Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Biskut semprit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut semprit. Papar semua catatan

Rabu, 15 Ogos 2012

Kesudahan Kisah Semprit

Alkisahnya semprit yang aku cerita dulu (link), Kak Ros dah pun menyiapkan hanya satu balang kerana kesibukan dia yang terlampau menjahit manik. Dia mengirimkan kepada Daud untuk balik ke kampung kerana dia tak dapat balik bersama.

Hari tu aku berbuka makan biskut semprit, tak makan kurma macam selalu (begitu semprit-mania nya aku ). Lepas makan 8-9 ketul, baru aku suakan kepada yang lain...

Memang tak cukup la Kak Ros, dari kecik sampai besar memang suka la biskut semprit Kak Ros buat ni...!!!

Pada pukul 10 malam, tiga suku bekas telah habis dimakan...

Yang ni, tinggal dua ketul beserta serdak...masa bawak balik ke Penang...

Tu pun Nabil habiskan dengan serdak-serdak sekali...Ingatkan lepas ambil gambar nak simpan makan esok, mana tau habis...

***memang dah sebulat suara mintak tolong sesangat Kak Ros buat lagi biskut semprit..!!!

Khamis, 2 Ogos 2012

Kisah Aku dan Kueh Samprit

Semenjak sebelum puasa lagi aku dah bersungguh-sungguh melobi kakak aku Kak Ros ( Fairos Amir ) untuk buat kueh/biskut semprit untuk aku. Akhirnya dalam kepayahan dan kesibukan dia, berjaya jugak menyiapkan Semprit untuk aku dengan dibantu oleh Adik ( Faiez Amir ) yang sekarang buat praktikal kat Ipoh.

Sebenarnya aku memang suka biskut semprit ni lebih-lebih lagi yang bentuk bunga sebab mengingatkan aku pada semprit yang dibuat oleh arwah mak aku. Walaupun dulu bermacam-macam jenis biskut raya yang dia buat dan dulu memang aku suka makan bahulu masa kecik-kecik, tapi semprit yang mak buat memang best dan satu lagi kek batik yang aku tak boleh lupa...
Sebab dulu kami adik beradik la yang tolong ( aku tak ingat samada aku tolong buat atau tolong makan je...heheheh - tapi kalu buat bahulu tu aku ingat la tolong pukul telor manual, sampai telor betul-betul kembang ). Tapi sekarang mak dah takde tapi ilmu buat semprit di warisi Kak Ros. Memang dulu dia ada buat tapi dia pun sibuk jadi dah lama tak makan semprit yang dia buat. Aku dah carik dan beli pada raya-raya sebelumnya biskut semprit ni, sampai kekadang banyak bekas sebab nak tau samada sedap ke tak, tapi hampeh..!!

Berkat kesabaran aku ( ceh kesabaran ! ) setiap kali aku call dia aku timbulkan pasal semprit, call anak-anak dia pun aku cakap pasal semprit, macam dalam dunia ni hanya ada semprit dan semprit semata-mata. Sampai dia pun kesian kat aku lalu dengan tangan yang terketar-ketar menekan adunan tepung dia berjaya jugak menyiapkan Semprit semalam ( tak tahu tidur pukul berapa )...Katanya siap 16 balang untuk aku...hahahahah( mesti dia marah )....

Apa pun terima kasih bebanyak!!! Entry kali ni aku tujukan khas buat dia dan adik dan keluarga dia yang membantu aku mencapai cita-cita yang tersebut ( macam nak baca rukunegara pulak )


Adik berambut gonjeng sambil menggigit tray...( kat belakang tu setin kueh kapit dibeli Faiez dengan bangganya sebagai bakal engineer untuk dibawa pulang )

Acik, Adik dan Aina...menerai biskut samprit spesel...


***Itu lah kisah aku dan Kueh Samprit...!!! Tak sabar-sabar nak balik ujung minggu ni, nak rasa ....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails