Pencinta Novel

January 5, 2025

Tuan Bard Suami Perasan Bagus by Hana Efrina


Tajuk: Tuan Bard Suami Perasan Bagus
Penulis: Hana Efrina
Penerbit: HE Dynamic Enterprise
Bil ms: 314 paperback
Tahun: Disember 2021

Sinopsis belakang buku:
Tuan Bard, ditinggalkan membesar di bumi Jerman selepas Datin Juwita dan Tuan Bryan bercerai hampir 20 tahun yang lalu. Bard tak membenci, cuma Bard terkilan kenapa seorang ibu sanggup meninggalkan anak kandung sendiri? Disebabkan itulah tiap kali Datin Juwita ajak Bard pulang ke Malaysia, Bard tolak. Terperangkap dengan helah Tok Lan, Bard akhirnya tercampak di bumi Malaysia. Itu pun bila Tok Lan tipu yang Datin Juwita jatuh sakit. Ke main hebat lagi mereka semua berlakon.

Bard ingat setakat itu sajalah helah mereka, rupa-rupanya ada lagi. Semata-mata nak pastikan Bard terus berada di bumi Malaysia, Tok Lan dan Datin Juwita rancang nak kahwinkan Bard dengan Darisa Putri. Anak angkat Datuk Feroz, suami kedua Datin Juwita. Bard memang nak tolak. Gagal pabila Datin Juwita pandai gunakan kelemahan dia.

Kalau ikutkan hati, aku tak nak kahwin dengan perempuan Melayu macam kau ni. Sekurang-kurangnya isteri aku tu nanti kalau tak kacuk Jerman, mesti ada kacuk dengan keturunan Arab. Baru anak aku tu keluar nanti cantik dan segak macam aku. - Tuan Bard

Perasan bagus. Itu yang Darisa labelkan Bard selepas kali pertama dia bersua empat mata dengan lelaki itu. Serba-serbi lelaki itu saja yang paling hebat . Mentang-mentanglah membesar di Luar Negara. Bard ingat Darisa nak duduk diam saja? Darisa ni kalau dah keluar jurus mengata dia, memang boleh terbelah jantung, hati dan limpa. Deep!

Setakat ada darah mat saleh tapi muka macam lepat ubi, tak payah nak kecoh. - Darisa Putri

Kalau aku lepat ubi, bakal anak kau dengan aku nanti mungkin ada peluang nak jadi lepat pisang. Sebab muka kau dengan pisang pun dah tak ada beza. - Tuan Bard

Pantang bersua, memang berperang mulut sajalah mereka berdua. Masing-masing tak mahu mengaku kalah. Tapi selalunya sekeras mana pun si Darisa, alih-alih Bard juga yang akan menang.

BIRD! Kau buat apa dengan pencuci muka aku? - Darisa Putri

Nama aku, Tuan Bard bin Tuan Bryan. Bukan ‘Bird’. Kau jangan sampai aku tunjuk ‘bird’ yang ada dekat dalam seluar ni. Terjojol biji mata kau nanti. Kau dah teringin nak tengok sangat ke? - Tuan Bard

Tak pernah ‘sunyi’ banglo mereka. Hari demi hari, Allah SWT terbalikkan hati Darisa daripada benci bertukar cinta. Memandangkan Darisa ni jenis suka berterus-terang, diluahkan saja isi hati pada si suami. Malangnya, tak diterima.

Tok Lan pernah kata nak cucu. Mama dan papa pun sama. Memandangkan aku rasa aku dah jatuh cinta pada kau, boleh ke kalau aku nak jadikan kau ayah kepada anak-anak aku? - Darisa Putri

Selera aku bukan pada perempuan Melayu. Macam mana aku nak sentuh kau sedangkan aku langsung tak bernafsu? Perkahwinan ni tak ada makna. Sampai masa, aku akan kembali semula ke Jerman dan tinggalkan Malaysia. - Tuan Bard

Bard tak mengaku Bard dah jatuh suka. Sebab Bard tak nak senangkan hati Datin Juwita. Ya, Bard akur. Tapi dalam masa yang sama Bard protes dengan apa yang Datin Juwita pernah lakukan pada dia. Pengakuan Bard tak buat Darisa cepat melatah. Bagi Darisa seego mana pun seorang Tuan Bard, Darissa akan cuba bersabar. Perkahwinan ini Darissa akan pastikan kekal sampai ke hujung nyawa. Supaya mereka tidak mengikuti jejak langkah orang tua masing-masing. Mulut cuba menepis, hakikatnya Bard cemburu pabila ada lelaki lain yang cuba mendekati Darisa.

I don’t share. Bukan sebab Darisa tu isteri aku, tapi memang aku tak suka berkongsi apa yang masih jadi hak aku. Kalau kau nak, bersepah lagi perempuan lain yang ada. - Tuan Bard

Dan aku pula memang jenis suka ambil hak orang. Best man wins, bro. - Althaf

Sakit hati Bard. Tapi takkanlah dia nak mengaku depan Darisa? Lelaki perasan bagus macam dia, mana boleh kalah dengan hati dan perasaan. Cuma kalau dah sampai nama si Althaf tu terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi, mampu lagi ke Bard nak bersabar?

Sekali lagi kau sebut nama yang sama, aku bunuh lelaki tu. Berani eh kau mimpikan lelaki lain depan suami sendiri? Kau ingat aku ni tunggul? - Tuan Bard

Lakonan Darisa menjadi. Terima kasih kepada Tok Lan sebab bagi idea mengarut macam ni. Cuma tunggu masa saja untuk Darisa tundukkan lelaki perasan bagus bernama Tuan Bard ini. Agak-agak berjaya ke Darisa nanti?

Resensiku:

Dengan pantas menghabiskan novel ini ye, kerana geram dengan watak utama iaitu Tuan Bard, sesuai sangat dengan tajuknya Tuan Bard perasan Bagus sangat!.

Kisah Darisa seorang anak yatim piatu yang diambil dan dibesarkan oleh Datin Juwita, dipaksa (Eh bukan Darisa yang di paksa, Tuan Bard yang dipaksa) kahwin oleh atoknya Tuan Bard demi kesinambungan keturunan Tok Lan.

Sebenarnya Tuan Bard ini mempunyai childhood trauma (sebab dipisahkan dari Datin Juwita semasa berusia 7 tahun). Ayah Tuan Bard membawanya ke Jerman dan membesarkannya, dengan isteri barunya - mat salleh Jerman. Tuan Bard membesar dengan anggapan yang salah terhadap mamanya dan berdedam dengan mamanya Datin Juwita. 

Tuan Bard ni ada attitude problem juga (maklumlah yang membesarkannya omputeh), Jadi dia kasar, arrogant dan sentiasa memberontak terhadap apa saja usul atau perkataan yang keluar dari mulut mamanya Datin Juwita (sementelah Datin Juwita selepas bercerai dgn ayah tuan bard tu, dia berkahwin lain dan ada seorang anak lelaki dgn suami barunya).

So, salah faham demi salah faham, menyebabkan saya rasa geram sangat2 dengan Tuan Bard ni, nasib baik hujung2 tu baru sedar diri sikit.

Rating saya: 4/5 *


 

Bulan Tak Lagi Sama by Ema Deesyiaqis

 

Tajuk: Bulan Tak Lagi Sama
Penulis: Ema Deesyiaqis
Penerbit: Prolog Media
Tahun: 2024
Bil ms: 448 paperback

Sinopsis belakang buku:

KEHILANGAN Aluna secara tiba-tiba dan tanpa sebarang petunjuk membingungkan kawan-kawannya. Terdesak untuk mencari jawapan, Sean, Amrin, Burn, dan Tasnim pergi ke Kampung Damai untuk memaklumkan kepada keluarganya, berharap mereka menemukan petunjuk tentang kehilangannya.


Namun, pertemuan mereka dengan Alis—kembar Aluna—hanya menambah persoalan yang belum terjawab. Dengan penuh tekad, mereka mengikut Alis ke Pulau Dingin untuk menjejaki Aluna, tempat yang dikenali sebagai Pulau Puaka, di mana desas-desus gelap dan rahsia tersembunyi di sana. Tetapi perjalanan itu tidak seperti yang mereka jangka, dan pulau tersebut segera berubah menjadi perangkap. Mereka kini terpaksa bertempur dan bertahan dari makhluk-makhluk aneh yang menghuni pulau tersebut, setiap langkah mereka membawa lebih banyak misteri dan bahaya.

Mampukah mereka menyelamatkan Aluna dan keluar dari Pulau Puaka dengan selamat? Atau adakah mereka akan menjadi mangsa seterusnya di pulau itu, di mana sebelum ini tiada seorang pun yang pernah pulang dengan selamat? Rahsia apa yang sebenarnya tersembunyi di pulau yang penuh misteri ini?

Resensiku:

Kisah bermula dengan Aluna yang bekerja sebagai seorang pemcari rumah untuk syarikatnya. Rumah busuk untuk diberi nafas baru dan dijual semula.
Dalam perjalanan balik ke pejabat, Aluna terpandang sebuah rumah yang agak usang. Mereka cuba mencari tuan rumahnya dan didapati bahawa tuan rumah memang hendak menjual rumah tersebut dengan harga di bawah pasaran. Selepas selesai jual beli, Aluna dan pasukan pergi ke rumah tersebut untuk kerja2 pembersihan. Dia tertarik dengan sebuah lukisan dan mengambilnya, namun Sean pula merampas lukisan tersebut, maka berlakulah perebutan, akhirnya mereka bersetuju untuk menggantung sahaja lukisan di pejabat mereka.

Ketika kerja2 paperwork, Aluna mengambil kopi dan duduk memerhati lukisan tersebut, secara tiba2 dia tersedar dan berada di dalam lukisan tersebut sambil masih memegang kopinya.

Seorang lelaki melintasinya, dan sangat peliknya lelaki tersebut memakai baju fesyen orang dahulu kala....

Seterusnya, kisahnya menarik, recommended untuk bacaan misteri

Rating saya: **** (4/5)

 

January 1, 2025

Bagasi Yang Ingin Dilepaskan by Anna Lee

 


Tajuk: Bagasi yang Ingin Dilepaskan.
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Prolog Media
Tahun Terbitan: May 2024
Bil ms: 432 paperback.

Sinopsis belakang buku:

Orang kata ... pertemuan pertama itu kebetulan. Pertemuan kedua itu takdir.

Luna Audra tidak menyangka perjalanan tiga harinya ke Türkiye ditambah dengan tiga lagi pakej yang dia tidak pernah minta!

Misteri. Jatuh cinta. Momen yang indah.

Hati Luna luka sangat. Dia lebih selesa memencilkan diri dan menenangkan diri. Namun ketenangannya terusik tatkala sahabat baiknya Zara, membuat satu permintaan mengarut.

Permintaan daripada sahabat yang sedang duduk atas katil menunggu ajal dekat hospital ni, kau kata karut? – Zara

Dalam terpaksa, permintaan sahabat dunia akhiratnya itu cuba ditunaikan. Namun lain yang dirancang, lain pula yang terjadi saat dia tiba di Istanbul. Takdir membawa dia bertemu lelaki yang bicaranya sentiasa mendamaikan jiwa.

Melepaskan masa lalu bukanlah proses yang cepat. Ia perjalanan yang memerlukan waktu. Bersabarlah dengan diri sendiri. – Mateen

Dengan bantuan Mateen, Luna cuba menunaikan permintaan terakhir Zara. Namun tanpa sengaja, mereka terperangkap dalam satu skandal pembunuhan yang mengejutkan bumi Türkiye.

Berjayakah Luna dan Mateen keluar daripada kemelut kes pembunuhan itu? Dan ... benarkah Mateen benar-benar ikhlas membantu Luna?

Resensiku:

Kisah yang menarik, genre romcom thriller. Luna seorang gadis bekerja sebagai programmer sebuah syarikat di KL dan mempunyai sahabat baik sejak sekolah hingga universiti bernama Zara. Luna sebenarnya kecewa dengan keluarganya sendiri, apabila berlaku satu peristiwa di mana dia telah difitnah dengan sangat dahsyat. Pada waktu yang sangat tertekan itulah Zara membantunya untuk bangkit kembali, malangnya Zara mendapat penyakit kanser tahap akhir dan menjalani terapi, jadi Luna yang menjaga Zara dan permintaan Zara supaya Luna pergi ke Turkiye untuk mendapat tandatangan dari penulis favnya iaitu Ogus Dogan.

Bermulalah episod Luna ke Turkiye dan tak semena2 dia berkenalan dengan Mateen (kena baca mcm mana). Kemudian Mateen membantunya mendapatkan tandatangan Ogus Dogan, malangnya selepas beberapa jam berjumpa dengan Ogus, keesokkan nya Ogus didapati meninggal dunia di bilik hotel. 

Bermulalah episod mendebarkan bagaimana Luna dan Mateen keluar dari kemelut penyiasatan polis. 

Komenku:

Must read book. Sangat laju dan ada sweet2 juga akhirnya.

Rating saya: **** 4/5 bintang (1 bintang hilang sebab ada sedikit dua typo disitu)

December 30, 2024

Mencari Mrs Ross Gabriel - Anna Lee

 



Tajuk: Mencari Mrs Ross Gabriel 
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Prolog Media
Tahun: 2024
Bil ms: 328 paperback

Sinopsis belakang buku:

“Ingat, Ross. Jangan sesekali guna taktik klise untuk dekati dia, faham? No fancy stuff, no lavish dates. Kalau I dapat tahu ...”

Ross tiba-tiba berhenti melangkah. Tanpa sedar kuku ibu jarinya digigit berkali-kali, satu tabiat yang selalu muncul setiap kali dia dilanda resah. Ugutan Embun jelas merisaukannya, mencengkam fikiran. Tetapi di sebalik kerisauan itu, ada juga rasa yakin yang perlahan-lahan muncul. Dia tahu, dia perlu lakukan sesuatu. Dia mesti membersihkan keadaan yang semakin keruh kerana tindakannya sebelum ini.

Embun tak akan kisah ... kan?


Resensiku:

Kisah spin off dari Kenzi X Embun nukilan Anna Lee. Kisah mengenai bagai mana Mr Ross mengambil cabaran dari Embun untuk menamatkan zaman dudanya, di mana Embun secara tidak sengaja ter kasihan dengan seorang Grab rider penghantar makanan perempuan yang membawa anak nya sekali untuk menghantar makanan kepada Embun sewaktu Embun dalam pantang.

Muka surat depan buku ini ada ilustrasi ye, ilustrasi Embun yang tengah sakit nak beranak, kemudian keretanya berselisih dengan pembandu motor Grab perempuan yang menggendong anak perempuannya berusia lebih kurang 9 tahun.

Maka bermula lah episod Mr Ross terpaksa menyamar menjadi seorang penghantar makanan Grab dan hang out dengan Grab rider perempuan ni tadi. 

Untuk tidak spoiler, silalah baca buku ni, dia romcom dan ada sikit krt sebab perempuan tu janda anak 1.

Rating saya: ***** 4.8/5 (0.2 point tertolak sebab typo)

November 27, 2024

Pada Subuh Yang Membawaku Pergi -by Yaya Samad

 


Tajuk: Pada Subuh Yang Membawaku Pergi
Penulis: Yaya Samad
Terbitan: Mangosteen
Tahun Terbit: 2023
Bil ms: 391ms paperback

Sinopsis belakang buku:

"Janji yang abang akan kembali pada ibu. Sebab abang nyawa ibu."
- Raudhah

"Saya harap dia tak menyesal ada ayah macam saya."
- Faizal

"Terima kasih kerana selalu ada dengan aku."
- Fahim Luth

"Selagi hati ini tidak berbolak-balik, selagi itulah perasaan aku sama untuk dia."
- Nurul Huda

Dia, Iskandar Dzulkarnain, didera sejak kecil oleh si ayah dan dibelai penuh kasih oleh si ibu.

Pendewasaan membawa dirinya jaub hanya kerana tidak mahu tubuhnya terus terseksa.

Keluarga, persahabatan dan cinta diharap malar namun fitrah hidup ini tiada yang kekal.

Resensiku:

... ... ... Sampai tak terkata nak tulis resensi... ... ... 

Kisah mengenai Iskandar Dzulkarnain, dibesarkan dalam keadaan yang tidak sempurna kerana dia telah diseksa (childhood trauma - orang sekarang pangggil - didera oleh ayahnya yang mempunyai nafsu haiwan)

Dia berjaya lari dari keluarganya setelah dapat memasuki asrama penuh, memang itu yang dia impikan. Ayahnya walaupun berjawatan tinggi sebagai jurutera, akhirnya dilanda musibah ketika itu ibunya telah pun diceraikan dan membawa diri ke negeri lain, bersama 2 orang adiknya.

Sementara itu, di asrama, dia berkawan dengan Fahmi, yang bermula secara tidak sengaja, akhirnya menjadi kawan rapat setelah tinggal sebilik dan mendapat jawatan di sekolah (mcm MPP la). Pelbagai perkara belaku di sekolah, sehingga akhirnya Iskandar Dzulkarnain jatuh sakit dan terpaksa pulang ke rumah selama beberapa minggu. 

Kisah ini sangat sedih, walaupun saya cuba untuk tidak hanyut dalam penceritaan, tetapi tetap meruntun kalbuku..... aduhai kenapa la begini pengakhirannya.....

Rating saya: (4/5 Saya suka jalan cerita dan gaya persembahan penulis, santai dan tak celaru.. moral pun banyak)


November 23, 2024

La Rosa Apartment by Zura Anwar

 


Tajuk: La Rosa Apartment
Penulis: Zura Anwar
Penerbit: Prolog
Tahun Terbitan: 2024
Bil ms: 416 paperback

Sinopsis belakang buku:

“Ini bukan setakat nak mengapa-apakan saya, Kayla. Someone wants to murder me.”

Kayla, seorang gadis moden, spoiled dan baru putus cinta dengan kekasihnya, datang daripada Kuala Lumpur ke pinggir bandar di Sabah untuk membantu bapa saudaranya, Encik Saif, menguruskan kedai buku The Lost Chapter. Dia sengaja dihantar oleh bapanya, Dato Karim kerana mahu Kayla belajar berdikari. Kayla tinggal di La Rosa Apartment, sebuah apartment yang bakal mengubah hidupnya.

Satu kematian telah berlaku. Kayla pasti, ia adalah pembunuhan dan suspeknya merupakan salah seorang daripada penghuni La Rosa Apartment.

Semua yang tinggal di sana aneh!

Puan Inas, Encik Omar, Puan Laila, Hail, Lufti dan Encik Baha. Mereka semua aneh kecuali Jabir, jejaka kacak dan paling normal di antara mereka. Jabir mempunyai alibi yang kukuh lalu Kayla mengeluarkan lelaki itu daripada senarai suspek. Mereka membentuk kumpulan siasatan amatur.

Siapa yang membunuh Puan Akira? Dapatkah Kayla hidup berdikari di La Rosa Apartment?

Resensiku:

Kisah Kayla anak orang berada yang dihantar ke Beaufort, Sabah untuk berdikari oleh ayahnya. Dia tinggal di sebuah apartment La Rosa dan di situ dia berkenalan dengan jiran-jiran yang sangat misteri (misteri sebab berlaku pembunuhan di situ).

Adegan demi adegan yang sangat saspen bila Kayla mula siasat siapa yang membunuh jirannya. (padahal polis dah siasat disebabkan oleh kemalangan).

Rating saya: **** (4/5 bintang) - kisah penyiasatan yang agak kelakar tapi laju. Siap berteka teki lagi siapa yang buat.

Nun Kembalikan Dia Semula by Saku Zan

 


Tajuk: Nun Kembalikan Dia Semula
Penulis: Saku Zan
Penerbit: Jiwa
Bil ms: 315ms paperback
Tahun Terbitan: May 2024


Sinopsis belakang buku:
"Kesedihan itu bagaikan parut. Ia mungkin akan pudar mengikut waktu, tetapi pasti tetap ada. Kita harus belajar menerima keadaan itu dan hidup sebaik mungkin bersama-sama dengannya."

Sebuah novel sains fiksyen dengan projek klon yang sarat dengan mesej kekeluargaan, isu pergolakan rumah tangga, pengkhianatan, pergelutan kuasa dan kehilangan tidak tergantikan.

Resensiku:

Kisah ini merupakan sains fiksyen yang sangat terimaginasi ye. Bayangkan kita tinggal di atas menara-menara dan di bawahnya ada air, kita bergerak menggunakan sejenis pengangkutan yang terbang atau meloncat2. Kasut yang kita gunakan pula boleh bertukar-tukar menjadi kasut luncur atau kasut loncat.

Pada zaman itu, teknologi pengklonan atau AI sudah menjadi lumrah, tetapi pengklonan manusia masih lagi tidak dibenarkan, hanya klon organ2 untuk mengganti organ2 manusia yang rosak, contohnya buah pinggang, paru2, mata dll. Kali ini seorang saintis kehilangan anaknya dan dia terlalu merindui anaknya hingga hampir depresi, kemudian dia mencipta klon anaknya sendiri dan mulai menerima padahnya.

Pada saya buku ini sangat underrated. High level imagination dan memberikan kita satu buah fikiran yang tak terlintas dek akal. 

Tahniah penulis. Semoga penulis (merupakan saintis bio) terus menghasilkan buku2 yang menarik selepas ini.

Rating saya: **** (4/5 bintang)

November 12, 2024

Siapa Sangka Terjatuh Cinta by Violetfasha

 


Tajuk : Siapa Sangka Terjatuh Cinta by Violetfasha
Terbitan: Iman Publication
Tahun: 2024
Bil ms: 513 paperback

Sinopsis belakang buku:
[Pemenang Sayembara Novel IMAN 2022]

Dia Mawarti. Pendiam, tak suka bergaul. Baginya yang penting, dia tak kacau hidup orang.

Dia Arif. Peramah tak kena masa, ceria semedang dan bermulut manis. Kalau boleh, semua orang hendak ditegurnya.

***

Rimas dengan sikap abang-abang yang over-protective, Mawarti memutuskan untuk berpindah rumah supaya hidupnya lebih aman. Arif pula, curiga apabila melihat ramai jejaka keluar masuk rumah jiran barunya — Sah, jirannya ada sugar-daddies!

Sangkaan Arif meleset apabila mengetahui jejaka-jejaka itu sebenarnya abang-abang Mawarti. Sejak itu, Arif menjadi runner tak rasmi Mawarti untuk beli barang-barang dapur sebagai tanda meminta maaf.

Pertemuan mereka akhirnya membawa mereka saling memahami luka lalu yang dipendam. Tanpa sedar, ada sekelumit perasan sayang timbul dalam diri masing-masing, namun mereka berdua, masih ragu.

“Having feelings and insecurities are two different things. I know my feelings, and this time it's for real.”

Akan hilangkah semua beban yang tersimpan, jika mereka lebih jujur dan berani berperasaan?


Resensiku:

Ia tentang mental health, trauma dan hubungan sosial apabila masing2 mempunyai isu yang masih belum selesai. Kisah Mawarti, yang introvert dan mempunyai abang2 yang overprotective, menyebabkan dia rasa tidak selesa, lalu menyewa berasingan dari abangnya. dan bermulalah episod berkenalan dengan Arif yang extrovert.

Kedua2 mereka mempunyai kisah silam yang menyebabkan masing2 perlu berjumpa pakar psikologi. Kisah mereka berjaya dibentangkan oleh Violetfasha dengan sangat menarik, dan saya suka plot demi plot serat peristiwa berlaku sangat smooth.

Rating saya: *****(5/5 one of the best on my list)

Introvert by Abstrakim


Tajuk: Introvert
Penulis: Abstrakim
Penerbit: Fixi
Tahun Terbitan: 2022
Bil m/s: 272 paperback

Sinopsis belakang buku:

Mereka kata, orang introvert selalunya perahsia dan suka memendam perasaan. Farady mengaku dia memang sukar untuk meluahkan apa yang dia rasa. Sejak kecil dia selalu merasa kesunyian dan sukar untuk mencari rakan yang boleh dia percayai. Selepas ditimpa satu tragedi, Farady naik ke puncak Bangunan Alam dengan satu niat: dia ingin mengakhiri segala-galanya. Tapi hasratnya dipatahkan oleh seorang gadis misteri bernama Haura.

“Percayalah cakap aku. Kau nak hidup, kau tak nak mati. Sebenarnya, kau cuma tak nak rasa sakit lagi. Tapi kau kena percayakan aku. Rasa sakit ini semuanya akan hilang. Semuanya akan berakhir seiring dengan masa berjalan. Semuanya akan jadi lebih baik.” – Haura.

Untuk pertama kali, Farady rasa ada orang yang mendengar suara hatinya yang selama ini tidak didengari sesiapa. Tapi siapakah gerangan gadis misteri yang tiba-tiba muncul di atas bumbung bangunan tinggal itu?


Resensiku:

Seperti yang tercatat di belakang buku (sinopsis) kisah seorang pemuda bernama Farady yang diselamatkan oleh Haura ketika cubaannya untuk mengakhiri hidupnya kerana mengalami depresi. Dalam novel ni pada permulaan suku novel, saya rasa nak ada misteri, tapi tidak begitu. Watak-watak baru diperkenal kan dalam pertengahan novel dan penceritaan menyebabkan saya rasa terganggu dengan jalan cerita Farady Haura ini.

Sungguhpun Haura tidak confess pada Farady dan vice versa, tapi watak2 sampingan di adakan dalam tengah2 novel menyebabkan saya rasa kenapakah penulis memunculkan watak baru?, adakah penulis lain join dengan Abstrakim untuk memenarikkan kisah introvert ini?. Apabila sampai ke hampir 20 ms terakhir barulah perkembangan hubungan Haura-Farady dipulihkan, tetapi muncul dengan plot2 twist lain (yang ini sangat menarik dan patut dikembangkan lagi).

Secara keseluruhannya saya kali kedua membaca buku Fixi (yg pertama tajuk Kelabu - saya tak minat). Harap pihak editor Fixi boleh baiki lagi mutu Fixi, sebab novel introvert ni sangat menarik dan patut diperkembangkan lagi plot2 twist tersebut. Tetapi malangnya berlaku penciptaan watak2 baru yang tidak sepatutnya ada (seolah2 untuk tebalkan novel?) - ini pendapat saya sahaja.

Rating saya: *** (3/5 bintang)

 




October 30, 2024

Miss Nina Cucu Tok Pa by Sha Ibrahim

 


Tajuk: Miss Nina Cucu Tok Pa
Penulis: Sha Ibrahim
Penerbit: Prolog Media
Tahun Terbitan : Januari 2024
Paperback
Bil ms: 432

Sinopsis belakang buku:

Miss Nina Cucu Tok Pa!

Itu gelaran yang selalu meniti di bibir orang kampung. Miss Nina yang tidak memilih kerja walaupun graduan lepasan universiti. Miss Nina yang suka menolong dan juga Miss Nina yang lantang bersuara. Kelantangan dia dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu menyebabkan dia mengumpul musuh dalam diam.

Di kampung itu, dia hanyalah si penjual ikan. Berbekalkan lori kecil yang sudah ditelan usia, dia meronda ke setiap pelosok kampung demi kelangsungan hidupnya bersama dengan tok ayah.

Dalam kehidupan seorang Miss Nina, dia hanya ada tok ayah, Fifi dan Din, si ‘bisu’ yang menjadi peneman dan pendengar setia.

Din dipandang hina kerana dahulunya pernah terjerumus dengan najis dadah sehingga dianggap gila dan bisu. Namun, tiada sesiapapun yang tahu kehidupan sebenar di sebalik lelaki yang bernama Solehuddin yang menyimpan seribu satu rahsia.
Siapakah sebenarnya musuh Miss Nina? Siapa pula Din di sisi seorang Miss Nina? Adakah Nina masih mampu menganggap Din sebagai seorang kawan setelah rahsia terbesar lelaki itu akhirnya terbongkar?


Resensiku:

Kisah Miss Nina yang menjadi seorang penjual ikan dengan lori dan bergerak disekeliling kampung walaupun mempunyai segulung ijazah. Dia tidak tega meninggalkan Tok Pa setelah neneknya meninggal dunia. Sejak dia di sekolah menengah lagi dia telah diganggu oleh Din, tetapi tidak lah secara keterlaluan.

Sejak Din kembali ke kampung, hanya Nina sahaja yang melayan kerenah Din, kerana semua orang kampung mengganggap Din sudah lagi tidak siuman setelah pulih dari kancah dadah. Din hanya membisu seperti orang bisu.

Rupa-rupanya Din mempunyai rahsia besar, dan dikampung tersebut juga berlaku tidak sefahaman antara haji Basri pemegang amanah duit kutipan dana kampung. Tok Pa pula secara senyap2 menyiasat kemana pergi duit dana kampung tersebut tetapi terkorban dalam kebakaran rumahnya(Rumah Nina duduk, kebetulan Nina tiada). Paling misteri, forensik mendapati rumahnya terbakar disebabkan oleh gas yang tidak ditutup, padahal Tok Pa tak pernah ke dapur waima memasak air sekali pun.

Rating saya: ***** (5/5 best and recommended)


October 29, 2024

Thinking of Loving You by Ain Nabilah

 



Tajuk: Thinking of Loving You 
Penulis: Ain Nabilah
Penerbit: IMAN Publication
Tahun terbitan: Sept 2024
Bahasa Inggeris
Paperback
Bil ms: 235


Sinopsis belakang buku:

umna has struggled all her life trying to define her own worth and prove that she is capable of achieving success. But everything always falls short in the eyes of the one person most dear to her — her father.

An exciting opportunity to work overseas is the chance that Yumna has been waiting for to prove that she can succeed in life.

But a condition was set before Yumna was allowed to go. Andika will look after her because her father doesn’t think she could survive on her own.

Once there, just when life is about to turn for the better, challenges begin to appear one after another. When Yumna discovered a betrayal, a big fight ensued between her and Andika.

Feeling alone and without support, Yumna questions if her father was right all along — that she'll never be independent and always helpless.

"I feel like I’ve been living a lie. They were all involved, and I didn’t know.”


***


What if your heart was broken by the person dearest to you? Will you learn to love again?

Resensiku:

Ini adalah entry pertama review buku bacaan bahasa Inggeris. Kisah tentang seorang gadis Yumna yang sentiasa merasa rendah diri dengan pencapaiannya, hinggalah dia habis belajar, dan mencari kerja. Namun begitu, akhirnya dia mendapat tawaran pekerjaan di Sri Lanka dalam bidang pemasaran di sebuah syarikat yang berkaitan dengan Andika. 

Andika pula merupakan anak kepada kawan ayah Yumna dan mereka telah berkenalan sejak kecil. 
Jadi Yumna ingat dia dapat kerja tu sebab keupayaan dia sendiri, rupa-rupanya Andika lah dalang yang mencaturkan kerjayanya dan rakan tempat dia bekerja pun dibawah pengetahuan Andika. Yumna merasakan dirinya dipermainkan oleh ayah dan Andika. (ni bila di overheard perbulaan Andika dan ayah Yumna tu).

Lastly, Andika pun reveal the truth, dan hubungan dia dan Yumna makin baik, tetiba habis, tak sempat sampai naik pelamin pun cerita ni, patut boleh panjangkan sikit sampai happy ending, dapat anak ke kan....

Overall rating: ** (nice book, kulit cantik, cuma agak dragging tak kesudahan), Author boleh perbaiki lagi for next novel, jalan cerita dah cantik dah, cuma last2 tu mcm nak cepat je abiskan.



October 21, 2024

Warisnya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop


Tajuk: Warisnya Kalbu
ISBN: 9789672899150
Penerbit: Jiwa
Penulis: Sri Rahayu Mohd Yusop
Tahun Terbitan: 2024
Bil m/s: 159



Sinopsis belakang buku:
 
Hassan Basri terjumpa buku lama pusaka datuknya. Rupa-rupanya itu adalah jurnal Tun Cempaka pada era Perang Bendahara Pahang. Tun Cempaka menjadi saksi kepada pengajian seni pantun Kakandanya, Hassan Perwira dengan anak saudara Gabenor British, Katherine Cavenagh. Menjadi persoalan yang besar. Kenapa perempuan inggeris itu berminat hendak mendalami seni pantun Melayu sedangkan hubungan Melayu dan British sedang tegang? Hassan Basri tersentak. 

Sahabatnya Khadija menunjukkan buku yang hampir sama dengannya yang mempunyai kesan seperti tikaman. “Awak begitu benci dengan buku ini sampai awak tikam dengan pisau?” “Tidak!” Khadija hampir-hampir membentak. Tanpa mereka sangka, 2 naskhah usang berusia ratusan tahun itu menyimpan sejarah bangsa yang tidak pernah terungkap.

Apakah kisah di sebaliknya? 

Penghargaan buku:
Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.

Resensiku:

Kisah dimulakan dengan Hassan Basri bersama 3 orang rakan sekelas yang bertarung dalam pertandingan pantun antara sekolah. Kebetulan pula dia terjumpa sebuah jurnal milik datuknya yang mempunyai kisah zaman peperangan zaman kesultanan melayu. Khadija salah seorang calon pantun yang merupakan darah keturunan Inggeris juga mempunyai satu jurnal milik nendanya dan mempunyai pantun yang diterjemahkan dari melayu ke inggeris. Kedua-dua jurnal tersebut rupanya mempunyai pertalian kisah bila digabungkan.

Rating saya: ***** (5/5 best, recommended walaupun novel ini baik untuk usia belasan tahun tapi sesuai juga dibaca oleh semua golongan masyarakat).