Followers

Showing posts with label Euro2008. Show all posts
Showing posts with label Euro2008. Show all posts

Monday, June 30, 2008

SPAIN:UEFA EURO 2008 CHAMPION!!

Pheeww........!!Berakhir sudah Demam EURO2008 kali ini,yang menyaksikan Sepanyol menumpaskan Germany 1-0 sekaligus merangkul kejuaraan bagi kejohanan EURO208 kali ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi tadi pi tengok match EURO2008 final ni kat Restoran Nasi Kandar Khaleel Seberang Jaya,wif Anies,Ijad,Hasrin,Mail dan Epul.(Semua nama yang aku nyatakan ni sumer member ex-UiTM dulu..member masa belajar dulu).Aku siap pakai Jersi Germany(dah aku sokong Germany),Anies plak pakai Jersi Spain(dia nih giler ngan Spain..)..kitorang plak yang gaduh last-last....hmmm nevermind.

Saja la nak tengok Perlawanan akhir ni kat kedai mamak,happening sket ngan penyokong Spain dan Germany yang memberikan sorakan dan standing ovasion tiap saat ada gerakan merbahaya dari pasukan pilihan masing-masing..memang happening..('',)..Kecewa aku tengok aksi Germany yang macam tak bermain dengan kemampuan sebenar,nak wat camana kan,takdak rezeki..so meh aku review sket game pagi tadi :

SEPARUH MASA PERTAMA

Perlawanan separuh masa pertama pada permulaannya menyaksikan penguasaan Germany terhadap ball possesion,ada beberapa gerakan merbahaya juga di lakukan pemain Germany namun benteng pertahanan Spain agak sukar untuk dibolosi.Spain yang sedikit lembap mencari rentak akhirnya dapat melakukan serangan-serangan balas yang merbahaya,dan dapat di lihat pertahanan Germany agak Goyah di situ.(aku pun tak taw naper la defend Germany very poor ..lahm ok jer aku tengok,tapi tak beraksi secemerlang perlawanan sebelum ni.)

Akhirnya pada minit ke 33' Spain membuka jaringan menerusi gol sungkit dari Fernando Torres(former Liverpool Player) yang mengatasi penjaga gol Germany Jens Lehmaan dan Philip Lahm(defender).Masa ni aku tengok ada miscommunication antara Lehmann ngan lahm,lahm lambat mentackle Torres sebab dia ingat Lehmann will save da ball.Hujung masa pertama berakhir dengan 1-0,kelebihan kepada pasukan Sepanyol.(masa Sepanyol gol bergemuruh kedai mamak)

*Torres lepas wat Gol untuk Spain
*Torres mengatasi penjaga gol dan pemain pertahanan Germany.
*mau tak rai-Gol penting tuh...ni kan Final!!

BABAK MASA KEDUA

Pada permulaan babak kedua Germany membuat pertukaran Philip Lahm yang di gantikan dengan Hanseen,manakala Fabregas(Spain) di gantikan dengan Xabi Alonso.Pada awal permainan Germany banyak mengasak dan ada cubaan merbahaya dar Schweinsteiger tapi tak berapa kemas diorang nak wat finishing-ngan Iker Casillas yang mantap sukar bagi Germany untuk mencari ruang bagi jaringan Gol penyamaan.

Spain bermain dengan baik skali,di mana counter attack demi counter attack di lakukan-aku dapat tengok Germany semakin tertekan-Germany seolah berusaha keras untuk mengatasi pertahanan Spain yang agak kebal,(masa ni aku dah pelik kenapa Lukas Podolski lansung tak menyerlah,mungkin sebab bola payah nak dapat kat dia kot)..Micheal Ballack ,Klose,Schweinsteiger pun tak menyerlah-pendek kata Germany seolah hilang punca dan agak tertekan dengan corak permainan Spain.


*Micheal Ballack-Kapten pasukan Germany


Cuma aku puji sebab Germany tak mudah menyerah kalah.Spain memang deserved untuk menang dis match based on the performance..walaupun Kuranyi dan Mario Gomez di masukkan sebagai percaturan terakhir Joachim Low namun itu tetap tak cukup untuk membawa Germany memperolehi gol penyamaan.

Spain muncul juara EURO2008 ini apabila wisel penamat di bunyikan,sejurus selepas 3 minit masa tambahan berakhir.Spain 1,dan Germany 0.

*Luis Aragounis(Spain Coach) di raikan atas kemenangan Spain


KEMARAU 44 TAHUN BERAKHIR

Dengan kemenangan ini,berakhirlah kemarau 44 tahun Spain dalam mencari kejuaraan bagi major tournament seperti ini.Kali last team Spain menang pun pada tahun 1964.Jadi kemenangan ini memang sangat bermakna bagi Spain-44 tahun lama tuh!!

Kedua-dua pasukan punya reputasi tersendiri,yang mana Germany dah menang kejohanan EURO sebanyak 3 kali,namun rezeki tidak ada untuk perlawanan kali ini.Jumpa lagi di kejohanan Piala Dunia 2010 nanti!!Semoga nanti akan ada sinar baru untuk pasukan Germany!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kejohanan EURO2008 kali nih memang best bagi aku,sebab team yang layak semua power-power..Team underdog pun menyerlah juga dalam perlawanan kali nih-lihat sajalah bagaimana Croatia melayakkan diri ke suku akhir mengatasi Czech Republic,Russia menewaskan Belanda,dan Portugal yang tersingkir setelah kalah dengan Turkey..Well,Anything can Happen in Football..

Maka dengan ini berakhirlah sudah segala liputan pasal EURO2008 untuk bulan June nih..walaupun banyak hari juga tak cukup tidur tapi aku puas sebab dapat menyaksikan pasukan-pasukan pilihan mara ke separuh akhir(ITALI) dan ke pusingan akhir(GERMANY).aku pun heran naper la aku sokong pasukan yang asyik kalah jer...haha..takper takper..Yang penting semangat kesukanan yang sentiasa membara tu tetap ada..jumpa lagi di kejohanan Piala Dunia 2010 nanti!!

See you there.!!Insya Allah..

*segala gambar bagi berita terkini EURO2008 untuk bulan June ini is a courtesy of UEFA EURO2008 website.TQ.

Sunday, June 29, 2008

PerliS TriP's OveR



Ni gambar gambar masa on da way balik dari Perlis tadi..singgah sebentar di bandar Alor Setar sebab Anies nak antar baju yang kawan dia pakai masa bertunang temoh hari ke butik pengantin di situ.Sempat makan eskem McD sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

Tiba di Penang pukul 9 malam tadi...Oh yaa...Malam ni akan berlansung satu perlawanan uang hebat antara Spain dan Germany dalam merebut kejuaraan EURO2008 kali ini.Of course la aku akan sokong Germany untuk menjadi Champion

Dengan Barisan pemain seperti Bastian Schweisteiger,Lukas Podolski,Philip Lahm dan Miroslav Klose,aku yakin Germany mampu menumpaskan Spain-walaupun pasukan bimbinan Luis Aragounis ini bukan calang...Micheal Ballack cedera dan mungkin tidak akan bermain untuk perlawanan sebentar lagi.David Villa pun tidak akan bermain untuk Spain

Siapa akan menjadi Juara EURO2008 kali ini?

semestinya GERMANY!!!! ('',)~(ayat konpiden giler..!!!sukati aku la kan..haha)

*untuk kesekian kalinya aku tak tidor lagi la nampak gayanya malam nih...esok kerja tak taw la camana....Boss aku tak approved cutii..ingat aritu nak amik cuti kecemasan sempena Final nih..haha

Friday, June 27, 2008

Spain To The Final!!!

Gol di separuh masa kedua bagi Spain menerusi Xavi Hernández(minit ke 50'), Daniel Güiza(minit ke 73') dan David Silva(minit ke 82') melayakkan Spain ke Pusingan akhir UEFA EURO 2008 dan akan menentang Germany,setelah Luis Aragonis membuktikan bahawa pasukan Sepanyol adalah terlalu kuat untuk menentang Russia.


*Xavi Hernandez menjaringkan gol pembukaan Spain

*David Silva setelah menjaringkan gol kemenangan untuk Spain

*Skor ketiga Spain dari David silva

*Iker Casillas & Carlos Marchena meraikan kemenangan

*Spain`s Xavi Hernández tries to tackle Andrei Arshavin
*David Villa yang cedera di penghujung masa pertama terpaksa di keluarkan dan di ganti dengan czech Fabregas.
*Xavi Hernandez di raikan setelah menjaringkan gol pendahulu Spain.

Russia tak mampu untuk mengekang kemaraan Spain pun aku tengok..mereka bermain dengan strategi yang lemah,dan Arshavin yang di sebut sebut sebagai bintang baru Russia yang akan menyinar seolah hilang entah ke mana.Hanya beberapa cubaan dari Pavluchenko menampakkan semangat Russia,tetapi selain dari itu-memang well deserved by Spain to won this match!!

Tahniah buat pasukan Sepanyol dan semua yang menyokong Pasukan ini.

*nanti Final Germany akan menentang Spain-sekurangnya perlawanan Final ini pasti akan menjadi sangat sengit dengan dua pasukan yang memang hebat dari segi bakat dan pemain berpengalaman.Tak sabar aku nak tunggu Final nih...nak amik cuti la isnin depan..haha

Thursday, June 26, 2008

Hero LAHM strike late to seal GERMANY Final Place

Salam bersiaran.Semalam aku tidur awal dalam pukul 10 malam sebab nak bangun untuk menyaksikan kemenangan Germany dalam perlawanan separuh akhir,dan Alhamdulillah,Germany mara ke final namun pasukan Turkey juga amat boleh di puji atas persembahan yang sangat memberansangkan.Kredit untuk mereka,namun adat pertandingan pasti ada yang menang dan kalah-Germany mara ke FINAL!!('',).Meh kita review sikit pasal perlawanan awal pagi tadi:

Tempat:St.Jacob Park,Basel
Suhu: 26 Degree Celcius

PENGUASAAN TURKEY

Babak 45 minit pertama menyaksikan penguasaan padang yang baik dari pasukan Turkey.Namun Germany juga masih mampu menghasilkan serangan merbahaya,tapi ball possesion nyata lebih memihak kepada pasukan Turkey.Kredit untuk Turkey.Ringkasan untuk Separuh masa pertama:

6'-Kazim kazim(Turkey) membuat cubaan tepat ke arah gol lawan namun terkena palang..(masa ni da rasa germany macam tergugat pun...hmmm)
17'-Micheal Balaack(Captain Grmainy) dapat peluang yang baik untuk menjaringkan gol tetapi terlepas peluang tersebut..(isshhh sayang giler...)
22'-kesilapan pertahanan Germany menyebabkan Ugur Boral(Turkey) menjaringkan gol pendahulu hasil sepakan kazim kazim yang mengena palang sekali lagi dan di susuli dengan gol dari Ugur Boral.Kedudukan 1-1
*Gol dari Ugur Boral(Turkey)

26'-Hantaran cantik Lukas Podolski(cayaaaa lah!!) ke arah gol lawan memberi peluang kepada Bastian Schweinsteiger menjaringkan gol penyamaan,4 minit selepas gol pendahulu Turkey.
*Lukas Podolski dan Bastian Schweinsteiger meraikan gol penyamaan.

33'-Lukas Podolski terlepas peluang yang sangat baik untuk menjaringkan gol,tetapi tersasar.
Tamat separuh masa pertama dan kedudukan masih terikat Turkey 1 dan Germany 1.

GERMANY KEMBALI BANGKIT

Separuh masa kedua pula dapat dilihat Germany mula mendapat rentak untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Turkey.Namun elemen tuah masih di ambil kira di mana tuah lebih menyebelahi pasukan Germany,lantas melayakkan Pasukan itu ke Pusingan akhir bagi Kejohanan EURO2008 ini.Ringkasan di masa kedua perlawanan:

54'-Thomas Hitzsperlger (Germany) membuat cubaan yang menarik ke gawang Turkey.
72'-Hitzsperlger membuat cubaan sekalilagi tetapi hanya tersasar beberapa inci jer dari gol(uuuhhhh sayang seribu kali sayang..)
79'-Miroslav Klose menjaringkan gol menerusi tandukan cantik,hasil hantaran menarik daro pemain pertahanan,Philip Lahm(aku suka tengok Lahm yang lincah ni main,memang lajuuuu giler...)
*tandukan Klose menjadikan Germany sebagai pendahulu

86'-Aku bajet Germany da menang dah lepas Klose jaringkan Gol tetapi tetiba Sabri(nama cam melayu plak kan,Turkey)menghantar bola cross depan pintu gol dan Semih senturk berjaya menjaringkan gol penyamaan...(arrrgghhh geram jer aku rasa...)
*Gol dari Semih Senturk(Turkey)

90'-Minit terakhir ni menyaksikan pemain pertahanan,Philip Lahm menjaringkan gol kemenangan kepada Germany..!!!
*Philip Lahm yang menjaringkan Gol kemenangan pada GERMANY!!

Sensasi sangat gol terakhir dari Philip Lahm yang menjaringkan gol kemenangan pada pasukan Germany..Syabas pada Germany!!!Dengan kemengan ini melayakkan Germany ke Final bagi kempen EURO2008 ini..

{Hebat kan 11 minit terakhir 3 gol di hasilkan dalam perlawanan ni..!!}

*Lukas Podolski dan Micheal Ballack
*Germany yang meraikan kejayaan mereka dapat mara ke FINAL

Kesimpulannya aku sangat gembira Germany dapat mara ke pusingan akhir bagi EURO2008 ini.Namun kehebatan Turkey yang tidak menyerah kalah harus dipuji dan aku tabik springggg sangat ngan Turkey yang mempamerkan daya juang yang tinggi...Germany bermain dengan rentak yang biasa,namun masih mampu untuk mengekalkan Kejuaraan...apa apa pun,nantikan perlawanan antara Spain dan Russia awala pagi esok untuk menentukan pasukan mana yang akan ke Final dan bertembung dengan Germany di pusingan akhir..

*Abis game tadik sempat la tidur sejam...sambung tidur lagik...hehe...oh ya lupa nak bagitau semalam masa menonton berlaku gangguan siaran selama 10 minit jugak selama dua kali,Gol dari Klose dan Semih Senturk tak dapat di saksikan secara Live..hmmm mungkin ada masalah teknikal dari pemancar sana..

Wednesday, June 25, 2008

You've Made UP my DAY!!

Pagi tadi dalam kul 10 pintu bilik opis aku di ketuk,seraya muncul la opis boy menghulurkan sebungkus kiriman pos laju.belum pun sempat aku nak ucap time kasih dia da blah..erkkk kira halal la yek..hehe..waahhhhh dapat bungkusan dari orang jauh ni..tapi aku tertanya-tanya apa isi kandungan bungkusan tersebut..

Bungkusan ni pakai nation wide,pos laju la katakan..dan bila aku bukak ada la satu kada yang sungguh chumil dan kiut miut...warna biru lagik...(just so u know my faveret kaler is BLUE..)


Kad ini sungguh chantek..memang lawa sangat...i can't remember how long i haven't received any card like dis..mmm..thank you so much to you..macam tahu-tahu je kan aku suka kaler biru..hehe

Dalam kad tu tertulis "To AXIM yang gila bola(sampai hati ko cakap aku gila yek),sorry ITALI defeated..hope Germany will walk to the final..Have a great day to you..Hope to keep in touck ok.."-Lebih kurang macam tu lah apa yang tertera dalam kad yang kiut itu...

I thought i've already seen all,rupanya dengan kad tu disertakan skali ngan satu figure international Germany player-Lukas Podolski!!...('',)terkejut aku dapat gift macam nih..memang tak di sangka sangat dan rasa cam hepi giler...only god knows how happy i am to received dis pro-star figure..Thank you so much yek...so so much...you just made up my life today....appreciate dat so much..


Actually pasukan pilihan aku untuk kejohanan EURO2008 ini ialah itali,tapi itali dah tersingkir setelah kalah ngan spain (penalti) tempoh hari .Kumpulan yang akan ke separuh akhir ialah Germany,Turkey,Spain dan Russia.Dalam empat Group tuh aku sokong Germany...yeeaayyy,Germany gonna be a new champion for dis EURO2008 (hope soo..).Lagipun sejak 1996 ni lah baru kali pertama German dapat masuk semi final di kejohanan Antarabangsa ni.so mungkin dengan semangat itu dan berbekalkan pemain yang berpengalaman Germany mampu untuk menjadi juara.

Okeh,berbalik kepada cerita asal(selalu ter off topic kan)-Yang lagi aku terharu ialah mender ni limited edition..cuma di jual di kedai kedai terpilih sahaja,dan pro-star figure ni pun ada hanya untuk beberapa pemain seperti Nani(Portugal),david villa(spain),Robie Van Persie(holland),Thomas Rosicky(czech republic) dan ada lagi la beberapa nama besar lain,tapi its really limited..so bila ada orang kasi macam ni memang la aku rasa gumbira tiada terkata..

Chomel tak dis Pro-star figure??chumil sesangat.....aku letak atas PC dalam bilik opis aku ni.Kat bawah aku buh gambar dis figure yang dah di close-up kan..


Sedikit review pasal Lukas Podolski ni..maybe ramai tak tahu siapa Lukas Podolski kan..so meh aku bercerita sket:

Lukas Podolski lahir pada 4 Jun 1985,(waahh tetiba ramai plak kan yang besday bulan jun..haha)..dia ni kelahiran Poland,dan merupakan anak kepada Waldemar Podolski seorang pemain football proffesional Poland.Masa umur dua tahun dia ikut kuarga pindah ke Germany,danjadi warganegara german since then.


Pada tahun 2006 dia da start main dalm bundesliga,ngan kelab Bayern Munich..sampai skang pun dia still main kat kelab Bayern Munich(jersey nombor 11).Kalau korang tengok EURO2004 masa tu lah kemunculan kali pertama Podolski di peringkat antarabangsa.Pemain termuda tu(ye la masa EURO04 dia baru 19 tahun.)
Masa worl cup 2006 pun dia terpilih untuk jadi kesebelasan utama bagi pasukan Germany.Masa tu ingat lagi dia bergandingan ngan Miroslav Klose sebagai penyerang.Gol pertama dia buat ialah dalam perlawanan ke tiga kumpulanmasa menentang Ecuador.Masa world cup 2006 ni lah German dapat masuk semi final tapi kalah ngan ITALI 2-0 dalam masa tambahan(hahah itali superb kan..hehe)..World cup 2006 German dapat tempat ketiga selepas menewaskan portugal.


Untuk EURO2008 ni dapat kita lihat betapa menyerlah nya Lukas Podolski yang bergandingan dengan Micheal Ballack dan Miroslav Klose bagi Pasukan Germany.Dan kalau korang masih ingat perlawanan pertama German vs Poland,Podolski wat gol pertama tapi dia tak raikan sebab mau kasi respek kat negerikelahiran dia.(klik sini untuk refresh ur memory about dis match).Dan perlawanan perlawanan seterusnya memang Podolski menyerlah hinggalah German dapat ke Semi final bagi Eur02008 kali ni.


Maaf la naa sebab dah melalut ngan info pasal Lukas Podolski dan pasukan Germany ni..apa apa pun malam ni akan berlansung perlawanan separuh akhir antara Germany dan Turkey-semestinya kelebihan banyak berpihak pada Germany dari segi pemain yang berkaliber dan berkebolehan..Pasukan turkey juga punya semangat juang yang tinggi tapi bagi aku semangat saja tidak mencukupi jika tidak dilengkapi dengan pemain pemain handalan,dan ternyata Germany mempunyai kelebihan itu.

Dengan pemain seperti Micheal Ballack,Lukas Podolski,Miroslav Klose,Bastian Schweinsteiger,Philip Lahm(sekadar menyebut beberapa nama)aku yakin Germany mampu menumpaskan Turkey bagi perlawanan separuh akhir ini..(hahah..kan dah melalut lalut lagi pasai bola ni...hangpa sumer jangan boring naa..)

*Ok lah,da cukup la kita sembang pasal nih..terima kasih banyak banyak la pada yang bagi gift ni pada aku..(i know you gonna read this entri)...suka sangat sangat...tq so much..(ada ubi ada batas ada hari boleh ku balas..)..jangan lupa malam ni perlawanan Germany VS turkey bertempat di Basel st.Jacob Park pukul 2.45 pagi.Sama-sama kita tontoni kemenangan Germany...('',)

Monday, June 23, 2008

Azzuri defeated and Oust by Spain

Mmmmmmm malas nak citer panjang,
just straight to the point okeh-

Itali tewas di tangan Sepanyol
Dalam perlawanan suku akhir awal pagi tadi
Dengan kedu-dua psukan terikat 0-0
sehingga masa tambahan
Dan penalti menjadi penentu
4 goal penalti Sepanyol
2 gol penalti Itali

Kesudahan,Sepanyol layak ke Separuh akhir dan akan menentang Russia 26 jun ini.

*Zambrotta(Itali) dan Fernando Torres (Spain)
*De Rossi dan David Villa
*Antonio Cassano bersama Roberto Donadoni *Iker Cassilas yang muncul sebagai man of the match setelah menafikan sepakan penalti dari Daniele De Rossi dan Antonio Di Natale

*Buffon berjaya menepis penalti dari Guiza,namun sepakan Fabregas menjadikan Spain pasukan yang layak ke separuh akhir
*mau tak gembira Spain dapat masuk ke semi-final,sejak tahun 1994 lagi diorang duk tunggu


*Italy`s Alessandro Del Piero, Antonio Di Natale, Fabio Quagliarella dan Morgan De Sanctis dengan wajah kecewa di akhirnya...takper...aku tetap sokong kalian..

Mungkin kesilapan Itali kali ini ialah bermain terlalu bertahan(defensive)..perlawanan sedikit hambar kerana kedua dua pasukan bermain cara selamat dan kurang mengambil risiko..namun Spain boleh di puji kerana lebih banyak menyerang dan mempamerkan teknik merbahaya,berbanding itali yang mempunyai kelebihan di bahagian pertahanan.Luca Toni tidak mampu untuk membuat finishing yang baik walaupun banyak cubaan yang di perolehi,dan Alesandro Del Piero hanya muncul di masa tambahan.

Penentuan penalti menonjolkan kedua dua penjaga gol bertaraf dunia,Iker Casillas dan Gigi Buffon,namun kelebihan tetap berada bersama Sepanyol-keputusan akhir Itali tewas dan Sepanyol akan ke Separuh akhir menentang Russia.

*hmmmmm pas ni semi final dan final nak sokong pasukan mana la pulak...German je la yang tinggal...

Sunday, June 22, 2008

Another Drama for EURO2008

*Pavluchenko dari Russia yang membuka jaringan dalam perlawanan menentang belanda awal pagi tadi
*Ruud Van Nistelrooy berjaya menyamakan kedudukan dengan menanduk masuk bola ke gawan lawan



*Namun masa tambahan 15 minit sudah mencukupi untuk Russia menambah 2 jaringan menjadikan mereka sebagai pendahulu dan akan mara ke separuh akhir

Keputusan:
Belanda 1-3 Russia

Belanda tersingkir dari EURO2008,dan Russia akan mara menetang pasukan (antara Itali dan Spain-mana yang akan menang pada perlawanan awal pagi nanti).

*ITALI akan menumpaskan Spain..sama-sama kita saksikan perlawanan dua pasukan ini awal pagi nanti...(haha ayat konfiden jer....kalau itali kalah mau aku kena kutuk nanti...pedulik hapa aku..hahaha)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails