followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Selasa, 6 Mei 2014

Cost Of Living Assistance: Semua patut terima


Assalamualaikum...

Gua rasa tertarik dengan artikel yang sepatutnya mendapat sokongan semua pihak..

gua cuma kongsikan dan tolong menyebar..

Elaun COLA (Cost Of Living Assistance) mula diperkenalkan kerajaan pada tahun 1970an dahulu, pernah diberhentikan dan diperkenalkan semula pada tahun 2012 melalui pekeliling JPA ini.

Walau bagaimanapun, kakitangan Sabah/Sarawak tidak diberikan Elaun Cola dengan alasan kakitangan Sabah/Sarawak atau kakitangan yang berasal dari Semenanjung Malaysia tetapi berkhidmat di Sabah/Sarawak telah diberikan 
Elaun Insentif Wilayah.

Isu ini sudah dibangkitkan sejak beberapa tahun yang lalu sama ada oleh parti pemerintah mahupun parti pembangkang di Sabah, tetapi masih tidak ada keputusan sama ada telah disampaikan atau tidak kepada pihak JPA.

Baru-baru ini, dalam satu perbincangan dengan kakitangan kerajaan di Sabah, mereka meminta saya menulis perkara ini, kerana mereka berasa tidak adil. Sudah tentu saya mesti menulisnya, kerana saya mesti menyuarakan isu ini supaya pihak Cuepacs sedar dan pihak kerajaan pun akan mengetahuinya. Jika saya tidak menulisnya bermakna saya tidak berlaku amanah kepada YAB Perdana Menteri yang perlu mengetahui isu ini. 

Kita tidak boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat, kerana kesan teknik bertahan yang dilakukan oleh David Moyes di Manchester United akhirnya memakan diri, di mana Moyes disingkirkan dan Manchester United gagal ke perlawanan kelab Juara-Juara Eropah. itu kat eropah, kat malaysia kita boleh ambil kelantan sebagai contoh..steve darby GAGAL! Kita tidak mahu isu ini dimanupulasi oleh pihak pembangkang dengan cara yang buruk seperti demontrasi. 

Sebagaimana kata YAB Perdana Menteri kita, kita mesti ke depan menyelesaikan masalah, bukan di belakang menunggu masalah.

Saya berharap pihak Cuepacs terutamanya, supaya mengambil perhatian yang berat tentang isu ini kerana harus diingat kakitangan kerajaan di Sabah/Sarawak adalah penyokong tegarkerajaan persekutuan sejak sekian lama. 

Pihak Cuepacs harus keluar dari kepompong lama, janganlah hanya memohon bonus setiap kali Bajet diumumkan kerana kita semua tahu Kerajaan kita pasti akan memberinya. Sejak sekian lama, sama ada semasa senang atau susah, kerajaan kita sentiasa memberikan bonus ataupun bantuan setiap kali pembentangan Bajet. Jadi Cuepacs tidak perlu lagi mengejar populariti ini.

Pihak Cuepacs janganlah hanya kelihatan memperjuangkan kakitangan kerajaan 'orang semenanjung' sahaja kata mereka. Perasaan-perasaan seperti ini hendaklah dihapuskan kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, YAB Dato' Seri Najib tidak pernah membeza-bezakan rakyatnya. Malah beliau tegas berkata, "every single person" sangat penting kepadanya. Malahan YAB Dato' Seri Najib sendiri memberitahu bahawa segala keperluan rakyat Sabah dan Sarawak mesti diberi perhatian serius.

Di dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan JPA sebaliknya pihak kesatuan sekerjalah yakni Cuepacs perlu ke depan untuk meyakinkan pihak JPA mengapa kakitangan Sabah/Sarawak atau Semenanjung yang berkhidmat di Sabah/Sarawak perlu menerima juga Elaun Cola. 

Jika Cuepacs tidak ada kertas kerja mengenai perkara ini bagaimana JPA hendak memahami emosi mereka? Semalam sahaja di Dewan Negara sudah ada isu-isu emosi kakitangan awam dibangkitkan. Jika Cuepacs tidak pernah menyuarakan hal ini kepada YAB Perdana Menteri, bagaimana Perdana Menteri boleh tahu perasaan kakitangan Sabah/Sarawak? Jika saya tidak menulisnya pula, saya akan menjadi orang yang tidak sensitif dan tidak membantu kerajaan kerana hanya berdiam diri. Sedangkan kerajaan perlu tahu isu ini.

Dalam laman rasmi Cuepacs, saya mendapati mereka ada menyentuh tentang Elaun Cola tetapi hanyalah tuntutan kenaikan daripada RM300 kepada RM450 dan tuntutan supaya diselaraskan tanpa mengira kawasan luar bandar dan bandar. Amat malang sekali, Cuepacs langsung tidak berminat untuk memperjuangkan Elaun Cola kepada kakitangan Sabah/Sarawak ataupun kakitangan Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak. Mereka bertanya saya, apakah perjuangan Cuepacs hanya untuk kakitangan orang Semenanjung Malaysia sahaja?
Sabah Sarawak Sudah 50 Tahun Dalam Malaysia 
Nation Building

Cuepacs harus faham kita bukan setakat bercakap isu elaun Cola ini, tetapi kita sedang bercakap tentang isu kenegaraan, our nation building yang melibatkan isu-isu a sense of ownership/a sense of belonging. Negara kita Malaysia ini adalah meliputi Sabah dan Sarawak juga, kita sedang bercakap tentang perpaduan nasional, patriotik nasional bukan lagi Malay centric tetapi Malaysia centric. YAB DS Najib adalah Perdana Menteri kepada semua rakyatnya termasuk di Sabah dan Sarawak.

Dari segi politik sahaja, kita lihat tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerajaan kita sudah tumbang lama sejak 2008 lagi. Oleh yang demikian, sokongan mereka perlu diberi penghargaan yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada pihak Cuepacs supaya berfikir dengan lebih terbuka dan melihat isu ini sebagai isu yang mesti diselesaikan segera sebelum PRU14. Mengapa tidak sebagai hadiah Hari Pekerja pada 1 Mei ini !

Sekiranya pihak Cuepacs berjaya meyakinkan YAB Perdana Menteri dan pihak JPA, saya tidak nampak perkara ini tidak boleh diberikan. Jika pihak Cuepacs boleh menyediakan justifikasi yang betul dan implikasi kewangan yang jelas, saya fikir pihak JPA akan mempertimbangkannya dengan wajar.

Janganlah berfikiran kakitangan Sabah/Sarawak sudah menikmati elaun insentif Wilayah maka tidak perlu mereka menerima  elaun Cola pula. Ini adalah idea lama, sedangkan YAB DS Najib sudah bercakap tentang 'new politic'.

Pihak Cuepacs harus membuka semula buku sejarah, bahawa Elaun Wilayah mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan terkandung di dalam Perkara 20. Jika ada pihak yang membangkitkan isu ini, maka perbincangan topik ini akan menjadi panjang lebar dan rumit.

Sejarah pembinaan negara kita, sejarah politik negara kita, dengan isu-isu keselamatan yang semakin mencabar, saya berharap pihak Cuepacs membuka minda mereka jauh ke hadapan.

Bayangkan anggota keselamatan di sempadan wilayah Esszone, mereka memperjudikan nyawa mereka di sana untuk nation building kita, bayangkan guru-guru yang bertugas di kawasan Tanduo, dan sebagainya, alangkah gembiranya mereka, keluarga mereka jika perkara ini dapat diperjuangkan sehingga berjaya.

Malah saya yakin kakitangan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak pasti akan turut gembira sekiranya perkara ini dapat direalisasikan.

Kepada kepimpinan Cuepacs, marilah kita membantu YAB DS Najib dan kerajaan memantapkan lagi sokongan padu rakyat kepada kerajaan.

Kepada kakitangan Sabah/Sarawak dan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak, bagaimana pandangan anda?

maaf kalau ada yang x senang duduk dengan artikel ini..

warning! sila jangan sentap.. :p :p

p/s sebut pasal cuepacs,mesti semua menjurus kearah pemberian bonus..itulah mentaliti orang kita.yang lain tolak tepi..








Isnin, 11 Jun 2012

Punca Sebenar Bapa Chong Wei Nak Bunuh Diri

Berita tentang cubaan membunuh diri oleh Lee Ah Chai, 59, iaitu ayah kepada pemain badminton No1 dunia,
Datuk Lee Chong Wei masih lagi hangat diperkatakan. pelbagai andaian dan spekulasi timbul mengenai perkara ini. tapi yang tahu hanya si pelaku saja atau yang keluarga terdekat.. ada yang kata kerana masalah kesempitan wang, tak dipedulikan anak-anak..dan macam-macam lagi la.. cepat sangat berita tersebar ye..

Gua sendiri tak tahu punca dan tak berani nak komen punca kepada kejadian itu..yela..kalau setakat dengar dari  sumber yang salah takut jadi fitnah plak !  kalau disebabkan oleh kesempitan hidup memang mustahil la..masakan ayah kepada seorang jutawan nak terjun bunuh diri kerana wang? logik tak? tentulah tak logik kan ? lainlah kalau anak memang betul tak peduli pasal ibu bapa.. nak jadi tanggang !

Tapi gua percaya Datuk Chong Wei bukan macam tu. ah! pedulikan la masalah orang !takyah nak sibuk jaga tepi kain orang ! (padahal dah jaga pun) biarkan dorang selesaikan sendiri..itu masalah keluarga.
cuma yang merisaukan gua, persiapan skuad badminton kita turut terkena tempias. takut plak pasal kes ni moral Chong wei jatuh merudum ketika bersiap menghadapi sukan olimpik. dah la kecederaan masih lagi terasa, ditambah plak dengan berita tentang ayahnya. fuh! banyak sungguh dugaan chong wei tahun ni..
harap-harap chong wei tabah dan menghadapinya dengan tenang.

Eh ! game sepanyol lawan itali pagi tadi korang ada tengok tak? kaber2 sket result.. ? gua tertido la plak..
k lah gua nak out.. nak praktik servis kuda ni..kut2 malaysia ambik gua jadi tekong..sape tahu kan? PSM jugak yang untung..tak la terus jadi bahan ejekan !

Dan punca sebenar bapa chong wei nak terjun tu, korang rajin2lah tengok berita..gua pun tak tahu..
wasalam

Sabtu, 12 Mei 2012

Rekod Astronomi Tertua Kaum Maya Ditemui


As'salam


Beberapa tahun kebelakangan ini, kaum Maya begitu mendapat perhatian kerana ramalan mereka bahawa kiamat akan terjadi pada tahun ini. dan sehingga kini ia masih hangat diperkatakan. banyak spekulasi tentang akan berlakunya kiamat pada tahun ini dan ada juga yang sengaja mengambil kesempatan dengan menokok tambah cerita perihal berlakunya kiamat. namun sejauh mana kebenaran ramalan itu hanya Allah yang berhak mengetahui dan menentukannya.

Kaum maya begitu terkenal dengan ramalan astronominya, dipercayai juga bahawa setiap ramalan yang berpandukan pada kalendar daripada kaum ini sering saja tepat dan akan berlaku. Namun baru-baru ini sekumpulan ahli arkeologi telah menemui sesuatu yang mungkin menyangkal dakwaan bahawa kalendar kaum Maya telah berakhir pada tahun 2012.

Ahli arkeologi berkenaan, telah menemui sebuah bilik kecil peninggalan kaum Maya di hutan hujan Xultun, di Guatemala. Dinding bilik berkenaan terdapat catatan mengenai ilmu astronomi dan kalendar Maya yang berusia sekitar 1,200 tahun. Ia merupakan rekod astronomi Maya yang tertua. Rekod itu dikatakan 600 tahun lebih tua daripada penemuan sebelum ini.

Beberapa pakar berkata, rekod itu tidak mempunyai ramalan tentang berlakunya kiamat. selepas beberapa kalendar Maya lain menyatakan dunia akan kiamat pada Disember depan. tetapi perkara yang paling menarik dan menggemparkan apabila kalendar dinding itu dikatakan mengandungi kiraan tarikh melebihi tempoh 6,000 tahun sekali gus melangkaui tahun 2012. 

 Jadi disini sekaligus menimbulkan satu persoalan, Mengapa kaum Maya bersusah payah untuk melakukan pengiraan itu jika benar mereka tahu bahawa dunia akan kiamat pada tahun ini? apakah ini satu pembohongan atau sebaliknya atau apakah ini hanya rekaan dari para ahli arkeologi untuk sengaja tidak menimbulkan rasa panik kepada penduduk dunia?

Namun apapun persoalannya, kita sebagai orang islam tidak harus mempercayai ramalan ini bulat-bulat. kerana kita ada al-quran sebagai panduan. tetapi kita juga tidak menolak bahawa hampir semua tanda-tanda kecil kiamat telahpun berlaku sejak dari zaman nabi lagi. apa yang perlu dilakukan adalah memperbanyakkan ilmu akhirat untuk menjamin kehidupan dan tidak lalai dari kewajipan yang dituntut oleh agama kita.

wasalam

Selasa, 8 Mei 2012

PATI di Sabah: Baru Sekarang Nak Bentuk Suruhanjaya?

As'salam..

Petikan akhbar:

KUALA LUMPUR - Kabinet telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Negara, hari ini.
Keputusan itu dibuat Februari lalu.
Sehubungan itu kata beliau, kerajaan sudah memulakan proses bagi menyediakan terma rujukan suruhanjaya siasatan tersebut. AKAN MENYUSUL

Merujuk pada petikan diatas, nampaknya tak lama lagi berkemungkinan besar isu pendatang asing tanpa izin
 (PATI) di Sabah akan berakhir..terima kasih kerana prihatin dan terima kasih kerana 'selamatkan sabah'.
Sejak Umno bertapak di bumi sabah pada 21 Februari 1991 (kalau silap tlg perbetulkan). baru sekarang gua dengar masalah PATI di sabah mahu ditangani secara serius. Maaflah..gua tak berapa faham sangat apa fungsi suruhanjaya ini. pemahaman gua cuma ia ditubuhkan khas untuk menangani masalah pati disabah. itu saja. 

Tapi disini gua ada sedikit soalan, kenapa baru sekarang? kenapa baru sekarang nak wujudkan?
kenapa tidak dari dulu? 22 tahun bukan masa yang singkat...sepatutnya dalam tempoh berkenaan kerajaan
dah boleh buat sesuatu untuk kami penduduk di sabah ! 22 tahun !, sejak 1991 kerajaan Umno/BN berkuasa di sabah, masalah dan isu yang sama tidak pernah padam dan tidak pernah selesai hinggalah ke hari ini ! apa dia? masalah PENDATANG ASING TANPA IZIN!.

Gua bukan nak menentang atau menuding jari kepada sesiapa. tetapi masalah ini menghantui kami sejak dari dulu lagi. kami cuma mahukan pembelaan ! itu saja. menurut statistik populasi pati di sabah, 
sebanyak 27.7% atau seramai 889.779 orang pati telah menetap di sabah sejak dari dulu hinggalah sekarang.
dan sekiranya benda ini tidak dikawal, maka ia akan bertambah dari tahun ke tahun. dan tidak mustahil satu hari nanti kami pribumi sabah akan rasa terasing di bumi sendiri dek kebanjiran pati ini.

Gua bukan nak memburuk-burukkan negeri kelahiran gua, tetapi ini adalah pandangan dari mata kepala gua sendiri. di mana-mana saja anda pasti jumpa mereka ini. ini fakta! disekitar kota kinabalu saja, jangankan orang lain, kami sendiri penduduk sabah rasa tidak selesa dengan keadaan persekitarannya..bukan maksud gua bandaraya itu jijik atau kotor tetapi populasinya..tidak keterlaluan kalau gua kata bagaikan berada di bumi asing. maaflah..sebenarnya banyak lagi kepincangan yang harus didedahkan..
peningkatan jenayah, pati tiba-tiba jadi warganegara, masalah sosial yang lain seperti pelacuran.. semua ini wujud! tetapi rasanya cukup setakat ini yang gua ceritakan. rasa tak sampai hati plak. yang buruknya negeri gua sendiri. 

Jadi, sebagai warga sabah yang sayangkan negerinya,, gua rayu pihak yang berwajib supaya segera menangani masalah ini secepat yang mungkin. jangan bila nak dekat pilihanraya baru nak tabur janji sana sini.
kami bukan bodoh ! dah janji tunaikanlah..! 

Sekali lagi gua memohon maaf andai ada fakta atau berita yang tidak benar dalam tulisan gua. sebenarnya gua bukanlah penulis berbakat..janji sampai dah la.. dan ini berdasarkan dari apa yang gua lihat..
tidak ada yang ditokok tambah.. semuanya benar dan tidak ada yang berunsur fitnah!

Sesungguhnya kami rakyat sabah hanya mahukan hak kami! dan kami tidak rela bumi kami dijajah!

Wasalam..

p/s tak suka politik! 


Bulan itu memang cantik!


As'salam...

Korang dah tido ke? takpalah.....yang nak tido tu sile2kanlah beradu..., almaklumlah esok kan keja hehe..
gua macam ni la..takat kul 12 tgh mlm ni sayur jer bagi gua.. walaupun orang kata kat kampung kul 12 ni
dah terlalu lewat dan masa tuk orang masuk tido.., tapi bagi gua malam masih muda der he he he...
orang sabah bilang.."awal bah" he he.. wwaaaaaaaarrrrrghhh....... (menggeliat jap..) Cont.>

Khamis, 12 April 2012

Ranking Malaysia Jatuh! Mana Silapnya?


Assalamualaikum...



Apa dah jadi dengan pasukan bola sepak kebangsaan kita?
tiba-tiba ranking jatuh merudum dan dianggap sebagai yang terburuk sejak januari lalu buat pasukan yang digelar Harimau Malaya ini. mana silapnya? silap pasukan kita ke atau kesilapan dari FIFA sendiri? mari kita kupas serba sedikit mengenai perkara ini..

Seperti yang kita maklum,Pasukan kebangsaan kita kini jarang mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa, kali terakhir menentang Filipina mac lalu, itupun tak tahulah gua samada FIFA iktiraf ke tak.
Menurut ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia kini menduduki ranking ke-156 dunia, sesuatu yang agak mengejutkan bagi kita semua.

Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149), yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut. Namun kemerosotan ranking Malaysia mungkin juga berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa. 



Cuma apa yang menimbulkan persoalan, walaupun naik 12 anak tangga, Bangladesh tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif yang diiktiraf FIFA sepanjang bulan lalu.
Bukan sekadar Bangladesh dan Nepal yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, beberapa negara yang kurang dikenali dalam dunia bola sepak seperti New Caledonia dan Samoa berada di atas Malaysia iaitu tempat ke-154 dan ke-155.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima. Walaupun berjaya memintas negara jiran, Singapura (ke-158) namun kita dipintas Filipina, yang naik ke tangga ke-148 ekoran berjaya mara ke separuh akhir Piala Cabaran AFC bulan lalu. Vietnam kekal sebagai negara terbaik di rantau ini dengan masih berada di kalangan 100 terbaik dunia iaitu di tempat ke-97 diikuti Thailand (141), Filipina dan Indonesia (151). Bagi benua Asia, Malaysia berada pada tempat ke-27 daripada 46 negara ketika Australia masih gah selaku pasukan nombor satu Asia.


Tetapi apa yang masih menjadi persoalan bagi gua, apa yang menyebabkan ranking Bangladesh dan Nepal
naik mengatasi pasukan kita? Samoa, negara yang dibelasah 32-0 oleh pasukan Australia pun mengatasi kita.
mana silapnya? Gua memang tak puas hati. tapi siapalah gua ni FIFA nak pandang dan jelaskan mengenai perkara ini dengan sejelas-jelasnya ye dak? haha...

Apapun gua harap pasukan kebangsaan kita lebih bersemangat selepas ini dan berupaya memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA. perbanyakkan lagi perlawanan-perlawanan persahabatan antarabangsa.
dan untuk makluman korang, pasukan kebangsaan akan menentang Sri Lanka pada 28 April ini.
sama-samalah kita menyokong pasukan kebangsaan kita.

selamanya harimau malaya!!!
p/s taknak sentuh soal FAM, masih sedih kat nasib TSAM


Sabtu, 3 Mac 2012

Karya Ong Hock Lye Dapat Pengiktirafan UNESCO




Salam..

Mungkin tidak ramai yang mengenali siapa Ong Hock Lye.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini
Mula mempelajari teknik mengukir sejak berusia 15 tahun, beliau cenderung menghasilkan ukiran patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia serta alam flora dan fauna mengunakan kreativiti tersendiri. 

Dan kalau korang nak tahu orang inilah yang menghasilkan ukiran patung Orang Utan yang menjadi maskot ketika Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

Ukiran kayu beliau juga telah mendapat pengiktirafan daripada
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Isnin, 27 Februari 2012

Wajib Baca! Dunia tanpa Internet


Salam...
Alhamdulillah hari ni gua
rasa segar dan pulih seperti sediakala 
selepas 2 hari badan rasa kurang selesa dek demam yang 'menyerang' gua...

ok lah petangi ni gua saja nak sembang '0' dengan korg..
Pernah tak korg terfikir Dunia tanpa Internet?
cuba korg bayangkan?
mesti bosan gilerkan?hehehe...



kalau lah takde internet, maka tak wujudlah
Dunia Blogging ni.... Facebook,Twitter,Friendster,you tube,
dan macam2 lgla kompem semua ni takde wa ckp lu hahaha..
mungkin kita tgk tv je la kan..? nak dapatkan info atau maklumat terkini pun
kena bukak radio frekuensi atau melalui akhbar.
nak cari kenalan kena beli majalah yang ada segmen puisi,sajak,cerita dll haha...
Tapi syukurlah kan dunia skrg dah makin maju,internet dah ade..bahan keperluan pun senang nak dapat.
nak cari bahan klik jer kat 'tenet' kompem jumpe..
heheheheh......
maka itulah kelebihan internet,
 sentiasa berkait rapat dengan manusia
sebab manusia jugaklah yang mencipta internet 
hasil dari 'Anugerah' yang Allah berikan..
Syukur...


OKAYLAH!!!!
gua nak sambung keje tapi sebelum tu..
Disini gua nak buat satu ujian..

Sila jawap 'YA atau 'TIDAK' berdasarkan pernyataan di bawah ini.

  1. Korg lebih rela bekalan air terpotong daripada internet terpotong
  2. Sanggup bersengkang mata sampai pagi semata-mata nak online
  3. Bila bangun pagi terus bukak laptop atau PC
  4. Time on9,bila kena panggil kena suruh makan korg akan jawap "kejap!!".
  5. Sebelum buat apa-apa keje,korg mesti bukak FB,Twitter atau Blog dulu
  6. Makan depan PC atau Laptop korg
  7. Hobi utama korg ialah 'berINTERNET'
Jika jawapan korg lebih kepada 'YA' ternyata korg memang dah ketagih internet.
Jika jawapan lebih kepada 'TIDAK' ternyata korg tipu time jawap tadi hehehehehe jangan marah haa...


jadi..,'moral of the story is'..

ALLAH ITU MAHA PENCIPTA
dan GUNAKANLAH INTERNET DENGAN BIJAK



P/S  lupa nak check email

Rabu, 22 Februari 2012

'Astray Poket' Untuk Perokok


Salam..

Langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu dalam memperkenalkan 'astray poket' khusus untuk golongan perokok adalah suatu langkah yang bijak dalam menangani masalah sampah di sekitar kawasan bandar ini.

Yang Dipertuanya Fauzi Mat berkata, ini merupakan satu pendekatan baru yang memberi kemudahan supaya perokok tidak lagi membuang puntung dan habuk rokok di merata tempat.  

“Di samping kompaun yang dikenakan kepada perokok yang membuang lebihan rokok di merata tempat, pemberian ‘astray’ itu merupakan cara mudah yang boleh di bawa ke mana sahaja.

“Ini juga sebagai pengajaran kepada golongan itu supaya tidak sewenangnya membuang lebihan rokok di kawasan yang tidak sepatutnya.

Fauzi berkata, perokok tidak sepatutnya membuang sisa rokok yang dihisap mereka di kaki-kaki lima atau di kawasan awam kerana ini hanya akan mengotorkan kawasan sekitar malah boleh mengundang pemandangan yang menjengkelkan,” katanya.

p/s usaha ini patut dicontohi oleh bandar-bandar lain di negara ini..

Rabu, 15 Februari 2012

Gempar! Benarkah Eropah Akan Membeku?





Salam..

Benarkah Eropah akan kembali ke zaman ais dan akan membeku tidak lama lagi?

Saintis mikropalentologis di Balai Cerap Bumi Lamont-Doherty di Columbia University AS, George Kukla berpendapat, keadaan dialami Eropah kini menyamai zaman ais yang 
direkodkan kira-kira 115,000 tahun lalu.

Dalam temu bual panjang lebar dengan majalah Gelf, Kukla yang juga bekas profesor paleoklimatologi menjelaskan, apa yang berlaku adalah sangat serupa dengan masa tahun 115,000 lalu.

Paleoklimatologi ialah kajian tentang iklim pada masa geologi lampau yang melibatkan pentafsiran tentang mendapan glasier, fosil, data paleogografi, data isotop dan data sedimentologi.

"Apabila glasier bermula ratusan tahun dahulu, percaya atau tidak, glasier terakhir bermula dengan pemanasan global.

"Pemanasan global sentiasa mendahului Zaman Ais. Sejarah yang direkodkan menunjukkan teras ais berulang setiap 100,000 tahun atau lebih.

Dan buktinya hampir nyata apabila lebih 540 kematian direkodkan di seluruh eropah akibat cuaca sejuk melampau yang jatuh menjunam sehingga  -39.4 darjah Celsius di beberapa negara sejak akhir-akhir ini.
Cuaca buruk melampau yang berlaku itu turut melumpuhkan sistem penerbangan dan pengangkutan air di timur Eropah. Terbaru, sungai paling sibuk di Eropah iaitu Sungai Danube kini terpaksa ditutup kepada semua pelayaran setelah ia membeku.

Sungai sepanjang 2,860 kilomter (km) yang merentasi 10 negara itu merupakan medium utama kepada pengangkutan air, perikanan dan industri pengairan.

Sebanyak 244 kapal tersadai di pelabuhan sungai yang mengalir ke Laut Hitam itu manakala pasukan penyelamat Ukraine di Croatia menyelamatkan anak kapal yang terperangkap dalam salji sejak Jumaat lalu.

Dan yang paling menggemparkan, dikatakan Eropah bakal akan mengalami Zaman Ais dalam tempoh 10 tahun akan datang

Ahad, 5 Februari 2012

Bertani Atas Bangunan: Realiti Atau Fantasi?



Projek ladang langit bagi mengatasi masalah kekurangan
 tapak tanah pertanian mengikut gambaran artis.
Salam...

Pernah tak korang terfikir satu hari nanti para petani akan menuai hasil tanaman mereka di atas bangunan?
pendek kata Bertani Atas Bangunan..!
agak pelik bukan? haaa..! sebenarnya dalam dunia ni tiada yang mustahil..semua boleh berlaku..

Seperti gambaran artis di atas ini,
Atas alasan untuk mengekalkan alam sekitar serta mewujudkan persekitaran mapan, maka timbul idea untuk mewujudkan kawasan pertanian moden dengan menggunakan pelbagai inovasi yang dicetuskan akal manusia
termasuklah membina bangunan khas untuk projek pertanian.

Di Malaysia sendiri, idea ini sebenarnya bukanlah baru, cuma ia belum dilaksanakan secara menyeluruh.
contohnya, Pada akhir 1990-an, Menteri Pertanian ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid pernah mencadangkan supaya padi ditanam di atas bangunan dan atas nama projek perintis, maka ia berjaya dilaksanakan. Namun, sehingga hari ini, nampaknya tidak ada seorangpun petani yang berani menjalankan penanaman cara moden itu. tetapi apakah satu hari nanti gambaran seperti diatas mampu menjadi kenyataan?
apakah ia realiti atau hanya fantasi?
Mungkin Ya dan mungkin juga Tidak!
wallahualam.

Jumaat, 3 Februari 2012

Facebook Bukan Saluran Lepas Marah!



Salam Jumaat...

Bernarkah laman sosial seperti facebook dijadikan sebagai medan pelepas kemarahan
sehingga menimbulkan pergaduhan antara individu??
jom kita ikuti artikel dari Berita Harian ini.


KUALA LUMPUR: Kegagalan mengurus emosi dan keghairahan mendapat perhatian menjadi dua faktor utama berlakunya penyalahgunaan laman sosial Facebook sehingga berisiko mengakibatkan pergaduhan antara individu.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Profesor Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata asasnya, Facebook adalah satu alat media yang mempunyai kesan positif dalam mengeratkan perhubungan dan mendekatkan komunikasi masyarakat.
Katanya, laman sosial Facebook yang ketika ini menjadi fenomena dunia adalah satu saluran komunikasi berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej.
“Namun, ramai individu yang dilihat menggunakan Facebook bagi menyalurkan permasalahan atau melepaskan marah mengenai sesuatu perkara termasuk berkaitan individu lain,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan Berita Harian, semalam, berhubung kejadian seorang pelajar perempuan berusia 5 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan di Kangar, Perlis pada Selasa lalu.
“Jadi, dalam isu Facebook ini, saya ingin nasihatkan, pemilik akaun perlu bijak dan lebih peka ketika melayarinya bagi mengelakkan kesan negatif,” katanya.


So, nasihat gua, gunakanlah dengan bijak kemudahan yang ada..jangan disalahguna!!

Sumber: Berita Harian

Rabu, 25 Januari 2012

Nasihat Untuk Adik-Adik Diluar Sana


Salam..
Lalalala...zaman ni makin berlambak gajet-gajet kat dunia ni ye dak?
makin lama makin canggih plak tu!! semua orang nak miliki benda-benda ni semua..
tapi masalahnya,kadang-kadang tu ada yang sanggup jadi papa kedana semata-mata nak bergaya 
hehehe..jangan mara haaa.... :)
benda yang gua cakap ni memang betul dan memang banyak yang terjadi..
terutama bagi budak2 yang masih bersekolah..
nak itu nak ini..ala apa kata adik-adik belajar dulu, bila dah berjaya dan berkerjaya
lantaklah korang nak beli apa..betul tak?hehe
buat masa ni fokus kat study dulu..kalau nak beli apa2 pun utamakanlah barang keperluan 
untuk study dulu ye..?
ketepikan dulu pasal nak mengidam gajet-gajet ni semua esp HP canggih-manggih or apa2 saja.
ini nasihat percuma dari abe..ekeke..
walaupun ada kemampuan nak beli semua tu tapi duit tu datang dari mana?
kalau tak mak ayah yang bantu..
hargailah mereka-mereka tu ye...
sebab kalau korang nak tahu,
mereka tu sebenarnya mengeluh jugak bila banyak permintaan
cuma tak terluah oleh sebab sayang pada anak mereka
tapi hakikatnya seorang ayah selalu berkata dalam hati dia
"i paid lagiiii.."

sekian selamat kembali ke sekolah

Sumber gambar: Oh!Media
p/s best shopping dengan wang dari titik peluh sendiri

Ahad, 15 Januari 2012

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga.



Ibu, Seorang wanita yang dinikahi oleh ayah kita, kemudian hamil dan melahirkan kita ke dunia,. Menyekolahkan dan mendidik kita hingga menjadi seorang insan yang berguna.
bekerja keras setiap hari, menyiapkan makan minum, menyuapkan kita ketika masih kecil hingga kita boleh untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Berdoa siang malam, hanya untuk anaknya. 
mulianya hati seorang ibu.

Begitu besar pengorbanan seorang ibu, apakah kita dapat membalasnya. Fikirkanlah apakah kita boleh dan mampu untuk membalas pengorbanan itu. seorang ibu selalu berpesan pada anaknya,
 "rajin-rajin belajar ya nak..besar nanti boleh jaga ibu"
begitulah pesan ibu kepada kita..

Namun masih ramai anak-anak zaman sekarang masih terleka tanpa ada usaha untuk meraih kejayaan, tanpa ada keinginan untuk membalas jasa kedua orang tua terutamanya ibu yang menyusukan kita dikala kita masih belum mengenal dunia. dan hanya mengharap sepenuhnya kepada mereka. 

Bayangkanlah bagaimana bila ibu kita telah tiada, segalanya akan berubah, tiada lagi tempat bermanja dan mengadu dikala duka. ketika ibu yang selama ini ada di sisi kita, memberikan sokongan dan harapan kepada kita, memberikan kata-kata semangat ketika kita berada dalam kesedihan, mendoakan setiap langkah yang kita ambil, telah tiada dan takkan kembali lagi. waktu itu barulah akan wujud rasa penyesalan, kerana jasa ibu tidak terbalas. kita hanya mampu menangisi kehilangannya, Namun semua itu sudah tidak berguna lagi. 

Fikirkanlah dan sematkanlah ke dalam jiwa, sementara hayat ibu ada di dunia,ambillah kesempatan itu untuk kita melakukan yang terbaik dalam hidup kita. walau ibu tidak pernah meminta budinya dibalas, namun ibu tetap ada satu keinginan dan tuntutan terhadap anaknya. iaitu ingin melihat anaknya berjaya.
dan ingatlah "Kasih Ibu Membawa Ke Syurga".

-Bicara Seorang Anak Tunggal.




p/s terus terang gua menangis ketika menulis artikel ini

Sabtu, 14 Januari 2012

Fakta Benar! Misteri Petanda Awal Gempa Bumi





PETANDA GEMPA BUMI

Benarkan petanda gempa bumi itu boleh dikesan awal sebelum berlakunya bencana itu? Inilah yang ditegaskan beberapa saintis dunia, termasuk Dr Neil Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4 September 2010 yang turut menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.



Berikut hasil kajiannya:

1. Deria unik haiwan

Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh 40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku

Laporan lain mengenai kuda yang tiba-tiba mengamuk dan enggan diikat.

Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun, sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.

 Pemantauan di Christchurch, New Zealand, melaporkan pemilik burung mengadu binatang itu secara berterusan bising dan seolah-olah mengamuk dalam sangkar. Seorang penduduk pula berasa pelik melihatkan itik peliharaannya bertenggek di bumbung rumah dua tingkatnya, sehari sebelum gempa bumi.

Di Canterbury, mamalia peliharaan - arnab dilaporkan memijakkan kaki dan melompat seolah-olah memberi amaran sesuatu buruk bakal berlaku, kira-kira 90 minit sebelum kejadian.

Gempa Bumi juga sering dikaitkan dengan kejadian gerhana
Laporan lain memetik petugas National Zoo di Washington, Amerika Syarikat, menyenaraikan pelbagai kelakuan aneh haiwan di situ seperti Orang Utan, gorila dan burung flamingo pada 19 Ogos lalu iaitu sehari sebelum kejadian gempa bumi di kawasan itu. Orang Utan dan gorila secara tiba-tiba mengamuk dan membuat bising dalam kandang mereka manakala burung flamingo berkumpul dan dalam keadaan gelisah, juga dilaporkan beberapa minit sebelum gempa bumi berlaku.

Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.

Pada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud 7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.

Pakar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat. Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga, yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.

Kehadiran ribuan ekor katak sebelum kejadian gempa di
China pada 2008.
2. Perubahan di darat/air

Beberapa hari sebelum gempa bumi di New Zealand, September tahun lalu, penduduk yang berkelah di sekitar sungai Hagley Park, melaporkan fenomena getaran di situ.

Pasangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.

3. Langit/awan

Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.

inilah yang dikatakan sebagai awan gempa,
tanda awal sebelum terjadinya kejadian gempa.
4. Elektronik

Petanda paling kerap dilaporkan adalah gangguan siaran televisyen yang berlaku pada malam sebelum gempa bumi New Zealand berkenaan. Laporan gambar menjadi kaku dan cubaan bertukar ke siaran lain juga gagal.

Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.

Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku. 

Ombak gadang atau 'Tsunami' terhasil apabila berlaku gempa bumi
di dasar laut.

Sumber: 

Jumaat, 13 Januari 2012

Khutbah Jumaat: Terapkan budaya ilmu, akhlak dalam kehidupan seharian anak

MINGGU ini adalah minggu kedua anak kita kembali ke alam persekolahan. Pelbagai ragam dapat dilihat pada diri anak setelah dua bulan bercuti dari alam persekolahan. Namun inilah rutin biasa yang mereka perlu tempuhi demi membina generasi cemerlang di masa akan datang. 

Dalam usaha membina insan cemerlang, hendaklah disepadukan antara ilmu pengetahuan dan pendidikan atau dikenali dengan kesepaduan ilmu serta tarbiah untuk melahirkan insan soleh. Dalam proses ini pemerintah, pihak sekolah dan ibu bapa mesti saling bekerjasama dan mengambil tanggungjawab sebaik mungkin.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Rabu, 11 Januari 2012

Sepuluh kaedah meraih kebahagiaan

Sepuluh kaedah meraih kebahagiaan


Assalamualaikum...
Setiap manusia ingin memiliki kebahagiaan, tak kira usia,pangkat,darjat,miskin atau kaya, semuanya ada keinginan untuk hidup bahagia..akan tetapi, bagaimana untuk meraih kebahagiaan itu?
Disini gua ingin kongsikan sepuluh kaedah terbaik bagaimana untuk meraih kebahagiaan.

  1. cintai kerja anda. jangan merasakan diri 'terpaksa' dalam melakukan sesuatu pekerjaan. ingat, kerja itu ibadah. :)
  2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan.iaitu dengan menjaga pemakanan, selalu bersenam dan meninggalkan tabiat buruk (sekiranya ada) yang hanya merugikan.
  3. Harus memiliki tujuan atau 'target' dalam hidup. kerana itu yang akan membuat anda bersemangat.
  4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang atau dalam pengertian lain, sentiasa bersyukur.
  5. Jangan menyesali sesuatu hal yang sudah berlalu. sebaliknya jadikan ia sebagai pengajaran berguna untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama.-hadapi dengan senyuman
  6. Hendaklah selalu berfikir (dalam soal kerja) sebelum mengambil keputusan. jangan menyalahkan orang lain atas kegagalan yang berpunca dari keputusan yang anda ambil.
  7. Sentiasa ambil berat orang yang berada disekeliling anda tetapi jangan sampai menjaga tepi kain orang.
  8. Murah dengan senyuman dan tidak sombong. 
  9. Bantulah orang yang menghadapi kesusahan. walau bukan dengan wang ringgit tetapi memadailah dengan kata-kata semangat. 
  10. Dekatkan diri pada tuhan dengan mengikuti segala suruhanNya insya Allah anda akan bahagia.

Khamis, 5 Januari 2012

Ragam orang politik

Remote..mana remote..??! hahaha.... asal nak dekat pukul 8 je, semua sibuk nak cari remote tv..
kenapa?? Ada dua sebab utama kenapa orang suka cari remote pada masa-masa perdana ni..hehe
pertama, sebelah pihak ni, tak sabar-sabar nak tengok berita kat tv.. taknak lepas cerita terbaru pasal musuh-musuh dorang ni wakakaka...
sebab kedua? cer cite cer cite...! Yang ni plak,gelabah cari remote sebab nak ubah chanel..nak elak dari TERtengok berita..hahah. tak kurang plak yang sanggup meludah tv sendiri semata-mata nak lepaskan geram. haiyaaa...macam-macam ragam...

Sebenarnya gua saja merapu kat sini...lucu tengok gelagat orang-orang yang suka berpolitik ni.
si polan tuduh si polan..yang tu kata salah,yang ni kata betul.. disana kata sesat,disini kata "taubatlah"!.
hmmmm...gua pun tak tahu apa nak jadi orang kita sekarang. ragam politik wei..adoii..!
Jadi biarlah gua ambil jalan selamat,gua nak jadi pemerhati dan masih kekalkan jawapan yang sama bahawa..,
gua tak suka politik! jangan marah ye..

p/s undi adalah rahsia

Haiwan juga berhak disayangi


Assalamualaikum..
Kali ini gua nak kongsikan cerita berkenaan haiwan peliharaan.
Tentu ada diantara korang yang menggemari dan memiliki haiwan peliharaan sendiri bukan?
 Haaa..bagus..! ada jugak yang mengaku..hehehe..
Mungkin ada yang suka pelihara kucing,burung,hamster,monyet,lembu,ataupun arnab. Gua tahu korang memang sayang, Tidak dinafikan ada sesetengah orang menjadikan haiwan peliharaan seperti sahabat baik mereka. macam gua, gua sayang pada kucing, pernah beberapa kali gua menangis bila kucing kesayangan gua mati.

Dan salah satu kenangan yang gua takkan lupa seumur hidup gua, apabila seekor kucing kesayangan gua yang sedang sakit dan 'Nazak' pada ketika itu tidak mati sehinggalah gua sampai ke rumah dan akhirnya kucing itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan gua,tak sampai seminit gua sampai ke rumah. masa tu gua tinggal di bandar apabila mendapat panggilan dari makcik gua yang mengatakan kucing gua sudah dua hari sakit dan mungkin akan mati. Dalam perjalanan balik ke kampung,gua berdoa dan berharap supaya paling tidak pun gua sempat berjumpa dengan kucing gua itu.Alhamdulillah kami sempat berjumpa walau tak sampai seminit.

"Si Comey" kucing gua sekarang
Ketahuilah bahawa haiwan juga mampu memberikan tindakbalas yang luarbiasa jika kita menyayanginya.
satu fakta yang menarik mengenai haiwan peliharaan yang korang kena tahu bahawa, dia akan tahu dan kenal siapa tuannya dan mampu memahami kehendak atau perintah tuannya.

Tapi ada juga yang menganggap makhluk itu tidak penting, Dan disebabkan itu, ada yang secara tidak sedar menganiaya dan berlaku kejam terhadap makhluk itu.
Jangan!! haiwan juga makhluk Allah seperti kita. Haiwan juga berhak disayangi.
Jangan pandang remeh hal ini kerana Islam sendiri tidak pernah memandang remeh terhadap tanggungjawab dan hak terhadap haiwan. dan setiap makhluk di muka bumi ini diberikan peruntukan hak yang sangat adil.

Contoh yang terbaik adalah Rasulullah s.a.w dalam memuliakan dan menyayangi haiwan. Baginda sama sekali melarang penganiayaan dan kekejaman terhadap haiwan. Malah baginda sendiri menunjukkan kasih sayang terhadap makhluk tersebut. Seperti dalam satu riwayat yang diceritakan, pernah suatu ketika baginda sanggup menggunting sebahagian serbannya kerana tidak sampai hati untuk mengejutkan seekor kucing yang sedang tidur di atas serban tersebut. Begitulah mulianya hati baginda. walaupun kucing hanyalah seekor haiwan, tetapi baginda tahu bahawa ia berhak disayangi kerana haiwan juga adalah makhluk ciptaan tuhan.

Oleh itu, sayangilah haiwan peliharaan dan yang paling penting jangan sesekali menganiaya dan kejam terhadap haiwan kerana haiwan juga berhak disayangi. Wassalam.

<Sharing is Caring>

Selasa, 3 Januari 2012

Ciri-ciri suami pilihan




Ciri-ciri suami pilihan 

Suami bagaimana yang sebenarnya di idamkan oleh seorang isteri? 
Kali ini disenaraikan ciri-ciri suami yang amat didambakan oleh isteri di luar sana.

1. Sedia mendengar

Seorang isteri sebenarnya mahukan suami yang sedia mendengar cerita dan keluhannya.

2. Sentiasa menambah ilmu rumahtangga

Bukankah suami itu pemimpin bagi isterinya? Sebagai seorang pemimpin, suami wajib memberi bimbingan dan memberi pendidikan kepada isteri dan seluruh ahli keluarganya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan.

3. Menghargai

Mulakan dengan perkara kecil seperti ucapan terima kasih semasa isteri menyediakan kopi di waktu petang hari atau memuji masakan isteri yang sememangnya sedap.

4. Tidak sentiasa menyalahkan

Sewaktu ternyata isteri tersilap, suami sebaiknya janganlah terus merungut, marah-marah dan terus menyalahkan hingga mencalarkan emosi pasangan. Daripada menarik muka masam, ada baiknya minta penjelasan daripada isteri tentang mengapa ia berlaku sambil memberikan nasihat. Jangan lupa tetap memberikan senyuman.

5. Mampu menahan marah

Orang yang mampu menahan marah itu adalah orang yang kuat. Sekiranya suami bersikap panas baran, ia hanya akan menyemarakkan sikap bermusuhan dan rasa tidak puas hati di pihak isteri.

6. Sayang diri sendiri

Sayangi diri dengan menjaga kesihatan, pemakanan, meluangkan masa untuk bersenam, mendapat tidur yang cukup serta tidak merokok.

7. Boleh menerima pendapat isteri

Walaupun suami berperanan sebagai ketua keluarga, namun itu bukan bererti suami boleh bertindak sewenang-wenangnya atau membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan atau pendapat isteri.

8. Pulang dengan senyuman

Tekanan di tempat kerja selalunya membuatkan suami stres. Begitu juga jika seharian melakukan kerja yang meletihkan di tempat kerja. Tetapi tidak perlulah perasaan itu dibawa kembali ke rumah. Tinggalkan masalah pejabat di pejabat sahaja. 

9. Romantis

Memang agak sukar mengharapkan suami meluah dan menunjukkan rasa sayang serta cinta pada isteri setiap hari, tapi sekurang-kurangnya suami mempamerkannya pada hari-hari istimewa sang isteri

10. Membantu urusan rumahtangga dan anak

Walaupun sekadar menyidai kain di ampaian, bantuan seperti itu sebenarnya amat dihargai isteri. Ingat, isteri bukan hamba suaminya. 

11. Tidak cerewet

Menurut satu kajian, suami yang baik adalah seorang yang mudah, ringkas dan tidak cerewet terutama sekali dalam bab makan minum dan sebagainya. Sifat-sifat demikian akan memmudahkan isteri untuk melaksanakan tanggugjawabnya sebagai seorang isteri.

12. Soleh

Taat pada agama dan mampu membimbing isteri dan anak-anak ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

klik sini