Asam Pedas Ikan Pari
Cara memasak:
- Blendkan 20-25 biji cili kering (aku pakai 2 sudu penuh cili giling) + 5 cili api + 1 biji bawang besar @ 8 biji bawang merah + 5 ulas bawang putih + 2cm halia + 2cm kunyit hidup + belacan
- tumis bahan blend bersama 1 batang serai yg dititik - sampai garing
- masukkan ikan pari dan kacau (aku suka masukkan garam masa ni sebab nak suh garam tu meresap dalam setiap rongga daging ikan pari tu)
- ramas asam jawa dgn semangkuk air hingga jadi pes - masukkan ke dalam periuk dan biarkan seketika
- masukkan air dan kacau
- bila hampir empuk, masukkan daun kesum + bunga kantan + bendi dan tomato serta beberapa helai daun kari jika mahu
- rasa dan sesuaikan rasa (jangan buat aksi ketika puasa) - tambah garam + gula (aku guna gula melaka utk kuah jadi pekat)
pandangan atas bagi melihatkan keseluruhan bahan yg terlibat.
ia tak datang secara sendirian... pakej ngan ayam goreng berempah yg sun burn
dan sarsi soda sebagai artis jemputan di petang Ramadhan ke-13.
asalnya nak wak bandung soda skali br prasan kat umah aku xder sirap. tu blasah wak sarsi then campurkan ngan ice-cream soda. pastu nak suh nampak vesgedevas sket, letak la hirisan oren. kemain bertenggek hirisan lemon dibibir gelas... habis segelas, laki aku cakap pening! muakakkakakaaa...