Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

SeMaLaM 1

Dalam beberapa bulan ni, macam-macam perkara aku lalui. Bukan aku jer, korang semua pun mesti sama. Walaupun kadang-kadang perkara itu adalah perkara rutin. Dalam beberapa bulan ni juga, aku rasa diri ni semakin lemah, semakin hilang semangat, hilang keyakinan. Buat aku tertanya-tanya ke mana hilang jiwa muda yang bersemangat itu. Mungkinkah aku sudah tua? Mungkin..............

Tahun 2002

Dah dekat 11 tahun aku grad. Kalau ikutkan, tu pun dah lambat kerana permasalahan teknikal. Kalau ikutkan kawan-kawan sebaya aku, dia orang dah graduate tahun 2000. Tapi rezeki aku mungkin lambat untuk grad. Lepas grad, macam-macam kerja aku buat. First job aku Junior Consultant untuk sebuah Accounting and Audit Firm (small and medium range). Aku dekat sana sekejap je. Bukannya apa, gaji kecik dan travelling yang jauh menyebabkan aku mencari kerja yang lain. Hujung tahun 2002, aku dapat kerja sebagai Associate Processor. Apa bendanya tu? Ala, data entry or back door untuk banking industry. Dekat sini, aku kerja tak lama jugak, dekat-dekat setahun. Dekat company ni, aku berhenti sebab aku tak tahan dengan kerenah rakan sekerja. Paling tak best record aku kerja dekat sini sebab aku berenti bodoh, or in technical HR wordsnya absconded. Lepas aku berhenti kerja, one of my colleague bagitahu aku, sebenarnya dah ada succession plan untuk aku dekat company ni, tapi sayang, aku tak sabar dan tak tahan. Aku rasa ada sedikit kerugian bagi aku dekat situ, tapi life goes on and aku move on.

Motif aku tulis? Mungkin tak ada motif, cuma berkongsi cerita dengan pembaca. Mengimbau kembali kehidupan aku kadang-kadang membuat aku berfikir. Selama 35 tahun aku hidup ini, apakah pencapaian aku? Adakah aku berpuas hati dengan apa yang telah aku lalui? Adakah aku akan ubah hidup aku ni kalau aku mampu kembali ke masa lalu? Bersambung..............

TaK BaiK MeNGuMPaT

“Setiap ucapan anak-anak Adam itu membahayakan dirinya (tidak bermanfaat), kecuali kata-kata berupa amar makruf nahi mungkar dan zikrullah” hadith riwayat Tirmidzi.

Sebagai manusia biasa, aku rasa ramai antara kita secara sedar ataupun tidak pernah mengumpat. Tak kiralah mengumpat kawan kita ke, rakan sekerja, boss mahupun pemandu dijalan yang kita tak kenal (Masy selalu buat ni). Aku sekadar nak berkongsi cerita yang pernah terjadi pada aku semasa aku sekolah dulu.

Di dalam bas Len Seng ber aircond duduk dua orang budak lelaki di tempat duduk barisan belakang. Kedua orang budak tersebut bercerita mengenai seorang awek.


“Gad, ko kenal tak Zana budak sekolah Gombak Setia?” Tanya Majid ke rakannya.

“Kenal, budak perempuan tu duduk dekat rumah aku dan tuisyen dengan aku. Kenapa, ko kenal ke dia?”  Balas Gad kepada Majid.

“Tak berapa kenal. Aku kenal pun sebab cakap dalam phone jer dengan dia. Itu pun kawan aku yang kenalkan dia dekat aku. Cun tak budak tu?”

“Boleh tahanlah. Muka dan body cantik. Kenapa ko tanya? Ko minat ke dengan dia?”

“Minat jugak, tapi dia dah ada balak la. Balak dia aku kenal sebab budak cadet. Aku pernah pergi perbarisan dengan balak dia.”

“Alar, budak tu bukan boleh caya pun.  Playgirl. Asik tukar-tukar boyfriend jer aku tengok. Kejap dengan budak ni, lepas tu dengan budak lain pulak. Kalau ko tengok dia, gedik semacam je kalau dengan budak lelaki.”

“Kalau dalam phone pun, boleh tahan gak gedik dan galak budak ni. Tapi dia ngaku dekat aku yang dia dengan boyfriend dia serius. Boyfriend dia tu, ok gak la. Baik.”

Bas sampai ke perhentian terakhir dan kami berdua pun turun dan menghala ke laluan masing-masing.

Keesokan harinya di sekolah.

“Majid, semalam Zana call aku. Dia tahu la kita mengumpat dia dalam bas semalam. Dia cakap, semua yang kita borakkan semalam mak dia dengar. Mak dia balik terus bagitahu dekat dia. Teruk aku kena marah semalam.”

Kami berpandangan sesame sendiri dan ketawa.

“Mungkin makcik yang duduk depan kita semalam tu mak Zana.” Kataku kepada Gad.

Betul kata orang tua-tua, cakap siang pandang-andang, cakap malam dengar-dengar. Tapi pengajaran aku kali ni bukan pasal kalau nak mengumpat sila pandang keliling. Aku nak kasitau, yang mengumpat tu tak baik. Sesuai dengan hadith di pembukaan entry aku. Renung-renungkan lah yea kawan-kawan semua.

BeSaR TaK SeMeSTiNYa BeST DaN BaGuS

Salam kepada semua. Rasa-rasa tajuk aku ni cukup catchy tak? Harap bersihkan pemikiran rakan-rakan semua sebab entry aku ni tiada berbaur 18sx mahupun menjerumus kea rah itu.

Sebenarnya, aku baru sahaja tukar tempat kerja dan kemudiannya berhenti. Baru tak baru, sempat jugak la aku berpuasa sebulan dekat tempat baru aku tu. Tempat baru aku, aku dah tak buat audit dah, aku kembali membuat akaun. Aku dah terlupa bagaimana peritnya buat akaun ni sebab dah bertahun tak praktis. Tapi Alhamdulillah, masih lagi mampu handle.

Apa kena mengena citer aku tukar kerja dengan tajuk entry? Mesti ramai (macam ramai jer yang follow dan baca blog aku ni) yang tertanya-tanya kan. Sebenarnya, kalau korang tahu, dulu aku kerja di sebuah pasara raya besar. Seperti biasa la, bila sebut pasara raya jer, orang akan fikir kerja tak glamour. Tapi, biarlah persepsi orang, asalkan kerja halal yea tak?

Skarang, aku kerja dekat sebuah company yang agak gah dari segi nama. Mungkin kerana kewujudannya yang lama dan specialtynya dalam bidang-bidang tertentu menyebabkan company tu menjadi salah satu company yang orang nak masuk bekerja. Aku jugak tak terkecuali.

Masa mula-mula masuk, aku siap shopping sakan beli baju kerja, maklumlah, masa kerja dekat pasar raya besar dulu, aku tak pernah beli baju kerja. Pakai baju apa yang ada dan kebanyakkan masa, aku pakai baju pasar raya besar tu. Baju jer, aku rasa dekat 8-9 helai aku beli, tali pinggang 2, tali leher lebih kurang 5 dan siap beli BB, kononnya dress to success and to impress. Masa tu aku lupa success and impress is all about knowledge.

Fisrt day aku kerja, boss aku kasi task untuk monitor department. Satu tugas yang berat pada aku, tapi aku cuba pikul amanah tu. Seminggu, aku belajar apa yang perlu dibuat dan analyse on what to improve. Masuk minggu kedua, aku tulis proposal on project yang perlu di implement. Masa aku tulis tu, aku dah rasakan tanggungjawab aku dan kerja aku adalah satu kerja yang agak sukar. Mana taknya, kerja yang patutnya dilakukan semasa company tu mula set up, tidak dibuat. Reason senang, sebab no one care and no one want to take the initiative. Sedikit demi sedikit perasaan suka aku mula bertukar kepada rindu company lama. Aku mula rasa menyesal.

Tapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Semuanya kerana nama besar dang ah yang membuatkan aku decide to join. Aku hanya mampu bertahan dua bulan jer dekat situ, kemudian aku gamble resign. Masa resign tu, agak best ar sebab CEO company tu panggil aku untuk discuss why and what will make me stay. However, disebabkan aku dah tau apakah kesinambungannya kalau aku stay, aku decided to leave. Maka dengan itu, bermulalah pengembaraan aku (pengembaraan la sangat) sebagai seorang penganggur. Untuk sedapkan diri aku, aku cakaplah aku sedang mengambil career break. Alasan untuk menyedapkan hati bila berhenti bodoh tanpa ada kerja lain.

"Sometimes big responsible does not come with good package.Whether you want to accept it as challenge and learn or you want to leave it, is your own decision."

SaLaM 2011

Dah lama tak update blog ni. Rasa macam janggal bila nak berblog kembali. Sudah lama kekeringan idea untuk menulis. Akhir-akhir ni, banyak benda yang berlaku dalam hidup. Salah satu darinya adalah hijrah. Dengan rasminya, aku akan berhijrah pekerjaan baru. Harap hijrah ini adalah yang terbaik buat aku.

Semalam, selepas berborak dengan seseorang, tiba-tiba keinginan untuk menulis kembali meluap-luap. Tetiba jer macam dapat topik untuk diperkatakan. Aku cuba untuk menulis dan mengarang, tapi fikiran buntu. Ada topik, tapi tak boleh sampaikan idea tu dengan penulisan.

Hari tu, mungkin sebab dah terlalu lama sangat aku tak bukak blog dan tak update, blog aku ni dah digantung. Aku sendiri hampir-hampir lupa password aku dan akhirnya, terpaksa aku reset dan guna password baru.

Owh, aku baru dapat berita mengenai salah seorang rakan blog ku sudah melangsungkan perkahwinannya bulan 5 lepas. Ops, silap, sebenarnya ada 2 orang. Maaf kerana tidak dapat hadir. Disini aku nak ucapkan semoga kalian berbahagia.

Harap kali ni, aku dapat menulis dan terus menulis. Aku harap penulisan ku semakin baik. Ini mungkin entry pertama untuk tahun ni, dan aku berharap ianya bukan entry terakhir aku.

PeRJaLaNaN SeTaHuN

Perghh, tajuk tak boleh blah. Aku rasa aku dah kembali malas nak update blog aku. Mungkin aku ni seasonal blogger ataupun ber blog mengikut trend. Orang ber blog, awak pun nak ber blog, last-last malas nak update, Hahahahaha. Aku rasa, last aku update pasal poem untuk Masy. Hahaha, ramai gak la yang duk komen dan duk kenen-kenenkan aku dengan Masy tu. Hahahaha, habis jatuh saham Masy tu nanti. Apa aku buat sepanjang dekat setahun aku tak ber blog? Busy main game. Hahaha, online game. Korang mesti pernah tengok iklan pemainan online Travian. Akhirnya, habis jugak Server 5 My. Walaupun tak menang, tapi banyak benda yang aku belajar (walaupun hanya online game). 

Travian Oh Travian

Sebenarnya, banyak jugak yang aku belajar dari game ni. Walaupun online game, tapi tetap ada pengajaran. Betullah, kehidupan ni merupakan satu pembelajaran, kita tidak akan tahu di mana kita akan belajar dan mendapat pengajaran. Aku tak sangka pulak, ramai yang boleh teremosi dengan online game ni, termasuklah aku. Tapi aku tak menyesal main online game ni, sebab aku jumpa ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang baru. Jadi tak salah membazirkan duit dan masa yang banyak demi untuk rakan-rakan baru aku. Hahahaha. Perkara kedua, kehidupan berpolitik. Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan politik, maka aku suggest supaya mendekatkan diri dengan game ni. Dari situ, korang boleh belajar cara-cara untuk mendapat pengaruh, diplomasi dan juga bagaimana untuk menyelamatkan diri sendiri. Aku rasa, politik game ni macam sama je dengan politik dekat luar tu. KOTOR. Tapi yang aku pelik, kenapa bersungguh-sungguh sangat sampai membawa ke dunia realiti? Sehingga ada yang bergaduh dengan kawan sebab game. Nak cakap dapat hadiah, tak ada pun. Lain la kalau hadiah menang game berupa wang tunai RM 1 juta. Aku pun mungkin akan bermain bermati-matian. Apa pun, aku pernah hidup tak menentu sebab game ni. Memang addicted dan membuatkan hidup sedikit tunggang langgang. Mana taknya, online semata-mata nak buat askar dan semata-mata untuk tengok serangan ke kampung adalah serangan betul ataupun serangan palsu. Aku masih lagi main Travian, tapi tak serius macam aku main S5 la. Kali ni, aku dah malas nak main sungguh-sungguh. Aku main ikut suka. Whatever it is, S5 tetap best pada pendapat aku. Faiz, Ben, LMJ, Abang J, Vemma, Mokcik, Toy dan mereka-mereka yang lain, korang memang rakan seperjuangan Travian S5 aku. Harap kita akan tetap berkawan sampai bila-bila dan bukan hanya dalam game je. Friendship is forever.

Cukup dulu untuk game. Rasanya ada lagi aku nak cerita, tapi mungkin kemudian-kemudian. Kepada kamu semua yang membaca, maaf kerana tidak berkesempatan untuk blog walking. Akan aku buat kemudian. Harapan aku, semoga aku rajin menulis kembali memandangkan aku pun dah tak buat apa-apa sangat sekarang. Owh, setahun takkan aku nak cerita pasal Travian je. Takkan tu je yang aku buat kan. Hahaha, kalau aku cerita semua, nanti akan datang aku tak tau nak tulis apa. Owh, adakah aku akan kembali rajin menulis? Mungkin yea, mungkin tidak. Semuanya bergantung kepada mood aku. Kepada semua yang membaca, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa (dah separuh puasa baru nak ucap) dan kalau tak berkesempatan, Selamat Hari Raya. Maaf kalau ada salah dan silap sepanjang aku ber blog.


am BaCK................ aM i ReaLLY BaCK???

Assalamualaikum. Dah lama aku tak update blog ni, dah makin bersawang. Thanks to Dart, she is the one to blame for this (sigh). What the hack. So, where should I begin? Owh, saya sihat hendaknya. Harap semua sihat. Why suddenly I update my blog? Jiwa ni meronta-ronta meluahkan something. What is the things? Should I write it now when my adrenaline rush is still fast? I don't think so. Biarkan semua tertanya-tanya.

Kepada rakan-rakan, maaf sekiranya sms dan panggilan tidak berjawab. Hanyut.......... Sememangnya aku hanyut. Hanyut dalam dunia fantasi, dunia ku sendiri (bukan dania duniaku mahupun awan dania).

Wah, entry pertama tahun 2010 telah berjaya ditulis walaupun kebanyakkan cerita merepek semata-mata. Okies, till we meet again, adios dan salam kepada semua.

Still alive, still breathing.

PeRSoaLaN

Aku sebenarnya kurang sikit bab hal hukum hakam agama ni. Sebab tu aku nak tulis something yang telah bermain-main di benak aku. Sejak akhir-akhir ni persoalan ni amat kerap berlegar-legar di kepala aku. Aku pernah mengutarakan benda ni dekat Rhapsody Lin, dia minta aku tanya orang yang arif dalam hal agama mengenai hal ni. Ada sesapa yang arif?

Okies, persoalan aku. Korang tau kan aku kerja di sebuah pasaraya besar. Konpim-konpim, dekat pasaraya besar tu, ada jual minuman alkohol. Beer, wine and liquor. pasaraya tu juga ada non-halal section jual daging kerbau pendek (lalalalala, harap korang tau). Persoalan utama skarang, adakah halal duit gaji aku tu dan bersihkah pendapatan aku dengan aku tahu, yang company aku tu jual benda-benda HARAM.

Ada seorang pekerja sebuah cawangan pasaraya aku pernah cakap. "Kita niat jer keuntungan dari hasil jualan minuman alkohol dan daging ehem ehem tu, kita fikir untuk bayar gaji dan bonus untuk pekerja non-muslim (dialog sebenarnya, untung barang2 macam tu bayar gaji dan bonus Store Manager - non-muslim). Boleh ker fikir dan niat begitu?

Aku dah makin berat memikirkan mengenai perkara ni. Aku nak blah dari company aku, tapi masih tiada tempat mahu ambil aku bekerja. Adakah aku akan stick dekat sini selama-lamanya? Arghhhhhhhhhhhhhhh, pening wooooooo.

PeNGaLaMaN MeNDaFTaR

Wah, bunyi entry kemain dasat, macam aku plak yang pergi mendaftarkan diri untuk study. Perasan muda remaja sungguh aku ni. Okies, hari Sabtu yang lepas, aku dengan rasminya jadi supir untuk mak, ayah dan adik perempuan ku yang seorang. Macam aku bagitau la, kita orang duduk Ipoh, so agak jauhla jugak nak g Sri Iskandar. Perjalanan rasmi bertolak pukul 8:30 pagi lepas breakfast.

Dalam sejam dah nampak UTP dan in 15 minutes dah dekat UITM dah. Tapi, disebabkan ada lagi 3,000 orang yang mendaftar, perjalanan yang sepatutnya 15 minit, menjadi sejam lebih. Nak dijadikan cerita, masa tengah beratur nak masuk UITM, ada lah satu (bukan satu, tapi banyak kereta) kereta ni nak main celah-celah ikut lane belah kiri. Aku dah hempet pun, dia masih lagi nak cilok. Geram aku. Memikirkan kenderaan yang aku bawak tu bukan aku punya, maka niat untuk langgar Toyota Caldina putih tu pun aku batalkan.

Sistem yang diguna pakai semasa register agak mengagumkan. Umpama drive through registration. Untuk UITM Sri Iskandar, dia orang akan lihat pelajar dalam kereta. Lelaki, akan diberi hostel lelaki dan perempuan, hostel perempuan. So, adik aku dapat Hostel nama Melati (ntah betul ntah tak, aku pun dah lupa). Kita orang pun menuju ke hostel, kemudian, aku dengan bangganya, duduk dalam kereta (bukan tak nak ikut, dah ramai sangat nak hantar dia register). Registration dia, memang kejap. Sebab kali ni, just register bilik sahaja. Bgus gak la, tak yah la family duduk berlamaan teman anak. So, once dapat bilik, kemas apa yang patut, orang dah bleh balik.

Lepas kemas bilik, kami sekeluarga (pergh, macam ayat karangan BM aku masa sekolah rendah, kami sekeluarga) keluar pergi mencari makan. Makan tengah hari la apa lagi. Sebab next event adik aku pukul 3 dan sebab takde makan tengahhari disediakan untuk pelajar baru, maka adik aku pun ikut sekali. Kita orang g makan dekat Parit, sebab adik lelaki aku ada member yang family dia bukak kedai makan sana. Aku, jalan je.

Ishhh, okies, perjalanan citer aku panjang. Just to make it short, lepas tu hantar adik aku balik UITM, pastu kita orang balik. Balik ikut jalan lama, Setiawan ke Manjung dan ke Lumut. Mak aku nak beli ikan masin dan ikan bilis dekat Lumut. Aku sebagai anak yang soleh (wakakaka, sangatlah solehnya aku ni) ikutkan jer. Pastu dari Lumut ke Teluk Intan ke Bidor dan terus masuk highway balik KL.

Okies, korang bayangkan journey aku.

Ipoh - Sri Iskandar - Parit - Setiawan - Sri Manjung - Lumut - Teluk Intan - Bidor - KL

Mana tak 12 jam aku didalam kereta. Masa tu, aku sendiri tak tahan bau badan aku. Dalam perjalanan tu, aku berjaya jumpa 3 Giant (Ipoh, Sri Manjung dan Teluk Intan). Aku rasa, MB Perak pun tak g jalan macam aku sehari. Wakakakaka. Okies, dah banyak aku merepek ni. Nanti aku tunjukkan gambar hotel aku stay di Sabah di masa akan datang. Aku la ni tengah busykan diri amik gambar bebanyak untuk korang.

uPDaTe PaNTaS

Assalamualaikum. Aku sudah kembali bersama lappyku. Skarang tengah mencuri waktu mengupdate blog ni. Aku cuba update malam semalam, tapi seperti biasa, Celcom broadband bangang, sampai satu malam aku tak leh update. So, aku akan cerita sedikit mengenai business trip (wakakakaka, business trip la sangat) aku ke Sabah.

Aku keluar rumah pukul 4 pagi, g rumah member aku untuk teksi ke LCCT. Teksi yang sepatutnya datang pukul 4:30, terlewat sebab tak tau kedudukan rumah member aku (sepatutnya pakai GPS, Subang masih lagi ada GPS). Sampai airport dah pukul 5:30, pemandu tu agak gila membawa teksi. Check in dan menanti. Kapal terbang AirAsia pukul 6:30 dah sampai. Pagi tu, aku excercais (sebab dai pintu berlepas ke kapal terbang aku rasa ada dekat 1km (atauaku berkhayal sebab tak cukup tidur pagi tu).

Aku tak berapa sihat masa berlepas. Selsema, mungkin hasil kepenatan hantar adik aku. Mana taknya, 12 jam dalam kenderaan (akan aku tulis kemudian). Ada banyak lagi benda aku nak update, tapi nanti-nanti je bila aku rajin. Untuk pengetahuan kalian, aku tak berapa sihat. Aku dapat batuk semalam, dan rasa macam nak demam dan badan aku sakit-sakit. Skang ni, aku risau kalau-kalau aku terkena penyakit selsema babi. Opssss, H1N1. Okies, doakan aku sihat dan mampu update lagi entry.

P/S: Maaf, masih belum berkesempatan melawat blog kawan-kawan semua. Akan diusahakan kelak. Post akan datang, post yang banyak gambar. Bersediakah kamu semua. :P

PeKeRJaaNKu.........................

Macam ramai jer tertanya-tanya apakah pekerjaan ku. Okieslah, picture describe a thousand words. Jadi, marilah aku tunjukkan korang apakah pekerjaan ku untuk hari ini. Gambar-gambar diambil semasa aku tengah bekerja. ;) Silalah berteka-teki



Owh, apakah yang aku buat disini? Besarnya tempat ni. Adakah aku sesat?



Wah wah wah, apakah erti nombor-nombor ini? Adakah ianya janjang aritmetik? Ataupun ketaksamaan linear? Cuba renung dan fikirkan.



Eh, meeting apa plak dekat kotak ni? Ish ish ish, takde tempat lain ke nak meeting?



Ish, apa kebendanya plak ni? Adakah aku akan memandu kenderaan ini untuk berlumba F1?



Dah naik plak. Tak ada lif ke sampai kena naik binatang ni? Gambar hiasan, bukan gambar tuan punya blog, harap maklum.



Apakah yang aku buat diatas sana? Inilah gambar aku sedang bekerja siang tadi. Gayat wooo duduk atas tu. Maaf, gambar memang kabur sebab cahaya dari atas bumbung (kalau tak kabur, nescaya aku takkan taruk gambar ni, wakakakaka).

Jadi, dari gambar yang aku tunjukkan di atas, apakah sebenarnya pekerjaanku? Wah wah wah, masih menjadi misteri ni.


DaRi KeRaNa MaTa

Zaman study aku, punya banyak kisah. Aku merupakan seorang yang agak nakal la masa study. Tapi senakal-nakal aku, aku masih tidak berani untuk pheewit awek. Apa yang aku boleh buat ialah, menjadi joker didalam kelas. Kisah yang aku nak citer ni, tak ada kena mengena dengan kejokeran aku dalam kelas. Ni kisah mengenai jelingan-jelingan maut yang aku pernah buat dulu. Kisahnya begini.

Aku dan kawan aku pergi uni pada hari Ahad untuk study di library. Tapi nasib kami malang, kerana library tak bukak. So aku dengan kawan aku membuat keputusan study dekat food court. Gila poyo aku masa tu, konon (nawaitu aku) nak menampakkan aku ni mat study la. Dua jam kami study, datang geng-geng junior lepak untuk makan. Member aku suruh aku pandang dekat awek sorang dalam geng junior-junior tu. memang taste dia, cerah dan gebu. Aku yang masa tu dah tahap tepu study, terus cakap dekat kawan aku, ko nak tengok tak dia tak senang duduk.

Secara kebetulan geng junior tu duduk depan meja kita orang. Awek tu plak duduk bertentangan dengan aku. Aku pun, start la perangai suka jeling aku. Dari dia duduk sampai dia borak, aku pandang direct jer dekat awek tu. 5 minit, kemudian 10 minit. Awek tu dah mula terasa yang aku pandang dia. Dia dah start rasa serba tak kena. gerak kiri kanan, betul-betulkan tudung. 5 minit kemudian, dia membisikkan sesuatu kepada kawan lelaki yang duduk depan dia. Kawan dia kemudian memandang kebelakang kearahku. Kemudian kawannya gelakkan dia. 5 minit kemudian, dia bangun membeli makanan, masih duduk ditempat yang sama. Aku mash jeling dia. Satu suap satu suap aku tengok. Sampai 10 suap, dia minta tukar tempat duduk dengan kawan dia. Aku pandang member aku dan senyum. Member aku time tu dah malu dah dengan perangai aku.

Owh, cerita ini iada moral of the story. Apa yang boleh disimpulkan ialah, gunakanlah mata anda dengan bijaksana.

MaaFKaN aKu (HaNYa Kau YaNG TaHu DaN FaHaM)

Masih belum mampu untuk tidur walaupun sudah jam 5 pagi. Selepas berbicara dengannya, hati rasa betul tak sedap. Tak taulah kenapa. Walaupun belum pernah bertemu, namun perasaan ni, masih menghargai dirimu. Yea, mungkin aku lelaki jahat, yang tidak reti menilai dirimu. Ataupun aku menghargai dirimu, lebih dari penghargaan yang kau pernah terima dulu?

Aku yakin, semua salahku. Aku tidak reti memulakan bicara. Penggunaan ayat ku kurang berhati-hati, inilah punca yang membuatkan hubungan ini seperti akan putus (atau sudah tidak akan berhubung lagi?). Tapi, aku rela sekiranya inilah yang terbaik. Padaku, biarlah kau ketahui keadaan apa yang mengganggu pemikiranku, dari kau membenciku kemudian nanti.

Sayang? Yea, aku amat menyayangimu sebagai seorang sahabat. Mungkin sedikit lebih dari sahabat-sahabat yang lain. Tapi maaf, kerana kata-kataku yang terus terang itu, telah menyakitkan hatimu. Aku fikir, aku perlu lebih berhati-hati bila menggunakan ayat-ayatku. Akan ku ambil ini sebagai iktibar, semoga tidak lagi berlaku di masa hadapan.

Maafkan aku untuk sekelian kalinya. Maafkan aku kerana mengukil kisah ini di sini. Kerana aku berharap kau dapat membaca tulisan ini. Aku tahu, aku telah mengambil kesempatan keatas dirimu, keatas perasaanmu kepadaku. Tapi, tidakkah ini terlalu pantas bagi kita. Sepantas kehilangan dirimu dari ku. Selagi aku tidak mengetahui yang kau telah memafkanku, dan menerimaku sebagai sahabatmu, aku tidak mungkin akan aman, tidak mungkin akan tenteram. Aku rela dianggap pengemis kepada persahabatan ini. kerana, mengemis persahabatan darimu, membuktikan bahawa aku ikhlas. Aku tahu, kita mungkin tidak akan seperti dulu, tapi berilah peluang persahabatan itu terjalin. Mungkin kau takkan terasa kehilanganku, tapi, aku pastinya terasa kehilanganmu.

Aku tidak bisa memaksa, tapi, aku bisa mengemis, dan mengharap agar tali persahabatan yang kita bina, terikat kuat dan erat. Sekali lagi, maafkan ku kerana membuatkan kau jauh hati. Dengan kata-kataku. Dengan perilaku diri ini.

iNTeRVieW 04/06/2009

Kali ni aku nak ceritakan pengalaman interview aku hari Khamis yang lalu. Interview dalam pukul 10.00 am. Pukul 8:30 pagi aku dah tercongok dekat building tu. Ialah, kul 10:00 interview, tapi before interview, confirm2 kena isi borang dulu. Perkara yang paling aku bosan semasa interview. Bukan apa, borang tu jer kekadang sampai 6-8 page. Penat jari nak menulis. Ada sekali aku gi interview dekat CIMB Investment Facilities, bukan sahaja kena isi borang, tapi siap kena buat test, dimana test merangkumi soalan essay, calculation dan bagai-bagai. Exam degree aku pun tak susah macam ni.

Dah habis isi borang, aku submit la borang tu kepada receptionist. Then tunggu, HR personnel datang, bawak aku masuk bilik interview. Then dia bagitau aku, nanti ada dua orang akan interview, salah seorang darinya adalah Finance Director. Finance Director company Berhad interview aku? Wah, kalau ikutkan, post aku apply, tak la hebat mana pun, tapi kenapa Finance Director company kena interview aku. Interviewer aku masuk pukul 10, sorang perempuan, sorang lelaki (FD). Bermulalah interview aku.

Sebenarnya, aku bukan nak citer isi interview aku. Cuma nak kongsi beberapa perkara yang selalu aku kantoi bila jawab. Dalam mana-mana interview, aku selalu kantoi bila menceritakan pasal diri aku dan pasal kenapa aku mintak kerja. Aku tak tau la, adakah aku kurang confident atau aku memang tak pandai goreng (dalam english term, sell your self). Tapi, kalau interviewer tu tanya aku dan suruh aku citer pasal kerja aku, aku yakin mereka akan berpuas hati dan impress. Sebab, I know my work whole hearted. Apa-apa kerja yang aku buat pun, memang dengan sepenuh hati. Keinginan aku belajar, dan master kerja aku, merupakan strength aku. Hari tu pun, aku rasa aku puas hati masa dia orang tanya aku pasal kerja aku in retail la. Aku rasa, mereka agak impress (perasannya aku ni) dengan cerita aku pasal retail.

Aku agak berharaplah dapat kerja tu. Aku dah agak bosan buat kerja aku skang ni. Aku nak buat account balik. Memang susah dan penat buat account, tapi bak kata member aku la. Buat account ni umpama picit jerawat, dipicit sakit, tapi sedap. Apa-apa pun, aku tak la meletakkan harapan yang tinggi. Sebab kalau aku buat gitu, aku akan frustrated bila tak dapat. Lagi pun, what to loose? Aku bukannya tak kerja pun. Cuma aku apply, sebab kerja, post lagi tinggi dan harapan gaji yang tinggi (macam gaji sekarang tak cukup je).

KuBuR BeRaSaP

Dengar tajuk macam seram, tapi cerita ni masih tidak boleh dikategorikan di dalam kategori 18SX dan sebagainya. Masih dikategorikan sebagai U.

Masih aku ingat semasa aku berumur 19 tahun. Masa tu aku masih belajar di IPTA. Suatu hari raya, seperti biasa, aku, sepupu aku dan adik aku akan mengunjungi pusaraya arwah atuk aku. Seperti kebiasaan, kami akan pergi bertiga, tanpa mengikut ayah-ayah kami atau pakcik-pakcik kami. Kebiasaannya, aku akan menggunakan kereta ayah aku untuk kesana.

Bila sampai dikawasan perkuburan. Kami pun mulai membaca alfatihah dan berdoa kepada arwah atuk, onyang dan atuk saudara kami (arwah tok pin). Selepas menghadiahkan alfatihah dan berdoa, aku dan sepupu aku akan merokok. Adik aku, bertugas untuk cover line, melihat sekiranya ada pakcik-pakcik kami yang datang menziarah. Sedang aku dan sepupuku asyik menikmati kenikmatan Mr Dunhill 20, adik aku berlari ke arah kami. Dia memberitahu kami bahawa Pak Long datang untuk menziarah kubur. Kami membuang rokok kami, pergi ke arah Pak Long dan keluarganya dan bersalaman dengan Pak Long dan anak-anaknya. Sepupu aku (anak Pak Long) tersenyum kepada kami. Kami pun beredar dan pergi ke rumah tok ngah (arwah) untuk beraya.

Beberapa ketika setelah kami di rumah tuk ngah, keluarga Pak Long pun tiba. Pak Long dan keluarganya masuk. Aku dan sepupuku memandang sesama kami (adik aku tak rasa apa-apa sebab dia tak merokok). Sejurus selepas duduk, Pak Long mula membuka cerita.

"Tadi Pak Long pergi kubur arwah atuk, Pak Long nampak kubur atuk berasap tau" kata Pak Long ku membuka perbualan di tengah rumah.

"Ko biar benar Long" mak aku tenya dengan keadaan konpius.
Pak Long memandang kami, "korang tak nampak ke kubur atuk berasap tadi? Lepas korang pergi tadi, Pak Long nampak atuk terbatuk-batuk. Dia cakap dekat Pak Long, suruh kirim salam dekat korang. Cakap, bertuah punya cucu, ada ke berasap dekat kubur aku."

Keadaan menjadi gamat dengan gelak tawa. Aku dan sepupu aku, lantas keluar dari ruang tamu dan duduk di luar rumah.

Moral of the story: Jangan merokok di kawasan tanah perkuburan.

PeRGi YaNG TaK KeMBaLi

Maaf. Tidak dapat meluangkan masa yang panjang untuk melawat blog sahabat semua. Semalam selepas interview, keluar makan sekejap bersama Dart dan kawan lelakinya(adakah boyfriend kamu Dart?) Kemudian mendapat panggilan telefon kematian Tuk Ngah pada pukul 3:30. Dengan meminta izin, aku pun balik kerumah, rehat sebentar dan kemudian rushing pulang ke Kajang.

Jenazah dikebumikan pada malam tu juga. Rasa agak terkilan kerana tidak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Talkin habis dibaca tepat ketika azan Isya'. Malam tadi, tahlil habis pada pukul 10:50. Pulang kembali ke Shah Alam sudah hampir 12. Mandi, kemudian melawat blog. Tidur dan bangun untuk ke kerja.

Hari ni sungguh penat. Masih perlu menghadirkan diri ke tahlil arwah. Kepada pakcik, makcikku dan nek ngah ku. Redhokanlah pemergian arwah tuk ngah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
"Sesungguhnya, setiap yang hidup, pasti akan mati."

DaRJaH Dua

Darjah dua aku dah makin nakal. Masa ni, aku ada seorang kawan baik. Kawan aku yang sorang ni, walaupun darjah dua, dia dah pandai macam-macam pasal kehidupan. Ialah, dia ada abang-abang atas dia yang ajar dia macam-macam. Dalam pertengahan tahun darjah dua, ada seorang cikgu yang cantik, nama cikgu Suraya dating mengajar sekolah kami. Aku dengan kawan ku berharap agar dia mengajar kami. Tapi, harapan tinggal harapan. Owh, lupa, nama cikgu ni mula-mula aku tak tau, tapi kemudian, kawan aku (yang pandai tu) bagitau aku nama cikgu tu. Kami berdua, yang darjah 2 dan berumur 8 tahun ketika tu, amat etrtarik dengan cikgu tu dan sentiasa tak melepaskan peluang untuk mengusha (bahasa zaman ni, zaman dulu time aku, takde ayat ni lagi).

Ada sekali tu, ada sorang budak darjah dua (bukan satu eklas dengan aku) memberitahu cikgu Suraya ni, cikgu, saya suka la dekat cikgu, cikgu ni cantik. Saya nak kahwin dengan cikgu (pergh, gila berani budak tu, kecik-kecik dah pandai ngayat). Pastu cikgu tu jawab, awak, saya ni lagi tua dari awak. Awak kecik lagi, mana boleh kahwin. Budak tu jawab lagi. Nanti saya besar, saya nak kahwin dengan cikgu. Cikgu Suraya menjawab, kalau kamu dah besar, cikgu pun dah tua masa tu. Dah tak cantik. Dah kerepot.


Owh, gatal juga aku ni masa darjah dua. Bukan gatal mengayat macam dak kelas lain tu. Gatal dari segi mengusha. Seb bek la skang ni dah tak gatal lagi. :P

BaPaK ToYoL

Kes 3

4 orang budak lelaki memasuki bilik Profesor manakala ada seorang lagi rakan mereka menunggu diluar bilik di hadapan pintu. Dua orang dari mereka memulakan perbualan dengan professor itu. Pelajar pertama, “Professor, any tips for the final exam you can tell us?” Professor, “As I have announce in class, I have given the question that I would give for my final exam. There will be 10 essay question, as in the paper that I have distribute. Want I want is the exactly same answer and examples from my lecture. If you can give me that, I’ll guarantee you an A.”

Dua budak lelaki yang masuk sekali dan berdiri agak hampir dengan pintu sedang memerhatikan bilik Professor itu ketika perbualan itu berlaku. Majid berbisik kepada Joe sambil menunjukkan selonggok test pad yang disusun berhampiran coffee table di dalam bilik itu. “Joe, tu dia kertas jawapan yang dah bercop yang Professor akan guna esok.” Majid dan Joe perlahan-lahan menghampiri meja itu dan dengan berhati-hati mula mengambil kertas tersebut sedikit demi sedikit. Kertas etrsebut kemudian di berikan kepada rakan yang menunggu di luar bilik.

15 minit kemudian, keempat-empat pelajar terbabit keluar dari bilik Professor itu. Pelajar pertama, “Majid, Joe, berapa banyak kertas korang dapat amik tadi?” Majid menjawab, “aku rasa, adalah dalam 7 helai sorang. Apa lagi, jomlah kita balik. Ada 10 essay nak kena salin dekat kertas tu.” Kelima-lima mereka berlalu dengan tersenyum. Satu bahana dah lepas, tinggal esok jer cemana nak seludup masuk kertas tu masa exam.

DaRJaH SaTu

Masih aku ingat ketika aku di darjah satu. Masa tu, aku darjah satu merah. Cikgu aku Puan Syarifah. Cikgu aku ni mengajar matapelajaran matematik. Aku rasa, aku merupakan seorang kanak-kanak aktif dan banyak bercakap. Masih aku ingat ada sekali tu, sebab tengah bercakap dengan kawan aku, tiba-tiba satu benda asing singgah kemuka aku. Aku tengok, rupa-rupanya, cikgu aku baling daster ke aku sebab tak menumpukan perhatian masa belajar dan bercakap. Bengong sebentar jugaklah aku masa tu.

Ada sekali tu bila hantar homework matematik. Puan Syarifah memanggil aku kedepan. Aku masa tu bangga la, sebab ingat kerja rumah matematik aku bagus. Pastu, satu tamparan hinggap ke muka aku. Aku terkedu. Dia Tanya aku, tahu tak kenapa dia tampatr aku. Aku jawab tak tau. Pastu, dia tunjukkan kerja aku. Berapa kali saya dah cakap, kayu tu, buat sampai sembilan, masuk yang kesepuluh, awak pangkah kayu yang awak lukis tu. Ni awak buat sepuluh, pangkah satu. Kan dah jadi 11.

Tapi, apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu aku Puan Syarifah. Kalau tak kerana dia, mungkin aku tak minat nombor dan tak pandai mengira. Terima kasih cikgu.

aRGHHHHHHH.....................

Adeh, hari yang agak malang bagi aku hari ni.

1. Aku punya alarm tak berbunyi, pukul 8:30 pagi baru tersedar. Jadi pagi ni aku Subuh secara dinosour. Secara automatisnya, aku dah lambat untuk pergi ke Taman Connought untuk buat audit.

2. Aku naik kereta. Sampai highway, kereta kancil aku (pinjam kete mak aku) mati enjin. Aku tunggu 5 minit, start balik enjin, baru ok. Jalan sampai tol Bukit Jelutong (GCE Highway) kete mati balik. Jadi, pagi tadi dengan machonya menolak kereta ke RnR dekat dengan sebelah tol tu (nasib baik dekat). Aku telefon member aku yang punyai workshop. Dia datang dan bagitahu aku, kereta aku minyak hitam habis. Lepas check, rupa-rupanya tong minyak hitam kete tu bocor. Dia call dia punya pekerja untuk tanya anggaran kos. Anggaran 1. Kalau tukar second hand enjin, dalam rm 1,300 dan boleh buat dalam dua hari. 2. Kalau buat full overhaul, +- RM 1,500 dan kena tunggu seminggu. Aku suruh tukar enjin.

3. Petang, aku dapat panggilan mengatakan bahawa tak ada enjin 850 dekat kedai potong. Jadi, aku terpaksa amik opsyen full overhaul. Dah la mahal, kena tunggu seminggu. Nasib baik ada Kelisa.

Adeh, pening kepala dengan kereta ni. Sebab tu aku tak jadi nak beli kereta baru tahun ni. Aku fikir, adalah lebih baik sekiranya aku simpan duit deposit untuk beli rumah. Aku tengok umah dekat Denai Alam, paling murah 390k, tapi yang aku minat, 450k. Jadi, aku kena simpan 50k untuk beli rumah idaman aku. Harap, dalam masa 2-4 tahun ni, aku mampu langsaikan hutang apartment aku yang kaler hijau tu dan punyai cukup duit untuk depositkan rumah idaman aku.

TRoLaKiaNS BaTCH 1997

Masih teringat waktu bersama kalian,
Waktu kita di pengajian,
Malam Jumaat dah sibuk pergi rumah Encik Ali,
Minta tandatangan kad untuk keluar keesokan hari,
Hari Sabtu berebut nak bangun pagi,
Breakfast dekat Trolak Utara menunya nasi,
Semua orang berebut handak pergi,
Mana taknya,
1997 masih dapat nasi lemak tiga kupang
Hari minggu kita habiskan masa ke pasar pagi,
Beli kebab dan air,
Makan di stesen keretapi,
Tengah hari lepak di Bidor,
Main snooker dan makan KFC,
Cukup time kita kembali,
Ke hostel yang kita cintai.


Kepada sahabat-sahabat MSM Trolak intake 1997, masih ingatkah kalian semua dengan kenangan ini?