FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------
Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Kongsi..

Orkidla ditanya macamana nak tanam orkid Catasetum oleh seorang sahabat. Ilmu ini bukan dapat dengan sendirinya ianya dapat dari seorang Sifu orkid Khairi Mohd. Beliau cakap Catasetum tanam tepek kayu lebih cantik, Jadi gambar dibawah hasil yang telah Orkidla buat dalam beberapa bulan yang lalu..
Gambar akar serabut dari jarak dekat.

Sunday, November 25, 2012

Antitranspirant

Satu hari Orkidla pergi melawat seorang sahabat. Orkidla ada menyatakan kerisauan Orkidla untuk meninggalkan pokok orkid Orkidla terutama Bulbophyllum lebih dari seminggu. Sahabat ni ada mencadangkan Orkidla menggunakan sejenis bahan yang dipanggil "Antitranspirant".

Apa tuuu...

Sahabat Orkidla ni pun menerangkan serba sedikit fungsi bahan ini. Ianya dapat membantu mengurangkan/melambatkan proses hidrasi pada pokok. Menurut beliau terdapat 2 jenis "Antitranspirant", dari jenis tumbuhan dan lagi satu chemical. Nasihat beliau guna jenis pertama kerana yg kedua tu akan membunuh pokok.

Ohhh... macam itu.

Sahabat Orkidla ni kata harga bahan ini sangat mahal boleh mencecah ratusan USD. Beliau menggunakan bahan ini pada pokok orkid jika ada Orchid show di luar negara. Di Jepun kalau tidak silap penggunaan bahan ini boleh dikatakan tidak sah penyertaan boleh dibatalkan, tetapi di negara lain dibenarkan memandangkan ianya bersifat sementara.

Cara penggunaan ambil sedikit (kurang dari setitik) dilarutkan dalam 1 liter air dan disembur keseluruhan pokok. AWAS!! Jangan sembur pada tangkai baru berbunga kerana ia akan bantutkan bunga tersebut. Bunga sudah kembang boleh.

Sebelum pulang Orkidla dibekalkan sedikit bahan "Antitranspirant" ni. Terima kasih SAHABAT.
Maklumat selebihnya rakan-rakan boleh rujuk dipautan sesawang ini,

http://en.wikipedia.org/wiki/Antitranspirant

Sunday, November 18, 2012

Projek Malam-malam.

Sebelom masuk tidur, intai-intai orkid di Balkoni sekejap. Tiba-tiba jer muncul idea nak tepek orkid pada kayu ni.
Orkid sasaran Catasetum tenebrosum "Tomiko" (Ogos 2009)
Hasilnya.

Friday, October 19, 2012

Projek

Selepas projek pertama sukses (Gongora) kini projek kedua pula - Coelogyne sp.






Friday, July 6, 2012

Lamanya...

Dah lebih seminggu tak update Blog.. Hari ini nak kongsi 1 teknik tanaman yang orkidla guna dan mungkin ini telah lama diguna oleh rakan-rakan blogger. Ianya bermula beberapa bulan yang lalu bila kebiasaannya orkidla tanam Cattleya guna arang dan batu bata serta pasu plastik. Kali ini orkidla guna kepingan fern (Fern slap)
Laelia purpurata var. striata ini pula sudah agak stabil.
Catt. walkeriana dibawah ini telah beberapa bulan ditanam. Akarnya telah stabil.
Catt. intermedia var. coerulea dibawah baru tanam beberapa hari yang lalu

Thursday, June 28, 2012

Keratan Batang Tua

Hari ini Orkidla nak kongsi sedikit tip. Jika rakan-rakan dapati batang orkid Dendrobium rakan-rakan sekalian telah buruk atau tua (Bukan mati kering) dan masih hijau, jangan dipotong buang lalu dibakar bersama-sama daun-daun kering. Dari batang-batang tua ini masih boleh digunakan, selepas dipotong susun atas para dan disiram air sekali atau 2 kali sehari.

Dari keratan batang ini akan tumbuh keiki atau anak-anak pokok. Buat rakan-rakan yang telah berbuat demikian Tahniah dari Orkidla. Selamat mencuba.
(Klik untuk memperbesarkan gambar)

Wednesday, June 27, 2012

Kutu

Kutu

Tahukah anda Bawang putih sangat berguna dalam kehidupan kita seharian,
Selain dari sedap dimakan dlm masakan atau jeruk, ianya sering kali digunakan
bagi tujuan menghalang unsur2 jahat/"dark site".

ianya amat berguna bagi menghalang proses pembiakan kutu2 pada pokok.
ada 4 cara utk mengatasi masalah kutu pada tumbuhan,
pilih mana satu.

Cara 1,
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Lada Kering
3. Air

Cara-caranya
Rebus bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2 + lada kering
disembur air rebusan tersebut pd pokok sasaran.
Air rebuasan ini tahan dlm sehari dua shj. (Busuk jika simpan lama).

Cara 2,
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Air

Cara-caranya
Rendam bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2 semalaman
disembur air tersebut pd pokok sasaran.
Air ini tahan dlm sehari dua shj. (Busuk jika simpan lama).

Cara 3,
MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Minyak Kacang
3. Air

Cara-caranya
Campur minyak kacang &  bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2
peram kedua2 bahan tersebut selama 1 minggu.

ambil 1 sudu makan minyak bawang putih dicampurkan dgn 1 sudu makan
sabun sunlight dan dicairkan dgn 1 liter air. sembur air tersebut pd pokok sasaran.
Minyak Bawang Putih ini tahan lama.

Cara 4,
Bahan-bahannya
jari

Cara-caranya
picit-picitkan kutu tersebut dengan geramnya.


Selamat mencuba.
***Pihak Penaja tidak bertanggungjawap diatas apa2 yg terjadi pada Kutu tersebut.
*Saya pun tak try lagi nih... baru belajar.

Cara Tanam Catasetum Dari Batang (Ulangan)

Cara Tanam Catasetum (Orkid) Dari Batang

Bahan-bahan ;

1. Pokok sasaran (Catasetum)
2. Gunting dahan
3. Pasu 3 inchi
4. Spagnum Moss

Cara-caranya (Bergambar) ;


1. Pokok orkid Catasetum digunting batangnya sehingga ke akar2
sekali.


2. Dengan menggunakan bahan-bahan asas penanaman orkid
seperti Pasu 3 in. Sedikit Spagnum Moss yang dilembapkan.
Tanam keratan batang Catasetum tersebut. (Jika tiada
Spagnum Moss boleh guna Perlite)


3. Siram air mengikut tahap kelembapan Spagnum Moss.
Semburan baja dalam seminggu sekali dan hasilnya dapat
dilihat dalam sebulan dua. keratan batang tersebut akan
mengeluarkan keiki baru. Jika perlu, boleh ditukar ke pasu
yang lebih besar. Dinasihatkan menggunakan pasu yang berlubang
-lubang. (Lihat gambar dibawah Orkid Catasetum callosum)

Friday, January 27, 2012

Risiko Yang Diambil - Pengajaran.


Inilah akibatnya jika tak dengar cakap Sifu. Apabila mengambil risiko untuk terus membenarkan spike menguntumkan bunga maka ubi pokok Catasetum ini terus stress lantas gagal untuk mengeluarkan keiki baru akhirnya mengecut kekuningan. Pelajaran terbaik adalah melalui kegagalan... Sabar jer.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejenak imbasan cerita Catasetum ini bermula dari awal...

Catasetum. Monday, November 28, 2011


Sabar Menanti.Friday, December 23, 2011


Happy New Year 2012.Sunday, January 1, 2012


Tuesday, December 27, 2011

Dah Janji

Sabtu lalu Orkidla telah berjanji dengan Rakan FB, berkenaan dengan beberapa contoh cara  Orkidla tanam orkid dari jenis Aerides atau Vanda. Harap dapat membantu kalau tak banyak sikitpun jadilah. TQ. Dari kiri  Orkidla guna dawai terus tanpa pasu. Tengah  Orkidla guna pasu yang biasa digunakan untuk Vanda dan kanan  Orkidla guna raga kayu. 


Terpulang teknik mana yang mudah, janji ada kitaran udara serta kerap siram air. Rakan-rakan FB/Blog yg lain kalau punya cadangan, Jangan segan-silu... Layan. TQ.

Tuesday, January 12, 2010

DIY: Bakul Plastik

Beli beberapa bulbophyllum baru dari Selatan Tanah Air. Sebelom balik sempat singgah ke kedai 2 Ringgit beli 10 bakul plastik. Rendam Sphagnum Moss, ditaburkan dalam bakul plastik tu dalam ketebalan 1/2 inchi. Beberapa pokok orkid Bulbophyllum diletakkan didalam bakul tersebut serta letakkan juga beberapa ketul batu (sumber Mineral).
Bulbophyllum virescens

Bulbophyllum binnendijkii

Bulbophyllum medusae

Monday, January 11, 2010

DIY: Lapisan Paku Pakis.

Tahun lepas (2009) dapat beberapa keratan dan ada juga beli beberapa pokok orkid dari jenis Bulbophyllum. Jenis ini kebiasaannya hidup menjalar/memanjat dahan-dahan. Orkidla beli beberapa keratan lapisan pokok paku pakis gergasi dari nurseri. Sekeping mengikut saiz dijual diantara RM12 - RM15.

Balik, Orkidla kerat kepada 3 bahagian kecil.

Seterusnya Orkidla ambil Moss (Lembap) ditepek pada keratan tersebut lalu diletakkan orkid pada keratan tersebut serta diikat dengan menggunakan benang. Berikut beberapa pokok orkid yang telah diikat pada lapisan pokok paku pakis tersebut.
Bulbophyllum falcatum

Bulbophyllum Hybrid

Bulbophyllum sp.

Bulbophyllum sp.

Bulbophyllum grandiflora

Bulbophyllum rugosum

Bulbophyllum echinolabium x Bulbophyllum fasinator


Bulbophyllum sp.

Trias picta

Bulbophyllum Hybrid

Bulbophyllum grandiflora

Bulbophyllum Hybrid

Bulbophyllum Hybrid