nuff

Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

4 Tahun yang penuh kenangan

dulu masa baru sebelum masuk UKM I stress sangat memikirkan siapalah yang akan jadi roomate I.
maklum lah..... I tak pernah duduk asrama.
bila dah masuk UKM, mereka inilah yang menemani malam-malam I
dan kami kenal diri masing-masing~



Tahun 1
roomate dengan Dilla


Tahun 2
Roomate dengan Dilla  lagi (siap request pada office kolej)


Tahun 3
Roomate dengan Kak Yana

Tahun 4
Roomate dengan Azlini (Cik Pulau)


dalam banyak-banyak perkara yang ada antara setiap roomate I ni kan~
ada 1 persamaan yang best.

MEREKA ADALAH BLOGGER!!!
YEAY~

Friday, April 22, 2011

Memori terindah~

di akhir semester ni, rasanya inilah masa untuk mengenang banyak kenangan dalam UKM
lepas ni dah tak datang UKM dah kot.
rasanya kalau datang UKM lagi, mungkin tak dapat kawan-kawan yang sama..
tak dapat riang ria yang sama. 

so, inilah masa untuk menghargai segala kenangan yang akan ditinggalkan.






UKM akan selalu dihati ku~
rindu wei...










Friday, April 1, 2011

Sedikit Kontroversi Di ICAF 2011

Ibu Zain International Student House traditional dance performance.

Inilah sejarah yang tercetus berlaku dalam pertandingan seni  antara kolej di UKM. (Inter College Art Festival, ICAF) baru-baru ni....... pertandingan pada 30 Mac 2011 itu mencetuskan kekecohan seketika bila Kolej Ibu Zain yang tak de la 'hebat' mana tiba-tiba import penari hebat dari Shah Alam and tiba-tiba kantoi bongok sebab salah seorang juri sangat mengenali penari import itu.

yang menjadi masalahnya adalah....... Ibu Zain import penari bukannya gila-gila nak memang pun. lagi pun, I menari pun mcm haram.....ini kan pulak ada hati nak memang besar..... memang tak lah kan~  we olz terpaksa import penari sebab gila-gila tak cukup penari lelaki untuk kategori tarian tradisional. bukannya nak amin kotor okay!!!! dah memang lelaki dalam kolej Ibu Zain dah pupus penari......

semua orang ingat kitorang main kotor dalam pertandingan tu. keji sangat tau....... and ada la orang yang sangat-sangat gembira bila Ibu Zain terkantoi import penari. lantak dia lah!

berkenaan perkara di atas........ yup! seperti apa yang ada dalam fikiran u olz..... penyertaan Kolej Ibu Zain untuk pertandingan tarian ICAF telah disingkirkan. and of coz la memang tak tersenarai dalam mana-mana kategori. and tak boleh menang!!!! we olz agak down la.....

tapi tak pe lah....tak ada rezeki namanya~

and 1 more thing yang membuatkan kami tak dapat apa-apa hadiah adalah mungkin juga kedua-dua kategori (tradisional dan kreasi baru) telah kalah kerana totally penyertaan Kolej Ibu Zain was eliminated!
down!!!!

so, penat selama ni berlatih dan buat persediaan....sia-sia belaka~
what ever pun......ramai kawan-kawan sedapkan hati I bahawa have fun walaupun tak menang.
so, I cool blog jer....

how ever.....Ibu Zain tetap naik dengan :
drummer terbaik - music (band)
tempat ke-2 - painting
tempat pertama - music (band)
tempat ke-3 - theater

Makan malam paling meriah!!!

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati


Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga













alamak.......
tiba-tiba rasa sedih pulak layan setiap gambar-gambar ni.
huwaaaaa.......

I akan rindu u olz....
suka duka kita bersama 
semoga u olz berjaya di masa akan datang.

Kenapa Tasha tak update blog? 2

ini pada 28 Mac
persiapan untuk pertandingan tarian

ini pulak kes geram sebab dia tulis spray tu 'gold' tapi hasilnya tak gold pun!!!!

ini pulak pada 29 Mac
dinner Fakulti Pendidikan

gambar beramai-ramai bersama lecturer yang hadir.
lesturer we olz memang sporting

ini pula pada 30 Mac
masa ni tengah latihan terakhir sebelum bertanding untuk tarian kreatif

ini pula, masa perform tarian tradisional. 
cuba teka mana satu Tasha.
cepat teka....

ICAF, UKM ini memories~

Thursday, March 31, 2011

Operasi Mengemas akan bermula

tak lama lagi dah nak habis semester 2 2010/2011
maka operasi mengemas akan dijalankan tak lama lagi. 
sebelum ni pun I dah berulang alik dari UKM to JB dengan membawa segala khazanak alam yang banyaknya......
kenapa macam tu? 
hhhaaaaa...... kali ni punya mengemas lain sikit. sebab barang dah tak boleh tinggal kat stor lagi.
Pas ni I bukan student UKM dah (lain la kalau I sambung study kat UKM lagi kan~). Insya-Allah kalau diizinkan Allah, I bakal grad pada bulan September nanti.
sidang berapa tak tau lagi..... nanti u olz dtng la yer bawa bunga-bungi. (tak malu mintak bunga dari orang!)
actually I tak suka bunga pun~ wellkkk....

so, 
buku-buku sepanjang pengajian semua dah hantar bawa balik,
baju-baju yang over dose pun dah hantar bawa balik. tinggalkan yang perlu semata-mata!
perhiasan atau alat-alat yang dirasakan menyemakkan mata pun dah dihantar ke London JB.
hehehe......

nak tau tak?
tiap kali I balik, beg besar ni la yang jadi mangsa diisi segala khazanak dengan padunya.
sampai nak naik lunyai dah beg ni tau.
layankan aje.....
nanti bila dah kerja boleh beli beg baru~
kalau balik naik kereta agak relax la... dah sampai rumah adik tolong angkatkan barang.
tapi kalau naik bas, tak nak macam senget sebelah pulak bahu I ni.
menarik beg yang berat ni!

itulah kisah budak final year....
harap2 I akan kembali di UKM ni sebagai somebody else....
bukan degree student kot. mana la tau jadi lecturer ker...
hahahahaha.... amin~
KLIK SINI (ada orang ingat I ni lecturer)


thatz it!




Sunday, March 27, 2011

Life as Student IPT

kebiasaannya life sebagai pelajar IPT ni, banyak juga cabarannya.
terutama bila belajar sepenuh masa. sebab bila belajar sepenuh masa kene libatkan diri dalam banyak aktiviti dalam Universiti/kolej. then kebanyakkannya juga melibatkan aktiviti yang berkumpulan.

jadi, berdasarkan pengalaman, I nmpak aktiviti berkumpulan memerlukan usaha yang lebih berbanding kerja secara individu. tak kirala samada kerja untuk tugasan kurusus atau kerja untuk mengadakan satu-satu projek.
oleh itu, I nak sharekan sikap-sikap yang akan membuatkan rakan-rakan jengkel dan rasa nak campak je orang tu masuk gaung.


1. selalu tak menepati masa
2. berbual hanjing (cakap ye..yer.... tapi habuk pun tak der)
3. syok sendiri
4. bermegah-megah
5. panas baran tak tentu pasal (kalau boleh kawal la sikit marah tu. kalau marah awek tak pe la. jangan la marah kawan. marah tak bawa apa-apa makna pun)
6. perasan lawa (sebab tak ak berpanas, tak nak busuk2 tak nak macam-macam.....)
7. cakap besar macam dia paling the best
8. suka sangat mengasingkan diri (buat kerja sama-sama pun asik mengelak)
9. suka bagi banyak alasan (sedangkan tak berusaha untuk itu)
10. asyik berfacebook and kerja tak jalan 

itu antaranya lah...... banyak lagi sikap-sikap yang harus diperbetulkan kalau nak bekerja secara berkumpulan.kene pandai bawa diri la bila dah berada di tempat orang.... orang kata, masuk kandang lembu menguak.... masuk kandang harimau, mati!

hahahaha.....
nasihat ini I tujukan untuk semua termasuk diri I sendiri. semoga kita semua jadi orang yang berguna untuk kumpulan, IPT, bangsa dan negara!

Wednesday, March 23, 2011

VOTE FOR KOTEX FRESH FACE SEARCH 2011

Hi Kawan-kawan..... I bangun je tidur terus teringat bak tgk facebook mana tau ada new update pasal 
klas esok.... skali, ada mesej inbox dari junior suggest untuk vote da. okay... I pun klik.

tiba-tiba I jumpa wajah my fren dulu si Serai Wangie (dah tentulah I vote untuk dia juga.)
then I search nama my fren and I vote pulak untuk dia. 
ada peluang untuk dapat 2 tiket wayang tau bila kita vote~

so, I nak mintak jasa baik u olz sila la KLIK HERE untuk vote my friend si Serai Wangi.

cara-caranya:
firstly, bila dah klik link kat atas tu, akan keluar....
klik pada VOTE NOW

then, 
taip SERAI > SEARCH BY NAME

then,
klik la vote......

then, kita akan diminta isi details diri untuk peluang mendapat 2 tiket wayang percuma.
best kan????
then klik okay untuk vote.
selesai~

then, kalau nak vote untuk my friend yang lagi satu tu..... SEARCH BY NAME : FATIN AQILAH (UKM)


THANX U OLZ~
LUV U OLZ....





Monday, March 21, 2011

Seronoknya hari ini....

kenapa?
kenapa?

ceciter...ceciter....

hehehe......
entry teringkas kot untuk hari ini.
-I seronok sebab ramai puji kerja I.
-I seronok sebab dah siap kerja-kerja perbentangan
-I seronok sebab dapat job
-I seronok sebab dah siap assignment

and 

-I seronok sebab dilamun cinta~

Dinner Kolej untuk kali terakhir

Ini dinner kolej yang terakhir sebagai pelajar Sarjana Muda Pendidikan Khas, UKM
macam yang I ada story kat entry lama pasal tema dinner. KLIK SINI
I nak jadi lain dari yang lain..... so, scroll la gambar-gambar dibawah.
I jadi lain dari yang lain tak??


the foods and the tentative 

favorite person



bersama The Princess Jasmine of the night.
"tapi tetap ada suara-suara nakal yang kata I nak gondol gelaran itu"
abaikan mereka~


I make up mereka~
okay ke tak okay??







hamek ko.....
nak lain dari yang lain sangat kan??
dah macam taliban pun ada gak!!!

Friday, March 18, 2011

Dinner Fakuti Pendidikan 2011

  

Dinner Fakulti nanti tema warna gold and silver....
29 Mac ni. I sebenarnya malas nak pergi sebab 30 Maca ada pertandingan tarian,
dah tentulah malam 29 Mac tu kitorang akan practise habis-habisan untuk tarian kan????

tapi yang mendatangkan masalah bagi I adalah UKM ni memang Universiti Kuat Makan duit orang betul!!!!!
Fakulti meletakkan syarat wajib untuk semua pelajar tahun akhir. 
jadi, nak tak nak....kene bayar RM35 kat fakulti. 
kalau tak pergi, katanya duit akan dimasukkan dalam hutang pelajar.
memang kepala hotak betul la diorang ni.....

sabar je lah....
so, I rasa I perlu pergi....daripada I bayar RM35 buta-buta untuk UKM.

tema silver and gold. macam baju kat atas. 
cuba bayangkan I pakai baju yang warna silver tu.....(bayangkan dan.... hahahahahaha.... ) 
ketawa nak pecah perut

kemudian.... byangkan I pakai yang warna gold macam kat atas tu pulak. (bayangkan dan.... hahahahahaha)
pensan masa tengah ketawa. 

adoi~

geram nih!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...