Saturday, November 16, 2013

Takdir Allah: Nak lawan ka? - Kisah setahun menganggur.

Kisahnya macam ni:

Officially aku habes Masters around Mac 2011 macam tu. Then konvo macam bulan 8. Ni dah betol-betol lupa ingatan! (lupa ingatan - ayat cikgu sejarah form 4 aku, lupa nama dia). Sejak dari itu aku mula kusut nak cari keja. Keja aku nak ialah Pensyarah (kemaih, tak kalah). So sepanjang lepas konvo tu, 2 perkara aku buat: bullet satu: cari keja, bullet dua: cari scholarship, cari tempat nk sambung PhD (kemaih tak sangga). Sebab dalam kepala otak aku masa tu, "lecturer lah kerjaya aku suka dan layak dengan kelulusan aku". So memang job hunting, scholarship hunting dan segala hunting yang aku buat. Animal hunting ja tak buat. Then apply universities overseas lagi (nan hado?) Siap amik IETLS lagi. Dah mati kot sijil IELTS tu. Tahan dua tahun kan. Result IELTS tu memang layak lah kalau hang nak pi overseas. kahkahkah saja nk jual market. Dalam penantian tu lah muncul lah segala emosi negatif. Setiap hari ada saja isu-isu dalam diri ni yang aku nak bangkitkan. Pasal tak boleh drive lah, pasal dok menyusahkan mak aku lah - padahal bukan jalan kena dukung pun, bukan makan kena suap pun... cumanya sebagai manusia, senang cakap - kita tak yakin yang Allah ada dah 'sesuatu' yang Dia nk anugerahkan kepada kita. OK tengok term yang aku guna tu."Anugerah" bukan "bagi". Maksud kata anugerah ni, kalau kita dapat, syok tak sangga, macam dapat anugerah cemerlang kat skolah dulu-dulu tu... haaa macam tu la rasanya. Aku terus mengeluh dari hari ke hari. Dan pada masa yang sama, aku sibuk menolong mak aku buat persiapan kawen kakak aku. Tapi tu la kalau iman dah kurang mulut asyik mengeluh hati tak henti tak puas hati. Lumrah manusia yg lemah dan hina.
Dipendekkan cerita, pada hari kakak aku nikah, aku dapat panggilan second interview keja. Masa pi interview pun ada cerita lawak jugak. Awatla aku ni terbulaih sangat... aku boleh jatuh terduduk kat tempat interview sebab terpelecok. Bukan tinggi pun kasut tu... tapi dah takdir Allah. Dia tulis dah, pada sekian masa, tempat, si polan ni akan jatuh terduduk... mau tak mau malu harus ditanggung oleh empunya diri... mungkin ada hikmah kan :). Tempat jatuh lagi dikenang katanya... Akhirnya, alhamdulillah, lepas selesai ja majlis kawen kakak aku sebelah lelaki, aku pun dapat keja. Yehuuuu. Dengan offer yang tak kurang baik, dan dapat full pakej apa yang aku nak selama ni. Itulah, Allah dah kata dah... benda yang kamu suka belum tentu baik bagi kamu dan yang kamu tak suka, belum tentu tak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah lah planner terhebat aku. Sila ingat sampai mati. Kita sebagai hamba yang hina dina ni, jangan dok buat best sangat nak amik position Allah. Sedar sikit, kita ni lemah dan hina. hidup kena bergantung kepada Allah, bukan manusia, bukan dengan keluhan tanpa usaha. Allah dah janji, sapa usaha dia dapat, sapa doa dia dapat, lambat dengan cepat, Allah lebih tau kesesuaian bila, di mana, siapa untuk kita... Jadi janganlah aku, engkau, dia dan siapa-siapa2 feeling-feeling nak mempersoalkan ketentuan Allah. Keja kita, usaha, doa dan tawakkal. Segala-galanya milik Allah... Apa dia ja yang milik kita? Sedekah kita tu la milik kita... yang lain Allah punya. Jangan riak jangan lupa.

p/s: untuk dapat sesuatu yang hebat, kena sabar... check balik hampa sabaq ka tak? Ka pandai mintak ja tak usaha?

Seriously dah setahun lebih?



Assalamualaikum.

Eh seriously dah setahun lebih aku tak upload? Ke dua tahun lebih? Hilang ingatan terus. Buka-buka blog (luckily password and username masih tak hilang lagi) nak klik kat mana pun taktau tang mana nk write entry pun taktau... Gagau punya gagau macam orang buta IT (almost). Finally! dapat la menulis entry.
Well lepas lama menghilang baru ingat nk buat come back (feeling diva). Tapi kepala otak masih drained taktau topik apa yang nak ditulis. But honestly ada dua perkara yang memang tgh highlights dalam kepala gua ni. Bullet satu: kehidupan. Bullet dua: kematian. So mana nak tulis dulu? Rupanya banyak benda yang aku nk kongsi tak terkongsi lagi. Sebab everytime nak menaip je malas. Hari ni dalam sejarah, kerajinan muncul kembali. Since I have changed my lifestyle for 6 days (to date) so I'm gonna have new thing to be shared with you guys! cewah feeling top. First and foremost. Dugaan itu baik untuk kesihatan, dan saya sedang menghadamkannya. Alhamdulillah. Buat apa kalau kita asyik nak hidup di habitat sama ja sepanjang hayat? sesekali kena jugak keluaq dari dunia fantasi. Berpijak di bumi yang  nyata... katanya. Dan masa dok menaip ni, dalam hati aku cakap "best jugak tulis blog, terus rasa happy". Dan memang aku happy sekarang. Menjadi hamba Allah yang dipilih untuk diuji. Kalau tak, mungkin aku tak menaip di sini :). OK, entry ni nampak macam dah berjela. So we've gotta move on to the next entry. Bayangkan kalau entry seterusnya tak muncul-muncul...

Saturday, August 13, 2011

Keputusan

Untuk membuat sesuatu keputusan, bukanlah mudah.
Tambahan pula kalau keputusan yang perlu di ambil itu melibatkan banyak pihak,
dan perlu mempertimbangkan beberapa perkara terutama apabila keputusan tersebut bakal merubah sebahagian besar hidup seseorang.
Membuat sesuatu keputusan tak semudah kita mengadaptasi kisah hidup kita dengan situasi orang lain, atau situasi yang kita lihat dengan mata kasar.
Memang tak mudah.
Mungkin orang luar tengok sesuatu tindakan itu mudah, tapi tidak bagi orang yang melaluinya.
Apa yang perlu kita buat, sebagai individu yang nak membuat keputusan,
Jangan cepat terpengaruh dengan desakan orang lain, ambillah pendapat mereka sebagai satu
nasihat berguna, tapi tak semestinya kita perlu ikut.
Kadang-kadang, kita sendiri ada perancangan yang sudah lama kita aturkan, tinggal nak jalankan saja semua rancangan tersebut, mengikut masa dan turutan.
Lebih baik tidak tergopoh-gapah dan haruslah realistik dengan tindakan dan perancangan yang nak di lakukan.
Insyallah, akan ada kemanisan dalam setiap usaha, tawakkal dan kesabaran.
Orang di luar jugak haruslah menghormati situasi orang yang nak membuat keputusan tersebut.

Thursday, August 11, 2011

Oh NO!

say NO and DON'T feel GUILTY!

Personal Belongings

I don't want to share everything with everybody.
Sometimes, I need some understanding.
Please try to understand me.
I've tried to consider and to compromise.
But, I still end up with a heartache.
Hello, it's one of my PERSONAL BELONGINGS!


p/s: I am too emotional! Yes, I am.


Tuesday, August 9, 2011

Saya sayang hamba-hamba Allah ini

**bentuk-hati**

Kosong.Ayah saya. (sangat jauh di mata tapi sgt dekat di jiwa)
Satu. Ibu saya.
Dua. Abang dan Kakak saya.
Tiga. Mr GRAPHENE saya.
Empat. Keluarga dan sahabat saya
Tidak bernombor. Diri saya sendiri.

Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah kami...



Monday, August 8, 2011

Santan vs Susu Cair

Bulan puasa ni, nak jugak makan bubur jagung campur gandum.
So selalunya mak akan buat guna santan.
Tapi kali ni saya nak gantikan santan dengan susu cair ye.

Saya: OK, kali ni takmau guna santan untuk bubur ni, nak ganti susu cair!
Mak: Bukan santan lagi sedap ka daripada susu?
Saya: Susu lagi sihat... santan kurang sihat...
Mak: Amboi, selama ni mak dok bela adik masak dengan santan tu lah...
Saya: OK lah, sekarang e bela mak dengan susu... sebab mak dah warga emas... kena jaga kesihatan...
Mak: OK, nanti bagi mak makan susu pastu mak melawan adik.
Saya: Hehehe...

E sayang mak!!! Oh Tuhan, terima kasih kerana mengurniakan saya ibu yang sangat kelakar!

p/s: tak sedap pun bubur jagung gandum letak susu... dah rasa dah... errrr