Memaparkan catatan dengan label apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apam. Papar semua catatan

06 Januari, 2016

Pancake Gebu & Sedap

Assalamualaikum w.b.t
Harini update bekal sekolah KAFA petang ni, pagi tadi bawa mee goreng dengan air kosong je, petang bawa pancake + choc.hazelnut Gardenia tu dengan air sirap. Sirap tu buat awal pagi simpan peti ais, nanti anak-anak tak adalah terliur sangat tengok air merah kuning yang dijual kat kantin kan..


Mudah je resepi ni, selalu buat zaman rajin berblog dulu2..hehe. Saya bancuh 2 adunan sekaligus tapi baking powder tu letak 1 sudu besar je, lain2 bahan gandakan. Cara saya juga nak cepat, terus campur semua bahan, kacau2 & tapis. Tak sempat perap, siap tu saya tapis & terus panaskan pan, guna 2 pan cepat siap kerja ok..

PANCAKE GEBU & SEDAP

*Buttermilk 
1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka makan/ perahan lemon
Biarkan selama 5 minit barulah digunakan.

Bahan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan susu segar @ buttermilk
  • 1 telur ayam
  • 1 sudu tea esen vanilla kalau suka
  • 2 sudu besar butter yang dicairkan @ minyak masak
  • sedikit garam

Caranya
  • Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
  • Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
  • Kemudian masukkan susu segar.
  • Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan digaul sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
  • sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
  • Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. *tak perap pun
  • ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.

20 Januari, 2015

APAM SUSU MARBLE

Assalamualaikum. Alhamdulillah..masih diberi kesempatan disini..

Meluangkan sedikit masa agar blog kesayangan ambo ni berganjak sikit2..sepatutnya harini saya kena siapkan tempahan 5 adunan kek puding karamel dr.teman2 CGC Kelana Jaya, namun apa daya, tangan luka & makin membengkak semalam,membuatkan saya terpaksa tunda hantar tempahan  tu, harini luka makin merebak pulak sedangkan bengkak dah surut..InsyaAllah malam ni nak ke klinik lah..nak tak nak kena hadap gak Doktor Normah yg peramah tu, takut melarat kan..

Harini update resepi Apam Susu yang dah lama femes org dok buat malah siap berjualan lagi, kita ni bab nak makan sendiri macam lemau sikit nak godek2..Alhamdulillah mggu lepas adik2 dtg.ke rumah & ada saudara juga nak datang cuma x jd singgah, kuih yang agak banyak ni saya tapaukan je utk saudara & adik2 pun dapat sama, bolehla buat kunyah2 sikit sorang..hehe


Resepi asal dah diubahsuai oleh geng masak2..saya taip kat sini resepi yg dah diubah ya, sikit je bezanya bab tepung gandum & gula tu. Terima kasih Kak Lina Latip kongsi resepi. ""Siapa empunya resepi asal ye? Kalau anda tahu boleh bgtau saya ya..""

RESEPI APAM SUSU
Bahan2 :
Bahan A)
  • 1 1/2 cwn.tepung gandum. (asal 2 cawan)
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan B)
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3/4 cawan gula castor(asal 1 cawan)

Bahan C)
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar minyak jagung (saya guna minyak masak)

Pewarna/perasa kesukaan

Cara-cara :
  • Panaskan kukusan & oles minyak/marjerin di keseluruhan loyang. Ketepikan.
  • Ayak bahan A , ketepikan.
  • Putar sebati bahan B sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan bahan C, putar sebati.
  • Masukkan pula tepung (A) sedikit demi sedikit dan sebatikan.
  • bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. 
  • Saya bahagi 3, 1 adunan letak strawberry paste/1 adunan coffe emulco / 1 adunan orange paste.
  • Tuangkan kedalam loyang berselang seli, gunakan pisau/chopstik untuk melorek
  • Balut loyang dengan aluminium foil supaya air wap kukusan tidak menitik ke dalam loyang kuih.
  • Kukus selama 45 minit/sehingga masak menggunakan api sederhana.
  • Tunggu apam benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang.
  • Selamat mencuba

**Rasa Oren & Coffee sangat sedap gabungannya, jadi apa tunggu lagi??


10 Disember, 2011

FRUITS TART & POLKADOT Sulungku..

Assalamualaikum

Bersiaran seketika sambil berkejaran dengan masa..harap anda semua sihat walafiat & sentiasa didalam lindungan Allah s.w.t. Kepada yang masih sudi menapak ke blog ni, jutaan terima kasih kepada anda, dan kepada yang singgah komen & follow tapi takde jejak, cemana nih? Aa tak reti nak godek2 cari backlink..harap tlg letak link anda yer..hehe...tak celik IT sangat kita ni..Nak hantar jawapan balas pun tak tahu kemana nak hantar..huhu..sediss kan? Kena g skolah balik tak sempat dah, kang tak sempat masak lak..hehe..

Harini sekadar menempek gambar yang dah lapuk..maknanya bukan sehari 2 ni buat tapi agak2nya dah dkt sebulan kot..heheh..jgn marah, tuan rumah bizi & kdg2 buat2 bizi je..Ini percubaan pertama, hasil yang kurang memuaskan hati & pandangan mata..jadi letak gambor jela, kena belajar bagi pandai dulu baru kita kongsikan yang terbaik yer..agak2 nak buat cari le resepi kat blog kawan2 tepi tu..ramai dah buat kan..

FRUITS TART..nape lain macam je ek? heee

Apam dot dot yang tak berapa nak ber'dot' kat apam tu..siap ada jerawat lagi..

Kena study dulu baru boleh ambik order..heee..SELAMAT BERHUJUNG MINGGU..

23 Oktober, 2011

Apam Pisang Coklat Rice

Assalamualaikum w.b.t

Selamat beristirehat buat semua yang yang bercuti harini, kecuali yang bercuti Jumaat harini takde cuti la ye..yang memang cuti sentiasa tu mesti ada yang gantung periuk belanga sempena Ahad yer..kot2la pergi kenduri ke, pergi mancing ke *sapela tu?*,  jalan-jalan cari makan ke..kalau makan free best la jugak, kalau JJCM kena bayor rasa tekanan sikit kot ...heheee..gurau jelah..mana ada gitu kan..


Jom buat apam pisang, kena ada pisang le, kot2 pokok pisang baru tanam kena tunggu berbuah dulu baru buat, jangan ambik pisang jiran sebelah lak yer..kang tak pasal2 kena parang dek tuan tanah..hehe..mula2 buat kuih ni letak dlm acuan lompang tu, macam Kak Nor buat, pastu saje nak menerai acuan putri ayu macam Ros buat, cantik le buat gitu..acuan putri ayu tu dah bertahun2 beli tak pernah guna, sekarang dah tinggal 6 biji je, tupun hasil selongkar bakul mainan anak2..mana belen tu agaknya kena selongkar lagi la kot..hihi *nak guna baru cari kan..

Terima kasih Puan punya resepi ni Ros@JintanManis & Ana tengok masa Kak Nor buat baru2 ni, mintak izin kongsikan kat sini lak yer.. eh..lupa lak, ni apam yang buat hari apa ya..Jumaat kot, bagi budak2 ni bekal ke sekolah. Selebihnya makan-makan kat rumah, sekali hadap jela dah licin..

APAM PISANG COKLAT RICE
Sumber C & P : Kak Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahannya
  • 3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
  • 1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung *Ana guna susu cair + sedikit air
  • beberapa titik esen vanila
  • 1/2 cawan coklat rice

Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

 

Nota ROS : - ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu. *Ana letak juga 1/4 adunan tu dalam loyang petak kecil..nak cepatsiap..

Nota: Kalau nak letak soda bikarbonat pun boleh, tapi pastikan ayak tepung dua kali, kerana jika soda bikarbonat tak rata atau terlebih letak, apam pisang akan berasa pahit. sebab tulah dalam adunan ni ros hanya letak baking powder dan ovalette sahaja.

Nota Kak NOR :* rasanya lain kali kalau buat K.Nor nak humban semua dlm mangkuk mixer (kecuali pisang dan coklat rice yg akan dimasukkan last). saja nak ngetest gitu. kalau sapa2 yg ada mixer yg strong sket tu boleh lah buat kaedah ni ya..


Selamat Mencuba.. 

20 Oktober, 2011

Steamed Chocolate Blossom..tah mana 'blossom'nya

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menjalankan rutin harian & menambah amal ibadat kepada-Nya. Mensyukuri nikmat sebagai hambaNYa dalam setiap hela nafas kita, InsyaAllah..

Maaf kerana beberapa hari dah tak jengah blog kawan-kawan, agak sibuk dengan macam-macam perkara, ditambah pula ada ank kecil ni tak sihat, naik ulser kat lidah & dalam mulut, meragam sepanjang hari, malam2 pun asyik nangis je, kita nak tidur rasa risau, sekejap2 jaga tengok apa yang perlu buat, siang2 kita pun banyak tidur la kan, rehatkan badan. Harap2 harini dah beransur2 sihat, bolehla dia makan macam2 yang kita masak.

Apam yang sedap & gebu..Ana buat apam ni dah 2 kali. sekali masa Mas sampai kat rumah sebelum ni, masa tu takde apa nak jamu, tergugel kat MyResipi, dapat Apam resepi Kak Fida ni. Tengok bahan2 & cara buat yang mudah, terus buat..Mas sampai pun kuih ni suam2 lagi..Semalam buat lagi untuk bekal anak-anak ke sekolah rendah..tapi agak terkilan sebab ke dua-dua kalinya kejadian apam ni tak mekar sejambak, tapi tersengih macam isi kerang yang dah siap rebus..hehe


Rasa segan nak letak 'Blossom' tu rasa macam tak kena lak nak letak kat kuih ni, dengan kejadian kuih ni macam tu kan, tah apa silap, ..hehe..apapun okla jugak sebab sedap & lembut je apam ni, anak-anak seka makan, tapi ada rungutan jugak, kata suara2 halus " chip tu sikit sangat Ummi bubuh, lain kali letakla banyak2.."  haha..Ana letak 3 ketul choc.chips je setiap biji kuih tu..bukan kedekut yer, jimat tau..barang2 semua dah mahal nak ooii..ish..bukannya budak2 tahu kan..

Resepi dari Kak Fida ni Ana kongsikan kat sini, kot2 ada yang nak cuba & hasilnya jadi mekar sejambak mana tahu..try yer..tak rugi mencuba sebab sedap. Anak-anak anda pasti suka InsyaAllah.

STEAMED CHOCOLATE BLOSSOM
Sumber : Kak Fida@MyResipi

Bahan-bahan ( 30-35 biji )

  • 140 g gula halus*Ana letak 120 g je
  • 160 g tepung gandum*
  • 20 g serbuk koko*
  • 2 sk baking powder* ( * diayak bersama )
  • 2 sk ovallete
  • 2 biji telur - A (yg sejuk dr peti ais)
  • 110 g susu sejat
  • 1 sk choc. paste (opt) *Ana letak 1 sdk choc.emulco
  • secukup choc. chip atau choc. masakan yg didadu - untuk inti 


    Cara-cara

    1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali inti dan pukul hingga kembang dan pekat.
    2. Sediakan acuan kecil berlapikkan papercup,bubuh 1 sk adunan,isikan inti choc. dan tutup dengan 1 sk lagi adunan.
    3. Kukus hingga masak selama 10-15 min. 

    SELAMAT MENCUBA

      22 Jun, 2011

      APAM GULA HANGUS

      Assalamualaikum w.b.t

      Meh tengok apam ni..tengok jela ye..buatnya dah beberapa hari untuk dihantar ke tempat kelas fardhu ain kanak-kanak Ahad lepas, macamana boleh lupa nak share kat sini..hehe..Ana buat 2 adunan sekaligus, dapat dalam 45-50 biji lebih kurang..masa nak cairkan butter tu, tengok2 butter takde lak, terus timbang minyak masak je, kemudian kandungan gula pun dikurangkan lagi, bila dah masak, sedang-sedang elok manisnya..lembut je kejadian apam ni, nak buat pun senang..ni kes tengok Mas dah berkali2 buatla ni, tu yang terfikir nak buat apam ni je bila suami tanya kuih apa nak bawa untuk budak-budak haritu..


      Terima kasih buat Kak Jun@Myresipi, Mas juga Izah yang share resepi & olah sedikit sebanyak..kita simpan kat sini lak..sila layan diri ye, tuan rumah ada projek belum selesai, nanti akan balas kunjungan mesra anda kemudian, InsyaAllah.

      APAM GULA HANGUS
      • 150 gm gula dan 100 ml air - dibuat gula hangus
      • 70 gm butter - cairkan *Ana guna minyak masak (timbang 70gm)
      • 75 gm susu cair 
      • 1 biji telur dipukul
      • 150 gm tepung gandum
      • 1 sudu teh baking soda
      • secubit garam
      • 75 gm gula - Mas letak 60 gm gula halus*Ana letak 50gm gula castor

      Cara membuatnya :
      1. Masukkan butter yang dicairkan(minyak), susu cair dan telur ke dalam gula hangus(yg dah sejuk).
      2. Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
      3. Acuan lompang tak payah disapu minyak sebab dah ada butter dalam adunan apam gula hangus tu, terus jerk masukkan adunan apam tadi ke dalam acuan lompang.
      4. Biarkan air kukusan betul2 mendidih baru kukus adunan apam tadi.. Kukus selama 20 min dan balut tudung pengukus dengan kain untuk mengelak air menitik atas apam.

      20 Jun, 2011

      APAM GULA MELAKA

      Assalamualikum w.b.t

      Bersiaran kembali..menemui sahabat2 blog & alam maya ni, harapan semoga anda semua sihat walafiat & dilindungi Allah hendaknya..Terima kasih buat yang sudi bertandang, ada kesempatan InsyaAllah akan balas kunjungan ye..


      Ini menu sarapan pagi Ahad..hari minggu sempatlah peram kuih ni, makan lewat sikit..kebetulan kelapa parut ada lagi, tu yang buat kuih ni, sedap & lembut, manis yang sederhana je..Alhamdulillah, menjadi santapan kami sekeluarga untuk sarapan hingga ke minum petang, hehe..banyak juga dapat..tengok laporan masakan, rasanya Kak Nor, Hana, Quinnie, Noorsha, Tun Telani, Izah dan ramai lagi le dah buat ni..rajin betul diaorang ni kan..ok..meh cek bahan2 & caranya..

      APAM GULA MELAKA

      Apam Gula Melaka by AnnaQawina

       

      Bahan-bahan ( satu family/ loyang 7 inci )

      • * 1 cwn air
      • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
      • * sehelai daun pandan
      • 2 cwn tepung
      • 1 sk dry yeast
      • 3/4 cwn air
      • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
      • secubit garam

      Cara-cara

      1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
      2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
      3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
      4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
      5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
      6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam. 

      SELAMAT MENCUBA BAGI YANG TERINGIN TU YE...(",)

      15 Jun, 2011

      APAM GULA MERAH..yang tak merah (*_*)

      Assalamualaikum.

      Tayangan amal pagi ni, kejadian yang agak kurang menyerlah sebab tak cukup gula merah, masa bancuh air gula tu baru perasan gula merah tinggal sikit, terus Ana campurkan dengan gula perang..hehe..tapi dah habisla..Adam & Akmal bawa bekal ke sekolah agama pagi tadi, selebihnya buat sarapan kami kat rumah, buat setengah adunan, dapat pun tak banyakla kan...


      Ok, tuan rumah ada sesuatu untuk diuruskan, kejap lagi budak-budak balik sekolah agama & nak pergi sekolah rendah pulak, banyak benda belum selesai, kepada yang berkunjung, terima kasih, & akan dibalas kunjungan anda InsyaAllah..

      APAM GULA MERAH

      Bahan A
      • 1 cwn gula merah*
      • 1/2 cwn gula pasir*
      • 1 cwn air*
      • 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan)

      Bahan B
      • 1 sudu besar yis mauripan
      • 1/4 cwn air suam
      • 1 sudu kecil gula pasir
      Bahan C
      • 3 cwn tepung gandum
      • 1/2 cwn tepung beras
      • 1 cwn air

       Cara-Cara
      1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut dan sejukkan.
      2. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
      3. Campurkan ke semua bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Masukkan dlm blender lagi senang *Ana gaul guna senduk je)
      4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaul sebati, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam atau naik 3 x ganda.
      5. Lenserkan loyang dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit.
      6. Kukus adunan selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
      7. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
      8. =Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam. *Ana kukus sekejap kelapa parut & garam tu
      SELAMAT MENCUBA

      14 Jun, 2011

      MUFFIN COKLAT (Kukus)

      Assalamualaikum

      Bersiaran kembali semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dalam lindungan Allah s.w.t hendaknya..Sekadar menjengah, keadaan saya yang kurang sihat sebenarnya, nak mengadap komputer lama-lama tak terdaya rasanya, rindu nak BW bertandang ke blog kawan-kawan, InsyaAllah ada kelapangan & kesihatan yang mengizinkan akan saya jengah kalian, kepada yang masih sudi bertandang ke blog yang tak seberapa ni terima kasih diucapkan..jangan lupa tinggalkan jejak anda..


      Update menu bekal anak-anak ke sekolah rendah harini, pagi tadi Ana cuma masak nasi goreng untuk bekal sekolah agama, lepas dah settle semuanya urusan pagi, godek2 resepi untuk bekal petang pulak, jumpa kat blog Kak CT, cara & bahan yg senang, terus buat, Alhamdulillah, kejadiannya amat menggembirakan, mekar sejambak, halus mulus & lembut teksturnya..


      Ana kongsikan resepi mudah tu kat sini ye Kak CT..terima kasih kongsikan..hasilnya agak banyak juga, kira puas makan la kan..

      MUFFIN COKLAT (KUKUS)
      Sumber : MakLang FP & Kak CT Delima

      Bahan A : 
      • 2 cawan susu cair/susu segar *Ana guna susu cair
      • 1 cawan minyak masak / butter cair *Ana guna minyak masak
      • 1 3/4 cawan gula kastor
      • 1 biji telur

      Bahan B : Ayak bersama
      • 250 grm tepung gandum
      • 50 grm serbuk koko
      • 1 sudu teh baking powder
      • 1 sudu teh soda bikarbonat
      Bahan C :
      • 1 sudu besar coklat emulco


      Cara-Cara :
      • Panaskan kukusan dengan api kuat.
      • Satukan semua bahan A, kacau sebati menggunakan spatula/whisk je.
      • Masukkan bahan B, gaul rata hingga semuanya sebati.
      • Tambahkan coklat emulco
      • Masukkan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 lebih (hampir penuh cup)
      • Kukus selama 10 minit (lebihkan masa jika menggunakan cup saiz besar)
      • Angkat & sejukkan.

      **Untuk mendapatkan muffin/apam yang mekar/kembang gitu, gunakan api kuat semasa mengukus.

      03 Jun, 2011

      APAM PISANG CHOC.MILO

      Assalamualaikum
      Selamat pagi kawan2..Salam penuh Barkah di hari Jumaat, semoga hari anda sentiasa diberkati....

      Sarapan apa pagi ni? Kami kat sini biasa2 je sarapan, lepat pisang petang semalam ada berbaki lagi bersama dengan apam pisang yang buat malam tadi..nak kurangkan sikit stok pisang emas yang banyak lagi tu..buat untuk anak-anak makan..tapi mengikut citarasa & anak tekak yang membuatnya, apam jenis ni sedap dimakan panas2..dengan warna yang kurang ceria, rasanya pun biasa2 je bagi kita..tetapi teksturnya memang lembut & bila gigit rasa pisang betul..cuma dalam bahan2 tu ada tambah milo bagi pekat kot rasa coklat..tak tahule kalau orang lain buat jadi lain & lebih sedap..anak-anak makan time panas2 je malam tadi,elok je makan..budak-budak kan..pantang ada rasa2 coklat, makan je..tapi Ana kurang suka..walaupun begitu, tetap nak kongsikan kat sini, kot2 ada yang nak mencuba, bagi yang suka menu pisang, elokla cuba dulu, mana tahu kena dengan selera..


      APAM PISANG CHOCMILO
      CnP: Hanim

      Bahan-bahan :

      • 1 1/2 cawan tepung gandum
      • 1 sudu teh baking powder
      • 1 sudu makan milo
      • 1 sudu makan koko
      • 1 sudu teh garam
      • 1 biji telur - pukul sedikit
      • 1 cawan minyak -
      • 1 cawan gula perang @ gula halus -
      • 1 cawan pisang lenyek
      • 1 sudu makan susu cair @ susu segar (optional)
      • coklat chip secukupnya *Ana letak choc.rise
      • hirisan pisang untuk hiasan

      Caranya:
      1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
      2. Ayak bersama tepung gandum, soda bikabonat, baking powder, milo dan serbuk koko. ketepikan.
      3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, minyak @ butter cair, gula, dan susu. kacau hingga larut.
      4. Masukkan bahan ayak ke dalam campuran puisang tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.
      5. Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh.
      6. Taburkan coklat chip di atasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
      6. Kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit.

      24 Mei, 2011

      Super Moist Carameled Banana Cake

      Sedap sangat kek ni..cara-cara buatnya agak berlainan & hasilnya tetap cantik dipandang & sedap dimakan..hehehe..Mas semalam buat kukus..harini kalau pisang msih berbaki, nak cuba kukus gak..tapi kan..masa bakar kek ni, semerbak harum baunya..lain dari kebiasaan kek pisang..manis pun sedang2 je sebab Ana dah kurangkan gulanya..hajat nak buat lagi untuk jamu kat ayah yang akan sampai..tapi tengok keadaan pisang macam tak cukup je..kek ni takde la besar sangat hasilnya, kalau nak makan ramai2 kena gandakan adunan, resepi yang diberi ni sedang2 elok untuk 1 family sederhana..


      Bagi yang nak cuba..cubalah..tak menyesal kalau anda memang penggemar kek pisang..warnanya nanti bergantung kepada warna karamel yang kita buat, jangan sampai hangit sudahla yea..hehe..terima kasih buat kak fida yang banyak menyumbang resepi mudah & menghasilkan kepelbagaian versi ni..

       

      SUPER MOIST CARAMELED BANANA CAKE

      Sumber : kak fida@myresipi

      Sumber : AnnaQawina

       

      Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. *Ana guna loyang 7 inc)


      • 1 cawan pisang lecek (240 g)
      • 1 cawan gula halus (200 g)-Ana letak 150 grm
      • 125 g mentega (1/2 buku)
      • 1 sk bicarbonate soda
      • 2 sb susu segar *Ana guna susu cair
      • 2 biji telur - A
      • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) - ayak (*Ana guna tepung gandum + 1 1/2 sdk baking powder + secubit garam)

      Cara-cara


      1. Pisang lecek,gula,mentega, b. soda dan susu disatukan dalam periuk bersih.*Seeloknya guna kuali untuk memudahkan kacau adunan, sebab adunan akan berbuih2 naik..
      2. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga berkaramel.Sejukkan dan alihkan ke dalam mangkuk pengadun.
      3. Masukkan telur dan tepung sambil dikacau hingga adunan sebati.Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.
      4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
      5. Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
      6. Adunan boleh juga dikukus...nak tengok yg kukus ada kat blog MAS
       SELAMAT MENCUBA

        APAM COKLAT SPECIAL

        Assalamualaikum..

        Pagi ni sarapan dengan apam coklat yang simple ni bersama kek pisang..apam coklat ni jugakle bekal Adam & Akmal harini..Harini kesibukan menjelma lagi, ayahanda datang dari kampung mungkin petang ni @ esok sampai rumah kami..sebenarnya kedatangan ayah kesini sambil2 melawat anak menantu & cucu2nya, kedatangannya adalah untuk menghantar cucunya(anak buah Ana) yang akan berangkat ke Jepun malam ni, tempat yang dituju ialah Hamamatsu Shizuoka(betul ke tak ni..), bertapak disana selama 3 tahun untuk bekerja (sambil belajar) dibawah tajaan MARA yang bekerjasama dengan syarikat Jepun..semoga segala urusannya dipermudahkan Allah s.w.t hendaknya..jauh diperantauan..berat hati keluarganya nak lepaskan tapi apakan daya..itu yang tersurat kan..Alhamdulillah..itulah rezekinya..

         

        Jom tengok resepi mudah ni..rasanya dah ramai yang cuba kan..tapi kali ni apamku tak senyum..mungkin sebab masa kukus tu tuan apam tak senyum kembang semangkuk kot..hehehe..

         

        APAM COKLAT SPECIAL

        Sumber : ayeena@myresipi

        Bahan-bahan ( 4 atau 6 orang )

        • 1/2 cawan gula
        • 1 cawan tepung gandum
        • 1/2 cawan susu pekat
        • 1/2 cawan minyak masak
        • 1/2 cawan air
        • 1 biji telur
        • 1/2 sudu soda
        • 2 sudu serbuk koko

        Cara-cara

        1. campur smua bahan dn kacau shingga sebati.
        2. panaskan pengukus
        3. loyang dilapik dgn kertas minyak dan disapu dgn marjerin di seluruh permukaan kertas minyak.*Ana guna paper cup & letak dalam acuan lompang, isi adunan hampir penuh cup..
        4. tuangkan adunan dan kukus slama 45 min. Pastikan penutup pengukus tadi dibungkus dgn kain puth yg bersih spy wap air rebusan tidak menitis pd adunan.

        21 Mei, 2011

        Apam Karamel Tanpa Telur

        Assalamualaikum.

        Menu malam tadi sambil2 layan tv..hehe..buatnya sekejap je, nak habiskan pun kejap jugak, cuma apam ni terlalu manis bagi tekak ni..rasanya kalau nak buat kena kurangkan gula tu..lain kali boleh cuba lagi sebab senang je..lepas dah masak tu keadaan apam ni tak berapa nak licin..nape yer..mungkinkah acuan tu dah lama? ada sape cakap gitu? heeee..ke tak cukup masa panaskan acuan dalam kukusan..tapi yang pasti resepi ni jimat telur & senang..jom cuba..

         

        Teksturnya sangatle lembut..Hannah suka sangat..makan sambil2 picit..pagini  masih berbaki 4 biji..sedang elok sebijik sorang budak2 ni, bersama menu sarapan yg ringkas..nasi goreng & telur dadar mayonis je..hehe

         

        APAM KAREMEL TANPA TELUR 

        Sumber : Kak Fida MyResepi

        Bahan-bahan ( 24 biji )

        • 150 g gula pasir*perlu kurangkan lain kali
        • 250 ml air
        • 150 g tepung gandum*
        • 1 sk baking powder*
        • 1/2 sk bicarbonate of soda*
        • 75 g gula halus(kurangkan jika tak makan dgn kelapa putih)
        • 2 sb susu sejat
        • 2 sb mentega cair*Ana guna minyak masak je
        • 1 sk esen vanilla
        • sedikit minyak masak untuk mengoles acuan lompang
        • kelapa parut putih dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan.*tak buat

        Cara-cara

        1. Sediakan gula hangus dgn menggoreng gula pasir hingga kecoklatan dan tuang air sedikit2 hingga cair.Sejukkan.
        2. Ayak bahan2 bertanda* ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan gula halus.Tuangkan air gula hangus sedikit2 dan kacau rata.Masukkan susu,esen dan mentega cair dan kacau lagi hingga sebati dan tak berbintil2.
        3. Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan sebentar.Tuang adunan 1/3 penuh acuan lompang.Kukus selama 10-12 min.Angkat dan sejukkan.
        4. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus. 

          28 April, 2011

          YOGURT STEAMED CUPCAKES

          Assalamualaikum..
          Alhamdulillah, hari ini masih dapat meghirup udara di bumi nan indah..apa khabar semua yang bertandang? Harap sihat walafiat hendaknya..sedikit renungan untuk kita hayati bersama pada hari ini :

          "..Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -H.R. Ahmad-..renung-renungkan & selamat beramal..^_^

          JOM SARAPAN...


          Dah sarapan? Kami harini sarapan kuih baulu kukus lebih kurangnya..apam pun ya..dengan nama asalnya 'cupcakes'.. edisi menghabiskan stok yogurt tu, nak buatnya sesenang menulis A B C...mix sebati semua sekali bahan-bahan tu & kukus..Ana jumpa resepi ni kat blog Rima yang femes dengan macam-macam masakan tu..masa buat ni rasa takut jugak sebab tengok yang Rima buat nampak mekar cantik, kang kita buat tak mekar, kecewa lak nanti..hehe..tawakal jela malam tadi sambil kukus kuih ni..kukusan pertama kuih tak mekar sangat walaupun lembut, nampak nak mekar je, mungkin masa tu air kukusan belum betul2 panas menggelegak kan..bila siap kukusan ke dua...& buka penutup kukusan..Ya Allah...terlopong sekejap diriku ini, maklum le tak pernah tengok apam yang dibikin sendiri mekar semekar-mekarnya..huhu..jakun pun adoo..tersengih2 tunjuk kat suami & bagi dia rasa..hmmm..lembut sesangat..

          Tapi masa tu ada gak kejadian yang tak diingini berlaku..air kukusan kering kontang..terbau hangit je..cepat2 tutup api dapur..biar sejuk sikit & tambah air & kukus lagi selebihnya..Alhamdulillah hasilnya begitu menggembirakan..lembut & putih bersih warna bahagian yang bawah tu..

          Kat sini nak kongsikan resepinya yang Ana dah olah2 sikit, hihi...mandai2 je..lagipun senang nak buat rujukan, adunannya hanya buat separuh dari adunan resepi tu, dapat lebih kurang  7 biji cup saiz sederhana & 20 biji cup kecil..kuantiti gula pun dah dikurangkan lbh krg 3 sdb, tapi bila makan tadi rasa agak terlebih manis , lain kali kalau nak buat kena kurangkan lagi gula tu..bagi yang tak suka manis-manis la kan..


          YOGURT STEAMED  CUPCAKES
          Sumber : AnnaQawina

          bahan-bahan : *Ana buat separuh je*
          • 2 cawan gula castor ..kurangkan..
          • 1 sdt ovallete
          • 2 cawan tepung gandum
          • 1 cawan yogurt asli
          • 2 biji telur
          • 1/2 sdt double action baking powder
          • 1 sdt serbuk koko
          • 1 sdt pes coklat

          Cara-cara :
          • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
          • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
          • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
          • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat, gaul sebati.
          • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
          • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
          • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
          **Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengfan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..& pewarna kesukaan**

          **KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

          **Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**

          SELAMAT MENCUBA

          31 Januari, 2011

          Snow White jadi Bawang Putih Bawang Merah??

          Assalamualaikum

          Sejuknya harini, hujan je sejak semalam, sekarang baru berhenti..Alhamdulillah dapatla keluarkan kain baju yang dah  bergayut-gayutan kat ampaian tak rasmi dalam rumah..hehe..


          Sekadar tayangan menu sarapan pagi semalam ni, tapi bila letak kaler merah tu tangan gatal je nak tuang, maka terlebih merah le, tak jadi snow white dah, ala-ala Hikayat Bawang Putih Bawang Merah ni..


          Saja letak dalam paper cup sebab nak bagi kuih ni naik merekah, cantik & lembut le..tapi Ana terlebih perap, adala dalam 2 jam sebab terlupa ada apam sedang diperam, tupun nasib baik Cik Abe mintak air kopi, pergi dapur nak bancuh air teringat kat apam yang belum dikukus..aduuuii..dah tengah malam baru nak mengukus, sudahnya jam 1.30 pagi bru siap..bila masak, elok je naiknya..

          Sedap makan dengan kelapa parut kukus..Resepi ambil kat MYR..buat separuh adunan je dah banyak..resepi lebih kurang apam nasi/apam beras salju tu kan..

          Apam Snow White
          Resepi : qnq0910@Myresepi.com

          Bahan-bahan ( 5 orang makan )
          • 3 cawan tepung beras
          • 1 cawan tepung gandum
          • 2 cawan gula pasir
          • 1 packet mauripan@ibu roti
          • 2 cawan nasi
          • 3 cawan air

           

          Cara-cara

          1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
          2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
          3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
          4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
          5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...  
          6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
          7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. 
          8. Ana masukkan pewarna sebelum kukus & letak dalam papercup, tak payah sapu acuan dengan minyak.
          Selamat mencuba..

          07 Januari, 2011

          APAM GULA MELAKA

          Ramai yang suka makan apam buat sarapan kan? Kali ni Ana buat apam lepas semua dah clear..budak2 dah g sekolah & incik asbend dah ke tpt kerjanya..hihi..Elok je siap, anak-anak balik dari sekolah agama, ngap..ngap..4 5 biji, pastu bagi diaorang bekal ke sekolah petang lak..yang tinggal ni pun ada 6 biji, sempat ke tak ni nak buat minum petang dengan Cik Abe petang nih tak tau ler..hehe..


          Adunan ni Ana dapat dalam 18 biji, tapi hanya 1 biji yang sanggup tersenyum..yang lain muram jek..heheh..


          Resepi di'copy' di rumah : Izah. tayangan ada juga di rumah .Mas

          APAM GULA MERAH

          Bahan :
          • 125 gm gula pasir* saya letak 100gm
          • 125 gm gula Melaka - dipotong kecil2 * saya letak 100gm
          • 150 ml air
          • 250 gm tepung gandum
          • ½  sudu teh soda bikarbonat
          • ½  sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
          • 1 biji telur
          • 100 ml minyak masak
          • Papercup secukupnya. *Ana tak guna pun
               

          Cara :
          1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
          2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
          3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
          4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
          5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
          6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
          siap tersenget2 naiknya..hehe..

          Nota Izah:
          • untuk dapatkan apam yang senyum kena letak dalam papercup atau jika guna acuan, jangan sapu minyak dalam acuan tu.
          • jangan tuang adunan ke dalam acuan atau papercup sampai penuh, biar berbaki suku dari acuan atau papercup sebab adunan akan naik nanti.
          • kukus dengan api kuat dan jika air kukusan berkurangan, tambah air panas dalan bekas mengukus tu .
          • tunggu air kukusan betul2 mendidih baru masukkan adunan apam yang hendak dikukus dan lapik penutup dengan kain dan pastikan penutup ditutup kemas.

          BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

          Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...