Showing posts with label Cerita-ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita-ceriti. Show all posts

Tuesday, November 20, 2007

Entri 221 sudah..

Tatotnyee sayeee...

Ada orang kata aku nampak lembut tapi ada juga orang yang kata aku agak berani, keras & strict. Aku sendiri rasa.. bergantung keadaan jugak. Kadang-kadang aku bole jadi lembut kadang-kadang bole jadi garang, degil. Mungkin sebab ada background dan kecenderungan 'ala ketenteraan' yang agak kuat jugak dulu. Plus adik-beradik yang semuanya lelaki. Tapi dah namanya perermpuan.. keras macamana pun, bila usia menginjak.. secara semulajadinya akan jadi wanita jugak kan. Dan sebenarnya dalam keras-keras tu, dalam berani-berani tu.. deep down inside aku sebenarnya seorang yang lemah semangat. Atau bahasa mudah, penakut jugak sebenarnya..!

Dulu ada satu kejadian masa jadi fasilitator di universiti. Berlaku di kolej kediaman masa perhimpunan. Bermula dengan seorang menangis hingga berlakunya gangguan halus. Aku hampir hilang nafas bila lebih 1000 pelajar menyerbu ke arah kami dengan jerit pekik. Aku tergamam. Diam. Kaku. Semangat aku terbang. Walaupun tak diganggu tapi aku pun 'dirawat' jugak. Sejak peristiwa tu, bila ikut program itu ini selalunya kawan-kawan akan 'guide' sepenuhnya bila ada kes gangguan berlaku. Mula-mula aku tak faham. Aku pelik kenapa dorang bawak aku gi tempat lain. Sembang ramai-ramai, berkumpulan. Rupanya dorang takut aku terkena sebab aku lemah semangat. Langkah berjaga-jaga la tu kot. Alhamdulillah sejak tu takde apa-apa pun berlaku. Aku ok je sampai harini.

Lagi satu, aku akan lemah dan sengal satu badan bila jalan yang tak pernah jam tiba-tiba jammed teruk. Berdebar-debar macam nak kena heart attack pun ada. Sebab aku sangat penakut yang amat kalau ternampak accident! Lebih-lebih lagi kalau aku yang memandu. Nak tak nak aku kena lalu gak jalan tu kan. Lagi parah kalau siap mangsa still ada kat situ. Dengan darah-darah bagai. Aduhh! Memikirkannya ni pun dah pusing kepala. Apatah lagi kalau di tempat kejadian. .

Aku ni jugak antara orang-orang yang takut tinggal sorang kat umah. Kalau aku sorang aku akan make sure aku tido. Tengok tv pun bole gak tapi masalah yang timbul bila tertengok iklan or sedutan cerita hantu ke seram ke.. dah sudah.. berdebar-debar jelah lepas tu.

Baru-baru ni pulak masa aku kat rumah sorang-sorang, malam la kan.. aku terdengar orang menjerit mintak tolong. Mula-mula dengar, aku terkejut. Terus tutup muka dengan selimut. Senyap sekejap. Kemudian bersambung lagi jeritan tu. Dengar pulak bunyi hon dari seberang jalan. Dalam takut-takut tu, aku bangun jugak jengok kat tingkap. Terus ternampak sorang perempuan keluar dari semak seberang jalan memegang tudung kejar sorang lelaki ni sambil terjerit-jerit. Satu kereta dari seberang jalan berhenti dan kejar lelaki tu. Malangnya sebab jarak yang agak jauh aku tak pasti apa cerita sebenarnya. Tapi yang pastinya jantung aku berdegup kuat, berdebar woo. Tak tau nak buat apa, terus called kak masy. Ketaq-ketaq cerita. Hu~ Sampai pagi tu sakit dada.

Tulah antara cerita seorang penakut seperti aku. Hehehe.. Tapi dalam penakut-penakut ada jugak yang terlebih berani. Aku bole je travel sorang-sorang.. drive sorang-sorang. Aku berani je kalau pergi mana-mana selagi aku tak tau cerita.. Tapi once orang dah cerita, maap la nak gi lagi. Hu~ If berjalan dalam gelap, ada bunyi pelik-pelik.. aku mesti nak tertoleh-toleh nak tau apa yang berbunyi tu! Hahahaha ;p

Friday, November 02, 2007

4 in 1

cerita 1

i'm going out of town to watch sunset this weekend. 1 more day to go.. can't wait!

cerita 2

last weekend aku ajak few frens datang beraya kat rumah. biasalah orang melayu ni.. bila orang da datang rumah takkanlah hidang air je kan. dat day aku masak nasi ayam. senang, cepat & mudah.

to those people yang sudi datang, tahniah kerana berjaya juga jumpa rumah aku malam-malam buta aritu ;) dan sudi habiskan nasi ayam, malah pada yang bertambah lagi tu.. i take it as a compliment. korang ni memang bertuah sebab julung-julung kali aku memasak tau :D even wan pun komplen kata aku tak aci! dulu aku pernah masak untuk dia.. tapi cuma masak telor goreng je. dah dia yang mintak telor goreng je. hahahhaha!! dalam komplen sempat kutuk lagi tuu.. kata aku masak untuk dia lagi 'best'! puyuh goreng pedas, kangkung belacan, ayam masak merah. aku sebenarnya nak masak untuk dia masa tu tapi betul-betul tak sempat makanya aku beli je. tu yang jadi bahan sampai la ni. hampeh ;p

cerita 3

cerita pasal wan, hmm.. raya tahun ni wan tak datang pun. aku tak nak fikirkan sangat tentang tu. secara peribadi ya rasa sedikit terkilan tapi logiknya.. lelaki mana pun, kalau dalam situasi wan tentu 'nipis' kulit muka kalau terpaksa jumpa bakal mentua. dia kata tunggu tahun depan dia dah kerja, then tak payah suruh pun. nak tak nak tetap kena datang! ;p

cerita 4

aku sakit kaki. sakit belakang. kelmarin buat part time kat open house speaker negeri. served food vip, dato fatah ada.. dato aini ada, dato shafie ada.. mb je tak nampak padahal belakang rumah dia je. first time ikut dorang ni. saja nak cari duit lebih dan alhamdulillah memang lebih daripada biasa. cuma balik tu ada miscomm sket so aku terpaksa drive balik telok. sampai rumah around 12.30. tak tunggu lama, zzz terus. semalam pulak ada company brand launching. keluar ofis kul 3 dan terus-terusan la berdiri sampai abis program.

balik tu supposed aku kena jumpa sorang kawan ni nak mintak tolong dia hantarkan resume. tapi memandangkan aku yang berkot bagai macam uniform ala-ala airasia gitu.. lupa kan jelah. karang aku jugak yang tak senang duduk, orang dok pandang. pelik. btw ahbang nd, bak meh pics curik ittew!! o, dengan yang bukan curik tu jugek la skali eh... :D

Sekian.

*

** apdet: akhirnya blog ni da dikesan.. habislah 'komplot' kita semua hahahaha! ;p.. say hello to wan! dia sedang membaca ni.. ahaks! ;D

Thursday, October 25, 2007

Sembang kosong

Arini aku nak bebel kat sini sebab semalam aku 'dibebel-i oleh itu orang. Huhu~

"u ni complicated. bukan perkara tu yang complicated tp u sendiri.."

"i've told u before.. i dah kata i mmg complicated kan"

"mana ada.. u ckp u 'aquarium' adalah.." ~ trying to make fool lah konon

"i did sayyyy.."

Complicated sangat ke aku ni?

Dah puas bebel-bebel tiba-tiba itu orang cakap,

"i rindu u la.. rindu i tak?"

Aduh.. mudahnya tuned. Aku ni, hati da hangat kena bebel.. tadak maknanya rindu-rinduan. Kalau rindu pun tadi jelah. Jadi cakap jujur.. Tidak!

"Haa?? tak??? bla.. bla.. bla"

Jadi jujur pun susah rupanya. Kena bebel jugak sampai laa.. ;D

Gambar di atas tu tak de kena mengena dengan kisah bebel tadi. Saja letak sebab arini aku pakai baju yang sama :D

*

** Sesiapa yang dah buat ortodontik surgery or treatment leh share info tak kat mana yang ok & reasonable price. Tgh pertimbang nak betulkan crowding + 'rabbit' tooth sementelah itu orang nak sponsor dengan UCAPAN KHAS "nanti dah cantik jangan u lari lepas tu dah laa.. " Amboi statementttt... Hahaaha!

Tuesday, September 11, 2007

"jangan lupa siram bunga tu.."

Ececeh! Saja tunjuk kasut baru. Hehe. Bunga bukan sebarang bunga ohkey. Ini bukan cerita bunga hot stori itu. Hahaha! Haritu masa malam merdeka sale dah nampak dah kasut ni tp bila tengok price cam ehem ehem je. Memang ada disc 50% tapi... untuk pembelian kedua. Hurm, marketing strategi! Tapi macam nak jugak........

The next day, gi dataran pahlawan. Dalam complex tu ada outlet padini yang besar. Seed, pdi, vinci, semua brand ' made in malaysia' yang 'under one roof' ada dalam tu. Aku tak tau pun ada tempat tu. Wan yang ajak. Dahlah ramai orang. Terserempak pulak ady and gf. Dengar ady cakap kat wan, "pening aku dalam tu.. ramai orang", sambil jeling kat gf dia yang nampak macam tension je. Mesti sebab ady ajak dia kuar dari tempat tu kot. Huhu~ Aku, nasib baik wan ok je.

Masuk2.. nampak kasut yang aku suka tu!! And the best part, less 50%!!!!! Bukan untuk pembelian ke2. Yeayy!! Nasib baik tak ikut hati beli jugak semalam. Huhu~ Hari tu je aku dapat sepasang kasut dan sehelai seluar 'dockers' which cost around rm60 for both item. Sangat jimat dan berbaloi. Potong kaki seluar pun free je kat situ.

Ha, citer pasal potong kaki seluar teringat satu kejadian. Tak de kena mengena pun dengan seluar itu mahupun kakinya. Kehkeh.. Macam ni, malam tu outlet tu dah nak tutup so esok lah baru bole ambik seluar tu. So esoknya masa nak pegi tempat tu semula, ada hal sket yang menyebabkan aku marah dan malas nak layan wan. Aku jalan jauh nun di depan.. Dia kejar, pegang tangan aku tapi aku tepis. Sampai kat outlet tu, aku biar je dia ekor aku. Tiba-tiba ada sorang pompuan ni tegur aku, "kak, nak tanye sket. husband akak tu pakai baju saiz apa? ", sambil mulutnya diunjuk pada wan. Di tangannya ada sehelai baju. "sy nak beli untuk bf sy tapi macam besar pulak m ni.."

Aku toleh pandang wan yang bulat matanya pandang aku dari jarak 5meter. Pompuan tu entah bebel apa lagi, yang aku ingat aku pandai-pandai buat keputusan untuk dia. "ambik saiz m. should b ok"

Lepas aku ambik seluar, wan mengendeng tanye sape pompuan tu. Niat hati nak lancar perang dingin dengan wan tak menjadi sebab aku tak tahan nak tergelak. Sambil gelak-gelak sinis aku beritahu wan, "dia tanya husband i pakai baju saiz apa.. at first i have no idea nape dia kata u husband i. Then i terfikirlah mungkin agaknya sebab kita jalan jauh-jauh. U tunggu nun kat hujung tu.. Lainlah kalau kita jalan dekat-dekat, pegang tangan.. darling u, darling i.. for sure pompuan tu tanye macamni, 'kak.. bf u pakai baju saiz apa eh'.."

Betul tak?!! Moral of the stori.. gf ke, wife ke,.. layanlah sewajarnya. Janganlah sampai dicop sedemikian rupa. Kesian para isteri.. kan :)

.

.

.

.

Monday, July 23, 2007

Sangap..

Musim tengkujuh dah mai dah.. Semalam masa nak naik bas, hujan mula turun rintik-rintik. Sepanjang perjalanan balik Shah Alam, hujan tak henti. Dah lah sejuk air cond, tambah sejuk hujan lagi. Suara dah bertukar serak, hidung berair. Masa nak sampai tol aku call dia. U nangis ke ni?!! Alaa.. i tak suka la u nangis. Nanti kan bole datang lagi.. Aku diam sambil menyedut air hidung *eeew... ;p * Dah jangan nangis.. gi tido dulu k.. Aku hmm kan aje. Padahal aku tak nangis pun.. Aku tau la dulu aku selalu nangis bila nak balik tapi sekarang aku ok, kewl.. Huhu. ;p

Sebelum naik bas, tengah kitorang terjengok-jengok nak cari bas.. tiba-tiba driver bas tu jerit dari dalam. Haa naik-naik. Makaih.. terkejut aku! Tengok.. driver bas pun dah kenal u b.. Semacam je statement dia. Aku, eh.. Lepas acara salam-salam dan pesan-pesan.. aku panjat tangga bas sambil hulur tiket pada tukang cek tiket tu.. tiba-tiba, hai sayang.. eh! i love u.. eh! Laa.. tukang ambik tiket tu kaki latah rupanya.. ;p Tergedik-gedik melatah disakat dek driver tadi. Habis satu bas terjengok-jengok. Ada yang mengekek gelak. Aku, senyum je laa.. tambah senyum bila dengar driver tu kata, kang marah bf dia tu. Jangan la marah bang.. eh! Bersambung-sambung la latahnya.. Nak kata tua, tak pun. 30-an adalah kot. Tapi melatah.. adoii.. kalah nenek tua tuu. Haha. Nasib baik tak pegang-pegang. Ada orang melatah siap pukul-pukul orang lagi.. hu takut aku!

*

*

*

Subuh tadi ada 2,3 orang duduk keliling aku. Senyap je. Takde suara. Sesekali terdengar bunyi sudu berlaga dengan pinggan.

Laa.... tengah sahur rupanya! Awat tak bukak lampu?!! ish.. ish.. Ingat ju-on tadi. ;p

Tuesday, July 10, 2007

Weekend yang dot dot dot

Ingat nak update blog semalam but i was not in the mood to do so la. Exhausted. Sakit kaki. Sakit belakang. Campur aduk.

Pagi ni liat betul nak bangun. Mana taknya.. malam tadi sampai rumah around 8.30pm terus on machine, cuci baju. Sementara tunggu siap mencuci,.. cuci kereta pulak kat depan. Sebelum tu mak suruh makan tapi tak lalu.. nasi tengahari pun tak habis lagi. Nak tido awal pun tak boleh.. sepupu dengan anak-anak buah baru sampai rumah ku. Melayan dorang entah sampai jam berapa. Tu yang alarm bunyi bagai nak rak jam 5.30am pagi pun aku tak sedar.

Walaupun tak larat... gagahkan jugak bangun dan bersiap. As a result harini mencatat rekod kedatangan paling awal ku ke ofis. Huhu!! Tujuh tiga puluh minit pagi! Bersamaan setengah jam perjalanan dari rumah ke ofis. Lalu Kesas Hiway harini. Selalu ikut Federal Hiway.. takes about an hour. Beza tiga puluh minit. Banyak tuuu!!

Oklah.. nilah part of my activities during the weekend yang hectic.. mectic.. anticeptic!! LOL

Tengahari gi kenduri kawin dekat Rantau panjang. My fren's colleague. Makan sepantas cahaya, belum sempat hadam.. kitorang da cao nak gerak to our next kenduri in Batu Caves. Terus shoot ke Pantai Dalam, fetch Im dulu then terus menuju ke jalan Kuching. .. Macam konfiden je.. tp sebenarnya all of us tatau nak ke Batu Caves sebenarnya!! Main redah je.. Tu pun dalam peta ada tulis jalan Kuching.. lau tak, entah la. Jam 4.30pm baru kitorang sampai selepas sessi sesat-sesat dalam KL. Memang kelakar beb!

Nilah penantin yang masih setia menanti walaupun majlis dah habis.. Meja da siap kemas. But at least kitorang tak la malu sangat hari tu sebab ada orang yang lagi lambat dari kitorang! Haha..

Balik Shah Alam dah malam. Nasib baik tak sesat lagi.. Aku jalan balik no hal.. Hehe. Mandi-manda jap then gi Giant beli-belah barang rumah sikit sementara tunggu Mr Bao. Kitorang nak pergi makan dekat Kedai Kopi baru. Sembang punya sembang lebih kurang jam 12am gaklah baru gerak balik. Lupa daratan yang esok awal pagi ada training bowling. Hu..

Esok paginya liat giler nak bangun. Badan dah sengal-sengal. Tapi bangun gak.. siap-siap. Jam 10.30am kitorang dah melempar bola bowling kat sunway. Bos kitorang lagi awal... dah 3 game dia pulun. Cepat-cepat.. i already booked 3 games. u should finished it by 11. Huh.. tinggal half an hour jek! Berpeluh-peluh kitorang melempar bola nak kejar masa.. Serius.

Tournament start jam 2pm. Aku dah letih. Tangan kaki semua sakit. So hari tu kitorang tak menang.. tapi nasib baik point kitorang ok-ok je.. tak mencapai target but at least more than 100 points each game so taklah kena bebel ngan bos. Fuhh... As usual, bos la champion!! Kenmain tinggi lagi dia melompat haritu.. tak sempat ambik gambar.. Huhu!

Balik rumah.. tergolek teruih. Tertido. Nasib baik dengar bunyi hp kalau tak... lajak sampai ke pagi kot. Huhu.

*

**

* Arini masih letih.. Komplen dengan dia. Alaa, nak manja-manja. u kena minum kacip fatimah ni..;D Hmm.. yelah tu..

Friday, June 29, 2007

Hooraa Hooreey!!

Salam Jumaat :D

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Julai. Sekejap je masa berlalu kan.. Sekarang ni hanya nak fikirkan perkara-perkara yang menggembirakan saja. Ketepikan anasir-anasir yang boleh menjerat dan menjeruk rasa. Biar kegembiraan itu memacu kehidupan kita kehadapan. Live forward! Go go go.. ale ale ale.. eh! Cam demam bola pulaks. . ;D

Beruntung punya kawan-kawan yang memahami.. Beruntung juga ada si dia yang selalu 'ada' dan menceriakan hari.. Beruntung sungguh aku punya hati yang mudah dipujuk ;D Ahaks!

You'll never know

how much your smile lights up the room

or your laughter fills my soul

making all the little problems of the day disappear.

You'll never know

how much it means to me

when you do or say somethingthoughtful and totally unexpected

usually just at the moment I need it most.

You'll never know

how much pride I hold in my heart

for the person you are and the things you do

for your strength and your gentleness

your courage and your determination

your accomplishments and your dreams.

You'll never know

how much I need you by my side

in the best of times and the worst of times

and all the times in between.

It really doesn't matter where we are

or what we're doing,as long as we're together to share it all.

You'll never know how much.

*

*

** Me, typical Aquarius... jiwangs di dalam saje.. ;p

** Hv a good weekend u ols!! ;D

Monday, June 25, 2007

Cerita bergambar ;D

Hari Sabtu sudah aku terlibat dalam satu event anjuran department. Acara melawat galeri dan acara makan-makan sudah tentunya. Tapi apalah sangat makan-makan tu kalau nak dibanding 'Konsert Spider' yang dengar macam happening dekat bangunan bersebelahan.. Kebetulan ada Family day Toyota Boshoku, one of UMW subsidiaries... Apalagi, kitorang ni masing-masing tak senang duduk. Asyik terjengok-jengok, terjengkit-jengkit.. konon-konon boleh nampak la incik Tam. Hampeh. Apa pun tak nampak ;p

Seperti biasa.. muka aku ni memang ada cop muka penjaga kaunter registration gamaknya.. huhu. Dari dulu sampai la ni.. dah macam tugas wajib. Tukang bagi form, tukang bagi pen, tukang bagi voucher dan bagi jawapan pada soalan-soalan tak puas hati! Semua aku. Cam femes je kan.. A'ah, banyak la ko punyer femes.. Terkulat-kulat kena sound dengan orang yang tak dapat voucher adalah.. LOL

Lebih kurang jam 2.30 petang baru gerak balik. Tapi tak balik dengan tangan kosong. Ha, check dis out!!

BElon!!!!!!!!!!! kat seat depan

BElon lagiii.... penuh dekat belakang. muahahaaa ;D

Balik rumah petang tu aku bawak kereta semacam je.. Kereta-kereta yang lalu sebelah dah sah lah pandang aku 2,3 macam!.. Yang kelakarnya, budak-budak dalam kereta sebelah-sebelah, melompat-lompat dan tersengih-sengih tengok belon yang penuh dalam kereta aku. Ada jugak yang sampai berpusing 360 darjah kepalanya memandang aku. Ha ha ha..

Kenapa aku bawak balik belon?

Entah. Aku takde adik kecik pun. Anak buah memang la langsung tak ada. Err.. tapi kucing ada lah. Hehe.. Saja je. Suka tengok. Rasa meriah sikit.

*

*

** Ingat lagi cerita tentang lelaki dan emelnya itu? Dia tak serik rupanya.. Tanya aku tinggal mana skrg. Tau aku jawab macamana..

'klang & shah alam. weekend balik melaka'

'banyaknya rumah! melaka? beli rumah dekat sana ke?'

'melaka rumah husband..'

Hu, ambik kau. Nak tengok dia jawab apa pulak.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...