❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label 2nd trimester pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 2nd trimester pregnancy. Show all posts

Friday, December 20, 2013

POST 164: Supplement Untuk Mummy And Baby Versi Ayong

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Kenapa bila baca tajuk tu macam pening ek?
korang pening tak?
rasa macam betul dah ayat tu..layankan jela ek...
yang penting hari ni tiba-tiba mood rajin datang...
so ayong nak share supplement ayong ambil masa pregnant ni....
sebagai mukadimah, ayong nak tekankan masa kita pregnant ni adalah sangat penting untuk kita ambil supplement @ makanan tambahan...seboleh-bolehnya memang kena ambil walaupun kita rasa badan kita cukup kuat, badan kita cukup segala zat dan besi untuk baby...tapi tu yang kita rasa je..hakikat sebenar mungkin tak cukup...atau mungkin cukup untuk ibu je, tapi untuk baby tak cukup...lagi-lagi zaman sekarang ni nak jaga pemakanan adalah teramat susah untuk pastikan mummy and baby dapat segala zat dan vitamin yang cukup...ada yang cakap orang dulu-dulu takde pun makan ubat segala bagai, tapi kena tengok pulak orang dulu-dulu tu cara makan diorang macam mana...sama ke macam gaya pemakanan kita sekarang?kalau sama, it's ok...kalau tak, fikir la masak-masak...jangan risikokan baby kita ye mummy-mummy sekalian...
ayong ni pun bukanlah jenis pemakan segala jenis supplement untuk kesihatan sebelum pregnant...
tapi bila tau pregnant, baru start makan supplement yang ayong rasa penting...semua hanya keranamu baby...
ajaib tak ajaib kurniaan Allah yang satu ni..hehe..
ok, dah cukup mukadimah...let's straight to the points!

1. Asid folik
untuk first trimester (dari awal tau pregnant - 3 bulan) ayong makan asid folik ni je...secara ringkasnya asid folik ni memang sangat penting untuk kuatkan rahim kita dan untuk pembentukan sel badan baby...sebab tu ada sesetengah orang yang sebelum kahwin pun dah start makan asid folik ni kalau diorang memang merancang nak baby cepat..InsyaAllah kalau ada rezeki cepat, rahim dah kuat untuk terima..tapi ayong tak makan pun sebelum kahwin..macam ayong cakap tadi, ayong bukan jenis suka makan-makan ubat ni...huhu...so untuk first trimester 1 jenis ubat ni jela makan..sehari sebiji...lagipun untuk first trimester tak digalakkan sangat makan bermacam-macam jenis supplement, sebabnya badan kita tengah dalam proses menyesuaikan diri dengan kandungan...hormon semua jadi tunggang terbalik..so takut kalau makan macam-macam sangat, badan kita tak boleh terima, karang jadi kes lain pulak..lagipun masa first trimester biasanya tengah musim alahan, muntah-muntah, jadi macam kurang bermakna jugak makan banyak-banyak supplement...tak sempat hadam dah keluar balik...rugi...rugi...hehe...oh, lagi satu untuk pengetahuan korang, lelaki pun boleh makan jugak asid folik ni tau...untuk meningkatkan kesuburan...

2. Iberet Folic
Then bila masuk second trimester, ayong nak start makan iron tablet klinik bagi..yang ni memang penting untuk tambah zat besi...kalau tengok dan bau ubat tu pun dah macam besi...hehe...sebab second trimester masih lagi fasa pembentukan baby...so baby akan ambil zat-zat besi dari ibu...so kalau ibu tak cukup zat besi, memang akan jadi bermasalah...simptom-simptom awal kalau tak cukup zat besi dalam darah, selalu pening, nak pitam, darah cair, gusi berdarah dan lain-lain...boleh google untuk fakta yang lebih tepat..then gynae ayong bagitau keadaan boleh jadi lagi teruk bila dah nak masuk third trimester kalau masalah ni tak diatasi...contohnya boleh sebabkan tumpah darah, kecacatan pada baby, jantung mummy or baby tak kuat dan paling paling teruk boleh sebabkan kematian...kalau boleh taknak la sampai jadi macam tu kan..so, walaupun ubat ni tak sedap dan sebab utama orang taknak makan adalah dia boleh buat kita jadi sembelit, tapi seboleh-bolehnya kena makan...lagipun sekarang dah ada macam-macam jenis iron tablet jual kat farmasi...kalau kita tak sesuai dengan jenis, cuba jenis lain pulak...
macam ayong, iron tablet yang klinik bagi memang tak boleh makan langsung, makan sebiji je terus sembelit teruk sampai buasir...so gynae ayong suggest iberet folic...dia tak la cakap iberet ni tak sebabkan sembelit langsung, tapi nak compare dengan jenis lain, iberet folic paling kurang sebabkan sembelit...
dan alhamdulillah ayong sesuai dengan iberet folic ni...hb setakat ni terkawal lagi...harap-harap maintain la...

3. Ostematrix Shaklee
Ostematrix shaklee ni ayong ambil start masuk second trismester jugak..akhirnya terpengaruh dengan iklan-iklan shaklee yang tengah hot sekarang tu..hehe..layankan aje la..yang ni main point ayong ambil untuk tambah kalsium dalam badan...untuk cegah simptom-simptom kekurangan kalsium macam kaki kejang dan lenguh-lenguh badan...lagi satu untuk usaha pastikan baby ayong dapat kalsium yang cukup jugak untuk pembentukan tulang dia..so nanti bila keluar tulang dia kuat...aamiin..pada ayong vitamin kalsium memang perlu especially untuk orang macam ayong yang tak suka minum susu...sebelum pregnant jangan mimpilah ayong nak minum susu...minum susu pekat bolehlah...hehe..

tablet kuning kecik: asid folik
tablet pink: iberet folic
tablet putih: ostematrix shaklee
tablet coklat tu abaikan...tu ubat buasir...
4. Susu Hi Goat
Macam ayong cakap tadi, ayong ni bukan peminum susu...tapi bila tau pregnant, antara benda pertama terlintas kat kepala otak, kena minum susu...tapi tak tau nak minum susu apa..orang tak suka susu la katakan...terus blur..so untuk first trimester, minum tak minum sangat la susu ni...kadang-kadang je beli susu HL tu...tu pun lepas google susu apa yang paling sedap untuk orang pregnant..hehe...nasib baik tekak boleh terima...memang sedap..hehe..tapi susu HL tu mahal..kalau tiap-tiap hari nak minum susu tu untuk 9 bulan, boleh bankrup...hehe...so google lagi..then jumpa orang suggest minum susu Hi Goat..mula-mula takut jugak nak try..dah la memang tak suka kambing, inikan pulak nak minum susu dia...tapi demi baby, try la jugak...alhamdulillah tekak boleh telan..sedap jugak susu ni rupanya...hehe..so sampai sekarang ayong minum susu hi goat ni..selain untuk kalsium, orang cakap bagus minum susu kambing untuk elakkan baby kena kuning masa lahir nanti...yang ni kita tengok nanti keberkesanannya bila baby dah keluar..harap-harap betul-betul berkesan la...paling tak sanggup baby kuning bila tengok kena ambil darah sokmo tu...huisshhh...memang nangis la umminya ni....huhu....

5. Jus Pati Delima Gulsan
Haaaa....yang ni feveret ayong masa pregnant...sampai ummi dan abah ayong panggil baby dalam perut ni Gulsan...Gulsan ni brand dia je..abah cakap Gulsan tu nama panggilan untuk orang-orang terhormat kat Turki...layankan jela...hehe..minum air jus delima ni memang sedap..lagi-lagi bila tekak tengah rasa semacam je, minum air masam-masam ni terus lega..alkisah boleh tertarik nak try jus ni bila tengok kat fb asal mummy ni ada problem masa pregnant je (contoh: hb rendah, morning sickness teruk, sembelit dan lain-lain) mesti ada je yang suggest jus delima Gulsan ni...then jus delima ni pun senang nak dapat dan murah..terus laju jela beli...so far ayong rasa jus delima ni bagus..lagipun ibu mengandung kan memang digalakkan makan buah delima..so tak dapat buah delima, jus delima pun jadi la..hehe...

ok, setakat ni tu je yang ayong ambil...lain-lain tu macam kismis, kurma makan jugak la...buat kunyah-kunyah...hehe..untuk third trimester nanti ayong plan nak tambah makan kapsul VCO pulak..orang cakap bagus untuk senangkan bersalin nanti..plus khasiat-khasiat VCO yang lain..korang boleh google la ek..tak pun tanya je kat penjual-penjual VCO yang maha ramai tu...hehe..nanti dah masuk 8 bulan minum minyak kelapa dara pulak...InsyaAllah..kita usaha je kan mana yang mampu, selainnya tawakkal pada Allah jela..
rasanya tu jela nak share...khusyuk sangat taip tiba-tiba dah panjang pulak...
korang layankan aje eh pregnant mummy yang tiba-tiba rajin ni...hehe...