nuff

Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

cantik?

Orang selalu cakap perempuan yang baik untuk lelaki yang baik sahaja.....??? betul ker? I tau yang I tak cukup baik sangat....tapi I nak juga lelaki yang baik dalam hidup I. tanya lah dengan orang yang dalam penjara tu, mesti dia nak pasangan yang baik walaupun dia tu tak cukup baik sampai dimasukkan dalam penjara. betul tak? tapi I tak la kata semua yang duduk dalam penjara tu tak baik  dan yang tak masuk penjara tu baik.... tapi manusia kan.....

Apa yang I nak persoalkan disini adalah kenapakah lelaki suka sangat tengok perempuan cantik? I ada terfikir, kalau seorang lelaki berkahwin dengan isteri yang menutup aurat.. adakah lelaki itu tak akan pandang perempuan yang cantik malah dalam dunia sekarang ni, kat mana-mana pun kita dapat tengok perempuan cantik. katakan lah lelaki itu telah di add oleh perempuan cantik dalam FB. mest lelaki tu suka tengok gambar-gambar perempuan tu sebab dia cantik dan sexy kan. so. macam mana?

And I ada terfikir juga yang kita perempuan ni.... sape yang tak suka tengok muka Orlando Bloom tu kan? siapa yang tak sejuk mata/hati bila tengok si Asyraf Muslim tu kan?? tapi kitorang perempuan tak suka pun tengok lelaki yang tak pakai baju. geli tau!!!! so, lelaki....tolonglah jawab kenapa kalian suka sangat tengok perempuan cantik2 and sexy2?? I cemburu tau tak!!! cemburu!!!

I tau lah.... selagi ada mata, seronok kalau tengok benda-benda yang cantik. tapi tengoklah pemandangan yang cantik2..... larikan lah pandangan u olz dari perempuan yang cantik tu..... cemburu tau jiwa ini! tapi I terfikir juga.... memanglah dekat pemandangan yang cantik tu, akan bertambah cantik kalau ada perempuan cantik....tapi tak nak la pandang perempuan tu! buat2 macam dia tak ada kat situ tak boleh ke???

Tengoklah iklan-iklan TV tu.... asik mempergunakan perempuan yang cantik dan sexy untuk lakukan barangan diorang.  tak adil tau!... dalam kehidupan realiti pun sama.... lelaki akan kahwin dengan perempuan yang baik-baik, alim, solehah dan ditinggalkan dalam rumah. sang suami pulak, keluar berfoya-foya dengan perempuan yang cantik dan sexy kat luar. sampaikan kadang-kadang I fikir 
"bini ko lagi lawa kot dari betina ni!"
So, kenapa kah lelaki suka nak ada perempuan lain sedangkan dia dah ada yang terbaik di rumah tu....setia menunggu dia. kalau bini dia kaki pukul dan kaki maki hamun tu.... memang layak lah lelaki tu  cari lain.. ini tidak!!!! bini baik duduk rumah. tak kasi tayang kat orang. betina garek juga ko usung ke sana sini. tak adil lah!!!!
tak adik betul lelaki yag macam tu! I tak suka...... 

para isteri sekalian~ jangan lah terpedaya dengan kebaikkan tingkah suami korang.... baik u olz cek apa dia buat kat belakang u olz tu! pergi cek   sekarang!!!  (ini kes terpengaruh cerita Anissa kat TV3 pukul 10.30 mlm tu)
.

Pape pun..... baca lah yang kat bawah ini untuk persoalan pertama dalam entry ini.
Dakwaan ini sebenarnya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]
Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal soleh dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.
Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu   secara bersama. Daripada http://hafizfirdaus.com.

Semua orang sebenarnya mahu yang terbaik dalam hidup mereka. dan sebaiknya kita elakkan diri dari perkara yang boleh menyusahkan diri kita!!

Friday, May 27, 2011

TERIMA JUGA HADIAH ITU...

Haritu I ada share dengan u ols yang I menang contest yang dianjurkan oleh Misz Ein  kat sini.

setelah sekian lama I menunggu hadiah dari Misz Ein.... I ingatkan dia belum pos lagi hadiah tu....jadi, dengan muka tak malunya.... I pun tanya la kat dia tentang hadiah itu. sekali Misz Ein reply yang dia dah lama hantar bend atu. adeh, I jadi gelabah sebab dia hantar pakai pos laju. tapi kenapa dah lama tak dapat-dapat.... I pun pelik la~

then after Misz Ein suggest I cek kat website Poslaju, I pun cek...rupanya benda tu kene tuntut sendiri kat pejabat pos laju di Pasir Gudang, Johor. okay fine.....

masa nak ambil barang tu....I membebel-bebel kat my mom kenapa dia tak hantar je benda u kat rumah... bila dah pergi kat kaunter.... orang kaunter tu siap minta I/C. I pun naik hairan....apakah yang Misz Ein hantar tu??dadah kah?(gurau jer....)  sekali, bila dah dapat barangnya.... orang tu kata barang tu ada kerosakan. jadi sebab tu dia tak dapat hantar ke rumah. I pun cek la apa kerosakannya...rupanya sampul di dalam tu koyak ....itu aje masalahnya. adoi..... buang minyak je I dari rumah nak ambik barang tu semata-mata sampul dalam tu koyak. pelik bin hairan betul.....

apa-apa pun....semua hadiah yang I dapat tu I suka..... tak de pun yag I tak suka... hehehehe....
thank you so much Misz Ein~

I dapat perfumes, baju, and tudung. nice~
suka....suka....suka.....

ni yang menambah minat I untuk join more contest nih. hehehe..

Thursday, May 5, 2011

Hadiah apa untuk Hari Ibu??

hari ahad ni my auntie nak buat makan-makan kat kedai dia.
semperna buka kedai baru.
dan kebetulan juga mestilah nak celebrate Mother's Day kan???

I'm sure akan ada beberapa biji kek.
and I pulak tengah fikir nak bagi something to my mom.
kalau bagi kad ucapan aje boleh tak?
(adakah dia akan terharu dengan ucapan I?)

orang kata, hati ibu ini sangatlah lembut~
anak dia bagi apa-apa pun dia akan hargai dan terharu. betul ker?


my mom suka kalau dapat bnda mcm ni. kalau bagi ini sesuai tak?

kalau nak bagi rantai atau barang kemas. memang lah belum mampu lagi.....
(hope my mom tak baca blog I. baru lah leh surprise sikit kan?)
love my mother!!!

this is my mother~



Wednesday, April 20, 2011

1 hari di Geting Highland.

semalam 18hb I ikut kawan I pergi Genting Highland.
balik UKM pada malam 19hb.
keadaan tengah sangat genting sebab 20 hb exam. 
I pulak masih ada masa ikut kawan pergi Genting.
dia yang paksa I teman dia.... kalau tak.... I memang tak nak pergi okay!

orang pergi Genting Highland untuk berhibur.
I??? naik Genting Highland study.
seriously tak pernah dibuat orang kot!. hahahaha.....

tapi dalam buat kerja gila naik Genting padahal esok exam tu, 
jumpa a hamba ALLAH ni~
dah kawin tapi dia naik Genting dengan girlfriend dia katanya.
so,I pun terfikir..... kenapa lelaki macma tu ek?

kenapa perlu ada istilah perempuan untuk isteri 
dan kenapa ada perempuan untuk berhibur?
kenapa ek?

tadi, I baru jer habis exam...nasib baik boleh jawab!

Sunday, April 17, 2011

No More Cry Baby~




Menyesalnya tak dapat join gathering kawan-kawan blogger area KL kat Alamanda yang dianjurkan oleh Abg Ben. I kene selesaikan misi pening penting.....kalau tak, sampai bila-bila pun I akan terus menangis dan air mata I tu kalau ditadah, cukup kot untuk mandi bunga.... hehehehe.....

masalah muda mudi ni memang tak ada hentinya.... so, selagi hidup kita kene la 'live your life' kalau tak..... baik bunuh diri!
I learn all this daripada subjek Tekanan dan Sokongan. thanx to Dr. Rosadah sebab banyak mengajar kami dan kenalkan kami dengan apa itu tekanan. kalau tak, mmng sampai sudah lah kita tak sedar yang kita dalam keadaan tertekan. I bersyukur sangat yang I masih mampu berfikiran waras. kalau I tak waras, ntah-ntah I dah bunuh Ex-boyfriend I agaknya.... atau pun....kalau I tak waras, ntah-ntah I dah bomohkan dia supaya tunduk dengan I.

Tapi, bak kata kawan I hidup ini hanya pinjaman..... even parent kita sendiri pun akan kembali padaNya... so,     tiba-tba pulak rasa nak nyani lagu:



Dewa- Hadapi Dengan Senyuman.


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja


Bila ketetapan tuhan

Sudah ditetapkan

Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah



Relakanlah saja ini

Bahwa semua yang terbaik

Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

APA??? TAK PERNAH DGR LGU NI??RUGI LA KORANG....
KLIK SINI UNTUK DENGAR LAGU TU


By the way, I terima semua ni adalah kerja Tuhan.... siapa lah kita untuk mengubah takdir yang dia dah tetapkan kan~

apa-apa pun....thanx pada Syarifah (GIRLS POWER!!!!!!)

I harap I akan terus tenang selepas ini.
semoga I akan terus tabah~

Saturday, April 9, 2011

Bersahabat Tanpa Jatuh Cinta

Ada kalanya kita yang mempunyai sahabat baik dari kalangan berlainan jantina. tidak tahu kenapa masing-masing merasakan selesa untuk berkawan. akan tetapi persahabatan begini selalunya mengundang pandangan serong terutamanya jika masing-masing sudah berumah tangga.

 lelaki dan wanita yang rapat sering kali dikaitkan dengan perasaan cinta dan sememangnya tidka dinafikan ia berlaku. ada persahabatan yang dibina ini hancur kerana cinta. oleh itu, bagaimana mahu mengekalkan persahabatan yang akrab dengan rakan berlainan jantina tanpa melibatkan perasaan cinta? 

here we go:
  1.  bersahabat atas nama kepercayaan dan bukan hanya berpegang pada janji.
  2. menceritakan masalah yang universal dan bukannya masalah peribadi (rumah tangga atau pasangan) yang boleh menjuruskan kepada perasaan simpati.
  3. persahabatan haruslah di depan khalayak umum yang tidak terlalu menunjukkan keakraban
  4. elakkan pertemuan yang kerap
  5. berkata jujur dan tidak mengada-ngada (gedik)
  6. paling penting! anda sendiri menganggap dirinya sebagai teman tapi bukan yang istimewa.

sumber: Mingguan Wanita Bil:1427 25-31 MAC pg.61


Friday, March 25, 2011

Kisah Orang Perasan Lawa

Kalau di China anda boleh jadi terkenal dalam masa satu malam sbb cepatnya berita tersebar melalui internet. salah seorangnya ialah : "Sister Feng"




KENAPA BELIAU SENGAL?

Nama asal Luo Yuefeng, tinggi 1.46 meter, dengan wajah yang "biasa-biasa" dan pendidikan yang "biasa-biasa" dia menjadi terkenal di China pada November 2009 karena dia menyebarkan flyer di bandar Shanghai untuk mencari lelaki yang mahu berkahwin dengannya tetapi dengan syarat2nya :

1. Lepasan Universitas Beijing atau Qinghua (Tsinghua) dan minimum lulus
dengan gelar Master di kos Ekonomi.

2. Memiliki wawasan dan perspektif International.

3. Tinggi 176 cm - 183 cm, handsome lebih diutamakan.

4. Tinggal di kota di pesisir Timur

5. Belum pernah menikah

6. Tidak mempunyai bekas girlfriend

7. Usia antara 25-28 tahun.


Setelah tersebar, wartawan mewancara dan video wawancara tersebar di internet.
Tidak lama kemudian, Sister Feng kembali muncul di TV dengan boyfriend barunya yang hendsome dan kacak , seorang mahasiswa sekolah media Zhejiang.





Tidak lama kemudian itu bekas boyfriend Sister Feng muncul ke media dan menyatakan bahawa Sister Feng telah memutuskannya gara-gara boyfriend barunya itu. stesyen TV Jiangsu bahkan menyediakan waktu 40 minit untuk membahas cinta segitiga ini.

Cerita Sister Feng belum berhenti disini. Sister Feng merancang untuk
melakukan operasi plastik! Dan inilah gambar Sister Feng setelah operasi
plastik (biasa.....jerk....  )





Cerita terakhir, Sister Feng dilihat di Nanjing pada 18 April 2010 untuk melakukan
pembedahan plastik keduanya. Dan dia mengatakan "Dalam 2 atau 3 tahun lagi saya yakin akan menjadi kekasih Obama" dan dia berkata kepada dokter yang akan mengoperasinya "Buatlah saya mirip seperti Fan Bingbing dan bibir saya mirip dengan bibir Shu Qi!"

mula-mula baca, ingatkan lawa sangatlah...... rupanya hado.....

Friday, March 18, 2011

Macam Mana Nak Cantik


macam mana nak cantik yer?

masalahnya I rasa I tak layak nak bagi nasihat macam mana nak cantik sebab I pun bukannya cantik.

tapi kalau u olz nak I make up kasi nmpk cantik sikit boleh la.... hehehe....

bagi I, kalau nak cantik ni......
bagi I la....kalau bagi orang lain tak tau la pulak kan....
Bagi I.... (berapa banyak nak bagi daaaa????)
okay2.... Bagi I, kalau dalaman dah cantik, secara semulajadi keseluruhan akan jadi cantik. betul tak?
dalaman tu bukan underwear atau bra yang cantik okay.
dalaman adalah deep under your skin.
iaitu darah yang mengalir dari hati (jantung) yang cantik.

ada faham ke?
baiklah..... kalau peribadi kita cantik, baik budi, lemah lembut,
hormat orang lain..... maka I rasa secara semula jadi orang akan kata yang "dia tu cantik la"
cantik sebab dia ada peribadi yang cantik. 
yang menyebabkan wajah dia akan nampak berseri2 dengan kelembutan yang ada.
tapi I ni tak de la lemah lembut dan berseri-seri pun~

so, lantak kan lah apa orang nak kata kalau muka kita penuh jerawat ker...
penuh jeragat ker....
penuh ketuat ker.....
yang penting, kita kene pelihara hati kita daripada buat orang lain menyampah dengan kita.

tapi kalau kita ni rasanya dah baik-baik tak kacau tepi kain orang 
dan orang tetap nak cari pasal dengan kita....
itu masalah dia. dia ada masalah mental agaknya.
sila abaikan orang itu atau nasihati dia.

sesungguhnya kejelitaan adalah hak milik setiap insan.
cewahhh.....


Wednesday, March 16, 2011

XOXO~ Gossip Girl

last time tgk rancangan anak-anak remaja ni masa blik rumah hujung minggu lepas.
I realise yang I ni bukan seorang yang update gossip.

pelik juga.
I suka juga dengar gossip, tapi tak pandai korek gossip.
contohnya gossip antara rakan-rakan dalam kelas.
si A dah nak bertunang,
si B ada kakak yang nak nikah 
si C nikah gantung sebab ....
si A meninggalkan Ex dia sebab nak bertunang dnegan orang baru.
si D ada masalah kewangan + masalah emosi = bermasalah!
si E memang serabut dengan perangai gila jantan.

so.....I realise yang I selalu terlambat dengan benda-benda yang berlau di sekeliling I.
kalau tanya kat kawan yag duduk sebelah I, dia tau aje....
I tak tau lah kenapa internet I lmbat sampai.
mungkin I pakai broadband murahan kot.

bila orang tanya I and I akan jawab "tak tau pulak~"
nampk macam I ni seorang yang tak prihatin dengan hal-hal sekeliling.
kenapa ek??

adakah sebab I ni tak pandai korek rahsia?
atau I ni seorang yang memilih kawan?
I ni seorang yang tak mesra rakyat?
atau pun I ni seorang yang memang tak amik peduli tentang hal orang lain???

hurmm.....
aneh...


pape pun, I rasa.... kalau kawan-kawan bercerita pada I, I akan dengarkan aje.
and kalau dia suruh I rahsiakan. I akan set dalam memory i "pending to delete"
sebab after di habis cerita rahsia tu..... i akan automatic delete supaya tak akan TERcerita pada orang lain.
dah orang kata RAHSIA kan....
so, kita pun RAHSIAkanlah benda tu.
and bila dia mengadu nasib dengan I Rahsia yang dia pernah cerita dulu tu....
memang lah SUMPAH I dah luper....
kahkahkkah.....

and stress je member yang mintak simpan rahsia tu.





Wednesday, February 23, 2011

Nak Cantik Pun Tak Boleh Ke?

Itulah yang menjadi persoalan yang agak besar bagi I bila I mula make up lebih sikit and pakai baju lain dari yang biasa, sebab biasanya I suka pakai bedak and calit Vaseline dibibir and ready to go. baju pulak, I suka pakai jeans and t-shirt.

tapi bila I mula make up lebih sikit and pakai baju kurung.
orang akan tanya "nak pergi mana??"
tetiba I rasa macam nak tergolek and guling-guling atas lantai.
I pun bermonolog "kenapa? tak boleh pakai macam ni ke?"

paling keji....I akan tinggalkan orang tu dengan tiada jawapan.

pernah juga ada peristiwa I ditegur bila I melaram dan orang tu bagi tau,
"errr.... Tasha, rumah orang tu biasa je. dia bukan anak orang kaya."

bila dengar macam tu, I tetiba rasa macam nak balik sekarang! and tukar t-shirt and kain batik.
"adakah bila I melaram bermakna I nak ngorat lelaki atau I nak ngorat lelaki kaya??" I bermonolog lagi.

OMG~ I'm so confuse.

nak cantik pun tak boleh ker?

kalau I tetap dengan bedak baby and secalit Vaseline plus T-shirt and jeans sepanjang hayat I, nanti u olz muntah darah pulak~

so, I kasi la variety sikit supaya sekurang-kurangnya u olz just munah hijau aje. kan?

tak boleh ker?

cuba bagi tau kenapa tak boleh?

Tuesday, February 22, 2011

Study Mata Si Kening Lebat

hari ni nak projek muka sorang costumer ni...
kulit dia licin. I tak ada masalah untuk itu,
tapi I menghadapi masalah dengan kening dia. 
maklumlah....I ni bukan professional.

kalau suruh caras kening dia I tak ada masalah...
tapi yang menjadi masalah adalah kalau dia tak nak ubah kening dia.
tambahan pulak dia nak make up ala-ala arabic yang mmng akan fokus lebih pada mata.
amacam???

so, I kene study dulu artis-artis malaysia yang ada kening tebal.
ina naim ni mmng terkenal dengan kening tebal dia...
tapi masa dia dah caras kening dia sikit, nmpk macam okay.
yang pemenang gadis melayu ni.....
walaupun tebal, tapi nmpk mcm under control.

jelas terbukti Yuna telah mencaras keningnya. 
tapi sikit aje.....
and nampak lebih cerah mata dia.

and ini adalah my costumer....
tulus mulus aje wajah dia....
adakah wajahnya akan dinodai?


nantikan gambar seterusnya adakah I berjaya make over wajah manis si kening tebal ni???
wahaha.... agak mencabar disitu.

update
hasilnya ada disini: 



kalau nak usha hasil tangan I. KLIK SINI



Saturday, February 19, 2011

-sENYUm tAK nAmPAK gIGi-

yang dianjurkan oleh Muazatul Adawiyyah.
(wah..... nama lebih kurang macam cousin I lah)


I sebenarnya tak biasa senyum tak nampak gigi...
selalunya mesti nak tunjuk gigi. 
walau pun yer.....
walaupun gigi tak cantik.

oleh itu, dengan rasa tak bersalahnya,
kali ini I beranikan diri menempek gambar senyum tak nampak gigi untuk entry ini.
wah..... ala-ala perempuan muslimah gitew....

macam baru keluar dari mahkamah untuk kes penceraian pun ada gak. wahahaha....
please la Tasha.....

duh~

I tag:
Gadis Pulau
Cik Nin
Adie Nadiah
Popolita
Faizal

Friday, February 18, 2011

Tasha cemburu~

Cemburunya tengok diorang ni cun melecun~
amik gambar macam mana pun tetap cantik...
make up ker.... tak make up ker....
tetap lawa....
OMG!!!
cemburunya..... 
tetiba rasa nak buat idung (HARAM OKAY!!!)


gambar hasil penyeludupan haram...



betapa diorang beruntung sebab Allah jadikan mereka sebagai insan yang cantik jelita dan digilai lelaki. (tapi I bukan nak lelaki gilakan I. nnt I pulak yang jadi gila. tak mo la~)
me?  tertunduk malu kerana mengkagumi kecantikan mereka.
asalkan ada orang sayang dan gembira dengan I ada disisi mereka pun dah cukup baik
daripada dipulaukan dan dihina seumur hidup kan??

monolog: boleh la tu Tasha...
semua yang ada pada ko tak ada yang kurang pun.
cukup tangan, cukup jari, cukup muka....
bandingkan la dengan orang yang kekurangan..... 
sesungguhnya ko lebih beruntung!

Tasha:Syukur Alhamdulillah.

Wednesday, February 9, 2011

Berani nak rampas kekasih orang???

i tak berapa faham dengan metaliti seorang lelaki atau perempuan yang berani sungguh nak merampas hak orang lain.

mungkin orang macam ni masa dia kecil-kecil dulu mmng pantang tgk budak lain main permainan and dengan kejinya dia akan merampas permainan tu dari budak lain (hasad dengki tinggi!)

so, itu kisah zaman kanak-kanak....
macam mana pulak kalau dah besar panjang, tapi masih ada hasad dengki.
dia bukan tak tau yang awek tu dah ada Boyfie. tapi kenapakah dia masih nak try awek tu?
kenapakah????

pelik la orang macam ni. my fren kata orang macam ni dia saja nak test market.
hurm..... ko ada market ke? market apa? Billion? KipMart? Todays? Tesco?

kejadanhnya ganggu rumah tangga orang. cuba la kalau nanti isteri dia kene ngorat dengan lelaki lain. bengang tak?

lagi satu, I terfikir.....kalau lah dia berjaya rampas awek orang, tak mustahil suatu hari nanti awek dia tu akan dirampas oleh orang lain juga. that is karma~

apa pendapat u olz?

betul tak?

so, kepada lelaki atau perempuan yang memang dengki tengok kebahagiaan orang lain and berniat nak musnahkan rumah tangga orang lain tu, sial sila la fikir buruk baik perbuatan anda itu. lagi-lagi kalau anda tu berpendidikan agama yang sangat tinggi dan mungkin akan jadi ustaz tak lama lagi. (ada yang sentap ker?)

ish2.... manusia~

dan yang membuatkan I rasa macam nak bertepuk tangan depan muka dia adalah.... masa dia dalam usaha nak ajak awek tu berdating (ustaz ajak awek orang dating!!! keji sngt!) ayat punyer la baik dia pasang..... sekali awek tu cakap apa??
u olz nak tau?

"mintak maaf la yer, I tak suka keluar dengan lelaki yang I tak berapa kenal" jelas awek tu~
sentap ustaz!!!

memang padan la dengan muka dia. LOL~

Thursday, February 3, 2011

sambungan Pentingkah Dara bagi Lelaki?

Episod 1 Pentingkah dara bagi Lelaki


Dari ceritanya,aku tahu dia masih masih lagi dalam frust.Enam tahun mereka bercinta.Pernah makan sepinggan dan tidur sebantal.Aku percaya dengan ceritanya,walaupun mereka pernah merakamkan aksi seks mereka sewaktu bersama,tetapi bukan dia yang menyiarkan Clip Video itu di INTERNET.Mungkin juga Video Clip itu dirakam oleh pihat Hotel yang pernah mereka tumpangi sewaktu dahulu.Ada pihak yang meraihkan keuntungan dari dosa mereka.

Kini aku kian JIJIK dengan isteriku,setelah menyaksikan sendiri aksi isteriku disetubuhi oleh orang lain.Aku yakin tiada lelaki yang boleh bersabar dalam situasi ini.Jujur aku katakan,aku sebenarnya tidak selesa bila mengetahui yang isteriku sudah tidak suci lagi sejak dulu lagi.Anak yang lahir dari hasil pernikahan kami,hanya hasil nafsu seorang lelaki pada kaum wanita.

Kini aku tahu,yang isteriku juga tidak melayan aku sepertimana ia melayan bekas kekasihnya dulu. Setelah mendapat pertunjuk,aku pun melafaskan talak pada isteriku.Aku terpaksa melakukannya demi untuk menjaga hatiku sendiri.Aku tidak mahu dia tersiksa.Aku boleh mendapat layanan batin sekiranya aku berkahwin lain.Aku lelaki,aku ada hak berkahwin empat.Sekiranya aku menurut nasihat jahat sebilangan rakanku,mereka melarang aku menceraikan isteriku.

Sebaliknya menikahi gadis yang lain dan menyiksa batin isteriku.Tetapi aku masih beragama,aku tidak mahu jadi dayus atau jahat.Dendam dan marahku hanyalah KEMAAFAN.

Kepada semua ibubapa,sekiranya anak-anak gadis menolak perkahwinan atas pilihan mereka,cuba menyiasat kenapa?

Terima sahaja siapa pilihan anak-anak gadis kita sekiranya pihak lelaki itu jujur walaupun beliau telah beristeri.Jangan fikirkan soal harta,pangkat dan darjat.Yakinlah rezeki itu datang dari Allah.Jadikan cerita untuk renungan kita bersama.


Kepada anak gadis-gadis yang kebanyakan menguasai IPTA dan IPTS,ingatlah pada ALLAH jangan melakukan zina.Jangan merakamkan aksi lucah anda.Akibatnya suatu hari nanti anda yang rugi.Pilihlah lelaki yang beriman dan jadikan diri anda beriman.Bila anda beriman, anda akan mendapat lelaki beriman.Begitulah sebaliknya juga.


Nasihat khas pada kaum lelaki,wanita itu anugerah Allah pada kita,so hargailah mereka.Wanita itu ibu,kakak,adik perempuan,anak dan guru kita. 
Mereka perlukan khalifah,oleh itu didik mereka kejalan yang diredhai.Sekiranya anda berpoligami,tunaikan kewajipan anda dengan seadilnya.Yang paling utama TANGGUNGJAWAB AGAMA.Jangan abaikan kasih sayang walaupun anda tidak mampu pada harta.Jangan menceritakan perihal isteri pertama kepada isteri kedua,begitu juga sebaliknya.Pupukkan silatulrahim antara mereka dan jangan merahsiakan perkahwinan anda.Dekatkan diri anda kepadaAllah, tiada tempat yang terbaik untuk kita memohon pertolongan.


IPTA DAN IPTS berlambak-lambak melahirkan cerdik pandai tetapi sebilangan besar adalah gadis yang tiada dara dan teruna noda.


diceritakan oleh: mekhisi. story about friend's of him


jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran. memang perempuan yang sudah tiada dara akan dianggap hina. itu bagi perempuan yang tak tahu insafi diri. (klik sini untuk isteri yang tak tahu insafi diri. JANGAN JADI MACAM DIA)
tapi, kalau seseorang wanita itu sudah insaf, terima la dia seadanya dan lupakan kisah yang lalu. sebaiknya.... bimbinglah dia ke jalan Allah. supaya dia benar-benar bertaubat.

Cermin diri sebelum cakap tentang orang lain

untuk kali ini, I nak share perasaan tak puas hati I terhadap sebilangan orang yang suka pandang orang lain and orang lain tu serba tak kene bagi mata dia. bagi I, orang macam ni tak boleh ajak berbual and i'm sure orang macam ni memang akan hangin kalau kita tegur benda-benda yang serba tak kena pada diri dia.

orang kata "dia mengata orang boleh, orang mengata dia tak boleh".
macam tu la lebih kurang.....contohnya kejadian baru-baru ni.... I pakai lipstik warna merah pun dia tegur "apasal lipstik ko merah sangat arini?" dalam hati I 'Hellow.... lantak aku la nak pakai lipstik wane merah ke, kelabu ker, hitam ker, kuning ke.... kau ada ker? kau mampu?' and for the half day berada dengan dia, ada je bnda yang ada pada orang lain yang dia sibuk nak tegur.... tegur bra orang la, baju orang la, gigi orang la.... macam-macam la..... buatkan I terfikir 'kau tu sempurna sangat ker?'

benda tu buatkan I mengambil keputusan untuk blah dari situ. daripada hati ini keep on mengutuk dia.
kepada si dia yang terasa kalau terbaca entry ini: sila la sedar diri/cermin diri anda sebelum syok-syok je nak tegur orang lain sane sini. awak tu pun manusia biasa jer.....tak akan sesempurna mana pun~

Wednesday, February 2, 2011

Pentingkah Dara bagi Lelaki?

ASTHAGFIRULLAHALAZIM ... ... jantungku seakan hampir putus bila terdengar pengakuan dari insan yang paling aku sayangi.Esok hari kami kami disatukan."Katakan itu tidak benar",jerit ku padanya. Tubuhku longlai,tidak berdaya bangun lagi.Hatiku pedih dan ngilu bagai tersusuk sembilu. Sekiranya aku menolak,dimanakah maruah ibu bapanya hendak digadai,hanya kerana dosa anak gadis yang menodai kesucian diri.Akibat terlalu cinta pada bekas kekasihnya sewaktu ketika dulu,tunanganku telah pun menghilangkan mahkota suci atau DARAnya pada jalan haram.

Aku menerima walaupun hatiku pedih dan terluka,demi menjaga hati orang yang tidak berdosa. Kini setahun berlalu,ketika aku melayari INTERNET aku dikejutkan lagi dengan sesuatu perkara, yang dulunya aku telah lupakan.Video Klip isteriku berzina dengan bekas kekasihnya.Mereka begitu mesra dan intim sambil melakukan aksi zina.Perbagai aksi yang menyakitkan hatiku. Aku melihat kesisi,terbujur seorang isteri yang sedang mendakapi anak kecil.Aku menghampiri kebirai katil,kurenung wajah anak kecil itu,aku bayangkan nasibnya sekiranya LAFAS talak terpancul dari mulutku.

Sekali lagi bersolat ISTIKARAH untuk mencari pertunjuk.Mampukan aku mengandar biawak hidup dalam hidupku.Memang itu cerita lama,tetapi ianya telah mencabar ego lelakiku.Sekiranya kita sejak dari dahulu mematuhi ajaran Islam,perkara ini tidak akan berlaku. Keesokan pagi,telefon bimbitku berbunyi,ternyata dari kedua ibubapaku.Terdapat puluhan sms dari sahabat handai dan kaum kerabat yang bertanyakan soalan tentang Vidoe Klip tersebut.Ada juga yang meminta bersabar dan tidak kurang yang meminta membuat keputusan bijak dan memilukan. Bagaimana aku harus menghadapi hari esok dengan senyuman sinis kenalan.Aku tahu ada yang bersimpati, ada yang menjuihkan bibir.

Setelah terbongkar rahsia Klip Video itu,satu persatu-satu rahsia lama isteriku muncul.akibat terlalu tabsud dek kerana cinta pertama.Ada yang mengirim pautan (link) friendster isteriku bersama bekas kekasihnya. Aku menyakitkan hatiku sendiri kerana melayarinya.Perbagai foto romantis mereka berdua,walaupun tidak menjolok mata tetapi jelas menampakkan keintiman mereka.Coretan cinta mereka begitu indah.Segala janji mereka berkubur kerana pernikahku bersama isteriku.

Aku cuba menyiasat perkara sebenar.Kini baruku sedar keputusanku adalah suatu kesilapan besar.Aku memutuskan dua jiwa yang bercinta.Dari mulut bekas teman leleki isteriku.Beliau seorang lelaki berusia diawal 40-an.Telah beristeri dan mempunyai dua cahayamata.Beliau menjalinkan hubungan cinta bersama isteriku selama enam tahun.Oleh kerana pihak family isteriku tidak bersetuju dengan pilihannya dan kebetulan familiku masuk meminang,lantas pinanganku diterima. Penolakan mereka cuma kerana status suami orang dan pekerjaan lelaki itu tidak sehebat dengan isteriku.Kebetulan aku juga seorang guru,maka pinanganku diterima... 



bersambung....

Entry ke-307

sejak akhir-akhir ni.... ada sesuatu yang membuatkan I sedar tentang sejauh mana pentingnya sesebuah ikatan perkahwinan. perkahwinan juga bukanlah penyelesaian atas segala-galanya....

beberapa pengalaman orang lain membuatkan I terfikir yang untuk menjayakan sebuah perkahwinan tu.... seorang perempuan contohnya I ni perlu memilih pasangan yang betul-betul mampu meyakinkan kita bahawa dialah yang terbaik. 

Pertamanya,tak semestinya pelajarannya sekadar SPM dia tidak baik. tapi, kalau pelajarannya setakat SPM dan dia ada daya usaha yang tinggi dan mempunyai perniagaan yang berjaya....tak mustahil dia akan berjaya. betul tak? lagi pun.... pelajaran di zaman sekarang ni, bila-bila pun boleh capai. dalam bekerja pun boleh ambil degree kat mana-mana university yang menawarkan kursus jarak jauh dan sebagainya.

yang penting nak atau tidak aja.

yang kedua, andai kata I keluar dari UKM ni nanti dapat la gaji paling sikit pun RM2k dan pasangan I pula dapat gaji RM2k. total up jadi RM4k. dengar macam besar sangat je...... tapi RM4k di zaman 2011 ni sangat kecil sebenarnya. bak kata my parent jangan jadi "habis bulan, habis gaji" my parent selalu ingatkan I untuk menyimpan. diorang kata.... tak salah kalau nak berbelanja dan nak bergaya. tapi kena la ikut kemampuan...my mom kata, kalau ikutkan cara my dad... bila ada bonus barulah boleh beli TV baru ker, buat rumah ker, upgrade kereta ker, selagi tak ada... kene la bersabar dan simpan-simpan duit. and I rasa saving memang sangat penting!

seterusnya, dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia... kena ada toleransi. katakan lah I ni seorang yang bekerja. tapi dapat pasangan yang pemalas dan suka tuka-tukar kerja. apa akan jadi dengan hubungan kami? i rasa leih baik hubungan itu diputuskan sebab nampaknya kalau  I terus bersama dia, hubungan kami TAK ADA MASA DEPAN!

jadi, pasangan tu mestilah seorang yang faham diri kita macam mana, dan diri dia sendiri macam mana.... kalau I teruskan juga perkahwinan tu. kemudian hari bila dia dah malas nak bekerja.... tak kan I pulak yang nak tanggung dia? kalau dia rajin dan boleh jaga rumah tangga boleh la juga dia jadi suri rumah dan I pun boleh bekerja dengan senang hati. andai kata I kerja, kerja rumah pun I yang kene buat,, jaga anak pun I yang kene buat. dia????? tidur ajer..... matilah I!!!

so, lebih baik elakkan diri dari lelaki yang pemalas dan suka menumpang kesenangan orang lain ni. memang TAK ADA MASA DEPAN. I bercakap berdasarkan pengalaman di sekeliling I. I dah nampak dan I dah sedar bahawa sebuah majlis perkahwinan yang gah dan mewah tidak membawa erti apa-apa andai perjalanan yang seterusnya tidak dipelihara. betul tak? contoh paling simple.... tgk je la artis-artis tu~

cukup la I membebel untuk kali ini..... sesungguhnya perkahwinan itu bukan penyelesaian kepada segalanya. kalau kita kawin dengan lelaki yang merogol kita? adakah perkahwinan itu akan bahagia? perkahwinan itu sebenarnya hanya untuk menutup malu dan lama-kelamaan rahsia tetap akan terbongkar. 

so, I rasa I harus fikirkan semua itu untuk masa depan I.
sebab.....even dah kawin pun....tak semestinya bahagia. sebab tetap ada halangan dan cabaran yang harus ditempuhi. kalau dulu seorang diri, kini bersama-sama menempuh hidup....

semoga hidup kita semua akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T   
amin~



Monday, January 31, 2011

Natalie Portman Pregnant?

kenapa la I ni out of date??? Natalie Portman dah lama mengandungkan anak tunang dia Benjamin Millepied. apasal la I ni lmbat?? hahahaha....
what ever it is.... dia nmpk cute sangat mengandug dengan baju putih tu. so sweet as becoming a mother.
cute kan??

gambar zaman langsing and i'm sure after delivered nanti pun mesti dia akan langsing mcm ni semula. 
trust me!




tak lupa juga Jane Krakowski pun mengandung juga masa red carpet Screen Actors Guild Awards cantik giler baju dia kan??

Craving for this skin



tunggulah bila I mampu pakai SK-II nnt yer.....

sabar-sabar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...