Wednesday, 13 July 2016

Jul13

First time beli barang kemas.

Salam.

Hi. Aku baru belajar banyak benda pasal emas ni. Sebelum ni tak pernah2 aku beli emas, inikan pulak nak beli barang kemas. Sekarang dah tau la sikit pasal emas 999 la, 916 la berat per gram la, semua gara2 nak beli gelang untuk hantaran kahwin nanti.
Memula aku ngan cik kesayangan usha2 la beberapa kedai emas sekitar jb ni, aku just follow je, dia yang expert, haha. Bila try2 pakai aku pun xtau nak bg pandangan macam mana, so bajet2 la cakap cantik la, cuba try yang ni la, tu la padahal tak faham benda.
Sebab aku rasa girl lagi cantik pakai yg warna silver tu, mcm platinum ke, emas putih ke, aku pun suka tapi sebab ni untuk kahwin i follow je la.
Akhirnya setelah berhempas pulas, jumpa la gelang yang dia minat dan harga pun agak berpatutan la. Aku pun siap jadi ahli lagi kot2 in future nak beli lagi, haha.

Balik rumah tunjuk mak, mak komen apekes halus sangat. Terus aku moral down lagi2 dia keluarkan gelang yang arwah atuk aku bagi dia. Tebal tu aku rasa nak dekat rm2k, haha. Memang xmampu lagi la aku.

Takpela nanti lepas kahwin aku ada duit banyak aku belikan lg. Lagipun tak rugi beli emas, satu pelaburan, cewah.

Nanti nak beli cincin pulak. All the best untuk aku dan say bye2 to my money.


posted from Bloggeroid

Wednesday, 18 November 2015

Nov18

Setem Hari Pertama Tema Pulau dan Pantai Di Malaysia

Semalam pos malaysia keluarkan setem khas hari pertama bertemakan pulau2 dan pantai dia Malaysia, so hari ni aku serbu ke pejabat pos untuk dapatkan setem2 tersebut sebab takut habis. Untuk keluaran kali ni ada 4 setem kecil dan satu lembaran mini. Design kali ni pun rasa macam biasa2 je, tak nampak unik sangat tapi sebab aku ni collector, so aku beli jugak sekali ngan sampul. Kalau la bandar tu dekat mesti aku dah dapatkan sekali cop dia tapi apakan daya jauh sangat bandar bentong ni dari rumah aku.

Hopefully, next stamp design dia lagi menarik. Jeles ar tengok setem2 negara lain semua nampak comel je, cool je, kita macam biasa2 je. Setakat ni yang paling cool aku beli setem malaysia yang tema panda tu. Versi lembaran mini. Fuuuu, macam pegang kulit binatang lak.

Ekceli aku ada jugak create instagram pasal koleksi kecik setem2 aku ni, uolls leh search nama ni, setemstamp. Aku ni pengumpul setem noob je, jangan expect tinggi sangat, haha

posted from Bloggeroid

Friday, 16 October 2015

Oct16

Terung goreng tepung.

Malam tadi aku try buat terung goreng tepung. Resepi ni aku jumpa masa jalan2 kat timeline fb. Actually, aku bukan orang yang makan terung. Aku xingat bila last aku makan terung. Adik beradik sayur ni memang aku alergik sikit, dari kecik tak makan2. Tapi sebab aku tengok macam resepi dia mudah je, tu yang nak try buat. Tepung goreng dengan tepung beras je bahan dia, haha.

So bila aku beli terung try la buat, sukatan dia pakai bajet2 je sebab tak tau yang sebenar. Aku buat nisbah 1 : 1. Lepas bancuh semua dengan air dan potong terung panjang2, goreng je la macam biasa.

Lepas dh goreng, aku rasa terung goreng tepung tu. Bagi aku rasa dia not bad la. Aku pun tak pernah rasa terung masak benda lain macam mana tapi yang ni tekak aku boleh terima, haha. So bila boleh terima lepas ni boleh la buat lagi dan memperkemaskan lagi resepi tu. Mungkin lepas ni letak serbuk cheese, haha. Aku ada letak pic tapi jangan komen pasal rupa dia. Memang ntah pape, haha.

posted from Bloggeroid