Pages

Tuesday, September 13, 2016

Pengalaman Bersalin 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Walaupun sudah kelewatan dan agak basi, saya tetap ingin berkongsi.
Saya disorong ke labour room. Sebaik sahaja sampai, diminta naik ke atas katil. Bidan yang bertugas membuat segala persiapan dan persediaan untuk menyambut kelahiran baby saya. Cek bukaan ketika itu baru 8cm. Bidan jangka sejam lagi saya akan bersalin. Bidan pun keluar sebentar dari labour room. Suami memang dah berada disisi. Tidak lama kemudian bidan masuk semula, cek bukaan dan terus cakap dah boleh bersalin. Zupp! Berdebarnya saya time tu. Terus tarik nafas dalam-dalam dan start meneran. Sekejap-sekejap curi nafas. Macam tak cukup nafas. Terus bidan tu tanya, Puan ada asthma ke? Cara bernafas macam orang semput. Ya - serentak saya dan suami jawab. Bidan tanya ada bawa air selusuh ke? Suami jawab ada. Terus bidan tersebut suruh minum, katanya kita ikhtiar. Suami memberi kata-kata semangat begitu juga dengan bidan. Setelah beberapa kali percubaan, sokongan dan doa yang tidak putus-putus akhirnya lahirlah zuriat kami suami isteri. Suami saya menangis. Sejak saya start berjuang dia dah menangis. Saya? Tak mampu nak menangis sebab betul-betul hilang tenaga. Bayi diletakkan didada dalam keadaan belum dibersihkan. Satu perasaan yang tak dapat dirungkai. Bercampur-baur antara gembira, sedih, syukur, kagum dan macam-macam lagi. Sempat kucup bayi saya sebelum diambil untuk dibersihkan. Saya rasa macam nak tidur je masa tu sebab memang dah tak larat sangat dan lapar. Tak lama selepas tu saya diberikan biskut cream cracker dan air coklat panas. Ya Allah, sedap betul! Memang ketika berpantang akan biskut kering cicah air milo adalah satu kenikmatan.

Friday, October 23, 2015

Pengalaman Bersalin 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...!
Berpeluang untuk menaip sesuatu dalam blog ini setelah agak lama dibiarkan sepi tanpa sebarang perkongsian.

Lebih kurang 4 bulan yang lepas iaitu June 2015 saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel (puji anak sendiri..opkoslah). Ini bermakna 4 bulan juga saya sah bergelar ibu. Happy okay walaupun letih sebenarnya. Ekekeke.

Saya expected bersalin 11 June 2015. So 8 June 2015 tu memang dah start cuti dan masih ada follow up check up di KKIA. 9 June tu masih gigih kesana sini. Memang all out habis. Tak henti-henti berjalan. Pergi office kejap ambil barang. Pergi bank. Pergi makan. Pergi kedai buku. Pergi jusco. Semua tempatlah kami suami isteri tawaf. Sampai rumah ngam-ngam petang. Lepas maghrib, main chess ngan suami. Bila kalah, saya dah malas nak main dah. HIKHIKHIK. Malam tu suami ajak minum dengan kawan-kawan dia dekat Murni Discovery, tapi saya malas nak ikut sebab penat. So, suami pergi sorang je. Sebelum keluar suami dah pesan, apa-apa call.

Suami keluar je, memang dah amek bantal dan selimut baring depan TV. Seperti biasa saya ni sangat mudah terlelap bila tengok TV. Terjaga pukul 11 malam sebab rasa perut memulas nak buang air besar. Potong betullah tengah syok-syok tidur. Dengan malasnya saya pun bangunlah. Sebaik je berdiri, terus rasa macam air terjun turun. Time tu terpinga-pinga kejap. Eh, kencing ke? Tapi rasanya macam tak teran pundi kencing. Masuk toilet cuba nak lepaskan hajat tapi tak boleh. Tengok panties ada darah sikit. Pakai pad - tukar pad - pakai pad - tukar pad, berkali-kali saya buat still sama. Sah! Ni memang air ketuban. Call suami suruh balik bagitau nak kena gi hospital.

Lebih kurang 11:30 malam dah sampai hospital. Terus pergi ke PAC, HUKM (unit kecemasan wad bersalin). Mujur tak ramai orang. Lepas check tekanan darah, saya diminta tukar ke pakaian hospital dan buat urine test. Time tu memang dah lencun seluar yang saya pakai. Buat CTG. Nurse cakap baby saya tak bergerak, dia tidur. Sampaikan nurse tu goyang-goyangkan perut saya nak bagi rangsangan pada baby. Nurse tanya saya tak rasa sakit ke? Saya cakap tak pun. Tapi saya tak selesa basah-basah macam ni. Tak lama lepas tu doktor datang, check bukaan. Dah 2cm. Terus warded. Sampai je kat wad saya diminta tukar pakaian hospital. Sebaik saja sarung baju hospial tu, terus start sakit contraction. Ngam-ngam 1 pagi masa tu. Ya Allah sakitnya memang tak tahu nak describe macam mana. Mata saya mengantuk tapi saya tak boleh nak tidur. Apa yang saya buat saya banyakkan bergerak dan control pernafasan. Itu antara tips yang kakak-kakak kat office pernah beritahu.

Suami pula tak boleh teman dalam wad. Nurse minta suami balik dulu. Sedihnya time tu sebab berpisah sekejap dengan suami sebab saya dah dapat rasa perjuangan saya akan bermula bila-bila masa je. Mesti ralat kalau suami tak dapat temankan masuk dalam labor room. Lebih kurang pukul 3 pagi saya panggil nurse. Beritahu saya tak tahan sakit. Nurse cakap memang sakit kak. Akak bawa tidur. Saya pasrah je dengar. Perasaan masa tu bercampur-baur. HUHUHU.

Lebih kurang pukul 4 lebih doktor cek bukaan. Time tu dah 4cm. Doktor kata dah boleh tolak ke labor room, tapi malangnya labor room penuh. So, tunggu lagi. Tak lama lepas tu suami datang. Lega rasanya dapat tengok muka suami. Suruhlah suami picit-picit sikit bahagian-bahagian yang sakit. Selepas Subuh doktor check bukaan lagi. Tak lama lepas check doktor cakap dah boleh get ready nak pergi ke labor room. Saya pun semangat je nak berjalan sendiri ke labor room, rupa-rupanya diorang bawa patient naik wheelchair. Kuikuikui....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...