Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Rabu, 26 Januari 2011
Safety tips at a party:
If your child is still a toddler, usually parents are expected to attend the party. However, if your child is of school-going age, you can just drop him off and pick him up later. Be sure you know who the host/hostess is and have their telephone number and that they have your telephone number. This way, if there's an emergency they can immediately call you. Find out what time the party is due to end and ensure you are there punctually to pick up your child.
2) What type of party? Where is the party?
A daytime birthday party with games and activities should be good fun. If the party is going to be near the pool or at some outside venue, be wary of the danger points and risks and find out what precautions the host has taken to ensure all the children are safe.
3) Special needs.
If your child has special dietary needs or is allergic to any food, remember to tell the host. Don't expect your child to speak up or find out the ingredients in all the foods served. If there are certain things your child can't do, you should also tell the host or remind your child to speak up. And, importantly, if your child is prone to fits or is asthmatic, do inform the host. They will appreciate you informing them rather than finding out on their own and not knowing how to respond to it.
4) If you are organising the party.
Be careful when choosing party favours to put in the party packs. You don't want the children swallowing small parts. Watch out for choking hazards and objects with sharp edges.
5) Teenage party.
Remind your child of the ground rules (if you have any) such as behaviour, activities and when you want them home, if they are getting a lift back. Make sure there is adult supervision or a chaperone at the party. If your child is uncomfortable at the party and wants to come home early, they should call you. No matter what trouble your child gets into, he or she should know that you will be there to help them out.
Posting bahasa inggeris pulak... hehehe anyway yang ni mama copy kat sini
banyak lagi tip... boleh ke laman ni untuk baca seterusnya....
saja untuk berkongsi.....
Selasa, 19 Oktober 2010
Hormati Privasi Rakan sekerja part 2.
Image by google
4. KURANGKAN PANGGILAN PERIBADI
Tidak dinafikan berbual dengan si dia mahu pun teman merupakan hal peribadi... Namunia akan jadi sebaliknya jika teman2 sekeliling dapat mendengar perbualan anda dengan jelas.
Bukan niat untuk menyibuk tetapi tetapi terpaksa mendengarnya dek ruang kerja yang berdekatan....Ia akan bertambah menyakitkan jika anda bertengkar di talian.
Pastinya nada suara anda semakin tinggi dan emosi juga berlainan. walau apa pun masalah anda, usah seret rakan sepejabat sekali dalam hal ini...
5. USAH BANYAK TANYA
Sesetengah orang tidak peduli dengan kesibukan orang lain kerana apa yang dia tahu , dia mahu dilayan secepat yang mungkin.....
Dalam hal ini , kita harus melihatkan pada situasi jika mahu bertanya mahu pun mendapatkan bantuan daripada rakan lain....
Mungkin pada ketika itu dia sedang sibuk dan tidak punya banyak masa untuk melayan anda.... Jadi hormatinya dengan bertanya kembali apabila kerjanya sudah selesai atau pun merujuk pada teman yang lain pula...
6. USAH GOPOH
Jika anda melihat rakan sedang bercakap ditalian, jangan terlalu mencuba untuk bertanya itu dan ini dengannya...
Tunggu sehingga dia selesai dan meletakkan gagang telefon....
-------------------------------------------------------------------------------------
*Sumber sri dewi dan keluarga..... bulan November 2010*
Isnin, 18 Oktober 2010
Hormati Privasi Teman Sekerja Part 1
Setiap pekerja diberikan ruang kerja masing-masing dan ia bertujuan agar dapat memberikan fokus maksimum terhadap tugasan yang harus diselesaikan...'
Sebaliknya ia bukan bermakna anda boleh melakukan apa saja sesuka hati tanpa memikirkan keselesaan 'jiran sebelah' dan orang sekeliling ....
JAngan pentingkan diri sendiri dan cuba hormati hak teman-teman sekerja lain... Mungkin tip ini boleh diamalkan agar tiada yang berasa geram dengan kelakuan anda...
- KAWAL NADA SUARA
Tidak kira sama ada semasa berbual atau bercakap ditalian kawal nada suara anda agar tidak terlalu kuat sehingga mengganggu konsentrasi rakan sekerja yang lain.... Bukannya nak buat pengumuman.....
2. BUKAN TEMPAT PERBINCANGAN HAL PERIBADI
Pejabat adalah tempat mencari rezeki bukan tempat untuk meluahkan hal peribadi.....Kalau dah terdesak sangat cari lah tempat yang sesuai dan bukan ditempat kerja sebab tempat kerja tidak menjanjikan privasi.....
Sesiapa saja boleh mendengar dan tak mustahil ia akan menjadi bualan hangat ataupun akan menjadi bahan umpatan keesokan harinya....
Samalah ketika berbual ditalian... cari tempat yang terlindung tetapi dalam masa yang sama kawal emosi agar tidak terganggu dan mengalirkan air mata....
3. BAWA BERSAMA TELEFON BIMBIT
Nada dering talifon bimbit zaman sekarang bermacam2 rentak... ada yang perlahan ada yang kuat... sebab itulah anda kena bawa kemana sahaja anda pergi....
Jika ditinggalkan dan panggilan masuk tanpa henti, ia akan membuatkan rakan sekerja lain berasa terganggu disebabkan bunyi bising talifon anda itu....
Bersambung,.....
Selasa, 1 Jun 2010
Petua Rumah Tangga Bahagia
Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang. InsyaAllah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan.
Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun,kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri (ada rahsia tu).
APA RAHSIA NYA???
AIR TANGAN!!!! itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.
Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.
Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah.
Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan,sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik,berkat doa dan tangan ibu.
Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain.apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).
Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.
Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.
khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disin, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.
Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagiseronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita. Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit... tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri.
Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain 'menguruskannya'???
Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.
Sumber.... Pewani UiTM Arau Perlis
Khamis, 28 Januari 2010
Saat Bosan Menyerang
Photo by Goooogleeee
"Bosannyaaaaa!!! Apa nak buat ya? Selalu kita mengeluh apabila diserang rasa bosan...Langkah paling senang yang biasa dilakukan ialah tidur!!!... Tapi cara ini bukan cara terbaik untuk anda atasi kebosanan yang menyerang... Cuba cari benda yang berfaedah untuk mengubatinya... Contohnya....
Minum teh panas berparisa mint untuk menenangkan perut....(Tak pernah buat)
Berbual dengan rakan-rakan (bukan mengumpat yer...dosa...berbual ja,) Jangan sampai larut pulak nanti tak jadi pulak kerja yang lain.
Pergi berjalan-jalan untuk ambil angin sebentar (bukan makan angin nooo)...kerana pemandangan luar dapat menyegarkan mata,
Buat senaman ringan beberapa minit contohnya lari-lari anak untuk mengembalikan otot yang tegang.
Cuba hidu aroma kayu manis..atau makan makanan yang mengandungi kayu manis (tak penah plak buat)....ini adalah Kerana aroma rempah ini dapat membangkitkan perasaan bahagia, dan fikiran pun jadi lebih kreatif.
------------------------------------------------------------------------------------------------
*Kalau anda....apa yang anda buat untuk menghilangkan kebosanan...boleh bagi cadangan sikit ( Tedi jangan marah yer...guna gambaq kucing*
Rabu, 27 Januari 2010
Hidup Lebih Bahagia Tanpa Orang Ketiga
Salam...kawan-kawan blogger yang terhormat cheee wah....hormat-menghormati amalan kita kan...ok straight to da point....ok tak tajuk kat atas tu...Kami bukan nak cakap pasai org ketiga antara pasangan suami isteri....Kami nak cakap pasai pembantu rumah....Sapa ada pembantu rumah.... Kami tau bagi kawan2 yang mampu tu mesti pakai pembantu rumahkan...Kami tak Pakai sebab kami tak mampu...besa la gaji kulikang saja mana nak mampu...Nak ambik pembantu rumah pun nak kena bayaq tu la nak kena bayaq ni la...orang kita berapa kerat sangat nak jadi pembantu rumah...depa mesti tak mau punyalah....Nak kena pakai org luaq jugak la....Tapi org luaq pun kena la tengok2 jugak...takut kot depa dok dera anak2 kita ka...kot depa kebas habih barang2 dalam rumah kita ka....Tak ke naya....Kena pantau la plak...pasang CCTV lagi det la lagi...kena kuaq det banyak wooooo....Ok ni kami ada tip sikit untuk Parents2 yang bekerja kalau tak nak pakai pembantu rumah...Macam kami....
Yang pertama kena bangkit (bangun) awai pagi sebab masa ni la kita boleh urus segala keperluan anak-anak, buat sarapan la...sapu sampah sikit2 kot semak rumah kemas2 sikit...seterika baju ka kalau yang tak dan nak seterika masa cuti la...kalau mama dia seterika masa cuti la.
Lepas tu sebelum keluaq pi kerja tu kita kena la pastikan rumah kita kemas.,...tu sebab kita kena bangkit awai...pukoi 5 pagi la lebih kurang.
Lagi baik kalau suami2 kita dapat tolong sama2 bangkit pukoi 5 pagi ...sebab masa ni bagi yang ada anak2 kecik tu depa tak bangkit lagi...so senang la...suami kena tolong buat kerja yang berat sikit ...macam cuci tandas (semingu sekali ja heheeheh)....sapu sawang ka (seminggu sekali la jugak hohooh)...vakum karpet ka...Yang bab masak memasak tu bagi isteri la buat.
Bagi yang ada anak2 yang dah besaq tu bulih la didik depa pakat2 kemas katil sendiri....basuh pinggan lepas makan....kemas mainan yang depa main.
Kalau terpaksa kerja lebih masa bagi yang hantaq anak kat pusat asuhan tu kena la bagi tau pengasuh tu untuk pastikan anak2 di beri makan sebelum tidoq.
Last sekali kita kena atoq bajet sebaik mungkin sebab kita sebenarnya bernasib baik kerana kadang2 kos guna khidmat pembantu rumah ni lebih tinggi daripada kita hantaq anak2 pi taska...sekurang-kurangnya kalau hantaq anak2 pi taska depa boleh belajar.
------------------------------------------------------------------------------------------
*Anak2 kami hantaq sekolah cuma cewad ja tok dia nak jaga.... Anda macam mana...????*
Rabu, 26 Ogos 2009
7 Langkah Rancang Kewangan
Bagaimana untuk mula merancang kewangan????
1. Senaraikan semua aset dan tetapkan nilainya mengikut nilai pasaran dan bukannya kos. Contohnya kereta.
2. Senaraikan semua hutang atau pinjaman juga mengikut nilai pasaran. Contohnya pinjaman untuk membeli rumah.
3. Rekodkan aliran wang masuk dan wang keluar kita ataupun keluarga setiap bulan.
4. Tentukan objektif atau matlamat perancangan kewangan kerana kemahuan setiap individu berbeza mengikut umur, kemampuan dan cara hidup. Contohnya rancang pelan pelaburan sistematik bagi mengatasi inflasi.
5. Kenal pasti jangka masa objektif perancangan kewangan. Contohnya perlukan RM10,000 dalam tempoh dua tahun untuk pendidikan anak-anak.
6. Tentukan strategi simpanan mengikut tempoh masa yang dirancang. Contohnya unit amanah, saham dan insurans.
7. Kaji dan ubah perancangan kewangan dari masa ke semasa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
*Duit2 dimana kau duit.......
Isnin, 27 Julai 2009
Ringkas Tapi Berkesan
Bagai mana mahu mengimbangi bajet yang tersasar? ringkas tetapi berkesan, mungkin cara ini dapat membantu:
1. Kurangkan bajet yang tidak perlu. Fikirkan perlukah setiap tahun bertukar baju baru, langsir, perabut dan lain-lain sekiranya yang lama masih boleh dan elok dipakai.
2. Fikirkan keutamaan. Apakah yang lebih utama bagi keluarga? adakah kita memiliki insurans yang meliputi kesihatan, dana pendidikan, wang tabungan untuk kecemasan dan lain-lain.
3. Ajar anggota keluarga hidup sederhana. Anak-anak jika sudah difahamkan dengan makna berjimat cermat tentu tidak akan menuntut yang bukan-bukan daripada ibu bapa. Yang penting mereka mesti dibiasakan sejak awal.
4. Galakan menabung. Sekadar RM1 atau RM0.50 sehari, apa salahnya jika dimasukkan kedalam tabung. jangan usik, selepas beberapa ketika anda akan terkejut melihat hasilnya.
5. Duit raya yang diperolehi anak-anak, galakkan supaya disimpan dalam bank. jangan biarkan mereka habiskan kesemuanya dengan membeli permainan atau sesuatu yang tidak penting. Fahamkan mereka, simpanan ini penting untuk masa depan mereka juga.
6. Elakkan berhutang terutamanya waktu menjelang raya. Tetapi jangan abaikan hutang (pinjaman) kereta atau rumah. Bimbang nanti ada kereta yang ditarik atau dapat surat amaran bank, semakin susah jadinya!!!
7. Berpuasa. Ada sesetengah orang yang mengamalkan puasa sebagai langkah berjimat. terutamanya selepas raya, ada puasa enam yang digalakkan pada umat islam. Yang lebih cantik biarlah berpuasa kerana Allah bukan kerana hendak kurus atau tiada duit!!! Insyaallah, jika niat kerana Allah, yang lain-lain akan 'tumpang berkat'.
8. dalam apa jua amalan termasuk berjimat cermat, haruslah berlandaskan syariat. Jangan abaikan yang hak seperti zakat dan sedekah pada mereka yang memerlukan. Amalan jimat cermat anda akan lebih berkat, malah insya-Allah rezeki akan berlipat kali ganda lagi.
Sumber BUKU
-------------------------------------------------------------------------------------------------
*Tolak insuran...kereta....simpanan....
Sabtu, 25 Julai 2009
Panduan Hadapi Temuduga
Berkenaan dengan ekspo kerjaya dekat UiTM hari ni......seai temuduga merupakan proses terpenting untuk memohon kerja kerana masa ni la majikan akan menilai potensi dan kebolehan setiap calon yang memohon pekerjaan.... Haaaa time ni la setiap calon nak promosikan diri supaya jawatan yang ditawarkan menjadi miliknya.
TIP-TIP UNTUK CALON
1. Elakkan resume yang terlalu panjang...(boh yang penting ja).
2. Calon perlu menepati masa, etika berpakaian (sopan), penampilan dan kekemasan ketika temuduga.
3. berhati-hati mengeluarkan perkataan dan menjawab soalan yang diutarakan.
4. Berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan penemuduga.
5. Ketika berhadapan dengan sikap penemuduga yang kasar, tarik nafas dan bersikap tenang serta berfikiran secara positif.
6. Fikirkan bahawa sikap penemuduga tidak mewakili keseluruhan syarikat terbabit.
7. Calon perlu berfikiran terbuka dan tidak memberi perhatian pada sikap negatif penemuduga, sebaliknya menjawab soalan dengan baik dan tonjolkan kebolehan diri.
8. Kekalkan sikap sopan santun sesi temuduga biarpun diasak dengan komen yang kasar.
9. Buatlah persdediaan untuk berhadapan dengan pelbagai jenis sikap penemuduga terutama yang cerewet.
10. Latih diri untuk membina keyakinan diri dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang situasi negatif.
Sumber NUR
---------------------------------------------------------------------------------------------------
* Sebelum nak pi temuduga tu buat la latihan sikit.... Jom la pakat-pakat pi temuduga terbuka dekat UiTM Arau....