Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Mac 2013

DIY Bunga Tangan kali ke-3

Salam blogger-blogger yang comel sekalian...=)
Macam mana ngan cuti korang??Banyak meghadiri majlis kenduri??
Kali ni linda nak tunjuk bunga tangan yang linda buat untuk kawan satu ofis.
Bunga sama je ngan yang sebelum ni,cuma kaler je yang lain.
Bulan 6 ni ada tempahan bunga tangan yang sama jugak.
Tak sempatla nak wat tutorial untuk korang.
InsyaAllah kalo ada kelapangan linda wat yer...=)





Isnin, 18 Mac 2013

DIY Pelamin Kawen

Salam semua.
Okey,seperti yang dijanjikan linda nak review pasal pelamin yang linda cerita kat entri PAPER FAN
Sori sangat sebab baru nak review pasal pelamin adik.
Ramai jugak yang tanya macam mna nak buat paper fan ni.
Nti kalo ada masa linda buat tutorial paper fan ni ye...=)
Okeyla,tak mo cakap banyak,linda nak tunjuk hasilnya.
Ni pelamin yang linda pilih utk jadikan contoh.comel kan??
Hasil DIY linda plak.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



TARA...!!

COMEL TAK???

 Pelamin DIY.Hasil bantuan semua termasok suami tersayang.

 Bersama family tersayang.Hidup penoh warna-warni..

Pengantin yang malu-malu..=)

Sabtu, 16 Mac 2013

Tempahan Bunga Tangan

Salam semua...=)
Cepatnya masa berlalu kan,dah masok bulan tiga.Ujung bulan ni plak musim kenduri kawen.Makanya...linda ada dapat tempahan bunga tangan dari adik comel.Ni kali kedua linda amek tempahan untuk bunga tangan.Best pulak buat bunga tangan ni sebabnya hasil kerja tangan kita akan sntiasa ada dalam genggaman pengantin.Terharu...=)Kali ni linda buat bunga tangan ros dari kain felt.Ni bunga yang paling senang nak buat.Potong dan terus lilit pada dawai,pastu jadii...Nak tengok hasilnya tak??





Selasa, 6 November 2012

Cara mudah buat label TQ tag

Assalammualaikum korang.
Macam mana bakal pengantin?Dah ready nak jadi isteri?
Harapnya apa yang korang rancang  semuanya berjalan lancar.Amin..
Linda nak ajar korang cara nak buat label TQ tag versi Puan linda.=)
Caranya sangat mudah.Dah sedia??Jom kita mulakan.
Hahahaha....overnya kau makcik.Puii...



1) Mula-mula save gambar ni.
Sebabnya kita akan ubah suai label ini menjadi hak milik kita.




2) Kita akan edit guna Photoscape.Kalo takde sila download sekarang.
Bila dah download,masuk dan klik pada Editor.
(klik gambar utk tumbesaran yg sempurna)



3) Pilih gambar yang korang save tadi.




4) Sekarang kita akan padam tulisan 'Thank You'.
Kita tulis nama kita barula gempak.Nama pun DIY kan...=)
(ikot step mcm dlm gambar dibawah)
Klik Object ~ Pilih kotak ~ Pilih warna background




5) Sekarang TQ itu sudah hilang...=)
Kita akan tulis Terima Kasih versi kita.
Ikot step seperti gambar dibawah.Wah ayat skema gitu.




6) Bila kita klik 'T' akan naik macam kat bawah ni.
Pandai-pandaila korang adjust,sy tau korang pandai punya...




7) Terima kasih dah jadi la.




8) Taraa....tq tag anda dah siap.
Bolehla copy paste kat word pastu print kat kertas sticker.




Ni yang saya hasilkan.Cun tak??


p/s :Kalo tak faham korang boleh email je kat linda.Saya sedia membantu.Sharing is Caring

Isnin, 9 April 2012

Hand Bouquet

Salam semua.
Dah hampir sebulan kami berkahwin,tp baru nk wat review pasal kawen kan??hehehe...Tp,apa-apa pun Alhamdulillah...majlis kami berjalan lancar.Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan terima kasih pelok cium pada yang banyak membantu melancarkan majlis.Terutamanya keluarga,sedara-mara,teman-teman tersayang dan orang-orang kampung.Apa pun linda bersyukur semua yang dirancang berjalan lancar.Ada skit2 je yang xpuas ati,tp xpa...adatla kn.Bukan semua yang kita rancang menjadi.


Okey,mula-mula nak wat review pasal hand bouquet a.k.a bunga tangan.Majlis bersanding dan bertandang linda DIY sendiri bunga tangan.Bersanding wat bunga segar/bunga idup.Bertandang plak linda wat bunga fabric inspirasi dari Puan Intan NorAzam.Tapi,tak secantik macam yang beliau buat.Apa pun sangat puas ati sebab kos yang sangat berbaloi-baloi berbanding bunga segar.Mehla kita tengok bunga tangan yang i buat 2.Cantik sangat ker??Harusla kan???puji sket...hehehe...=p


*
*
*
*
*
*



Hand bouquet dari arah tepi.Metarial fabric linda guna lycra lebihan wat tudung.


Kita zoom dari arah atas plak.Okey x??


Jeng,jeng,jeng...pengantin pegang hand bouquet yang DIY sendiri.


Ni plak hand bouquet bunga segar.Gambar xbrapa cun sbb kualiti kamera yang kurang memuaskan.


Pic hand bouquet bunga segar xsempat snap dari arah dekat.Jadi,ni jer yang dapat amek.Nampak kan???

Sabtu, 31 Disember 2011

DIY Hujung Minggu

Fuh,otak ni sarat ngan macam-macam benda yang nak disettlekn sendiri.Nasibla mak banyak tolong.Sayangggg mak...muah!!Hujung minggu aktiviti potong dan tampal.Baru siap 300pcs.Nak tau apa yang linda buat??Nti,dh selesai majlis linda akan review semua door gift untuk semua.Blehla kan,nak kongsi serba sikit untuk bakal-bakal pengantin.Janji ianya hasil kerja tangan pengantin.Baru rasa sket bahang nak kawen kan.Hehehe...


DIY Hantaran

Salam semua.Selamat Tahun Baru 2012.Apa azam korang taun ni??Azam linda??Azam xde kot...cuma harapan je.
Harap semua yang dirancang tahun ni akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-NYA.Amin.
Wah,cepat je kan,dah masuk tahun 2012.
Macam-macam tak prepare lagi,sebabnya semua nak DIY sendiri.Fening-fening...adeh!!!

Okey,sekarang linda tunjuk macam mana nak DIY hantaran paling mudah.Simple sangat.Malu plak rasanya nak tunjuk.Anggaplah ni sekadar perkongsian ilmu eh.

Mula-mula sediakan bahan macam dalam gambar kat bawah ni.
1. Double tape
2. Player
3. Gunting
4. Balang kaca
5. Polistrin yang siap dibalut
6. Bunga 
7. Dawai 
8. Gam pistol



Lekat balang kaca dengan menggunakan double tape.


Potong bunga,kemudian cucuk je disekeliling polistrin.Pastikan polistrin jangan terlalu besar sebab nanti korang kena cucuk banyak plak bunga untuk tutup polistrin tadi.
Pastu letak barang hantaran korang.Tara...siap!!Simple je kan??


Selasa, 4 Oktober 2011

DIY Wedding Candy Packaging


Salam semua...=)
Jom kita belajar macam mna nak cantikkan wraping gula-gula/coklat mngikot warna tema wedding korang.Step yang sangat simple dan hasilnya memuaskan.Linda dpt idea ni pun melalui satu blog ni.Kalo korang rajin,bleh la try.Sharing is Caring!!

Ni coklat biasa je,tp wraping ditukar.Ni xnk sbb lari bajet.hehehe...

Ni yang linda akan ajarkan.Tunggu yer.Layan gambar dl eh...

Ni comel kn??Kalo linda xajar pn korang boleh buat kn??


Mula-mula sedia kan barang-barangnya yer cik-cik adek manis...=)
1) Crepe paper / Kertas tisu
2) Ribbon / Dawai
3) Daun plastik
4) Paper cup
5) Gunting
6) Gam pistol


Cara nak buat seperti berikut :
1) Potong crepe paper/kertas tisu lebih kurang 8inci lebar dan 8inci panjang.

2) Lipat dua,kemudian lipat skali lagi menjadi 4inci lebar dan 4inci panjang.

3) Lipat sebanyak dua kali menadi segitiga

4) Kemudian potong seperti dalam gambar di rajah 3 untuk jadikan kelopak

5) Letakkan coklat ditengah-tengah,dan ikat menggunakan dawai/reben

6) Selitkan daun plastik dan gamkan coklat yang cantik dibalut itu kedalam paper cup

7) Taraa....siap.CUN!