Showing posts with label Aqil. Show all posts
Showing posts with label Aqil. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Selamat Ulang Tahun Muhammad Aqil Fahmi bin Adnan

Assalamualaikum semua....

Sepatutnya n3 ni dimasukkan semalam, tetapi semalam sibuk sangat dengan seminar dari pagi sampai petang dan Awan pulak demam dan merengek sepanjang masa...
 3 Julai 2012 genaplah 7 tahun umur anak akak yang keempat, Aqil... Anak yang dijangkakan akan lahir di Kuantan tapi dia nak jugak jadi anak Selangor... kelakar pun ada bila mengingatkan kisah kelahiran Aqil. Sebabnya Aqil dilahirkan 3 minggu awal dari jangkaan.
 Masa tu akak baru jugak berpindah ke Kuantan macam sekarang ni, setiap hujung minggu akan balik ke Kajang untuk mengemas rumah... tak sangka pulak dia nak lahir awal 3 minggu, semua barang kelengkapan bayi tak dibawa balik ke Kajang.... jawabnya terpaksalah abahnya shopping baru...
 Aqil seorang anak yang tak banyak kerenah semasa bayi... senang sangat menjaganya..
 Tapi sekarang... nakalnya boleh tahan.... tapi kalau datang rajinnya... senang jugak akak...
Ibu doakan Aqil @ Acik akan membesar menjadi anak yang soleh, baik, bertanggungjawab dan membahagiakan semua orang...

Tuesday, November 15, 2011

Graduasi Aqil

Assalamualaikum semua....

Kalau ikutkan sekarang ni kat mana2 pun sibuk dengan graduasi kan.. Jadi akak masukkan n3 tentang graduasi Aqil sebagai kenangannya nanti.
Adiknya Awan...
Acara yang disertainya... jimnastik..
Tarian...
Sebenarnya graduasi ni dah lama... 30 Oktober hari tu....
Akak tak dapat nak hadirinya sebab mesyuarat... abahnya je yang pergi....
Harapan ibu... Aqil menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat...

Tuesday, July 5, 2011

Kek Untuk Aqil

Assalamualaikum semua...

Kek yang dibawa oleh Aqil ke tadikanya tadi....
 Sengaja akak bakarkan 2 biji, sebiji untuk Awan... tau2 je lah si kecik tu.... birthday orang semua birthday dia... jadi sebiji dia yang bawa ke rumah Kak Ani... babysitternya.... tak apalah kan... lagipun birthday dia bulan depan dalam bulan puasa, tak payah dah nak potong2 kek...
 yang Awan bawa..
yang Aqil bawa... sebenarnya dia tak minat pun Liverpool ni, tapi nak menghabiskan stok edible image... letak je lah....

Sunday, July 3, 2011

Selamat ulang tahun Muhammad Aqil Fahmi bin Adnan

Assalamualaikum semua....

Hari ini 3 Julai 2011, genaplah 6 tahun umur anak akak yang ke-4, Muhammad Aqil Fahmi bin Adnan. 
Kalau diimbas kembali pengalaman membesarkan Aqil, rasa2nya dialah anak yang paling tidak banyak karenah semasa bayinya. Memang sangat senang menjaganya semasa bayi. Namun sekarang, pastilah dia seperti anak2 lain yang seusianya, bila bertemu je dengan adiknya pasti ada sajelah projek yang dibuat mereka.
 Gambar-gambar ni semuanya diambil semalam semasa aktiviti sukan yang diikutinya semalam. Bagi akak, Aqil merupakan anak yang sering membuat kejutan, mungkin sebab kelahirannya juga mengejutkan semua orang. Mana taknya kelahirannya 3 minggu lebih awal dari jangkaan. Semasa 7 bulan mengandungkannya, akak berpindah ke Kuantan kerana hubby akak bertukar ke sana.
 Rumah di Kajang ditinggalkan tanpa dikemas sepenuhnya, jadi setiap hujung minggu, kami akak balik ke Kajang untuk mengemas rumah. Jadi semasa balik pada minggu tersebut, akak ingat seperti biasa tanpa membawa sebarang baju bayi, tapi seolah2 tergerak jugak untuk bawa lebih baju akak. Tiba2 je terasa sakit, dan pada malam Ahad tu terus akak minta suami hantar ke Hospital Kajang. Ingatkan nak bersalin kat Hospital Tuanku Ampuan Afzan, rupanya Aqil tetap nak jadi orang Kajang, macam abang2 dan kakaknya.
 Itulah Aqil, kelahirannya juga mengejutkan. Suami akak terpaksa shopping balik 2 tiga pasang baju baby. Jika dinilai buat masa sekarang perangai Aqil lebih mengikut perangai along. Dia begitu teliti dalam menyediakan segala keperluannya. Sama seperti perangai along. Namun kenakalannya kadangkala begitu mencabar kesabaran akak. Tapi itulah karenah seorang anak yang sedang membesar.
Diharapkan Aqil membesar menjadi anak yang baik, hormat kepada orang tua dan taat kepada perintah agama.

Friday, June 10, 2011

Projek Aqil pagi ni...Puding Roti

Assalamualaikum semua...

Pagi ni sambil membakar kek yang ditempah, akak melayan si Aqil anak akak yang 6 tahun tu mengadun puding roti ni. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi dia dah beria-ria sangat nak membuat puding ni.
Dia belajar buat puding ni masa dia join kem kat tadika dia minggu lepas. Sebenarnya cikgunya cuma demo kan aje. Dapatlah diorang bawa balik sorang seketul. Itu yang beria-ria sangat tu.
 Sejak minggu lepas lagi dia dok suruh akak belikan roti dan susu. Jadi dia dok mengendeng jer susu UHT akak kat dalam peti sejuk tu, jadi bila hari ni akak bagi green light dia pun mulakanlah projeknya. Mula2 dia minta bantuan Atehnya memotong roti, akak pun tak tahu berapa keping roti yang dia guna, akak dok memerhati dari jauh jer,...cuma bila dia nak masukkan susu jer akak tolong tuangkan sebab kalau ikut  apa yang dituangnya mahu keras puding ni. Takut kot nak tuang susu banyak2, padahal ibunya tak nak marah pun sebab ibunya pun makan jugak...Akak tuang susu tu agak2 tenggelam roti yang dia masukkan tu...Dia masukkan telur 4 biji dan akak jugak tolong masukkan gula. Main agak2 jer, adalah kot dalam 5-6 sudu makan. Sebenarnya masa akak belum kahwin dulu memang selalu buat puding ni dan memang tak ada sukatan pun main agak2 jer
Puaslah hati dia hari ni.. cuma abahnya je yang tak dapat makan, dapat tengok gambar jelah sebab dia kat KB minggu ni... nanti dia balik suruhlah Aqil buat lagi... mesti lagi dia suka kan sebab projeknya dihargai...

Sunday, November 14, 2010

Majlis Graduasi Aqil

Hari 14 November, tadika Aqil, Tadika Sinar Nurain mengadakan Majlis Graduasi. Aqil tak lah dapat sijil sebab dia baru 5 tahun, dia cuma buat persembahan je lah. Jom layan gambar2nya yang hubby cik antan ambil... perasan pulak abahnya mengambil gambar....

dapat pensel warna daripada cikgunya....




masa nak naik pentas buat persembahan....
berposing dengan Awan.... jangan terpedaya, Awan berdiri atas batu, nampaklah dia tinggi....

Sunday, July 4, 2010

Aqil dah 5 tahun....

3 Julai lepas, genap umur Aqil, anak keempat cik antan 5 tahun. Jadi cik antan berhajat nak buat muffin dan sebiji kek untuk dihantar ke taskanya. Request dia, dia nak kek Upin Ipin.muffiin chocolate chip
yang dah siap dipek
chocolate moist kek
Selamat Hari Lahir Aqil Fahmi

Tuesday, May 4, 2010

Aqil....yang sering mengejutkan....

Pada 1 Mei yang lepas kejiranan cik antan telah mengadakan Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan bersempena majlis tersebut telah diaadakan juga Program Larian Mesra untuk penduduk setempat. Cik antan tidak dapat bersama-sama di majlis tersebut kerana sibuk menyiapkan tempahan kek. Kelima-lima anak cik antan telah mengikuti program tersebut dan 4 daripada mereka telah menyertai Larian Mesra yang diadakan. Apa yang mengejutkan cik antan adalah ketika suami cik antan pulang, dia memberitahu bahawa Aqil anak keempat cik antan telah memenangi tempat ketiga dalam kategori bawah 12 tahun. Cik antan seolah-olah tidak percaya kerana setahu cik antan dalam keluarga cik antan tidak ada seorang pun yang pantas berlari dan Aqil telah mengalahkan Angah yang berusia 12 tahun. Suami cik antan juga sebenarnya tidak menyangka dan dia sememangnya tidak mendaftarkan nama Aqil untuk larian tersebut.
Angah juga memberitahuku bahawa dia terkejut kerana Aqil kelihatan langsung tidak penat ketika berlari (mungkin kerana latihan yang sering dibuat apabila sering berlari-lari di dalam rumah hingga memeningkan kepala ibunya). Tapi sayangnya, hadiah yang telah dimenangi oleh Aqil telah direbut oleh Awan dan akhirnya hilang.
Aqil menghampiri garisan penamat
Selesai larian...tiada riak keletihan di wajah Aqil
Aqil...ketika menerima hadiah
Awan yang sering berebut barang abang-abangnya.

Itulah kisah anakku Aqil yang sering mengejutkan seperti peristiwa pertama yang aku tulis (telinga dan payung) Kenakalan anak-anakku memang sering memeningkan kepalaku tapi itulah sebenarnya kebahagiaanku. Aku sentiasa bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku anak-anak yang sihat. Ketika ini kisah remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis sedang hangat dibicarakan. Sedih bila mengenangkan perasaan ibu yang kehilangan anak. Namun kita semua sebagai ibu mestilah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak kita. Aku sering mengingatkan diriku sendiri bila aku menegur kesalahan anak-anak didikku di sekolah. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran untuk kita semua.

Monday, April 26, 2010

Hari Keluarga

~ Muhammad Aqil Fahmi ~
~ Nur Alya Afiqah ~


~ Muhammad Zaqwan Fikri dan Muhammad Luqman ~

Hari keluarga Kajang Prima telah diadakan pada 10-11 April 2010 di Ayer Keroh Country Resort, Melaka. Kebetulan along yang pulang bercuti dapat bersama-sama kami menyertai hari keluarga tersebut. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat melihat anak-anak bergembira....




Telinga dan payung

Pengalaman pertama yang akan cik antan tulis pada blog ini merupakan pengalaman cik antan dalam membesarkan kelima-lima anak cik antan yang sememangnya nakal-nakal belaka. Masih cik antan ingat tarikh berlakunya peristiwa ini iaitu pada 23 Disember 2009, sehari sebelum diumumkan keputusan peperiksaan PMR. Ketika itu suami cik antan berada di Langkawi kerana mempunyai tugasan di luar. Sedang cik antan sibuk di dapur menyiapkan makan malam, cik antan dikejutkan oleh tangisan Aqil anak keempat cik antan. Ketika itu Aqil baharu sahaja selesai mandi bersama-sama adiknya Zaqwan atau lebih senang dipanggil Awan. Semasa cik antan mendapatkannya cik antan dapati ada darah yang mengalir melalui telinganya dan pada masa yang sama cik antan dapati Awan sedang memegang sekaki payung yang sedang terbuka.
Cik antan panik seketika. Selepas menelefon suami, suami cik antan menyuruh cik antan membawanya ke klinik yang berdekatan. Selesai solat maghrib, cik antan membawanya ke klinik. Doktor yang merawatnya memberitahu cik antan bahawa lukanya tidak serius dan dia memberikan antibiotik dan ubat titisan. Sebelum tidur, Aqil terus merungut-rungut yang telinganya sakit, dan cik antan terus memujuknya dengan mengatakan kesakitan tersebut berpunca daripada kesan luka tadi dan esok pasti akan sembuh. Aqil tertidur juga akhirnya....
Keesokannya, cik antan membawa semua anak cik antan ke sekolah kerana cik antan perlu mengedarkan slip peperiksaan PMR kepada murid-murid cik antan. Pulang dari sekolah cik antan membawa mereka ke Kamdar untuk membeli barang keperluan sekolah along yang mendapat tawaran ke sekolah berasrama. Ketika memandu pulang ke rumah cik antan seolah-olah terpanggil untuk melihat telinga Aqil dan cik antan agak terkejut kerana terdapat sesuatu yang berkilat di dalam telinganya. Cik antan terus membawanya ke klinik dan doktor yang merawatnya semalam mengesahkan memang ada besi payung yang tertinggal di dalam telinganya. Doktor tersebut cuba mengeluarkannya tetapi gagal kerana Aqil meronta-ronta dan kudrat cik antan tidak mampu untuk memegangnya walaupun dia hanya berusia 4 tahun ketika itu. Kami akhirnya dirujuk ke Hospital Kajang. Namun ketika cik antan sampai di bahagian kecemasan Hospital Kajang, kami diberitahu bahawa di situ tidak terdapat peralatan yang secukupnya dan kami disuruh ke Hospital Serdang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan cik antan ketika itu. Cik antan terus juga memandu ke Hospital Serdang walaupun cik antan tidak pernah ke sana, dan nasib kami baik kerana tidak ramai pesakit di bahagian ENT pada hari tersebut.
Aqil terus dibaringkan dan cik antan bersama-sama seorang jururawat memegangnya dengan kuat kerana Aqil masih juga meronta-ronta dan meraung. Akhirnya besi yang berada di dalam telinga Aqil berjaya dikeluarkan dan ketika doktor menunjukkan besi tersebut kepada cik antan, cik antan terkejut dan seolah-olah tidak percaya besi sebesar itu dapat masuk ke telinga Aqil.
Sehingga hari ini aku agak fobia bila anak-anak kecilku memegang payung. Bagi para ibu bapa di luar sana awasilah anak-anak anda, sesungguhnya sesuatu yang kadangkala tidak kita jangkakan boleh menimpa mereka.

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...