ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

TAHUKAH ANDA APA MAKSUD SIMBOL PEACE

Time for sharing.
lama Dunia TashQash tak share apa-apa kan? Asyik selling jer.
Oklah. Hari ni nak share sesuatu yang ringkas tapi mungkin ramai yang belum tahu barangkali.
Sukakah anda membuat simbol ini?
Jika ya, ada baiknya anda baca artikel ringkas ini. Semoga memberi manfaat bersama
Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Oklah cukup dulu untuk sharing kali ini
Salam dari Dunia TashQash
Selling and Sharing.

Saturday, November 13, 2010

10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK

Time for sharing. Kali ni saya kongsi artikel ni dengan pengunjung Dunia TashQash. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.  Dunia TashQash, not only selling but also sharing. Jom baca!

10 Tabiat Yang Merosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi 

 
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.  

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
    3. Perokok
     
    Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
      4. Penggunaan gula yang berlebihan
       
      Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
        5. Pencemaran udara
         
        Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
          6. Terlebih tidur
           
          Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
            7. Menutup muka ketika tidur
              
            Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
              8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
               
              Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
                9. Kurang berimiginasi
                 
                Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
                  10. Jarang berfikir
                   
                  Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

                    Saturday, November 6, 2010

                    RAHSIA BERWUDUK DARI SUDUT KESIHATAN MANUSIA



                    Salam buat semua pengunjung Dunia TashQash. Semoga artikel yang saya anggap hebat dan menarik ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Semoga ini menepati slogan Dunia TashQash Selling and Sharing.

                    Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.

                    Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

                    Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:

                    Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

                    Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

                    Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

                    Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.

                    Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)

                    Muka 84
                    Tangan 95
                    Kepala 64
                    Telinga 125
                    Kaki 125
                    Jumlah keseluruhan = 493

                    Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!

                    Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

                    Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

                    Dari ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

                    Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

                    Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

                    Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk… 


                    HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS 

                    Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya. 

                    Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk? 

                    Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.

                    Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

                    Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."


                    Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya). 


                    Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin. 


                    Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.

                    Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....
                    Doa Selepas Wuduk

                    Sunday, October 17, 2010

                    RENUNGAN YANG AMAT BERMAKNA



                    'Ya Allah! Jadikanlah aku anak yang sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapaku'

                    Monday, October 4, 2010

                    SEMOGA KITA SELALU BERSYUKUR

                    Video ini di email oleh seorang teman. Saja nak kongsi dengan pembaca yang lain. Semoga ada manfaatnya. Dunia tashQash kan selling and Sharing :) Selamat menonton!


                    Semoga kita akan selalu menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. Kadang-kala kita lupa  bahawa kalau kita susah, masih ramai yang lebih susah daripada kita. Begitulah sebaliknya, kalau kita rasa kita hebat dan berjaya, masih ramai yang lebih hebat dan berjaya daripada kita. Itulah hakikat kehidupan.

                    Sunday, July 25, 2010

                    Jangan Bersedih


                    Salah sebuah buku yang paling suka aku baca. Petikan ini adalah untuk renungan diri sendiri dan dikongsi bersama yang lain:
                    Dipetik dari buku La Tahzan by Dr Aidh al Qarni



                    Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

                    Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

                    Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.


                    " Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-'Araf : 144) "


                    Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian, pengkhianatan, kebencian atau sakit hati. Jangan lupa hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja atau belajar. 'Hari ini adalah milikmu'. Yakni, apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih terfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi tersebut dan masih ada dalam angan-angan.

                    anda berkata dalam hati:

                    " Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik sahaja; tidak bercakap kotor, tidak pernah mencela, mengherdik, mengejek, menyindir dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut. Dan kerana hanya hari ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kesucian jiwaku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku "

                    Kerana aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin dengan penuh tumpuan, membekali diri dengan solat-solat sunat, berpegang teguh pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.

                    Aku hanya akan hidup hari ini!
                    Oleh sebab itu, aku perlu menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat tamak, hasad, riya', sombong, bakhil dan buruk sangka.


                    aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan :

                    " Wahai masa lalu, yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akann pernah melihatku termenung sedetik pun mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi "

                    " Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum pasti kerana esok hari mungkin tiada sesuatul esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tiada suatu pun darinya yan dapat disebutkan "


                    " Hari ini milik anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan" kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah menyenangkan.



                    Thursday, July 1, 2010

                    Rahsia nombor rumah





                    Ini satu lagi bahan yang menarik untuk dikongsi. Betul tidaknya tak tahulah. Jom baca

                    Pernah tak anda terfikir mengapa anda memilih rumah yg anda duduki sekarang?Apa nombornya?Apa yang menyebabkan anda tertarik untuk mendiami rumah tersebut?

                    Apa-apa pun jom kira dulu nombor rumah anda

                    Contoh cara mengira:
                    Nombor 11 = 1+1=2
                    Jadi angka rumah anda ialah 2.Baca keterangan 2 kat bawah….

                    Nombor 192
                    = 1+9+2=12
                    12 = 1+2=3
                    Jadi angka rumah anda ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah….

                    Rumah nombor 1
                    Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya
                    dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
                    berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang
                    kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan
                    fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan
                    gembira.

                    Rumah nombor 2
                    Orang yg tinggal di rumah ini selalu
                    dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
                    teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik
                    dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada
                    penghuninya.Cubalah… .


                    Rumah nombor 3
                    Biasanya mereka yg tinggal di rumah
                    bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
                    percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya
                    degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan ‘kesempurnaan’
                    dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk
                    meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik
                    beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang
                    yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati
                    jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar
                    mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

                    Rumah nombor 4
                    Emmmm… .nombor jenis ini agak sukar untuk
                    diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan
                    kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di
                    rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah
                    ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis.
                    Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis
                    ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang
                    lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

                    Rumah nombor 5
                    Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan
                    seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal
                    di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka
                    akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang
                    bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun
                    begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat
                    perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan
                    telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan
                    kebendaan.


                    Rumah nombor 6
                    Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor
                    ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan
                    tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai
                    daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang
                    tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra
                    menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu
                    juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah
                    kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan
                    layanan yang kamu berikan.

                    Rumah nombor 7
                    Satu angka ‘aneh’ .Tidak dapat dijelaskan
                    dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main
                    dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua
                    kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada
                    kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang
                    alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu
                    juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang
                    sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan
                    perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit
                    dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk
                    mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa
                    depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

                    Rumah nombor 8
                    Rumah ini lebih digemari oleh golongan
                    yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul
                    jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang
                    berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah
                    itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami
                    rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula
                    kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap
                    kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

                    Rumah nombor 9

                    Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang
                    dicita-citakan selama ini.

                    Tiba-tiba terfikir. Kalau rumah tak bernombor bagaimana ya>>>> :)

                    Wednesday, June 30, 2010

                    Apa alamat email anda? Best ni....


                    Semasa blog walking sana sini, terjumpa pula artikel ni. Best juga nak kongsi. Betul atau tidak tak tahulah....

                    RAHSIA DI SEBALIK EMAIL SESEORANG

                    Gunakan Nama Penuh

                    Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

                    Nama Depan Dan Tengah

                    Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.


                    Nama Dan Tahun

                    Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

                    Nama Samaran

                    Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.


                    Nombor Dan Abjad

                    Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah


                    Lepas baca ni, mungkin boleh bagi komen sejauh mana betulnya

                    Tuesday, June 29, 2010

                    Jom gi restoran McDonald....




                    Sedapnya! Mesti ramai yang suka. Mesti ramai yang selalu pergi Restoran McDonald.
                    Jom tonton video ni. Lepas tu fikirlah berkali-kali sebelum makan makanan McDonald.





                    Pesanan istimewa untuk Syawal Hafriz yang gemar menghabiskan larut malam di McDonald

                    NO MORE MCDONALD PLEASE, DEAR!!!



                    Monday, June 28, 2010

                    MEOW! Saya ada kucing....

                    Hari ni nak cerita pasal kucing. Zaman sebelum dapat anak dulu memang aku banyak bela kucing. Macam-macam nama ada. Antara yang diingat Sibuk, Efa, Pussy, Cris, RM, Comot, Tuah, Musang dan ada lagi yang namanya dah lupa. Sekarang pun masih sayang kucing, cuma tak boleh bela sebab husband tak suka. So malaslah nak gaduh-gaduh kerana kucing.

                    Anyway, jom baca Falsafah rezeki kucing...


                    Makanan kesukaan kucing ialah ikan. Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut. Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya. Justeru…untuk dapat makan ikan, apa kucing buat?? Kucing akan menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya. Begitu jugalah dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Itulah ALLAH yang Maha Agung, Robb sekalian alam. Kita mesti kenali,dekati dan cubalah ‘bermanjalah’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2. Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita. Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walau mungkin kucing dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya. Maka jika begitu jadinya… apakah ada gunanya???

                    Tips : Kalau nak dimurahkan rezeki, peganglah Falsafah Rezeki Kucing ini

                    Jom baca pula fakta tentang kucing ni....
                    1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

                    2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

                    3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.

                    4. Dengkuran kucing mampu beri effect tenang kepada manusia.

                    Ini lagu kiucing kesukaan Tasya dan Aqash.



                    Last. Jom tengok video kucing yang cute....

                    Thursday, June 24, 2010

                    SAAT DIDATANGI UJIAN.... SEBUAH RENUNGAN


                    KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

                    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216


                    KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

                    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286



                    RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

                    “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139


                    BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

                    “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45


                    APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

                    “Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111


                    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

                    “Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129

                    ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

                    “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” -Surah Yusuf ayat 87



                    Ya Allah! semoga Engkau terus memberikan aku kekuatan untuk menempuh segala ujianMu! Diriku yang kerdil.... ada waktunya tersasar tingkah.
                    Renungan ini untuk diriku sambil dikongsi bersama yang lain....





                    Thursday, June 17, 2010

                    MAKAN!MAKAN! MAKAN!





                    Hari ni nak kongsi pasal makan.

                    FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
                    • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
                    • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
                    • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
                    • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
                    • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
                    • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
                    syukran

                    sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

                    Aksi Kenangan

                    Renung-renungkan....

                    Tasya and Aqash bela hamster la pulak...