Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Cabaran Menentang Nafsu

Sahara - Astro Prima - Drama Melayu - Pakai Niqob - Pakai Sarung Lengan - Cukur Kening

Kenapalah cerita ni yang mak buka....tolonglah makkk....org dah sebu kat ruang tamu ni. Dok menahan hati dari memaki hamun pelakon² tu. arghhh.....

Siapa ada tengok cite Sahara ni? Terus-terang saya nak bagitau. Tips-tips menonton cite ni. Pegi dekat remote control. Tekan button off kat remote astro tu. Pastu tutup plag dan tidor...zzz..

Sahabat-sahabat perasan tak siapa jadi pengarahnya? Ok belakanganya ada nick Dinesh. Indian - non muslim. No wonder la kan ada bab-bab "i love u...aku cinta padamu..." Huwaaaaa...sedihnya cerita mcm ni dibuat untuk tanda sebagai Islamik sangat.

kenapa..kenapa..kenapa. Sambil menghentakkan kepala kat skrin monitor. Heuheuheu....

Akhir sekali. Majulah drama melayu utk Niqabis. Pakai niqab pun sampai nak terlondeh dari batang hidung. Huaaaa..macam mana ni...padanlah org banyak tulis kat forum-forum, org pakai niqab ni kebanyakannya dah terlanjur, tunjuk bagus, tak baik pun bla bla bla...Macam mana nak suh pengarah ni stop buat cite-cite merepek camni ekk? Tettt............... T_T


Sunday, January 13, 2013

Gadis berniqab alahai gadis berniqab...

Dah lama tak on fb Fastabiqul Khoirat. Jadi dah lama lah tak ambil perkembangan tentang gadis-gadis berniqab. Sahabat-sahabat niqabis saya pun dah ramai menikah. Jadi makin sepi kami dari memantau.

Bila saja saya dah mula aktif dalam blogging dan fb, nah...banyaklah ayat yang timbul.

Antaranya :

"Kau tak payah nak tunjuk terra sangat dgn bangga couple. Mak ayah bagi duit gi belajar, tapi sibok nak bercinta. So stupid!".

"Ana tak gemarlah lihat lelaki indonesia mesej inbox ana....itu ini. Tolong ambil perhatian, ana ni orang Malaysia. Dan ana tak minat nak berkawan dengan lelaki."

"Dimanakah kamu wahai bakal imamku. Aku setia menanti untuk menjadi pemilik tulang rusukmu...bla bla bla..."

Dan banyak lagi.......

Allah...Allah...Allah wahai Muslimah-Muslimahku Sayang...rasa nak menitik airmata membacanya. Rasa macam kena tampar berulang-ulang kali bila membacanya di facebook keluar di halaman utama. Saya nak ungkapkan rasa ini, tapi saya mohon maaf berulang kali saya tahu saya tidak layak menegurnya. Tapi, MALULAH PADA DIRI SENDIRI......

1. Seorang niqabis stupid kan org di facebook, wajarkah? Inikah bahasa paling sopan? Inikah tegur paling berhemah? Janganlah niqabis....takkan ini pun nak kena ajar....bukan ke awak ni masyarakat anggap buku bergerak? Allah...Allah...Allah.....

2. Macammana niqabis boleh kata tak gemar....sedangkan kalau tak di add, mana datangnya lelaki-lelaki ini??? Kalau tak diprivate inbox tu, mana datangnya mesej-mesej ini. Ini baru betul stupid....stupidkan diri dihadapan ajnabi, saudara mara, sahabat handai, rakan fb....

3. Come onlah...bakal imam kamu tengah sedap main game PES 2012. Perlu ke nak cerita kat fb? Minta maaf saya nak tegur ni, zauj saya sendiri dengan rasa malu beritahu saya dia berasa zaman ni gadis niqabis macam muka tak tahu malu. Gatal miang sangat nak bersuami. Sampaikan takde rasa malu segan silu nak bercerita kat org bahawa kamu gadis berniqab dah sangat-sangat nak bersuami tapi takde yang berani nak pinang. TOLONG KAWAL NAFSU. TOLONG MALU DENGAN KAIN YG TUTUP MUKA KAMU....

Psstt..ada tambahan. Saya lihat dah ramai niqabis yang baru berniqab dengan tanpa segan silu memegang tangan abg angkat/bf/tunang dan bergambar malah berbangga menayang gambar tu. Ada pula siap bersayang abg cinta mati tak sanggup hidup mati tercekik buah durian kalau takde kamooo....saya baca rasa nak muntah hijau. Kalau dah macam tu, dengan segala hormatnya dipersilakan tanggal niqab. Anda belum istiqomah memakainya. Sekian.


Mengapa Bertudung Labuh?

Labuhnya tudungku bukan untuk pujian,
Labuhnya tudungku bukan untuk menukar title kepada ustazah,
Labuhnya tudungku bukan kerana paksaan.....



Adakah ini yang muslimah-muslimahku sayang selalu perkatakan? Kalau benar, syukur Alhamdulillah. Saya bangga ada sahabat seperti muslimah-muslimahku sayang.

Entri kali ini saya nak berkongsi selembar cerita yang biasa-biasa sahaja. Tidaklah se-gah blogger-blogger yang top hingga masuk surat khabar dan jadi model-model ngetop tu. Cukup sekadar saya isi ruang-ruang ilmu kita bersama.

Tudung Labuh. Lagi-lagi tudung labuh. Saya akan tetap berkongsi sehingga muslimah-muslimahku sayang naik bosan. Biarlah bosan dan muak. Asalkan apa yang saya nak sampaikan dah bernanah dimata muslimah-muslimahku sayang. Ceritanya begini.....

Satu pagi yang tenang di waktu dhuha dalam surau pejabat saya.....

Staff praktikal 1 : "Kakak memang ke tempat kerja pakai tudung labuh ye?"
Cda : "Insha'Allah yea.."
Staff praktikal 1 : "Takpe ke pakai tudung labuh kat sini?"
Cda : "Hehe..kenapa pula mcm tu bunyi soalannya?"
Staff praktikal 1 : "Takdelah...sini kan moden. Banyak org yg pakai ikut fesyen. Takkan dorg x pandang pelik?"
Cda : "Dah biasa dah....sejak 3 tahun lepas. hehe...."
Staff praktikal 1 : "Kalau mcm tu, bolehlah saya mohon terus berkhidmat dekat sini lepas praktikal nanti. Ada kawan nak bertudung labuh."
Cda : "Siapa nama adik?"
Staff praktikal 1 : "Minah" (bukan nama sebenar).
Cda : "Minah....nnt pohonlah kerja disini. Ada dua perkara sebelum pohon utk disemai dalam diri.."
Staff praktikal 1 : "Apa dia kak?"
Cda : "Pertama.....kalau nak bekerja, niatlah sesungguhnya adik bekerja kerana Allah swt. Kerana rezeki datangnya dari Dia. Yang kedua, keluar hendaklah menutup aurat. Tutuplah aurat itu kerana Allah swt bukan ikut-ikutan. Kerana yang ikut-ikutan itu dipanggil trend..bila tiada lagi org ikutan, kita akan tinggalkan apa yang kita ikut. Tapi kalau kita yg ikut al-Quran, insha'Allah al-Quran tak akan luput sampai bila-bila."

Minah tersenyum mengangguk. Saya pun meninggalkan 'Minah' yang masih melipat telekungnya.

Di suatu petang sewaktu Asar bakal meninggalkan waktu lagi 2 jam.

Staff praktikal 2 : (Berbisik) "Wehh..sah ke solat pakai mcm tu je?"
Staff lama 1 : (Berbisik) "Entahla...dah mcm ostazah aku tengokkan..."
Staff praktikal 2 : (Berbisik) "Pelik lah saya tgok kak....dia ni je yg selalu solat mcm ni?"
Staff lama 1 : (Berbisik) "Tunjuk alim la teww".

*Saya mendengar 'pujian' ini ketika saya sedang membetulkan sejadah dan belum lgi melafaz niat asar....Lalu saya tersenyum dan meneruskan solat walaupun suasana surau agak hingar*

Usai solat...

Cda : "Assalamualaikum...saya minta maaf sangat, tapi nak tegur sikit boleh? Saya harap sangat-sangat tak tersinggung."
Staff praktikal 2 : "Apesal??" (sambil dahi berkerut)
Cda : "Kalau boleh....lepas ni nak berbual, berbual la ditempat meja sendiri ye. Kasihan kawan-kawan, susah nak khusyuk bila dgr org berbual. Silap-silap bacaan pn tunggang langgang...Ini surau.."
Staff lama : "Yelahh...bukannya ckap ape pn...nko tu, cube bawak bertobat sikit. Solat pakailah telekung. Ikut sangat Amerika tu. Dorg tu ppuan pon boleh jadi imam lelaki. Berlambak telekung kt sangkut tu haa..pilih aje..Takyah nak tunjuk sangatla nko tu alim..."
Cda : "Maaf ye kak, adik...saya mmg ada telekung sendiri. Tapi saya hanya pakai dirumah. Kat luar memang saya pakai mcm ni. Tak perlu susah-susah nak lipat, nak bawa beg. Saya pun x perlu bawak beg make-up. Nak touch up itu ini. Cukup pakaian yang suami saya beli ni sebagai kain solat saya. Sebab syarat sah solat bukan telekung...tapi MENUTUP AURAT. saya minta maaf kalau saya tegur tadi tersinggung. Tapi tak elok. sebab kalau kita dalam masjid, buat hingar dan berbual perkara lagha...dah lama Nabi SAW atau para sahabat halau kita. Sebab masjid bukan pasar..samalah surau. Tempat beribadat...maaf ye."

Saya pun meninggalkan mereka yg sedang tacap menacap itu.

Mungkin silap saya menegur, tapi kalau saya tak tegur, hati saya akan memberontak kenapa saya tak menegur. Tapi inilah senario sebenar kita dekat mana-mana.

1. nak pakai tudung labuh, tapi tunggu ada org pakai baru nak pakai.
2. telekung perkara wajib, kalau takde telekung, tak perlu solat.
3. rasa berdosa pula pakai tutup aurat dari buka aurat.

muslimah-muslimahku sayang.....jgn tunggu orang dah taknak kat kita baru nak pakai tudung labuh. baru nak ingat tuhan. Allah kan dah bagi tubuh cantik-cantik tak kira kurus atau gemuk. tahukah muslimah-muslimahku sayang bahawa saidatina aisyah r.a juga bertubuh gempal bersesuaian dengan kata beliau ketika baginda Rasulullah SAW menemani beliau ketika bepergian.

Aisyah berkata, "Adalah Rasulullah SAW apabila hendak safar (bepergian), baginda mengundi antara ister-isterinya. Maka siapa yang keluar undiannya, dialah yang safar beserta baginda." Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (2661) dan Imam Muslim (2770)

Bahawa Rasulullah SAW bersenang-senang bersama isteri baginda dalam perjalanan. Sesekali baginda berjalan bersamanya, dan sesekali baginda mendahuluinya.

Aisyah berkata, Aku keluar bersama Rasulullah (dalam sebuah perjalanan). ketika itu badanku masih kurus, lalu kami singgah disebuah tempat. Baginda lalu berkata kepada para sahabatnya, "Majulah kalian, yakni hingga tidak ada seorang pun melihat isteriku dan gerakannya saat berlumba". kemudian baginda pun berkata kepadaku, "Kemarilah hingga aku berlumba denganmu." Baginda lalu berlumba denganku dan aku mampu mendahului baginda. Kemudian dilain waktu aku keluar bersama baginda pada suatu perjalanan dan badanku ketika itu telah gemuk, lalu kami turun disebuah tempat dan baginda berkata pada para sahabatnya, "Majulah kalian." Kemudian baginda memanggilku, "Kemarilah, aku akan berlumba denganmu." Lalu aku katakan, "Bagaimana aku dapat berlumpa denganmu wahai Rasulullah, sedangkan keadaanku seperti ini?". Baginda menjawab, "Kamu pasti boleh melakukannya." Lalu baginda berlumba denganku dan baginda mendahuluiku. Kemudian baginda menepuk bahuku dan berkata, "(Kemenanganku) ini sebagai ganti dari (kemenanganmu dulu)." Hadis sohih, diriwayatkan oleh An-Nasa'i di dalam As-Sunan Al-Kubra (5/304) dan berada dalam kurung itu darinya. Dan lihat : Mushannaf Ibni Abi Syaibah (6/531) dan hal tersebut memiliki beberapa jalan (periwayatan).

Masha'Allah muslimah-muslimahku sayang, hebatnya baginda Rasulullah SAW ini. Walaupun Saidatina Aisyah R.A. itu gemukkah, kuruskah, baginda tetap menyayangi beliau tanpa belah bahagi. Malah tetap menjaga aurat isteri baginda. Lihat tu muslimah-muslimahku sayang betapa sayangnya Rasulullah SAW pada isterinya? Jadi mengapa perlu dipertikai gemuk atau kurus? hitam atau putih? jerawat atau licin? Yang pentingnya, siapa yang kamu pilih. apa yang kamu mahukan. siapa kamu dalam Islam? Semoga dapat menjadikan iktibar. Semoga kita semua istiqamah dalam menjadi muslimah yang disayangi Allah dan rasul.

Insha'Allah jumpa lagi next entri.

Assalamualaikum~

-sumber rujukan buku Indahnya Kehidupan Rumahtangga Nabi S.A.W. karya Sheikh Adib al-Khamdani-



Wednesday, January 4, 2012

Kisah Amalina yg jadi hangat. Dgr ke dia makian anda?? =.=


Selamat berblog-walking kawan2,sahabat2, rakan taulan.

Baru-baru ini kita dikejutkan dgn berita penyebaran gambar perubahan Nur Amalina pelajar cemerlang Malaysia di United Kingdom melalui laman sosial peribadi Facebooknya. Rata-rata menjadi buah mulut orang. Ada yg maki hamun, caci hina beliau dan keluarga beliau sehingga ada yg tergamak mengeluarkan statement ibunya tidak reti menjaga dan mendidik anak. Astaghfirulallahal'azim..berderau darah membacanya. Inilah busuknya kemajuan teknologi, perkara aib cepat disiarkan. Bukan saya menyebelahkan tindakan Amalina yang membuka aurat. Sudah tentu saya berasa kecewa dgn tindakannya!  Tapi jangan kita heret keluarganya sekali. Kita hanya akan menambah beban lara dihati keluarganya. Bukankah seharusnya kita mendo'akan Amalina, saudara kita yg pernah menjadi contoh generasi kita dalam pendidikan diberikan jalan hidayah dalam menjadi seorang muslimah yang berjaya dunia akhirat?

Kita bercakap-cakap tentang dosa Amalina. Jangan......kita hanya akan lebih memburukkan keadaan. Kita bantu dia dengan mendo'akan Allah jgn tutup pintu taubat buatnya. Jgn sempitkan pemikiran agama yg pernah diraih A1 dalam SPMnya dahulu....Dia telah pun melakukannya mungkin krn tiada pantauan disana, tidak ada bimbingan, apatah lagi majoriti pelajar-pelajar yang belajar dgn nya kemungkinan bukan beragama Islam. Tapi kita yang sudah tahu ni seharusnya mencegah rakan-rakan kita memfitnah, mencaci, mencarut...krn kita tak langsung membantu kawan2 kita ni tak jadi mcm dia..Dia buka aurat, kita kutuk dan caci dia...sama-sama dapat saham. Dimana yang kita kata betul? Pada asalnya nak ubah, tp kita juga yg hanyut! Allah..Allah....

Lalu, timbullah perkara fitnah. Nak menyedapkan cerita. Nak sesakkan traffik blog supaya org baca dgn memfitnah Amalina sudah failed dalam pelajarannya di UK. Lihat, kita baca lagi dan kita dapat saham lagi dengan sebarkan pada semua cerita aib saudara kita sendiri....Kita ni nak tegur dia pn tak dapat, apalagi nk sentuh dia (yg muslimah). Jadi apa untungnya kita maki dia dalam facebook? Buat page group bencikan dia? Maki dalam blog2 yg siarkan gmbr dia? Tidak ada untung melainkan tangan, lidah dan mata ini sendiri pergi menegur dia....Selain dari itu..kita ada senjata berbisa... DO'A! Kenapa yang nk penatkan jari maki dia? Hina dia? Sendiri pn berbuat salah....sama macam dia.

Mungkin ada silap saya dalam menegur, tapi sy taknak kita do'akan saudara kita yg buruk-buruk. Kita hanya akan menjauhkan dia dari kebenaran Islam dan Allah swt.



babak 1

<>
babak 2



babak 3



mungkin ada silap sy. sy mohon maaf jika sy silap dlm menegur.


Semoga senario yang saya cuba sampaikan dapat diterima umum. Kerana sy berpegang pada kata-kata hikmah yang memberi kesan dalam hidup saya - "Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan."

Para sahabat yang dirahmati Allah selalu hendaknya, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan kehati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenarannya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yg baik, maka hndaklahia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendakla ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan." (HR Ibn Mas'ud r.a)


Friday, December 16, 2011

MALULAH DISAMAKAN DGN ORG KAFIR~

Cerita di hari jumaat yg penuh barokah :-

Pada suatu pagi, ada seorang pelancong dari Amerika Syarikat(US) yang dtg melancong ke Malaysia keluar berjalan kaki disekitar bandaraya KL. Sudah menjadi kebiasaan beliau, setiap pagi di US beliau akan ke gereja untuk berdo'a.

Dalam pencarian beliau ke destinasinya, beliau bertemu seorang wanita tempatan. Lalu beliau bertanya kpd wanita tsebut yg membawa maksud : - (ENGLISH TO MALAY)

"Boleh sy tahu dimana gereja yg terdekat,disini?"

Lalu wanita itu berkata :

"Maaf, saya seorang Islam."

Pelancong US itu segera memohon maaf berkali-kali dan berkata :

"Maafkan saya. Sy ingatkan kamu Kristian. Krn di negara sy, org Islam memakai tudung labuh dan menutup seluruh tubuhnya. Berlainan disini. Sy tidak dapat bezakan org Islam dan org Kristian. Maafkan sy sekali lagi,cik." Lalu pelancong itu berlalu pergi.



PESANAN BUAT SAHABAT : JIKA TERKENA PADA KITA YANG TIDAK BERTUDUNG/MENUTUP AURAT, TIDAK KITA BERASA MALU KERANA DISAMAKAN DENGAN ORANG-ORANG KAFIR? NAUDZUBILLAH...........berubahlah~



as-syahida

Friday, April 1, 2011

TREND atau KESEDARAN SENDIRI??

Assallamualaikum. Sekalung doa kesejahteraan buat blog walking sekelian. ^__^. Entry kalini nak menghurai panjang puisi yg ana pernah karangkan tahun lepas utk dijadikan panduan buat sahabat-sahabat yg baru memulakan langkah berniqab :-


Jika kau mahu berniqab...

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..

BERNIQABLAH KRN ANDA SUDAH BERSEDIA,BUKAN UTK MENUNJUK-NUNJUK ANDA HEBAT. KERANA ITU BELUM MENUNJUKKAN ANDA SUDAH BERSEDIA, BAHKAN SBNRNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...

**********************************************************************

Terus terang ana suka sangat bila ramai muslimah yg forward puisi ini sebagai bahan rujukan pada ukhti-ukhti muslimah yg lain. Tapi sayang-sayang ku sekelian, baca, dan praktikkanlah. Kita ini senantiasa dipandang. kesalahan kita senantiasa dikenang. walaupun kesilapan kita itu 2-3 tahun yang lalu. Ia tetap akan segar seperti baru semalam terjadi.

CINTA atau NAFSU?


Ini pun dah jadi trend sekarang. Semenjak dua menjak ni, apatah lagi bila facebook ada function 'in relationship/status'. Come on la sayang-sayang cda..anda-anda ini amat berharga. Cinta anda sangat mahal dimata Allah SWT. Jangan lalai. Lalai.Lalai.Lalai. Ayuh kita berubah!!

Kita ini antara contoh untuk membimbing 'kanak-kanak ribena' yang perlukan pimpinan dari kita. Kalau kita sendiri hanyut dek nafsu hati. Maka sampan yg kita dayungkan untuk kawan-kawan kita pun akan hanyut punah ranah macam kita. Bangun, Bangun, Bangun. Lelaki bukan segalanya. Melainkan dia adalah suami.

Ana nak berkongsi sedikit iktibar. Rata-rata sahabat semua tahu ana pernah kecundang dalam pertunangan. Betapa lalainya ana. Betapa teruknya diri mungkir janji pada Allah. Janji nak taat pada Allah. Tapi hanyut dalam ikatan pertunangan. Kononnya nk sampai ke jinjang pelamin lah. Sudahnya, tak jadi jugak kan...Ambil iktibar ini sahabat-sahabat...Ana nak kita jadi kuat. Bukan wanita yg lemah dipergunakan, dijatuhkan maruah. Lelaki kalau dia nak tutup kesalahan, dia akan tunding jari pada kita. Dia akan kata bahawasanya dia nk menguji kita. Tapi psikologi ni akan memunah ranahkan hati kita!!! Bangkit. Bangkit. Bangkit!! Kita tak boleh diperdaya. Niqab kita adalah tanggungjawab kita.

Wanita yang cerdik dan solehah akan bangkit dari kegagalan. Tapi sekali kebangkitannya, adalah kebangkitan yang maksimum!!! Kita akan terjebak dengan lagha..lagha..lagha..wahai sayang-sayang muslimahku sekelian jika kita rela cinta dan nafsu menguasai diri kita!!! Lelaki boleh jadi pemimpin jika dia adalah seorang suami yg sah dan halal. tetapi kebarangkalian yg tinggi utk menjadi virus pada kekuatan iman dan diri apabila dia adalah bukan mahram kita. naudzubillah!!!!!

Betulkan apa yg terbiasa ukhti muslimah, dan biasakan apa yg betul...

MAHSYUR atau TIDAK DIPANDANG?


Di laman sosial skang dh jadi trend. Pom Pang Pom Pang cite pasal Allah & Rasul. Cite pasal takut Allah etc. Tapi kita benar-benar memperkatakannya?? Ayuh niqabis. Anda perlu kehadapan bukan mundur kebelakang. Jangan leka dengan pujian. Tapi seharusnya pujian itu ibarat belati tajam. Samada ia adalah satu senjata utk menikam hati kita dari beribadat pada Allah swt atau senjata utk mempertahankan pendirian kita?

Dah keluar macam-macam ayat orang yang nak memburukkan niqabis. Pakai niqab mata cantik. Ana faham. Kita terbelenggu dek dilema. Pakai nampak cantik. Tak pakai lagi runtuh iman muslimin-muslimin yang ada. Tapi wanita ini adalah perhiasan dunia. Dan lelaki pula memang mudah tertarik pada kecantikan. Cuma, bekalkan diri anda dengan ilmu!! Penuhkan iman anda dengan ketetapan pendirian!!! Ukhti-ukhti muslimah ku sayang semua nya cantik. Percayalah. Tak perlu dipuji. Tak perlu dipandang pun, kalian tetap cantik dipandangan mataku.

Untuk apa kemahsyuran? Untuk menunjuk pada dunia, siapa kita? Niqabis boleh!! Niqabis pun terror!! Niqabis pun hebat!! Saudari-saudari ku tercinta. Jangan menuju kelembah ujub,riak dan takabbur..itu adalah jalan seburuk-buruknya utk menempah tiket ke neraka. Cukup sekadar kita menjadi insan biasa. Tak perlulah kita tunjuk pada masyarakat kita lebih hebat dari yang tidak pakai niqab. Sesungguhnya itu mengecilkan hati sahabat-sahabat...

JODOH oh JODOH


Percayakah sahabat-sahabat, pakai niqab jodohnya lebih cepat dan berpusu-pusu dilamar org?? Maka dengan statement ini, makin ramai lagilah wanita-wanita tidak berilmu mula pakai niqab dengan gaya-gaya wanita jahiliyah..!!! Lelaki-lelaki pula cepat benar tertarik dengan si niqabis. Lagi-lagi tak terperasan pula si niqabis ini sebenarnya dalam gambar aje. Dengan ayat rutin "Mohon Doa supaya ana istiqamah + Ana belum ada kekuatan. Ini sebagai percubaan". Bagus sekali ayatnya. Tapi sayang-sayangku. Kalau nak istiqamah, bermula dari diri. Tetapkan pendirian. Kalau taknak pakai, tak payah pakai. Sudahnya anda-anda memakai tanpa ilmu. Tidak tahu APA SEBAB MUSABAB pakai benda tu. Rupa-rupanya nak pak ustaz, pak aji, pak sheikh etc dekat dengan dia. Orang akan mula hormati dia. Orang akan sanjung keagamaan dia. Dah menjadi trend di malaysia. Pakai tudung labuh, pakai niqab akan dipanggil YA USTAZAH...

Karkun-karkun, pak sheikh, pak aji,pak lebai pun meminanglah oleh kerana tarikan kesolehahannya. Tapi kita tak sedar dan ada yang tak tahu pun. SOLEHAHNYA WANITA BUKAN TERLETAK PADA PAKAIANNYA SAHAJA (ini pun perlu sbb tak perlu nk didik wanita tutup aurat!). Tapi, ia mengambil masa untuk mengetahuinya. Yakni dari pemakaiannya (aurat), pergaulannya (siapa kawan-kawan dia), pelajarannya (ilmunya baik dunia mahupun akhirat), budi pekertinya (akhlak,sikap etc), hatinya (nafsu & kawalannya), & agamanya.

Janganlah kalian dah menikah baru nak cerita keburukan si pasangan. Pasal itulah, pakailah kerana dah faham. Dah sedia. Dah reti diajar. Bukan nak pakai sebab nak cakap dengan orang "SAYA NI PAKAI NIQAB,KAWAN-KAWAN SY SEMUA ALIM-ALIM. Nooo!!!!!!

Bukak mata luas-luas. Anda sentiasa diperhatikan. Bukak minda luas-luas. Anda akan sentiasa dicabar perjalanannya. Jangan ambil hati dgn entry ni. Cuma nak cerita apa yg makin menular dikalangan kita si niqabis. Sekian...wassalam~

Saturday, August 7, 2010

Bila Dah Depan Mata..


(SITUASI PERTAMA)

Si isteri : "Eh,eh sejak bila dia pakai purdah??"

Si suami : "Dia eksyen je tu..sekarang kan ramai yang macam ala-ala arab!."

Si kakak : "Ehh,,takla, dia dah lama pakai purdah. Lepas dia baik sakit dulu...."

Si isteri : "Akak tolonglah nasihatkan anak buah akak tu. Bukan ape, kita semua kenal dia tu macam mana dulu, tiba-tiba nak pakai macam ni. Drastic sangat. Bukannya apa, buat orang mengata aje. Akak mak sedara dia. Saya ni cuma menantu aje dalam keluarga besar akak kan..."

Si suami : ".........."

*******************************************************************

(SITUASI KEDUA)

Kawan A : "Alah dia tu...dulu dialah yang paling havoc. Macam-macam kelab dia masuk. Kawan dengan macam-macam lelaki. Pakai purdah??? Sampai bila, aku nak tengok!!"

Kawan B : "Ermmhh...pakaian je dah tukar. Jangan-jangan perangai sama je macam dulu. Ada hati nak nasihat kitorang. Dia pandai-pandai cakap kita ni buat itu tak boleh, ini tak boleh. Cermin diri dulu lahhh...Siapa kau nak nasihat org. Diri kau pun tak betul. Mak bapak aku pun tak bising wei!"

Kawan C : "Alahh, lantak dia lah."

Kawan B : "Masalahnya, sakit hati aku baca status kat facebook dia. Tunjuk kat orang macam alim sangat. Padahal org tak kenal dia tu siapa dulu!"

Kawan A : Betul tu. Aku sokong!! Dia ajak kita pakai tudung. Hak eleh, orang pakai tudung tu lagi banyak buat dosa lah!! Aku ni walaupun tak pakai tudung, tapi aku tau jaga maruah diri aku laa..Kau tengok berapa banyak kes buang bayi, kes khalwat..pakai tudung!!! Kaki skodeng dalam youtube tu sume pakai tudung. Jaga kain tudung sendiri sudahla..."

Kawan C : "Ermm...entahla.."

*********************************************************************

(SITUASI KETIGA)

Si ibu : Kenapa nak pakai tudung labuh dengan purdah pulak? Dah-dahlah dik..pakai tudung aje dahla...beli aje tudung jenis RM2 tu yg ada awning tu. Beli yang besar sikit. Tak payahlah pakai purdah. Macam ape dah mak tengok. Nanti apa pulak orang sekeliling kita cakap.

Si ayah : Biarlah nak pakai apa. Jangan tak pakai apa-apa dahla.

Si ibu : Ayah ni, sekarang ni bukan boleh percaya. Kot-kot sesat ke ape. Mana kita tau..

Si ayah : Kau (anak) nak pakai purdah ni, bukannya kau tu sekolah agama. Buat kena gelak kat orang ajelah. 

Si ibu : Nantilah...nanti takde lelaki nak kat adik. Muka pun tak nampak. Orang zaman sekarang nak tengok muka bagai..Kalau tak nampak muka macam mana nak bercinta??

*************************************************************

Dari 3 situasi ini, ada satu soalan utama sebelum soalan-soalan lain ana mahu tujukan pada pembaca atau yg pernah melontarkan kata-kata ini pada si penerima..

SOALAN : ADAKAH KESEDARAN MENUTUP AURAT HANYA PADA USIA TUA ATAU MASA AJAL TIBA, DAN SALAHKAH MENUTUP AURAT DENGAN LEBIH SEMPURNA?????

  • Adakah kita suka lihat aurat anak2 kita terbuka tak bertegur sampai dah tua?
  • Adakah kita ni tak sedar2 akan petunjuk yg Allah bg melalui dari sahabat kita?
  • Adakah kita punya kisah silam yg 'dulu2' benar2 bagus dari yg di kutuk??
  • Adakah kita ini tak sedar tanggungjawab menutup aurat itu hukumnya WAJIB?
  • Adakah bila ada org yg cantik penampilannya, menggugat jwatan ustz/ustzah kita?
  • Adakah yg pakai purdah ini semuanya sesat dan jahil agama?
  • Adakah yg pakai purdah ini semua kolot dan 'kampong'?
  • Adakah kita ini dah cukup sempurna sifat,akal dan amal ibadat sampaikan org nak berubah menutup dan memberatkan aurat pun kita LARANG,kita HALANG.??
  • Kenapa kita tak tanya diri sendiri, AKU INI SUDAH SEMPURNAKAH?

JAWAPANNYA : -

Pelajarilah bagaimana nak memperbaiki keaiban diri sendiri, daripada kita sibuk nak membuka aib orang lain. Bersyukurlah apabila mata kita, suami kita, anak lelaki kita, sahabat lelaki kita, dan kaum muslimin muslimat sekalian sudah dijaga dari melihat aurat!! Seharusnya kita ini menyebarkan kepentingan menutup aurat. Bahkan ana selalu berpesan pada anak2 buah ana yg ppuan. "Jika kita ini tidak menutup aurat, tidak ada bezanya diri kita ini seperti pondan." Bantulah diri mereka yg tergapai-gapai mencari cahaya. Bantulah mereka dalam melaksanakan hukum perintah Allah SWT. Secara tak langsung, ambil lah akan iktibar dari mereka-mereka ini. Betapa Allah sayangkan kita, maka Allah bukakan pintu hati mereka kembali kejalanNya. Inikah ajaran Rasulullah SAW yang kita pelajari? Bahkan Rasulullah SAW sendiri mengajak kita menyayangi sesama umat Islam. Mengajak kita melakukan perkara kebaikan. Amar Makruf Nahi Mungkar. Tapi kalau begini sikap kita, orang yang mahu mendekatkan diri kepada Allah, mahu menutup dan memberatkan aurat kita perlekehkan, kita jatuhkan semangat mereka, kita pulaukan mereka, berkata dgn ugutan dsbnya..Macam mana kita nk berdakwah dan menarik orang bukan Islam kepada Islam?? Kerana sikap ego kita inilah, Islam cacat dipandangan mata mereka...Anjaklah paradigma anda sekalian.....


Wallahua'lam.



Saturday, July 10, 2010

Bezanya Wanita Muslim (menutup aurat) & 'Wanita' Pondan

     "Okey Emy, balik dulu.." Ana mengangkat tangan lalu melangkah dari kaunter meninggalkan Helmi selepas selesai bertugas pada petang Khamis itu. Seperti biasa, selepas menunaikan solat Asar di surau stesen, ana akan bergegas ke tandas untuk membetulkan tudung dan niqab. Semasa asyik membetulkan pin niqab, pintu dibahagian tengah tandas terkuak....

     "Okay..nanti Rina call you balik ye. Iyelah honey...Rina pun tak tertahan menanggung rindu." Hampir nak termuntah ana mendengarnya walaupun tidak mengerling langsung siapakah gerangan yang menjawab telefon sambil menapak keluar dari tandas tersebut. Ana masih sibuk menarik-narik niqab agar tegang dibahagian batang hidung, iyelah..bersesak-sesak didalam LRT. Nanti, time tulah nk membetulkan niqab yg tak center. 'Si kelibat' ini berada betul-betul disebelah ana. Dari kerlingan tepi mata sedang asyik menapuk-napuk bedak sampai debu-debunya bertempiaran ke sinki tempat ana berdiri. "Melampau pulak dierrrr......" Getus hati.

     Tiba-tiba mata ni seolah-olah macam teringin benorr nk memandang 'Si Kelibat" ni. Terbojol mata bila menyaksikan tepat kearah halkum dewata punya besar. Fikiran menerawang. Apesal bahu tak normal ni? Besar semacam...Dengan skirt pendek, betis besor. Aiik....Astaghfirullahala'zim..barulah ana perasan. "Makkk...Pondan!!!!" Jerit hari ana...Macam mana ni. Nampak akak cleaner ada sedang asyik mencuci tandas pertama. 

     "Eii...kamu ni lelaki kan? Kamu tau tak salah masuk tandas wanita? Tak malu ke?." Ana cuba memberanikan diri. Iyelah, nasib baiklah ana tak gondol pakai anak tudung je. Bukan ke tu nanti jadi kes aniaya? "I perempuan la nokk.." 'Wanita' celup ni dah mula menaikkan kening pada ana. "Astaghfirullahala'zim...jangan macam ni lah saudara. Awak ni Allah jadikan sempurna,elok,lengkap...Kenapa nk ubah2? Awak tau tak..kalau tadi saya betulkan anak tudung, awak secara free dh dapat tgok aurat saya, sedangkan itu bukan kerelaan saya kalau saya tahu awak ni lelaki. Kalau awak benar-benar nak jadi wanita sangat. Cuba pakai tudung! Saya nak tengok, agak-agak awak masih tak nak kekal sebagai wanita?? Awak ingat cantik ke jadi wanita macam ni? Terbonjol sana, terlopong sini...Ini bukan wanita...ini badut." Ana dah mula mencekak pinggang. Sikit berang sebab sudahlah dia melawan ana yg staff Stesen. Melanggar peraturan pula. Nak bicara soal jantina lagi tu...Isk..isk..isk...

     "Kakak,makcik or whatsoever la...I ni dah lali dengan ceramah perdana you all's..You all's if nak buat forum, pegi tempat lain. Bagitau je yang you all's jealous dengan I, sebab I lagi mengancam dari You all's, kanKatalah ape pun. Ada aku kisahhh...???." Beliau menapuk-napuk bedak lagi. "Fine,saya pun dah tak mampu cakap ape dah. Sebab bila kita nasihat pun, yang awak dan kawan2 jenis awak ni cuma nak dengar orang macam kami ni tak tergugat dgn clone  mcm awak kan...Takpelah. Saya nasihat sbb sy rasa belum terlambat lagi. Tapi, macam yg saya selalu kata pada kawan-kawan 'lembut' sya lah..Sampai bila you all's ni nak stay jadi orang lain. Sampai satu saat dan masa, you all's akan kembali mencari yang benar. Tapi jangan sampai terlewat ye." Ana pun berlalu pergi.

     Kemudian dalam train, nak dijadikan cerita. Semasa train singgah di Stesen KL Sentral, masuklah sekawan 'mak nyah' dan berdiri bersama dengan ana di palang tempat ana berpaut. Mereka ini tak sudah-sudah bercerita mengenai itu,ini dan sebagainya. Kejadian pertama, tangan mereka ini hampir mengena tangan ana. Dan ana sudah memberi 1st warning. Kemudian semasa train berhenti lagi, seorang dari 4 orang 'mak nyah' ini terlanggar ana.. "Hey, boleh tak jaga perlakuan kamu!." Ana mula mempertahankan diri. Tidak sudah dengan kisah di tandas wanita. Kini golongan ini bertindak biadap pula di dalam train. "Elehh..sesama pompuan pun nak kecoh!" Seorang dari 'mak nyah' ini mencebik ana. "Awak bukan perempuan.." Ana memandang tepat kearah mereka. Setelah selesai kes tersebut, ana terus berdiam. Tetapi ternyata 'mak nyah' ini berkomunikasi dalam english pula. Di ayam-ayamkan ana ibarat memakai niqab, maka jelas seperti ana ini kekampungan tidak tahu bahasa luar. "Excuse me, do we know each other exactly? Am i disturbing your 'honey bunny' till you disgrace myself on public? Shame on you,dude!." Mereka hanya terkebil-kebil memandang ana dan berlalu di stesen Taman Jaya. Ana menarik nafas lega..Fuuhh. Alhamdulillah. Allah memadamkan api kemarahan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah....

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

***************************************************************************

Setibanya ana di Stesen Kelana Jaya, ana menaiki lif dengan ramai wanita Muslim yang rata-ratanya memakai skirt pendek. Mereka memandang ana atas dan bawah. Aikkk..hairan. Aku yg patut dipandang pelik, atau kalian yang harus kukatakan seperti pondan ganazzz yg baru kutemui tadi...Ana cuma mengurut dada utk menahan kesabaran. 

Benarlah kata teman ana. Kadang-kdang takde beza antara pondan/mak nyah dengan sahabat-sahabat wanita kita yang enggan menutup aurat. Kenapa pondan ini gemar berpeleseran? Selagi ada penasihat mereka. Selagi ada wanita asli pesaing mereka. Selagi wanita Muslim enggan menutup aurat ini masih tegar memilih kata 'belum sampai seru', selagi itulah kita tak dapat membendung kebiadapan si 'mak nyah'. Seperti yang ana jelaskan dari awal cerita tadi. Kenapa kita tak pernah lihat 'mak nyah-mak nyah' ini tidak bertudung lengkap menutup aurat ye??? Dah macam takde beza dah dengan wanita-wanita Muslim yang pergi keje, keluar shopping atau bersantai dengan skirt,short pant dan sebagainya. Kerana 'mak nyah' juga mampu menjadi mereka... itu pun wanita kita tak mahu sedar takde keistimewaan dah dengan membuka aurat. Malah memberatkan pandangan.

Pada 'mak nyah-mak nyah' yg tak diiktiraf dalam Islam ni. Sudah-sudahlah membelitkan fakta anda tu golongan 'TULEN'. Silap-silap ada yang keluar dalam surat khabar muka depan Metro. Siapa nak jawab tu nokkk.....?




 vs    

Friday, April 23, 2010

TUTUPLAH AURAT WANITA, TUTUPLAH AURAT..TUTUPLAH!!!






Blog kali ini sy ambil dari ustaz zaharuddin. Krn dah terlalu ramai keluhan lelaki2 di myspace ni bertanyakan pd sy bagaimana nk suruh wanita yg disayangi tutup aurat. Ramai org kita menganggap pakai tudung shj sudah menutup aurat. tidak tmasuk tudung yuna,tudung ekin,tudung ct dan seangkatan dgnnya. tapi kita tak sedar yg tudung yuna itu jarang..malahan bila dililit ia menjadi lagi pendek dn menampakkan dada. utk siapa dada kita itu dilihat wahai wanita?? begitu jua tudung ekin.pernahkah kita terfikir tudung ekin itu sama acuannya seperti tudung rahib gereja??? “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita”. (Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi).



Sabda baginda lagi :



“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka”.



(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud).Dan begitu jualah pada tudung CT yg terang2 menghalalkan leher utk ditatapi. Sedarilah wahai wanita, dirimu benar2 berharga. Pernilaikanlah dirimu dari ditonton percuma oleh lelaki. Bila menikah hantarannya berpuluh ribu, tapi hakikatnya...kecantikan hakiki pudar layu. Jangan katakan ustaz, lelaki yg biasa2 acuannya pun jika ditanya.."kalau nak jadi gf bolehla yg mantap-mantap. yang terbaikkk ni..tapi kalau untuk isteri..prefer yg pakai tudung,yg menutup aurat." dimana harga diri anda semasa dikata begitu ketika itu? ada juga yg kata "alahhh..yg pakai tudung tu pn lagi ramai buat maksiat. kitorang ni just pakai skirt,seksi skit la..tapi budi bahasa kitorang baik.takdela buat maksiat.." ada juga yg berkata begini "tu ustazah sekolah aku tu pakai kain pasung,kebaya..tudung macam2 jenis..bleh jee...ustazah plak lagi..tade org nk kecoh2" senang hati saya nak tya pada golongan ni. diakhirat kelak Nabi Muhammad SAW atau ustazah tu yg memberi syafaat ye?? Kalau ustazah tu terjun lombong, adakah kamu wahai wanita nak ikut terjun lombong?? ini perintah Allah SWT. Kalau perintah mahkamah,pandai pula kita nak taat,takut nnt kena jailed. kenapa perintah Allah kita melanggar dgn membuat dalil sndr?? "Ahhh esok dah tua aku tutuplah aurat.." Itu kalau ajal sampai tua. Kalau esok sampai ajalnya...wallahualam..itu hya Allah yg tahu....Untuk penjelasan mengenai AURAT WANITA..teruskan pembacaan anda...semoga kita bersama-sama peroleh hidayah.amin.



































Aurat : Apa Sudah Jadi ?
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"



Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.



" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.



Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.



"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.



" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.



"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.



" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.



"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"



"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.



"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"



"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.



Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.





































BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.



Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.



Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)



Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.



"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.



"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.



"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"



"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.



"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya



"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

















PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :
"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"



Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.



Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?
"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.



Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..




"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu
memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan
hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.
Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher,
maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga
boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


utk lebih lanjut layari : www.zaharuddin.net