Kamera GoPro Hero 3+ Black Edition
Sekarang ni trend orang pakai kamera GoPro ni kan?? aku pun tak ketinggalan juga nak ada kamera begini! makanya gigih la kumpul duit selama beberapa bulan nak beli kamera ni. Siap ikat perut tu nak beli hihihihih! teruk betul perangai! Kamera GoPro ni ada 3 edition iaitu White 5mp, Silver 10mp dan black 12mp. Mula nya aku nak beli yang White edition je, tapi hubby aku mati-matian bangkang sebab dia paham sangat perangai bini dia yang suka menyesal lepas beli, So alang-alang dia suruh beli yang hi-spec sekali iaitu 12mp walaupun mahal tapi dia nak aku puas hati. Target aku sebelum pergi bercuti kamera mesti dibeli, 2 minggu sebelum bercuti aku dah order kat LAZADA dia punya delivery time 6-10 hari so memang sempat sangat la sampai kan? tapi malangnya tak sampai pun seperti masa yang diberi. So terpaksa la aku cancel, banyak dah tempat aku survey kat LAZADA paling murah tapi sayangnya delivery time plak tak tepat, sedih! dekat LAZADA harga dia RM1259.00 dengan basic aksesori. ...