Showing posts with label aadk. Show all posts
Showing posts with label aadk. Show all posts

Sunday, August 19, 2018

.: 10tahun Bersama :.

Edit Posted by with 1 comment


Pejam celik pejam celik macam mimpi k..
sekejap je dh 10 tahun kami bersama AADK
batch paling riuh rendah masa tu hahahha
dari badan kecik2 semua sampai sekarang dh jadi gebu gebas hahahahhaha...
batch pertama batch pertama kami AADK daerah Kota tinggi
Arwah abg ijat, abg yazid,zarip,daus,mahadi,hamdan,zarip,faizal,redhuan, gegurl2nya aku, ina, sheila, maznah ngan yani... apa tak riuh opis sekali masuk berbelas2 hahahahahha
tahun demi tahun sorang2 pergi tinggal aadk kota tinggi dan last tahun lepas aku punya turn plak tercampak ke AADK daerah Tawau...hahahahah apepun alhamdulillah...



waktu di AADk kota tinggi dapatlah rasa beberapa orang KD antaranyya Haji Busari, Puan Hajah Azlin, puan hasina , en sopian ,En mad, Puan Fiza dan ada ke yg tertinggal eak x ingt dah hahahaha..


Tahun 2017 sejarah baru buat aku sebab beralih tugas ke AADK Daerah Tawau..
tempat baru , suasana baru , pengalaman baru, kawan baru dan of coz bos barulah kan...
mula2 sebelum masuk keje aku memang dh rasa pasrah just hadap jelah dengan redha... buat keje macam biasa x apalah x ada kawan pun hahahaha ( ayat sedih tak)
then bila masuk AADk tawau ni alhamdulillah... maklumlah akak ni senang je dpt kawan... kategori mesra alam lah katakan.. dan sekrang dah setahun kat sini aku rasa mcm dh berpuluh tahun kat sini hehehhe... syukur pada Allah aku dikelilingi semua orang yang baik2 di tawau ni... bos baik. kawan2 baik x kisah dari unit mana bahkan akak PT aku pun sporting gila... driver ke KP ke semua memang ngam perangai... so itulah yang jadi kekuatan jgk untuk aku terus stay kat sini... selain dari pejabat x bnyk tempat yang blh buat aku happy kat sini hahahahah
kalau aku ada kuasa doraemon aku nak je satukan semua geng pjbt aadk kota dengan geng pjbt aadk tawau duduk satu bumbung hahahahaha... ko tgk tamak tak aku...


well gambar ni always jadi gambar fav aku sepanjang keje aadk sebab ni mcm gambar freshie kita org lah kan hahaha... zaman ngok ngek lagi lurus bendul kalau buat keje hahahha
korg tgklah betapa sememehnya muka kami semua ni..


yang ni pun awal2 lgi keje aadk jadi FAsi untuk kem sheild.. awal tak awal sgtlah sebab tgk sini zarip pun dah berisi bebenor hahahahha..
adoiiii rindunya nak pi kem dengan korg semua...

Wednesday, July 5, 2017

:. Terima Kasih AADK Kota Tinggi .:

Edit Posted by with No comments
 Salam dari kejauhan... dari aku yang jauh di TAwau
act ambik masa 2 bulan kot untuk aku menulis tentang pemergian aku ke TAwau ni..
bukan apa tapi agaknya waktu tu terlalu sedih sampai otak aku blur nak menaip apapeun...

ni ada ruang dan masa skit
aku curi2 untuk menulis dlm blog yang dah lama bersarang ni heheheh
Aku start bertugas di AADK KOta Tinggi kira2  9tahun yg lalu , dlm bulan Ogos 2008.
sepatutnya aku di tempatkan di AADK Mersing tapi atas ehsan Pengarah JOhor masa tu aku dpt bertukar di Kota Tinggi sebab waktu tu en suami bekerja di Kulai kalau dari KOta tinggi masihlah dpt dia berulang alik.
Waktu mula melangkah masuk ke Aadk Kota mcm2 perasaan ada maklumlah waktu tu 1st time kot kerja kerajaan dan yang paling lucu aku sendiri blur lagi tentang tugas aku sebagai Pembantu Antidadah. Apalaj koje yng kena buat lepas tu pun still blur lagi. Waktu tu batch kami ramai antara yang aku masih ingt, Sheila, Ina, Yani, Maznah, abg yazid, arwah abg ijad, faizal, zarip, daus,hamdan,mahadi,wan hehehe x sure plak aku kalau ada nama yang aku tertinggal.
BAtch pertama kami adalah yang terbaek aku rasa sebab waktu tu sama2 blur, sama2 baru belajar.
tahun berganti tahun bulan berganti bulan bertambah ramai kawan2 .
SAtu pejabat rasa mcm satu family besar.
terlalu banyak nama kot untuk di sebut
mcm2 karenah hehehe... bos pun bertukar ganti
walaupun ada suara2 sumbang dari luar yang sok sek sok sek ckp mcm2 psl AADK kota tinggi tapi yg dh pernah duduk situ je yang tau BESTnya keje kt kota tau
semua sekepala mcm satu keluarga
kalau selisih faham skit2 tu biasalah kan..
Itulah sebab terbesar aku berat hati nak tinggalkan Kota tingi
dan walupun aku dh berada di Tawau tpi aku tetap berdoa semoga satu hari nanti aku dpt peluang utk kembali ke AADK Kota Tinggi.



dalam gambar ni
zidan,haslina, en razid dan hujung sebelah sini sheila


antara kawan2 di AADK Kota Tinggi tpi act ramai lagi yang x ada ni



tq bos, tq kawan2 yang belanja kek tuk aku dan joseph hari tu di majlis perpisahan kami

hahaha jgn korg tanya kenapa aku menunduk sebegitu..
of cozlah sedih babe

sempat jgk selfie yek


ermm rimdunya kat korang semua


en joseph org yang sama2 dapat tukar hari tu dia pindah ke kampung halamannya di Sarawak


hakak cover sedey ambiklah video kengkawan
tgklah si Ina tu betui2 fokus tu


huhu dapat gift dan surat cinta dari kawan2
thanks a lot semua

alhamdulillah dah 2 bulan aku di Tawau
so nak tau mcm mana cerita aku di tempat kerja baru?
kwn2 baru?
hehehe insyaallah next post aku share ye...

daaaa u alll

#lovekotatinggi
#kotatinggidalamkenangan

Tuesday, July 10, 2012

:. SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR DALAM KENANGAN. :

Edit Posted by with No comments


Antara rakan-rakan yang bersama-sama ke SMK Tan Sri Jaafar Albar..
happy je budak2 ni..


antara peserta program pada hari tersebut


Aisshhh!!
terjumpa plak cikgu lama saya hehehe
cikguku ini maintain sahaja..
anak murid le yang terlebih besaq hehehehe

Tuesday, July 3, 2012

:. Hey!! Ini Bukan Pakaian Seragam Kami .:

Edit Posted by with No comments

Hua.. Tajuk tak tahan mak nyahh!!..
INI BUKAN PAKAIAN SERAGAM KAMI!!

ini sebenarnya gambar dalam bulan lepas lagi..
cuma x sempat nak masukkan dalam blog jer..
amacam comel tak pakaian kami ni..
beli design yang sama cuma colour je lelain kekekeke..
pakai ni masa hari khamis..
ade mcm batik indonesia tak..
kekeke..

next time Insya Allah guna tema len plak..
Awesome!!!!

Monday, June 4, 2012

:. Kenangan Manis Program SMART Siri 1/2012 .:

Edit Posted by with No comments

program SMART Siri 1/2012
yang sangat meninggalkan kenangan manis buat kami semua..
tak kiralah fasi dan urursetia dan juga peserta..
tgk le gaya fasi2 yang ntah ape2 tu hehehhehe 


hadoieeee posee...


happy tuii budak2 ni... 


cute tak dua2 ni?
kekekeke..
jgn salah faham ea..
x sentuh bahu tau....
eksyen je tu... 


ni group BUNGA KEMBOJA
bersama FAsinya En rohan ...pose gilerr...


Groupp MERAH MEMBARA!!!
fasi nya en Salleh...
lebih plak fasi dia pose kekekkeke


Kumpulan LAVENDER ...
fasinya CIK Haslina...
Prupleee le sangat hehehhe


Sis Noie tak de group heheheh
bersama dengan peserta lelaki terbaik tuk Program ni..
Tahniah ye dik...!! 


Kumpulan Kam Supai Ijoo
fasi.. nya Puan Shiela..
Jawaaa teamm...

heheheh seronok layan budak2 ni...
pada 8,9 dan 10 ni akan ade satu lagi kem..
mesti best ni...
ade sape2 duk area nak joint.. meh le...

Sunday, March 11, 2012

:. Perginya Seorang Sahabat .:

Edit Posted by with 1 comment

hari ini kami di kejutkan dengan berita yng kurang baik.. perginya seorang rakan setugas kami.. En muhaizad mohammad.. atau kami selalu panggil abg ejat.. arwah satu unit dengan sis.. selalu ke mana2 dan program sama2... terasa sangat dengan pemergian beliau.. baru je hari khamis kelmarin arwah hantar kami ke sekolah untuk ceramah... macam tak sangka je..

bergurau2 dgn beliau rupanya buat kali terakhir.. tak tau apa lagi nak di kata...
arwah meninggalkan seorang seorang balu dan 3 orang anak... kita sama2 sedekahkan alfatihah buat beliau yer.. semoga rohnya dicucuri rahmat ...

Monday, February 20, 2012

:. Meja Opis Ku .:

Edit Posted by with No comments


inilah komputer saya di opis..
hubby kata ni le pengaruh masa kerja tadika dulu..
komputer pun macam sekolah tadika dah hehhee...
apepun wallpeper tu sgt comel kan?
my princess tu hehhee


ini mouse saya..
cute tak??

Tuesday, January 31, 2012

:. Kami Di Seminar Yang Bersinar-Sinar .:

Edit Posted by with 1 comment

Erk..
Bersinar2 nyer lukisan itu hehehhe



Cik Donut n puan She..
posing walaupun merantukk!!




Act saya nak gmbor sorang2..
tpi org sbeleha tuu...
ish ish
(sila lihat wajah sy yg geram tu )

akibat bila saya dah mengantuk!


sis ngan donut dah mengantuk tapi puan she ni..
ish ish ish

Friday, December 23, 2011

:. Semakan Keputusan Peperiksaan Pegawai Antidadah S41 .:

Edit Posted by with 1 comment
OK berikut adalah keputusan untuk peperiksaan
Pegawai Antidadah S41
untuk semakan boleh klik di bawah ni k..

SINI


Tahniah kepada yang berjaya ..
dan untuk yang tak berjaya..
boleh mencuba lagi k..


Thursday, December 1, 2011

:. Pekeliling Baru Disember 2011 Vs Gaji SBPA 2012 .:

Edit Posted by with No comments
panas di blog sana sini pasal isu
pekeliling baru dan Gaji SBPA 2012 ni..
yang pasti ade yang positif dan ade yang negatif..
lumrah le tu kan..

tapi satu benda yang aku setuju bila ade yang kata harga barang naik..
ermm.. beberapa hari yang lalu ade keluar ke sebuah pasaraya di area Kota Tinggi..
tengah pilih2 barang dengan suami tu..
kami perasan ade banyak barangan yang telah dianikkan harga..
hurmmm..
sakitnya hati, gaji tak tentu naik lagi..
tapi harga barang dah dinaikkan..
ape cerrrr...??

ok yang ni aku nak kongsi skit maklumat yang aku dapat dari Berita Semasa

apa kata korang le agaknya kan?

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :


aku kata : korang ape cer??? positif ke negatif??

Friday, August 19, 2011

:. Lawatan Kerja Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohamed ke AADK Kota Tinggi Part 1 .:

Edit Posted by with No comments

hari ini dalam sejarah

kami di AADK Kota Tinggi

menerima kedatangan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia Puan Sri Dato' Zubaidah Binti Hj Mohamed.

Kami semua sangat berbangga Puan Sri sanggup datang melawat pejabat kami di AADK Kota Tinggi setelah pulang dari melawat tapak Pusat Serenti Perani Kota Tinggi.

Walaupun tak dapat lama bersama Puan Sri dan rombonga namun aku dapat rasakan beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, penyayang dan yang paling kami semua suka beliau sentiasa tersenyum. Walaupun cuaca tengah hari tadi agak panas dan ditambah lagi dengan bulan puasa.. namun senyuman tidak pernah lekang di bibir beliau.



Terima kasih jugak kepada Puan Zahariah, Cik Khoo dan Cik Salina yang turut hadir bersama Puan Sri.

Semoga Puan Sri dan rombongan akan datang singgah lagi ke teratak kami di AADK Kota Tinggi.





p/s : lepas ni sis akan masukkan lagi gambar-gambar kenangan sepanjang lawatan ini diadakan.




:. Lawatan Kerja Puan Sri Dato' Zubaidah Binti Hj Mohamed ke AADK Kota Tinggi Part 1 .:

Edit Posted by with No comments
hari ini dalam sejarah
kami di AADK Kota Tinggi
menerima kedatangan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia Puan Sri Dato' Zubaidah Binti Hj Mohamed.
Kami semua sangat berbangga Puan Sri sanggup datang melawat pejabat kami di AADK Kota Tinggi setelah pulang dari melawat tapak Pusat Serenti Perani Kota Tinggi.
Walaupun tak dapat lama bersama Puan Sri dan rombonga namun aku dapat rasakan beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, penyayang dan yang paling kami semua suka beliau sentiasa tersenyum. Walaupun cuaca tengah hari tadi agak panas dan dotambah lagi dengan bulan puasa.. namun senyuman tidak pernah lekang di bibir beliau.

Terima kasih jugak Puan Zahariah, Cik Khoo dan Cik Salina yang turut hadir bersama Puan Sri.
Semoga Puan Sri dan rombongan akan datang singgah lagi ke teratak kami di AADK Kota Tinggi.


p/s : lepas ni sis akan masukkan lagi gambar-gambar kenangan sepanjang lawatan ini diadakan.


Thursday, August 4, 2011

:. Program Shields DI AKLI Kota Tinggi .:

Edit Posted by with No comments
Program Sheilds bersama pelajar dari sekolah2 di kawasan berisiko,

berjalan selama 3 hari iaitu pads 26,27 dan 28 Julai 2011..

dihadiri oleh 40 orang pelajar dari 5 buah sekolah di Kota Tinggi..


pada awalnya rasa bimbang jugak seandainya program ini tidak berjalan seperti yang kami inginkan.. tapi sebaliknya Alhamdulillah..

program ini berjalan dengan sangat baik.

dengan kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Kota Tinggi dan juga Pejabat Pelajaran Kota Tinggi.. di tambah lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar yang sentiasa memberi komitmen yang baik pada pihak kami..


antara pelajar yang membuat pembentangan kumpulan



antara LDK yang dijalankan bersama peserta





sesi ice breaking yang menyeronokkan



Semua peserta dan urusetia bergambar bersama Timbalan Pengarah AADK Negeri Johor







Kenangan manis pada awal sesi pendaftaran..









Friday, June 10, 2011

:. RUSUHAN DI PUSPEN MUAR Part 2 .:

Edit Posted by with No comments
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, Muar berikutan penghuninya merusuh malam tadi. - Foto NSTP
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, Muar berikutan penghuninya merusuh malam tadi. - Foto NSTP
MUAR: Sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, dekat sini, musnah dalam kebakaran ketika penghuninya merusuh malam tadi.

Sembilan kereta dan sebuah motosikal turut dirosakkan dalam kejadian pada kira-kira 8 malam itu.
Timbalan Ketua Polis Ledang, DSP Mohd Salleh Abdul Razak, ketika dihubungi, tidak menolak kemungkinan ada pelatih pusat pemulihan tersebut mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya sedang memeriksa bilangan pelatih bagi mengesan sekiranya ada antara pelatih yang telah melarikan diri.

Mohd Salleh yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai rusuhan itu, berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian tersebut.

Katanya, kebakaran di pusat berkenaan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada kira-kira 10 malam tadi. - BERNAMA



*** yang ni satu lagi petikan mengenai Rusuhan Di Puspen Muar dipetik dari Bernama ***

:. RUSUHAN DI PUSPEN MUAR .:

Edit Posted by with No comments

ANTARA kenderaan yang rosak teruk selepas pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Sengkang, Bukit Gambir merusuh dan melarikan diri dari pusat itu malam tadi. Dalam kejadian itu, mereka turut membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat berkenaan. – Foto NSTP

MUAR: Sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir musnah dalam kebakaran.Polis mengesahkan 43 daripada 377 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) melarikan diri semasa rusuhan di pusat itu semalam.

kejadian yang dipercayai bermula kira-kira 8.40 malam itu, sekumpulan pelatih bertindak merusuh dan membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat tersebut.

Mereka juga bertindak memecahkan cermin tujuh buah kereta kepunyaan pegawai dan petugas pusat itu.

Ini adalah kejadian rusuhan kedua pernah berlaku di pusat tersebut selepas kejadian pertama pada 1999..

sumber : berita harian


Friday, June 3, 2011

:. Wujudkah Kerajaan 17? Hinakah Angka 17? .:

Edit Posted by with 2 comments

Wujudkah Kerajaan 17 di tempat anda?
adakah 17 dipandang hina?

kisah 17 yang boleh buat keje dari angka 1-41
kalau ade salah tu.. munasabah le kan..
manusia mana yang x de wat silap
cuma sedih le bila teguran lebih pada penghinaan..


buat kerja macam nak rak..
pastu di ejek2 plak..
"Kerajaan 17"
bila ade silap salah
mereka kata
itulah
"Kerajaan 17"

bila ada kekurangan sana dan sini
mereka kata
itulah
"Kerajaan 17"

tapi bila dapat pujian
angka 17 x ade pulak disebut..
bila semua berjalan lancar..
tak ade ucapan terima kasih..
yang dapat nama bukan 17 pun..

tapi 17 x kisah pun
janji tanggungjawab terlaksanakan..
( walaupun kdg2 tanggungjawab org laen dipikul)

tak kisah le pun..
bantu membantu le katakan..
tapi bila 17 yang susah..
ade masalah..
semua orang buat derk je,,
yang paling teruk kita pun dibantai sama

nak tegur tak salah..
gunalah bahasa yang sedap di dengar..
bukan dengan kata-kata ejekan..

hormatilah sesama manusia tak kira berapa angka dia ade..
x salahkan kalau saling menghormati..
kalau yang angka besar2 tu ada keluarga
yang angka kecik2 pun ade keluarga..

kalau yang angka besar2 tu ade anak..
yang angka kecik2 pun ade anak2..

biasenyer yang angka besar2 tu jadi penyelesai masalah
tapi yg ni pelik..
si angka besar tu plak yang jadi batu api pembawa masalah!


perghhh.... jauh melalut ni..
bukan ape.. ni le di ayg terjadi bila ade sisa sampah dalam mata ni....
mata berair.. tangan mengarut...


p/s : buat mereka yang sedang berada di atas.. sesekali pandang dan tersenyum le pada yang di bawah.. jangan terlalu taksub dan bangga dengan kedudukan di atas.. hormati org lain untuk diri kita dihormati, sayangi org lain untuk diri kita disayangi..






Thursday, May 5, 2011

:. Program Pameran Di SMK Semenchu .:

Edit Posted by with No comments

Program selama 2 hari..
kami ke SMK Semenchu..
walaupun penat tetapi sangat seronok..
dengan layanan guru-guru yang ramah dan pelajar-pelajar yang chomel2..





Sunday, April 24, 2011

:. JOM CENTER , KOTA TINGGI .:

Edit Posted by with 1 comment
3 hari program Jom Center berjalan di Econsave Kota Tinggi
semalam sampai ke malam aku, Rohan dan abg Ejad di sana..
hari ni giliran Zura dan abg yazid plak..
memang seronok tengok macam-macam aktiviti kt sana..
tapi dengan cuaca panas macam ni aku rela duk rumah jer..

Team sepeda klasik kota tinggi..
best giler.. tapi sayang tak dapat try naik huhuhuh..

eh!! jangan di tanya macam mana mak cik ni boleh ade kt sini hahahaha..

siap ambik gambor dengan maskot tu..


inilah kaunter kami..
si salleh tumpang bergambar hehehe