itu. Justeru, sabarlah. Bagaimana? Ramai yang tahu jawapannya tetapi tatkala diri dikuasai nafsu amarah, kita melupakannya, “Dengan mengingati Allah, hati kan tenang,” ar-Ra’d ayat 28.
Iya la! Bagaimana mahu berhadapan dengan seseorang yang tidak sama perangai dengan kita? Paling mudah, di dalam asrama atau di rumah sewa.. kita seorang yang teliti. Kita tidak suka melihat barang-barang bersepah. Kita “sakit mata” melihat baju yang tidak berbasuh berhari-hari (terkena baju kita pula tu). Baju tidak berlipat, meja berhabuk.. Arghhhh!!! Bagaimana mahu menahan rasa ketidakpuasan hati ini? Sakitnya...Sedihnya..
Bagaimana nak kawal ni? Contoh yang paling dekat dengan kita. Hendak tegur? Entahlah. Serba salah dibuatnya. Tak berani nak tegur. Takut terasa. Lagipun, kadang-kadang kita juga tersasar. Kan manusia ni lemah dan lupa? Maka, contohilah akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Tunjukkan contoh yang baik buat teman kita tu. Kita lipat baju kita (kalau mahu menambah amal, lipatkan baju kawan tadi).. kita mengasingkan baju kotor dan bersih.. insyaAllah, lama-kelamaan teman kita pasti malu sendiri.
Dalam masa yang sama, kita berusaha keras untuk memperbaiki diri. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Hari esok lebih baik dari hari ini. Jika tersilap langkah, bangkit kembali. Yang pasti, katakan dalam diri, “Aku mahu menjadi yang terbaik!” (melalui akhlak dan tingkahlaku).
Selain itu, perlu saling menampung antara satu sama lain. Mungkin kita cemerlang part kebersihan tetapi lemah bab amanah. Buat kerja last minute, cincai dan haru-biru.
Tetapi kawan kita pula terbilang dalam bab kerja. Jadi, “give and take” dan teach and learn”. Bak kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, “Suami isteri saling menampung kelemahan yang dimiliki lelaki dan wanita”.