To All My Friend, Lovely & Silent Readers

To All My Friend, Lovely & Silent Readers

Mohon maaf kiranya wiyah a.k.a Tuan Rumah tiada kunjungan balas/backlink /follow ke blog kalian, ini kerana disebabkan oleh ketiadaan link blog tuan/puan utk wiyah follow kalian. Jutaan maaf juga jika jarang ber'blogwalking' ke blog kalian (busy tahap cipan). In sha Allah jika ada kesempatan waktu wiyah akan ke singgah ke blog kalian..Peace No War!!

Followers

Imamku Hingga ke Hembusan Nafas yang Terakhir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
"Some Love Stories...Live Forever"
Showing posts with label Iftar 2013. Show all posts
Showing posts with label Iftar 2013. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Carbonara Macaroni Cheese Iftar ke-10

Assalamualaikum wbt

Menu ulang tayang di iftar yg ke-18..semalam dah moreh ngan chicken chop hari nak iftar ngan macaroni cheese plak..huhu meroyan nak makan western jer tekak ni..apahal pon tak tau la! layan kan jer la tekak ni..,stock macaroni, spaghetti, beef mince, tomato puree, cheese bagai sentiasa ada dalam simpanan..barang wajib beli tiap kali shoping groceries! nak wat camano org kampung tekak western..ni namanya org kampung tak sedar diri...kahkahkah

ada anak pokok bercambah..kisahnya sbb ada lebihan daun sup yang tumbuh..ngehngeh

seminggu sekali mesti ada menu ala2 western dr dapur wiyah..menu ala2 hentam sajalah ikut suka apa yang ada kat dapur..sudah cukup bersyukur hehe, nasib baik mr hubby jenis yang tak kisah..apa taknya mr.hubby pon dah jemu makan nasi..hampir setiap hari menu iftar kami adalah nasi! sahur pun kadang tu nasi juga..coz ada lebihan nasi lagi,, membazir kalo tak makan!..susahnya la kalo org yg penyayang yg amat ni kan..haha sabo jer la..korang ada yg mcm wiyah tak??

so cheeeeezy! kata jer tak nak makanan berat ..padahal kandungan kolestrol nya lebih kurang sama jer walaupun bukan nasi, bertambah-tambah la lemak sedia ada haha

Carbonara Macaroni Cheese

Bahan-bahan: Hidangan utk 2-5 org makan
  • 1 biji bawang besar & 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 cawan macaroni (direbus bersama 1sb minyak)
  • 1 tin prego mushroom carbonara 
  • 10biji cendawan butang dlm tin- dipotong 4
  • 5batang crab stick & sosej (option)
  • 3keping slice cheese
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 2sb minyak zaitun& tumiskan bawang besar, bwg putih sehingga sedikit layu & naik bau.
  2. Masukkan crab stick,sosej, prego sos & cendawan butang. Masak dengan api yang sederhana.kacau mesra dan masukkan makaroni yang telah siap rebus tadi. 
  3. Akhir skali masukkan slice cheese, tutup api & siap untuk dihidangkan. Sesuai dimakan masa masih panas.
anyone carbonara macaroni cheese utk iftar hari ni?? haha

daaaa...Selamat berbuka puasa & menjamu selera ^-^

Saturday, July 20, 2013

Mangkuk Sarapan/ Minum Petang/Sahur Yang Ohsem

Assalamualaikum wbt

Seminggu berpuasa dah tak tau nak makan apa daa utk sahu..beli roti utk bersahur baru 2-3 keping yang luak & tarikh luput sudah sampai ke penghujungnya..nak buang rasa membazir, duk termenung kejap nak buat apa dgn roti yer tak nak bagi membazir..

hurm tiba2 tingggg! terus teringat kat resepi yang wiyah copy dr Buku Resepi..khas utk roti2 sahaja, baca punya baca resepi nak match dgn apa yang ada dalam peti ais..akhirnya resepi ni yang menjadi pilihan hati, alhamdulillah laku juga walaupun 1st time buat & 1st time makan..syukur at least roti tu tak terbuang mcm tu saja, , hehe panjang lebar cite nya..padahal pasal roti yang dah nak capai tarikh luput jer pon kihkih

rasanya cukup utk kami bertahan seharian keesokan hari, mudah-mudahan in sha allah..ada roti + sosej ayam + carrot tomato + sos & mayonis

rupanya tak la secantik tart telor/tart buah/cheese tart bagai..tapi rasanya alhamdulillah boleh diterima daripada takde baik ade..welll nak ckp per lagi dah ni jer yg ada, hehe jgn marah errr! 

serious bagi wiyah & husband ianya not bad..bergantung pada inti yang kita buat, roti tu tak bersalah langsung kalau rasanya tak sedap ek ;-D

Sumber Dari Fb : Buku Resepi
Kiriman Dari : Puan Saadah Yusof (Inspirasi daripada blog Martha Stewart)


BAHAN-BAHAN:
  • Beberapa keping roti sandwich putih
  1. Gelek roti bagi sedikit nipis & Terap pada acuan bulat menggunakan cawan/mangkuk ke atas roti. Susun kedalam dulang muffin yang disapu dengan sedikit marjerin.
  2. Kemudian, bakar roti berkenaan selama 5 minit pada suhu 180 darjah. Keluarkan.
Bahan untuk Inti:
  • Semangkuk kecil isi ayam  sosej ayam- dipotong dadu
  • 3ulas bawang merah , 2ulas bawang putih- dicincang 
  • Semangkuk kecil sardin
  • 1/biji tomato- cincang dadu
  • 1/4 biji carrot-cincang dadu
  • 2sb sos cili, 1sb sos tomato & 1sb sos lada hitam
  • Sedikit kucai untuk taburan
  • Beberapa biji telur 
  • Taburan lada hitam  pizza topping (mozarela & cheddar cheese)

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah di ikuti bawang puteh sehingga kekuningan. Masukkan sosej ayam, masak seketika sehingga sosej agak garing.
  2. Masukkan carrot, tomato dan sos cili, sos tomato serta sos lada hitam.Masak seketika, tak perlu di tambah gula & garam.
  3. Isikan inti  sosej ayam tadi ke dalam mangkuk roti. Letakkan topping cheese. Bakar lagi selama 15-20 minit bergantung kepada oven anda.
ini lebihan roti bahagian tepi..wiyah susun2 dapat jadi mangkuk juga, alhamdulillah tiada pembaziran walaupun rupanya comot cket tp rasanya tetap sama dgn yang cantik rupanya..wallahuwaklam, satu pengajaran yang miskin tak semestinya hodoh & sebaliknya ..P&P utk hari ini ;-)

Thursday, July 18, 2013

Nasi Mandy & Ayam Percik Kelantan

Assalamualaikum wbt

Syukur alhamdulillah, dah seminggu kita berpuasa..syukur dipermudahkan segala urusan menguruskan anakanda wafiey & menyediakan juadah iftar kami +  puree utk anak bujang kesayangan.

Sempena bulan ramadhan mr.hubby balik 1 jam lebih awal dari bulan yang lain..means tiada waktu rehat! So wiyah akan siapkan bahan waktu wafi tidur tgh hari & mula memasak setelah mr.hubby balik dari kerja..sambil wiyah masak mr.daddy akan suapkan anakanda makan..apa yg penting kerjasama, in sha Allah harmoni rumahtangga amin..amin..amin

Menu iftar kami yang ke-6..hanya nasi dengan satu lauk..tiada pembaziran! kueh kadang buat & kadang2 beli..tapi elakkan beli kueh yang menggunakan santan coz takut sakit perut

rasanya dah lama beli rempah segera nasi mandy Al-Baiti ni ngan adik wiyah..tapi baru tergerak hati nak buat..harganya berbaloi Rm15/kotak tu..isi dalam ada rempah tumis + rempah sebuk + beras basmathi di tambah lagi cara/kaedah memasak nasi mandy kat belakang kotak (tapi jenis rajin sgt lps buka kotak terus buang..sayang resepi tu)..hurm bila nak update menu br menyesal tak sudah huhu

kalau ikutkan kaedah resepi ni..dicadangkan utk perap ayam bersama rempah mandy & dibakar dlm oven tp tu la kan..tak ikut arahan, org ajar lain buat lain..haha last2 jadi la nasi mandy + ayam percik kelantan + acar/salsa tak buat ;-) ..nak namakan nasi mandy apa pon tak tau..nasi mandy kelantan la kot ek?? hihi

ada dua versi ayam & kambing


Nasi Arab @ Nasi Mandy
Sumber: belakang kotak (tapi kotaknya dah buang) @ Coretan Dari Dapur- Noor Masni

nasi mandy dihidangkan bersama daun pegaga..very d melayu la, nasib baik tak letak sambal belacan ;-D

Bahan-bahan: (2-3 org makan)
  • 1 1/2 cawan beras basmathi (cuci & rendam 20min)
  • 3 cawan air 
  • 1 kiub ayam - hancurkan
  • 2 biji cili hijau
  • 2 helai daun pandan -disimpul 
  • sedikit daun ketumbar 
  • sedikit daun pudina
  • 1 helai daun bay
  • 1biji tomato - potong dadu
Bahan utk menumis:
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Rempah Kasar- bunga cengkih,biji buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • 2sb rempah Nasi Mandhi Ayam Al-Baiti
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak zaitun (kalau boleh gunakan periuk nasi rice cooker). Masukkan bahan tumis (rempah kasar) dan bawang sehingga naik bau/kekuningan. Masukkan daun bay.
  2. Masukkan beras, daun pandan,kiub ayam & tomato dadu kacau sehingga beras kelihatan berkilat warnanya. Masukkan air & pindah kan ke rice cooker.
  3. Apabila nasi hampir masak gaul nasi menggunakan garfu/chopstik (utk elakkan nasi daripada patah) masukkan cili hijau bersama daun ketumbar & daun pudina di tengah nasi. Biarkan nasi sehingga masak.
  4. Titikkan beberapa tompok pewarna kuning dan biarkan seketika. Ketika menghidang baru lah di gemburkan nasi utk warna yang cantik. 
Ayam Percik Kelantan 

  • 1/4 ekor ayam -diperam garam kunyit & panggang sehingga masak
Kuah Percik
  • 1/2 biji santan kelapa
  • 2ulas bwg merah , sedikit halia, 2batang serai (dikisar bersama)

Renehkan santan bersama bahan kisar sehingga pekat (mengikut kepekatan masing2), tambahkan gula & garam sesedap rasa. Setelah siap boleh disiram ke atas ayam yang telah di panggang.

p/s : ini adalah nasi mandy versi tekak org melayu sejati hihi..nak makan makanan org arab tapi tak ikut resepi, so pada anda diluar sana JGN TIRU CARA INI! Ini menderhaka namanya..hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...