Pages

Tuesday, August 18, 2015

WEEK 15

Pejam celik pejam celik dah 15minggu usia kandungan..Alhamdulilah kesihatan makan baik walau masih sering bercinta dengan "toilet" namun syukur banyak perubahan dan banyak jugak cabaran untuk yang kali ini...mungkin usia semakin meningkat hihihihi..Raya lepas memandangkan kesihatan yang tak menentu memang totally kat rumah..Sikit2 dah boleh makan nasi alhamdulilah jugak..sebelum ni tak boleh langsung telan nasi..skrg walau tak hari2 makan nasi tapi ada kala bila ada rasa"nak makan" dah boleh telan..Pencapaian bagus tu hihihi..
Sihatlah anakanda beta di dalam sana sayang..Moga allah permudahkan perjalanan kita bersama ..aminnn

Tuesday, August 4, 2015

Hati ini siapa yang tahu

Saat ini benar2 berada di bawah..ya allah kuatkan semangat ku lalui semua ini..kekuatan dari mu ya allah ku mohon.bantulah ya allah hambamu yang lemah ini..tiada daya dan kekuatan lagi hambamu ini untuk menempuhinya..Kuatkan hambamu ini ya allah.
Ku mohon kekuatan menghadapi saat-saat ini ..lemahnya hambamu ini ya allah....

Friday, July 31, 2015

kesihatan itu nikmat

Sihat itu nikmat allah..sakit jugak tanda kasih sayang allah..bersangka baik & redha dalam melalui semuanya..Kuat..kuat..kuat..allah sayang kamu Nanie...Alhamdulilah

Thursday, July 23, 2015

Saya manusia biasa

Ada ketika rasa sangat lemah melalui dugaan ini..Namun sedar Allah memberi apa yang mampu dilalui oleh hambanya..Pandang sekeliling andai kau rasa susah..payah..percayalah ada lagi insan melalui cabaran yang lebih getir darimu..Kuatlah Nanie..yang pahit akan manis akhirnya..Khalifah kecil akan dilahirkan kelak..berjuanglah ibu..insyaallah ibu dan baby comel kuat..aminn

Friday, July 10, 2015

Perjalanan itu

Masuk hari ini..rasanya 2 minggu sudah tak mampu telan nasi.Entah kenapa langsung tak mampu makan nasi.Diri sendiri tak makan tak kisah cuma doa banyak2 pada allah semoga insan comel dalam perut ni dapatlah khasiat dari lemak2 ibu yang banyak tu hihihihi..
Semalam cuba makan nasi masih tak berdaya cuma mampu makan kuih..dengan Iman masih menyusu badan..lemahnya tak ada tenaga allah je tahu..memohon kekuatan dari allah tanpa henti...Permudahkan ya allah perjalanan kehamilan kali ini..Amin ya rabbal alamin

Thursday, July 9, 2015

Allah maha besar

Maha suci allah maha besar ..maha berkuasa..hanya padamu hambamu memohon harap..sihatkan hambamu ini ya allah..sihatkan dan sempurnakan kejadian anak dalam kandunganku.Hambamu ini redha ya allah atas semua ujian mu namun dengan rahmatmu..kuatkan fizikal dan mental hambamu yang lemah ini untuk melalui saat ini..ampunilah dosa2 ku..suamiku..kedua ibu bapa ku..muslimin dan muslimat..hanya padamu ya allah hambamu memohon..Amin ya rabbal alamin

Monday, July 6, 2015

Set Minda

Saya ibu hamil yang sihat dan kuat..Baby comel dalam perut pun sihat dan kuat sama macam ibu...saya sihat dengan izin allah..semoga terus sihat dan kuat..amin ya rabbal alamin

Mohon kekuatan darimu

Melalui hari2 penuh cabaran...Ya allah kuatkan hambamu ini ya allah..sihatkan zuriatkan yanga da dalam rahimku ya allah..Ku mohon kkuatan ..ketabahan padamu..LEmahnya aku ya allah sebagai hambamu..Tak mampu aku rasanya melalui keperitan ini..namun perjuangan belum selesai..Demimu sayang ibu redha..Insyaallah kita kena sama2 kuat sayang.Alah sahaja yang tahu apa yang kita tempuhi..semoga hari mendatang akan lebih memberikan kesihatan yang baik pada ibu..Amin ya rabbal alamin