Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

Selasa, 2 November 2010

Langkah Memasak Nasi Beriani Kambing ( entry ke 3)

~ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~
Baru berkesempatan untuk N3 langkah-langkah memasak Nasi Beriani Daging Kambing ..N3 sebelum ini tentang memasak Lauk Kambing Beriani dan juga bahan-bahan untuk memasak Nasi Beriani tersebut. Sebelum memasak nasi beriani ni, lauk mesti disediakan dahulu untuk dimasakkan sekali dengan Nasi Beriani ni..Ambil masa juga untuk menyediakan nasi beriani ni tapi berbaloi2....Hari ni akk cuti, bolehlah meneruskan ekspedisi memasak nasi beriani ni hihihii....Akk tunjukkan pic langkah demi langkah untuk lebih mudah faham okay...Bahan-bahan lengkap last sekali..jum ikut akak...

Pic 1
Bahan-bahan untuk direbus untuk merebus beras beriani

Pic 2
Rebus bahan-bahan herba dengan air yang agak banyak dalam tempoh 45 minit untuk mendapatkan aroma herba. Selepas itu masukkan beras beriani, rebus hingga 3/4 masak. Kemudian tapis semua bahan yang direbus, buang air dan herba2. Toskan beras. Masukkan ke dalam periuk nasi.



Pic 3

Ratakan nasi 3/4 masak tadi. Bubuh daging kambing beriani dan susun ( yg telah dimasak terlebih dahulu..rujuk N3 sebelum ni )



Pic 4
Taburkan pula bahan-bahan tambahan seperti kismis, gajus, badam,kacang peas, daun ketumbar, pudina, lada besar hijau dan merah.




Pic 5
Tutup semula dengan nasi tadi dan tabur lagi dengan bahan-bahan seperti di atas. Jangan lupa bawang goreng merah dan putih. Buat langkah ini untuk dapatkan 3-4 lapisan nasi dan daging.



Pic 6

Lapisan atas sekali berupa seperti ini.


Pic 7
langkah terakhir masukkan minyak sapi yang telah dicairkan dan susu cair . Ratakan semasa mencurahkan di atas nasi. Tutup nasi dengan daun pisang dan letak atas dapur. Bubuh benda benda berat untuk mengelakkan wap nasi keluar. Masakkan selama 30 minit.





Bahan- bahan Nasi Beriani Kambing
A. Bahan Untuk Rebusan Nasi.
1 kilo beras basmathi
air ( tak perlu sukat )
5 helai daun pandan
6 cm halia- tumbuk kasar
2 biji limau purut-ambil kulit
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
15 biji bunga cengkih
30 biji lada hitam
15 biji buah pelaga
secekak akar /batang daun ketumbar
1 biji buah pala-tumbuk kasar
sedikit air ros
B. Bahan Untuk Ditabur Dalam Nasi
1/2 kilo daging kambing - telah dimasak.
1 tin kecil minyak sapi - cairkan
1 tin susu cair
1 ikat daun ketumbar
1 ikat daun pudina
10 ulas kecil bawang merah goreng
6 ulas bawang putih goreng.
pewarna kuning/koma2/safron
Langkah-langkah memasak Nasi Beriani:
langkah 1
  • masukkan semua bahan rebusan ke dalam periuk dan rebus selama 1 jam
  • Masukkan beras basmathi dan masak sehingga 3/4 masak.
  • Toskan beras.
  • Sediakan periuk untuk memasak nasi.

Langkah 2

  • Lapisan pertama-di dalam periuk , masukkan nasi yang ditos tadi dan ratakan.
  • Lapisan kedua - diikut dengan daging kambing yang telah dimasak, tabur kismis, buah gajus, badam daun ketumbar, pudina, pewarna kuning direnjis2,bawang goreng, cili hijau,merah,kacang peas dan kismis.
  • Ulang kembali lapisan pertama dan kedua tadi hingga habis.
  • Akhir sekali masukkan susu cair dan minyak sapi. Curah rata atas nasi.
  • Tutup dengan daun pisang dan letukkan lesung batu untuk mengelakkan wap keluar.
  • jangan lupa alas periuk dengan tutup periuk untuk mengelakkan nasi berkerak. kecilkan api dan biarkan sekurang-kurangnya 30 -45 minit.
  • Nasi yang telah dimasak, boleh dimakan dengan lauk kambing beriani yang selebihnya dan juga acar rampai.

Huhhhh...lega rasanya selepas selesai entry resepi nasi beriani ni..okeh kepada yang berminat sila rujuk entry sebelumnya untuk lebih faham. Sebenarnya tak susah mana pun tapi mesti dibuat dengan hati yang tenang dan juga minat yang mendalam..kalau tak bersedia...list dulu donggg...lain kali boleh dibikin...oh ya , kambing boleh diganti lembu atau ayam...selamat mencubaaaaaa..bai2...kena stop dah ni...jumpa lagi...







Khamis, 28 Oktober 2010

~ Nasi Beriani Gam Kambing ~

~ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~
******
~ Nasi Beriani Kambing ~
Semalam akk telah belajar satu resepi yang memang tak pernah akak buat tapi suka makan..sebut je nasi beriani rasa macam sedap sangat..alkesah, boss kami ni memang pandai masak..dengan sukarela mengajar kami cari nak membuat nasi beriani gam style Johor...apa lagi macam orang mengantok disorong bantal.. Untuk N3 ni akak letak dulu bahan -bahan untuk memasak nasi tu nanti..lepas tu cara buat beriani kambing dan akhirnya cara memasak nasi beriani ni pulak..kena buat satu2 sebab akak sendiri boleh keliru sebab penggunaan bahan yang banyak dan juga banyak langkah untuk menyedikakan bahan-bahan..patutlah sepinggan smpai berbelas ringgit..dah buat sendiri baru tau...jum tengok bahan-bahan untuk menyediakan nasi tu dulu...
Susu cair, kacang peas, lada besar hijau dan merah, kismis , gajus , badam dan bawang merah dan putih goreng - ini untuk dimasukkan berselang seli dengan beriani kambing semasa hendak memasak nasi.


Pic 1


Pic 2


daun pandan, halia, batang ketumbar, kulit limau purut, kulit kayu manis, bunga cengkih buah pala,bunga lawang, pelaga dan lada hitam - bahan ini untuk direbus bersama beras berasmathi.






Bukan buah pinang ya... buah pala kering. Ini isinya. Dalam bentuk biji dan kulitnya keras. Kena pecahkan dulu kulit dan potong macam ni . Baunya wangi macam buah pala segar.



Bahan-bahan di atas untuk menyediakan nasi briani. Mula-mula beras tu kena rebus bersama bahan-bahan Pic 2 sampai separuh masak. Ditapis buang air dan herba2 tu , baru dimasak semula bersama bahan Pic 1 dan kamibing beriani. Nanti akan dimasukkan dalam N3 seterusnya cara memasak Kambing Beriani...tunggguuuu..........





Sabtu, 9 Oktober 2010

NASI LAMUNI @ LAGUNI & LAUK

SALAM SEMUA
Berakhirnya Syawal semalam, Nasi Lamuni @ Laguni penutup jamuan raya. Kami berpakat memasak Nasi Lamuni ni setelah mendapat maklumat tentang khasiat daun Lamuni dari Boss kami ( perempuan). Kebetulan masing-masing bersama-sama menamatkan Puasa Enam dan pada hari Jumaat semalam membuat jamuan raya dengan menyediakan nasi Lamuni yang dimasak di tempat kerja dan memasak lauk-pauknya di rumah masing-masing. Daun Lamuni khasiatnya baik untuk wanita di samping menjadi daun penghalau nyamuk aedes. Bagi orang India pula dijadikan daun mandian semasa pantang. Resepi memasak daun Lamuni diajar oleh Boss kami yang sporting..Boss kami ni nak pencen tahun hadapan tapi kalau tengok dia ...tak caya u..macam 10 tahun lagi nak pencen..Lauk-pauknya terpulang pada selera masing-masing yang penting sambal tumis tu mesti ada la. Kami makan dengan rendang ayam, sambal udang, sambal tumis, kerabu sotong , telur asin , telur rebus dan sambal ayam..memang banyak tul lauk2nya...tapi berbaloi2...


Bahan-bahan :
5 cawan beras
5 cawan santan cair
5 ulas bawang merah
2 cm halia
2 genggam daun lamuni
1 camt garam halus
Langkah-langkah Membuat:
  • Basuh beras dan toskan.
  • Hiris bawang merah dan halia. Blend daun lamuni , ambil air 1/2 cawan.
  • Masukkan santan cair, air lamuni, bawang dan halia hiris serta garam ke dalam beras.
  • Masakkan macam nasi biasa.
  • Hidang dengan lauk-lauk terpilih.




Nasi Lamuni & Lauk

Catatan: Daun Lamuni bewarna purple, rasa kelat jika dimakan sebagai ulam. Tapi dimasak bersama nasi tak de rasa kelat. Boleh direbus daunnya untuk diminum. Mengikut kata Boss..perempuan yang makan ni awet muda..memang kami percaya sebab boss kami ni mmg jauh muda dari usia, manakan tidak pokok Lamuni ni didepan rumahnya saje...


Selasa, 22 Jun 2010

NASI GORENG PATTAYA


salam semua ...akak ni sedang membaik pulih setting blogku huhuhuuu...sedang try and error ni..so kalau keluar macam-macam tu buat2 tak nampak je ek...harap2 selesailah masalah blog ni menjelang esok...jumpa lagi...

Selasa, 2 Mac 2010

Senangnya nak bungkus Nasi Goreng Pattaya....

Salam kepada semua pengunjung & follower ..terimakasih atas kesudian singgah di sini....



Nasi goreng di dalam telur dadar

Entry kali ni saja nak berkongsi cara & langkah untuk membuat nasi pattaya..atau nasi goreng berbungkus telur...Langkah yang ditunjukkan tidak bermula dari nasi goreng..apa2 versi nasi goreng boleh dibungkus walaupun kebiasaannya di kedai makan menyediakan nasi goreng style cina untuk dibungkus..Sudah tentu resepi nasi goreng ni mudah diperolehi dan senang disediakn ..hanya langkah nak membungkusnya dengan telur hingga boleh dipanggil nasi pattaya satu masalah juga kalau kita tidak tahu caranya..dulu memang tak tahu..hanya tahu makan di kedai..sekarang ni dah tahu tekniknya, masak je kat rumah bila2 teringin..walaupun rasa malas juga nak buat tapi bila kenang2kan kalau makan dikedai dahlah $$$$$ keluar banyak, kena pulak bersiap ambil masa nak keluar..masak je lah di rumah untuk anak2 ...jimat juge $$$$$$$.. hanya tenaga keluar sikit...okeh jum sama-sama kita tengok..lepas tengok ...jum cuba !
Bahan-bahan:
I pinggan nasi goreng
2 biji telur A
1 camt serbuk lada sulah
1/2 camt garam halus
1 camb minyak masak





Langkah - langkah membungkus nasi goreng:


  1. Pecahkan telur, bubuh lada sulah dan garam. Pukul.
  2. Panaskan minyak dalam kuali besar dan masukkan telur tadi dan lenggangkan sehingga menjadi bulatan yang nipis. padamkan api. Jangan diangkat, biar di dalam kuali.
  3. Masukkan nasi goreng ke dalam telur itu.
  4. Lipatkan keliling nasi tadi dengan lebihan telur di kelilingnya seperti dalam gambar.
  5. Selepas itu, tangkupkan pinggan makan di atas bungkusan telur tadi.
  6. langkah seterusnya, letakkan tapak tangan kanan di atas pinggan, dan tangan kiri memegang telinga kuali.
  7. Terbalikkan kuali yang berisi pinggan seperti di bawah.




Tangkupkan pinggan makan di atas bungkusan nasi di dalam kuali






Nasi Goreng Pattaya


Dah siap untuk dimakan. Jangan lupa picitkan sos cili di atas bungkusan nasi goreng ini. Tak sempat nak ambik gambar ...terus kena ngap dek anak bujangku.. Syaratku semalam kalau nak makan nasi pattaya ni kena mop dulu lantai dapur dan ruang tamu...selamat satu tugasan ku. Kadangkala kena keluar peraturan macam ni..anak demand , ibu pun demand..hehheee...elok juga macam ni...secara tak langsung mengajar anak2 bertanggungjawab....ok jumpe kita di lain hari...jumpa lagi byeeeeee......

Sabtu, 27 Februari 2010

Udang Sos & Nasi Tomato

~ Salam Semua ~
Udang bersos
Petang yang hangat...sehangat peristiwa yang berlaku satu dua hari ni ..terpampang berita di sana sini berita kekejaman manusia ibarat sudah tiada pegangan hidup...bukan berlaku di luar negara tapi dalam negara ..negara yang berpandukan Islam sebagai ugama rasmi..selalu terfikir kenapa boleh berlaku seperti ini. Setiap kali membaca dan mendengar berita nasib yang menimpa Syafiah Humaira , hati bagai dirobek2 ..Kisah Syafiah ini menambah himpunan episod yang telah lepas...manusia bertindak di luar batas sebagai manusia...macam binatang....Ya Allah , jauhilah kami dari segala musibah ini...berdoalah kita semua supaya apa yang berlaku kita ambil pengajaran dan iktibar.
Hari ini pergi jemputan 2 kenduri ..makan nasi minyak ..teringat kebetulan semalam, kemas2 dapur terjumpa berasmathi yang tersimpan lama..Kena masaklah nampaknya sebelum termusnah...sayang sebab beras ni mahal oiiiii..masak je ikut bahan yang ada...ok layan je nasi tomato dan udang bersos..sebab ayam tak de...ni pun gabungan yang ok juge..

Nasi tomato
( klik 2x -besarkan gambar)
Bahan-bahan :
3 cawan berasmathi
2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudubesar marjerin
setangkai daun ketumbar
langkah-langkah membuat:
  1. Beras direndam dahulu 2-3 jam. Toskan
  2. Bawang merah & putih dimesin. Halia dipotong macam lidi
  3. Cairkan marjerin. Tumiskan bahan kulit k.manis, cengkih dan pelaga
  4. Masukkan bawang yang telah dimesin tadi hingga wangi.
  5. Masukkan air yang telah disukat. Biarkan menggelegak
  6. Masukkan beras. Kacau rata.
  7. Masukkan susu cair dan sos tomato. Kacau rata.
  8. Masukkan daun ketumbar & daun sup.
  9. Tutup. Nasi kering, kecilkan api.
  10. Biarkan selama 10 minit , nasi akan masak.




Bahan-bahan udang bersos:
500gram udang segar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar
1/2 senduk sos cili
1/2 senduk sos tomato
1 sudu besar sos plum
1 cawan air
garam dan gula
Langkah-langkah membuat :
  1. Udang digaul dengan sos tiram dan taburkan tepung jagung. Goreng dalam minyak yang banyak. Bewarna perang angkat. Toskan
  2. Tumiskan bawang yang telah dimesin hingga wangi.
  3. masukkan cili kisar. Masakkan hingga terbit minyak
  4. Masukkan sos cili, tomato dan sos plum.
  5. Tambahkan air . Bubuh garam dan gula.
  6. Masukkan udang yang telah digoreng . Gaul rata.
  7. Angkat dan taburkan dengan daun ketumbar hiris.