Saturday, April 19, 2025

Menziarahi Sahabat Lama

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini Cuya pergi ziarah keluarga sahabat lama Cuya sebab ibu dia jatuh sakit sebelum ni. Ibu dia jatuh sakit dah 2 tahun lebih tapi baru sekarang Cuya dapat ziarah sebab kekangan masa.

Cuya kan sibuk dengan intern dan kerja, ayah pula sibuk jaga mak dia di kampung jadi takde masa nak melawat orang lain.

Daripada ibu kawan Cuya ni koma, sampai lah sekarang dia dah sedar baru la Cuya lawat. Lama gilaaa hahhaah

Kawan Cuya nama dia Liza. Tu yang dia tanya busy betul ya Cuya sampai sekarang baru nak melawat ibu dia.

Cuya cakap la , ingat kau sorang je busy, aku pon busy . Hahahaah


Mak Liza dia tak leh bergerak sebab dah beberapa kali operation. Sekarang bed ridden la.

Alhamdulillah Allah panjangkan umur mak liza. Cuya panggil mak Liza ,Ibu. Macam ibu sendiri hehe

Nak pergi rumah Liza memang jauh sebab dia dekat Melaka Tengah, Cuya Jasin.

Alhamdulillah selamat sampai


Ibu suka pegang2 tangan dan usik orang.
Cuma ibu tak bercakap harini. Dia diam dan angguk sahaja.
Sesekali dia pegang muka Cuya.

Entah apalah yang ibu fikir ya.

Ni la Liza. Kawan baik Cuya sejak Cuya di Politeknik.

Geng gosip, geng kecam orang hahaahhaa

Dia ni kasar orang Melaka tapi hati banyak baik. Pemurahlak tu.

Siap sapot bisnes komik Cuya. Habis semua dia borong lawak kampus.

Tadi pon Cuya bawakkan dia set mekap untuk dia pakai dgn adik beradik. Kebetulan adik bradik dia pon minat mekap. Liza jela jarang mekap tapi Cuya bagi je sebab Cuya banyak mekap kan.




Liza kata Cuya nampak sama je dari dulu.
Nampak gayanya akan datang kena diet hardcore baru bole nampak kurus depan liza. Hahahaa

Liza dah berjaya kuruskan diri sejak jaga ibu ni.
Kembanglah liza kita cakap camni 😂 



Dialah geng, dia la roomate, dialah yg tido sekatil sebab takut ada histeria dekat kamsis ( kampung siswa siswi)

Adoi macam2 benda lawak jadi.

Dulu dia lah tukang bawa makanan macam2. Dialah yg belanja itu ini untuk Cuya. Dialah otak bisnes minded.

Dengan tagline diaa
" Wei Cuya , aku terpikirrrr"


Hahaaha memang close la kitaorg walaupun jarang jumpa dan borak.
Dia jauh tapi dia tetap ada.

Aku doakan kau bahagia dunia akhirat dan kau sentiasa dalam doa aku. InshaAllah 

All the best liza untuk hidup ko. Moga Allah pelihara persahabatan kita.Aamin...


Beraya di rumah abang

Assalamualaikum, Hello coconuts!

Semalam Cuya pergi beraya di rumah abang di Merlimau. Pergi dengan family pakngah naik satu kereta. Kebetulan family drpd Singapore balik Jasin. Ibu dengan ayah tak ikut sebab diorang pon raya haritu dah jumpa abang sekeluarga.


Alhamdulillah Cuya dapat juga bawa buah anggur dan biskut love letter Julies untuk abang.

Abang sulung Cuya pon datang juga semalam. Saja memeriahkan suasana. Cuya lupa nak ambil gambar banyak2 sebab leka berborak dengan family sendiri. So sikit je amik buat raso raso.



Bersama anak buah Cuya Maryam Tasnim. Dia siap melawa sebab orang datang rumah kan. Ada crown lagi atas kepala.

Siap ibu dia siap cakap, dia pandai pilih baju sendiri. Hahaha



Cuya pon sempatlah bersiap muka dapat mekap


Anak buah Cuya tengah pilih sampul raya Labubu. Entah dia nak buat apa pon tak tahu dengan sampul tu.

Tapi anak buah lelaki Cuya pulak ambil sebab nak bagi kawan duit raya. Amboi kaya sangat ke awak tu kecik2 nak bagi orang duit rayaa

Sampai Cuya tanya dia " Kawan awak orang miskin ke? " 😂 

Biar lahai asalkann bahagia nak bersedekah agaknya hehe


Beginilah suasana pakcik makcik sibuk berborak sambil makan2


Abang Cuya yg baju purple tu la yg invite kami ke rumah dia. Yang berbaju hijau tu abang sulung Cuya

Budak kecik sibuklah main game dengan nonton tv



So tu jela update semalam.
Balik rumah tu kakak ipar bekalkan makanan untuk ibu ayah. Alhamdulillah murah rezeki.

Kami datang lepas magrib, kak ipar masak kul 1 petang. Awal betul. 3 jenis lauk lak tu dia masak.. dasyatt

Cuya patut contohi kak ipar boleh masak banyak2. 


Korang dah pergi open house ke, atau ada buat open house raya kalini?



Friday, April 18, 2025

Giveaway Tot's Blog




Indah sungguh si matahari,
Menyinari seluruh alam semesta,
Sesungguhnya sangatlah hamba sudi,
Menyertai giveaway tersedia.

Aksara tersusun oleh sang pena,
Ditulis cantik jejaka kota,
Mari semua meraikannya,
Giveaway oleh si cantik jelita.

Sampan mudik ke tepi paya,
Airnya jernih dihiasi bunga,
Hadiah menarik sudah ada,
Tulis entri dan pos sahaja.

Desa permai tenang layarnya,
Pohon hijau meredupkan mata,
Jikalau semua tak join sama,
Kelak hidup rugi hendaknya.


Hadiah Giveaway:

Hadiah Utama untuk 3 pemenang:



Set mengandungi:
Sebuah coin purse Kelantan motif songket
Sebiji minyak wangi botol kecil, saya beli di Madinah
Keychain Kelantan
Fridge magnet Kelantan
Biji benih bunga matahari

Hadiah Kedua untuk 3 pemenang:




Set mengandungi:
Sebuah coin purse Kelantan motif batik
Keychain Kelantan
Fridge magnet Kelantan
Biji benih bunga matahari

Hadiah ketiga untuk 3 pemenang:




Set mengandungi:
Keychain Kelantan
Biji benih bunga matahari






Throwback Shopping

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sekarang jam 4.16 pagi, kita takleh tidur.
Agaknya dah telan neslo ais tadi hahaha

So kita throwback shopping sebelum ni. Shopping bulan lepas tak silap tapi tak rekod dalam blog lagi

Macam biasa, kita memang akan shopping makeups sebab kita makeup collectors. Memang minat dari dulu. Agaknya masa kecik tak dapat beli mekap sendiri, dah besar nak menggila lah beli macam-macam.

Ada haritu dah bagi pada orang sikit, jual sikit.
Kalau rasa dah banyak sangat memang letgo. Sebab sekarang ni almari dah penuh gila. Jadi dah stop membeli. So kita throwback jer dulu


Set lipstick dengan set eyeshadows 


Ni dah bahagi2kan untuk sedara mara yg dtg beraya. Kan Cuya pernah pos entri Duit Raya Rare. Nilah duit raya drpd Cuya. Hahaha


Set mekap lengkap ada lipmatte, blusher, lip oil
Ni boleh simpan dulu.

Tengoklah kalau rasa nak beri orang kita beri je.
Tapi tula keliling Cuya diorang tak pakai makeup. Kawan2 Cuya pon takde kat Melaka sangat


Set ligloss dan lipstick.
Dan contour stick 


Ni pon dah jadi Duit Raya Rare utk sedara mara



Ni lipstick.Cantikkan packaging diaa.
Beli time murah2



Sabun untuk mencerahkan. Taktahu la menjadi ke tak sebab Cuya dah pakai seminggu lebih belum nampak perubahan lagi.


Lipmatte. Packaging dia semua cantik2


Girly amat packaging dia. Nampak sweet je.


So tu jela Cuya beli.

So bulan ni takde shopping apa2, makan2 ibu dah lanje.

Cuya pon takde benda nk shopping sangat. Yang selalu Cuya shopping buku dengan mekap je.

Barang macam pakaian , tudung semua tu Cuya takde shopping sangat kecuali time raya ritu beli baju raya baru. Bab pakaian Cuya repeat je semua baju, tak rajin nak beli sebab bukannya pergi mana pon kan.

Tapi bab mekap memang kalahlah sebab kalau keluar gi pasar pon mekap. 😂 

Buku pon dah melambak kat rumah ni sampai takde tempat nak simpan. Siap ibu suruh buang je buku2 tu. Ehhh memang taklah nak buang, paling2 pon kita jual dapat jugak duit kan.


Sekarang rumah Cuya tengah spring cleaning.Nak bersihkan store rumah.

Kalau korang sendiri selalu buat cleaning dan declutter barang tak?
Banyak barang dibuang atau disimpan?



Sunday, April 13, 2025

Masih Mood Beraya

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Masih dalam mood raya ni.
Ada lagi orang datang rumah dan Cuya pergi beraya sekali.

Masakkan spagetti carbonara untuk tetamu

Kebetulan abang balik rumah, dapatlah dia merasa air tangan Cuya. Siap bertambah lagi dia makan




Bersama tetamu VVIP, bestie sejak sekolah si Huda dan anak comelnya Humaira.

Alhamdulillah first time jumpa anak dia, dah 10 bulan dah.


Cuya tergelak Huda cakap gambar ni CANTIKKK suami dia amikkan

Yela orang laki kalau tangkap gambar kan pakai sebat je.

Ni mesti kau ngata suami ko ni kan Huda 😂 😂 




Malam singgah zus, cam biasa abang lanje.
Ni sedap sebab Cuya add shot yg coffee pekat


Singgah rumah abang sulung di Bukit Piatu.
Dapat makan2 sebab diorang pon baru balik jalan beraya jadi orang lain memberi banyak gila lauk.

Siap balik pon kaklong bagi lauk2 lebihan tu.


Sesi memberi duit raya pada anak2 buah

Laju sangat diorang tak sempat tangkap gambar


Packaging yang comel oleh Zus


Sempat beli cheese cake. Nyum2



Harini punya cerita, pergi gunting rambut raya hahaha



Muka pasrah kena potong rambut sebab ibu tak suka rambut sekarang.

Haish dah tua2 pon kena dengar cakap mak.
Rambut kita pon jadi isu lak mak2 ni. Hahahaa

Tapi kadang2 Cuya tak peduli pon, siap kaler lagi rambut hah. Kekeke



Korang boleh potong rambut sesuka hati tak? Ke yang dah kahwin kena ikut cakap suami?





Sampul Raya Labubu Borong


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Beberapa hari lepas parcel Cuya jauh dari Vietnam dah sampai. Lama tunggu, lebih seminggu.

Bila sampai, tengok dalam kotak tu takde plastik pon, kalau hujan basah rosak agaknya barang Cuya.

Alhamdulillah, sampul raya Labubu Cuya selamat di tangan Cuya

Cuya borong lebih sikit kalini sebab murah.

Jom tengok apa yang Cuya dapat.




Labubu Buzzlight year dan Dino

Labubu Lotso dan Hello Kitty




Labubu Duck dan Pikachu



Labubu Stich dan Fish


Labubu Green Man dan Octopus


Comel2 kan sampul raya ni?

Cuma yg ni nipis sikit berbanding yg Cuya beli di Tiktok. Tiktok punya lagi mahal dan cantik.

Cuya jual tapi tak promot sangat so takde orang nak 🤣 🤣 . Mungkin sebab raya dah habis

Tapi takpe Cuya boleh simpan , 
Aritu tanya kak ipar diorang taknak. Free pon orang taknak apalagi beli 😂 😂 

Semalam anak buah Cuya kata dia nak jugak. So Cuya simpankan sikit untuk dia.

Family kita bagi free je

Kerja Cuya beli sampul raya jela , sebab suka tengok design rare. Dah beli, bagi orang 🤣


Korang ada banyak sampul raya tak?
Ada yang rare tak tuuu


Wednesday, April 9, 2025

Tetamu VVIP datang rumah beraya

Assalamualaikum,Hello Coconuts! 🥥 

Harini ada tetamu VVIP datang beraya ke rumah Cuya. Cuya yang jarang memasak untuk tetamu pon masak special untuk dia 

Cuya decide untuk masak spagetti carbonara. Tak pernah seumur hidup Cuya masak spagetti, ibu lagi la tak pernah masak.

Cuya godek2 resipi online, lepastu semalam pergi cari bahan. Kejap ke Speedmart, lepastu lari ke Fresco cari bahan yang tak cukup. Alhamdulillah ada sudah bahan2nya.



Bahan2:

Spagetti
Minyak
Garam
Secukup rasa
Black pepper
Daun parsley
Bawang Holland 
Susu full cream
Cheese
Sosej
Sos prego carbonara 


Spagetti tu rendam dengan sedikit minyak dan garam. Masaklah dalam 12- 14 minit


Siap sudah carbonara Cuya


Sedia untuk dihidang

Tetamu Cuya sampai tambah 3 kali. Dia kata sedap!

Alhamdulillah syukur niat Cuya nak bagi orang makan, laku spagetti. Hehe


Nilah tetamunya, Amira tengah pilih 'duit raya'. Hahaha


Milik siapakah sang juwita ini~


Macam biasa posing port tangkap gambar di rumah Busu.


Nilah baju raya Cuya tahun ni. Ni kali kedua pakai.
Baju ni Cuya beli dari Indonesia, teramat lah murah.


Barulah merasa gambar sorang2 orang ambilkan, kalau tak kena survive sendiri bergambar



Terpaling ayu ler tuu hahaha


Kemain bergaya macam mak datinn 😂 
Si mira ni siap bawak spec banyak2 untuk bergambar




Masa bergambar memang dah nak hujan tu mendung je.
Tapi hujan kejap2 jer.




Ceh ceh... Cik Manis 🤭


Terima kasih mira sudi datang beraya rumah kita. Ada rezeki kita jumpa lagi.


Minggu dah habis cuti raya ni korang ada beraya mana2 lagi ke?

Ke ada tetamu akan datang?

Followers