Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Esok akan naik harga
Pada 9 haribulan Julai 2013 iaitu sehari sebelum berpuasa, saya pergi ke kedai untuk mendapatkan bekalan lauk mentah. Penjual memberitahu harga bekalan lauk mentah akan naik pada hari berpuasa. Ayoyo. Ini sudah pelik bin ajaib. Sepatutnya pada bulan ramadhan inilah umat Islam digalakkan untuk membuat 'amal. Apa salahnya pada bulan ramadhan harga barang dijual pada harga biasa atau lebih murah daripada biasa.
Ini akan menimbulkan persepsi negatif di dalam masyarakat iaitu, akan keluarlah kata-kata yang tidak manis didengar iaitu "apalah, bulan ramadhan sahaja, harga barang mesti naik." Sedangkan pada bulan ramadhan inilah kita boleh memperlihatkan atau mempromosi kelebihan yang ada pada bulan ramadhan kepada orang yang belum Islam.
Situasi yang lain pula, suatu hari saya pergi membeli lauk untuk berbuka di bazar ramadhan. Terkejut dibuatnya. Harga sepotong ayam yang kecil harganya mencecah RM 5.00. Masya Allah, mahalnya.Satu lagi sejarah tercipta.
Harga ayam sekarang ini telah naik sehingga mencecah RM9.00 satu kilogram.
Manipulasi harga punca ayam naik
PUTRAJAYA 12 Julai - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
tidak menolak kemungkinan berlaku manipulasi harga oleh peruncit yang
menyebabkan harga ayam naik secara mendadak sehingga RM9 sekilogram
sekarang.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana
semakan harga di ladang oleh pihaknya menunjukkan harga tidak banyak
berubah iaitu sekitar RM5 sekilogram, manakala bekalan di pasaran pula
mencukupi.
"Tapi yang saya dengar harga ayam telah naik sehingga RM8.50 ke RM9
dan saya khuatir ada pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan
harga," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, harga siling di pasaran yang ditetapkan kementerian masih pada RM7.80 bagi setiap kilogram.
Beliau diminta mengulas kenaikan harga ayam yang dikesan berlaku
secara mendadak di kebanyakan negeri dalam tempoh dua minggu ini.
Katanya, permintaan terhadap ayam pada hari-hari biasa ialah 1.2 juta
ekor namun meningkat kepada 2.2 hingga 2.4 juta ekor sehari pada bulan
Ramadan sehingga sambutan Aidilfitri.
Menurut Ismail Sabri, kerajaan telah membuka permit import ayam bulat
bagi menangani isu itu dan secara teorinya lambakan ayam di pasaran
akan menurunkan harga barang berkenaan.
Dua bulan lepas memang berlaku peningkatan permintaan terhadap ayam
tempatan apabila China menghentikan eksport poltri susulan penularan
wabak H7N9, namun wabak telah berakhir dan pengimport kembali membawa
masuk ayam dari negara itu, katanya.
Sidang media itu diadakan bagi menghebahkan Tekun Nasional memenangi
Anugerah 'Best Innovation in Financial Services' pada satu majlis di
Karlsruhe, Jerman. -BERNAMA
Sumber: utusan; Manipulasi harga punca harga ayam naik
Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts
Monday, July 15, 2013
Saturday, June 22, 2013
Awas! Anak-anak Anda Di Dalam Bahaya
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Jaga ahli keluarga anda
Beberapa hari yang lalu terdapat satu laporan polis yang menyatakan gadis dirogol. Itulah padahnya apabila mudah dan murahnya gadis di zaman ini. Moga ianya tidak menimpa ahli keluarga kita semua. Ameen.
Kampung Bukit Parit adalah terletak di sebuah pedalaman. Sepuluh tahun yang lalu saya ada terdengar kes sebegini yang tidak sepatut saya catatkan di sini. Semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Sampai bilakah perkara seperti ini menimpa umat Islam? Sama-samalah kita memikirkannya.
Terpedaya cinta Facebook, gadis dirogol
Posted on the June 20th, 2013 under Tempatan by admin
MARANG – Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula
mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak
mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.
Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.
Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.
Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.
Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.
Sumber: harian metro online; terpedaya cinta facebook gadis dirogol

Labels:
sosial
Thursday, June 20, 2013
Isu Pasar Payang Hangatkan Dun Terengganu
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Pasar Payang Warisan Terengganu
Daripada dahulu sampailah sekarang Payar Payang adalah merupakan destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong daripada luar Negeri Terengganu Darul Iman. Di Pasar Payang ini, para pelancong boleh mendapatkan pelbagai barangan basah dan kering dengan harga yang berpatutan. Di samping itu juga ada dijual pelbagai jenis pakaian, batik, sutera dan songket. Ada juga segelintir menamakan Pasar Payang sebagai Syurga batik, sutera dan songket. Wikipedia juga ada mencatatkan perihal Pasar Payang.
Sebelum daripada ini timbul isu Pasar Payang ini bakal dirobohkan. Hendak dibina apakah selepas dirobohkan?Yang pastinya jika dibina semula pasar di dalam bentuk yang lebih moden dan canggih yang pastinya rakyat dibebani dengan kos sewa yang agak mahal. Kesian rakyat Terengganu. Kesian kepada rakyat negeri saya di lahirkan.
Sidang DUN Terengganu bermula
Isu perobohan Pasar Payang ini telah hangat diperbahaskan. Semoga ianya menatijahkan yang terbaik buat rakyat Negeri Terengganu. InsyaAllah.
MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang
Hazayani Zakaria
20 Jun 2013
KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.

Ketika
Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan
berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah
syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.
"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.
Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.
Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.
Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.
"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.
Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'
"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.
Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.
"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.
"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad.
Sumber: harakahdaily; mb terengganu mengamuk isu pasar payang

Monday, June 10, 2013
Minyak di Kelantan?
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Rezeki Negeri Kelantan
| (Nazri dan Shakur menunjukkan sampel minyak yang ditemui di Pasir Pekan) |
Penemuan 'minyak' di Tumpat, R hantar sampel untuk kajian
Harakahdaily 29 Mei 201
TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur.
Presiden R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa semalam.
Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka.
Ekoran itu, pihak R yang diketuai Nazri dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Haji Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang semalam.
(Nazri meneliti minyak yang diambil dari sebuah telaga di Pasir Pekan)
Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.
Bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains terkemuka di Kuala Lumpur.
Sebelum ini mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.
Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan perkara mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi.
Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh Petronas, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun.
Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri. Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333 dengan usaha sama Petronas Carigali Sdn Bhd.
Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.
Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari.
Sekiranya beliau tidak melaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan negeri mereka sendiri.
Sumber: harakahdaily - penemuan minyak di tumpat
Labels:
sosial
Friday, June 7, 2013
Amankah Negara Kita?
Kena bayar cash
Sudah lah tidak dapat meragut, kena tangkap pula. Begitulah nasib seorang peragut yang ingin meragut seorang wanita hamil lima bulan. Kes ragut masih lagi berlaku sehingga ke hari ini walaupun sudah ramai peragut yang dapat ditangkap. Amankah negara kita? Jawapannya adalah tidak. Rakyat pada hari ini berada di dalam ketakutan. Saya merasakan sudah sampai masanya rakyat celik mata betapa perlunya sebuah pemerintahan yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Jom baca berita tersebut.
Suami belasah peragut
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Jun 2013
| Keadaan suspek yang berjaya ditangkap orang ramai ketika cuba meragut wanita hamil lima bulan di Mentakab, kelmarin. |
Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku semasa mangsa, seorang wanita berusia 36 tahun yang mengandung lima bulan, baru tiba di pusat membeli-belah itu bersama suaminya dan berjalan masuk ke pintu utama.
Bagaimanapun katanya, tiga lelaki menaiki tiga motosikal menghampiri mereka dan seorang daripadanya bertindak meragut beg tangan mangsa.
“Mangsa bagaimanapun memegang beg tangan itu dengan kuat. Kemudiannya, suspek cuba menarik rantai leher mangsa, tetapi berjaya dihalang mangsa.
“Suspek menolak mangsa jatuh dan ketika itu juga, suspek jatuh. Suami mangsa kemudiannya bertindak bergelut dengan peragut terbabit dan menangkapnya dengan bantuan orang ramai serta pengawal keselamatan,” katanya pada sidang media, semalam.
Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 24 tahun yang berasal dari Batu Caves, Selangor itu sudah lama melakukan jenayah ragut di Kuala Lumpur dan pernah ditangkap atas kesalahan sama.
Menurutnya, polis akan menyiasat rakan-rakan suspek yang terlibat dalam jenayah itu untuk mengambil tindakan. sewajarnya.
Katanya, suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan atau denda jika didapati bersalah.
Beliau berkata, mangsa yang sudah menjalani pemeriksaan kesihatan itu mengalami pendarahan pada peranakan, namun keadaan dia dan kandungannya selamat.
Sumber: sinarharian: suami belasah peragut
Tuesday, August 28, 2012
Tanda Dicintai Oleh Jin Betina
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Gangguan jin
Juga dikenali dengan gangguan makhluk halus. Fenomena terkena gangguan jin seringkali berlaku di dalam masyarakat kita. Ada di kalangan yang terkena mampu dipulihkan dengan mudah dan ada juga yang sukar dipulihkan. Tiada cara melainkan dengan melakukan ikhtiar dengan membuat rawatan yang menggunakan ayat-ayat al-Quranul Kareem. Sentiasa melazimi dengan membaca al-Quran. Al-Quran adalah merupakan penawar yang berkesan.
20 Tanda lelaki dicintai jin betina atau jin asyik
Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini. Antaranya :-

1. Anda
akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti
pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.
2. Anda
sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi
kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari
anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.
3. Anda
suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantic contohnya
berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada
sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)
4. Anda
suka bersendirian berjalan malam.
5. Anda
suka duduk melamun dan melayan perasan di bawah cahaya bulan purnama.
6. Anda
sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda
sendiri tak tahu pada siapa.
Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala. Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

7. Anda
mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama
atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak
saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh
rasa rindu dan cinta.
8. Anda
mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang
sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam
keadaan antara tidur dan jaga. Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang,
atau berasmara dengan anda, atau lebih…
9. Anda
mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan. Dan kalau
anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana
mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat
sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat. Malah ia akan menjadi lebih
berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin Nampak anak itu
dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

10. Pada
gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia,
maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata. Biasanya pada tahap
gangguan kuat peringkat ini, seseorang itu sentiasa menyendiri atau
mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan
selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya. Ia
terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada
pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil
dan sebagainya.
11. Anda
mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya
dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.
12. Anda
mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya,
walaupun anda mungkin tidur seorang diri.
13. Mungkin
pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan
mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu
sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan. Kecuali kalau jin
itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda
mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar
kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.
14. Kalau
gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda
tersebut.
15. Anda
mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.
16. Orang
lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda. Biasanya
ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.
17. Kalau
anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari
berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.
18. Kalau
dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda
selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau
tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya. Soalnya
selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak
porandakan rumahtangga anda, kalau boleh
biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.
19. Nafsu
anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil
kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang
tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman. Malah ia
boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks,
termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan
dapat ikut serta.
20. Kalau
dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin
betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki dan
sebagainya. Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa,
atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina. Biasanya
lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada
bahagian dada dan
kepala. Wallahua’lam.
Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=376399725764167&set=a.171238609613614.40838.171232506280891&type=1&theater
kepala. Wallahua’lam.
Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=376399725764167&set=a.171238609613614.40838.171232506280891&type=1&theater
Subscribe to:
Posts (Atom)