A.ssalamualaikum dan selawat salam ke atas junjungan nabi kita Muhammad SAW.. Mari kita banyakkan selawat ke atasnya mudah-mudahan beroleh syafaat dari baginda, insya Allah..
Showing posts with label bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label bulan Islam. Show all posts
Tuesday, January 14, 2014
Sunday, October 6, 2013
Saturday, September 21, 2013
Makan Wida~~~~> Lambaian Haji 2013
Assalamualaikum, hari ni CAP nak share entry tertunggak masa makan Wida last week sebelum mak bapak pergi Haji semalam..Alhamdulillah ramai sanak saudara, sahabat handai dan jiran-jiran datang meraikan..Semoga Allah permudahkan urusan semua para jemaaah di sana amin..Jom layan gambar je la ...
Solat berjemaah dan bacaan Yassin
Tengok tu suka sekali si kecik ni kan..
Sayu hati seorang ibu berpisah dengan anak menantu demi menunaikan ibadah rukun ...
Pasangan mertua yang menunaikan Haji..
Friday, September 20, 2013
Panggilan Haji
Assalamualaikum wbt
dan salam sejahtera buat semua rakan maya..Rindu sungguh dengan semua
rakan maya..Alhamdulillah hari ni telah selamat pergi kedua mertua CAP
menyambut panggilan Haji di Mekah dengan penerbangan KT 37 penerbangan
pertama di Sarawak tahun ini.. Mudah-mudahan selamat sampai dan
menunaikan ibadah.. Labbaikallahhumma labbaik Labbaikalasharikalakalabbaik..
Sessi bergambar ...
Wa Long turut serta dalam jemaah haji tahun ni..
Selamat jalan..
Dah siap check in..
Mudah-mudahan dikurniakan Haji yang mabrur, In Sha Allah...
Labels:
aktiviti,
bulan Islam,
family,
Haji
Thursday, August 15, 2013
Eid Mubarak
Assalamualaikum semua dan rasanya masih belum terlewat lagi CAP nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan maya..Maaf zahir dan batin andai ada terguris hati masa dok komen komen tu ye..
Rindu rasanya nak blogging macam dulu..In sha Allah selepas urusan dipermudahkan moga kita dapat bersua lagi di alam maya..
Salam lebaran daripada Catatan Anak Pakya (",))))))))))~
Wednesday, July 10, 2013
Ramadhan Datang Lagi ~ Jalan Pulang
Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua, Alhamdulillah kita masih diberi peluang bertemu dengan lambaian Ramadhan.. Mudah-mudahan kita diberi kesihatan dan kelapangan untuk merebut segala nikmat yang diturunkan pada bulan yang mulia..Bulan ini mengingatkan seluruh keluarga sebelah suami CAP akan kehilangan seorang adik yang telah berjuang dan bertaruh nyawa untuk meneruskan kehidupannya..Allah lebih menyayangimu.. Al Fatihah..
Pemergiannya diabadikan dalam sebuah puisi tulisan Saudara Pharo Abdul Hakim dalam buku antalogi puisi Sanjak Si Renta halaman 35..Ingin CAP memorikan puisi yang didedikasi untuk Almarhum Shahnizam Bin Sabu dengan tajuk Jalan Pulang..
Kau selusuri titian waktu
Merentasi jejak dura
Di perbatasan hayat
Merangkak dalam kelam
Dengan nafas yang tersekat-sekat
Telah tiga tahun
Kau melayani kegetasan jantung
Dihimpit keterbatasan diri
Sesekali bicaramu menerobos pilu
Perjalanan semakin sukar
Tentu sekali bukan pilihanmu
Membebani insan
Yang amat menyayangi
Kerana bebasan itu
Manifestasi kasih sayang
Tafsiran makna keluarga
Salam perpisahan
Kau ucapkan jua akhirnya
Ketika Ramdhan melamarmu
Setelah kau temui
Jalan pulang ke negeri abadi
Kembalilah dengan tenang saudaraku Shahnizam
24 Ogos 2009
Kampung Buso, Bau, Sarawak
Sunday, June 23, 2013
Malam Nisfu Syaaban
Assalamualaikum dan salam Syaaban semua..Mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik maklumlah negara sedang berdepan dengan cuaca yang tidak sihat sekarang..Banyakkan minum air kosong dan kurangkan aktiviti di luar rumah ye..
Apabila masuk waktu maghrib hari ini bermulanya pertengahan bulan Syaaban yakni Nisfu Syaaban..Semoga kita beroleh manfaat darinya..
Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk daripada kelemahan manusia itu sendiri..
Selamat beramal...
Friday, June 21, 2013
Nisfu Syaaban
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..Jangan lupa hari Isnin ni nisfu Syaaban ye..Selamat beramal.. (",))))))))))))0~
Hadith:
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami
mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering
berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak
pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan
Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam
sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Huraian Hadith:
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian
kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana
tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat
lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda
pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Ilmu credit to, Jakim
Wednesday, June 5, 2013
Rejab Akan Pergi Syaaban Datang Lagi Ramdhan Sedang Menanti
Assalamualaikum dan Salam Rejab semuanya..Esok tanggal 27 rejab terjadinya peristiwa ISRA' mIKRAJ..
Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
- Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
- Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
- Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
- Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
- Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.
Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Israa’: 1)
Iktibar Daripada Kisah Israk Dan Mikraj
Ketika Rasulullah SAW diisrakkan pada malam itu, baginda terlebih dulu mengalami pembedahan dada, dilakukan Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran dan diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dicantumkan semula.
Rasulullah SAW dibawa ke Baitulmaqdis dan di Masjidil Aqsa,
Rasulullah SAW mengerjakan solat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis
minuman kepada baginda. Lantas baginda memilih susu.
Jibril berkata: “Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau.”
Beberapa tanda kebesaran diperlihatkan kepada Rasulullah SAW ketika Israk, antaranya ialah baginda melihat orang yang sedang memotong padi dan selepas tiap potongan, pokok padi itu tumbuh lagi dan demikian seterusnya tanpa henti.

Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Siapakah gerangan itu?” Jibril menjawab: “Itulah contohnya umatmu yang suka bersedekah,
maka harta yang disedekahkah itu tidak hilang bahkan kian bertambah di
sisi Tuhan yang diterima oleh umatmu yang rajin beramal di kemudian hari
dengan berlipat ganda.”
Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”
Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.

Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas soal jawab bersama Nabi Musa as, akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja.
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.

Credit to ---- >http://azizijaafar.blogspot.com & http://aimisabri.blogspot.com

Subscribe to:
Posts (Atom)