Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

Naluri seorang Aku.




Bismillah......
Niat hati memang ingin fokus dalam bidang yang telah sepuluh tahun aku ceburi, bersama kanak- kanak sesuatu yang sangat indah. Waktu terasa sangat cepat berlalu bila bersama mereka. Bila di kelas mereka bagaikan anak-anakku yang akan ku peluk jika jadi budak baik, akan ku cubit jika nakal sikit dan akan ku rotan jika nakal sangat (Ikut peraturan yang ditetapkan ya bukan rotan sebarangan)

 Banyak kerja yang telah kulakukan sepanjang hayatku ini....akhirnya selepas 35 tahun baru aku sedar aku sangat mencintai kanak-kanak. Berkerja dengan mereka, aku menjadi bersemangat. Hatiku sentiasa ceria untuk bersama mereka. Aku merasa sunyi bila bercuti sebab keletah mereka sentiasa aku rindu...

Melewati usia 45 tahun, aku mula bertanya sampai bila aku akan mengajar arithmetic sempua ini. Selagi baktiku diperlukan selagi itulah aku akan bersama kanak-kanak. Mudah mudahan Allah beri aku nikmat kesihatan yang berterusan tanpa penyakit kronik. Jika sampai ajalku aku harapkan sebab kematianku adalah sakit tua saja. Aku ingin beribadat siang dan malamnya seperti hari ini. Aku ingin sentiasa berada dalam berwuzuk, bila masuk waktu aku ingin terus solat. Namun aku hanya boleh berdoa, hanya Allah maha tahu bagaimana kesudahan hidupku.
 Betulah kata orang kita kena tahu potensi diri kita sebelum memilih pekerjaan, kerana pilihan yang tepat mengikut bakat semulajadi akan memberi kepuasan yang tak ternilai harganya. aku mungkin terlewat,walaupun belum terlambat tapi aku ingin ingatkan, sebagai ibu tidak salah jika kita meransang minat anak mengikut kemampuan anak-anak kita. Semua ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak kan. Jati diri anak dapat kita kenalpasti seawal umur anak kita masih kecil. watak dan keterampilan mereka memberi kita gambaran sejauh mana kuat jiwanya menghadapi masalah  dan persekitaran.
Ransangan matematik seawal mungkin membantu mereka lebih kreatif. Bina keyakinan diri dan motivasi seawal mungkin. Kadang kadang ada yang mengatakan belum sampai masa untuk mereka belajar sesuatu yang lebih tinggi berbanding usia. Bukankah jika semasa baby kita perdengarkan Ayat ayat suci Al Quran setiap hari, mampu melahirkan generasi Al-Quran suatu hari nanti. Inilah yang dinamakan ransangan sejak kecil, walaupun ketika itu dia hanya tidur namun apa yang telah menembusi deria pendengrannya mampu mengubah masa depan.
terima kasih Allah atas segala kurniaanMu, Andainya apa yang dikongsi  memberi ilmu, syukur Alhamdulilah. Jika mengelirukan ,aku mohon maaf ,nyata pemikiran kita tak sealiran. Yang baik buat panduan yang kurang baik buang jauh-jauh dari ingatan....


Dari hati seorang ibu..

Wednesday, 23 April 2014

KEPENTINGAN AKAUN DALAM PERNIAGAAN

Bismillahirahmanirahim.
Asalamualaikum pembaca yang dikasihi. nak kongsi sedikit ilmu mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua, Setiap hari mesti jadi lebih baik dengan Izin Allah.

Awal pagi saya didatangi tetamu seorang sahabat  dari daerah yang sama dengan saya juga tapi pusat yang berlainan. Nampaknya perlukan penyata akaun untuk pinjaman . Saya teringat dulu ketika pihak atasa mengadakan program untuk melatih sahabat memahami dan membuat akaun sendiri. Sambutannya sangat menyedihkan. Kebanyakkan tak mahu pergi dengan alasan yang pelbagai, takut kena mengira,mata tak nampak, malu dan sebagainya, Ada yang sanggup kata diri sendiri tak pandai sebab tak mahu pergi. Saya sangat kecewa dengan sikap begitu.

Jauh disudut hati saya sedih dan sentiasa berdoa agar dapat mengubah persepsi mereka tentang kursus yang disediakan .Sudahlah percuma, ilmunya sangat penting untuk lebih berjaya. Namun susah juga nak mengubah sebab latarbelakang dan persekitaran  banyak memainkan peranan. Saya hanya membantu apa yang perlu saja sebab kerja sendiri pun banyak, tiada istilah cuti dalam daiti hidup saya, setiap hari adalah peluang dan kesempatan yang mesti dimanfaatkan.

Saya bermula semua dari kosong, bermula dari ujian Allah yang berat bagi seorang wanita. Saya tiada asas perniagaan, hanya seorang guru tadika yang bermain dengan kanak-kanak. Alhamdulilah kesabaran yang saya perolehi semasa menanggani kanak-kanak menjadikan saya lebih tabah. Bukan tak sedih langsung setahun juga hidup dalam keadaan tak berapa baik. Tahun2004. saya bangkit semula demi anak dan demi ibu yang sakit sebab saya perlu sihat untuk jaga ibu yang sakit. Alhamdulilah Allah permudahkan.

Ketika memulakan perniagaan saya, secara sambilan saya berkerja di pusat Tuisyen untuk mendalami ilmu dan disitulah saya mula kenal komputer, belajar buat surat dan data-data tertentu yang bekaitan. Jiwa mesti nbesar walaupun tak tahu apa-apa lagi. Keinginan untuk belajar dan mendalami ilmu sentiasa berkobar-kobar dalam diri. Alhamdulilah Allah sangat membantu, jumpa kawan-kawan yang sangat membantu menambahnilai diri saya.
Bila saya menyewa di bangunan Mara sendiri , saya berpeluang mengikuti kursus perakauan sebanyak tiga kali . Alhamdulilah . Walaupun tak lah pandai sangat tapi lepas jugalah untuk buat penyata akaun tahunan sendiri setiap tahu, Kursus window Dressing dan kursus khodmat pelanggan dan pemasaran. Selepas menyertai AIM juga banyak kursus telah saya hadiri n termasuk kursus akaun dan kursus perancangan perniagaan.
Kepada semua sahabat, kita akan dapat apa yang kita beri pada orang lain, buat yang baik insyaalah dapat kebaikan. Positifkan minda setiapa hari . Niat untuk tambah nilai diri jangan pernah berhenti. Jangan putus asa jika gagal. Jangan risau berapa kali gagal, fikirkan berapa kali boleh bangun balik. Berniaga untuk mencari redha Allah bahagia di dunia dan Akhirat. Maafkan semua salah orang pada kita sebab dia memang di kirimkam Allah untuk menguji kita.. Kita semakin kuat jika semakin banyak ujian berjaya ditangani dengan bijak. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu saya dalam usaha untuk mencari keredhaannya.

sebarang kekurangan mohon dimaafkan.


Monday, 10 February 2014

KELEBIHAN BLOG DALAM PERNIAGAAN

Bismillah....
Bagaimana kehidupan anda selepas sebulan ditahun baru 2014?. Bagaimana perbelanjaan  seharian, perbelanjaan persekolahan dan sebagainya. Rata-rata kita dengar keluhan dan rungutan tentang harga barangan. Bagi keluarga yang ahli keluaga ramai mesti terasa sangat kan. Bagi saya kurang terasa sangat sebab hanya ada seorang anak . Baru-baru ni saya membeli gula dua  bungkus baru tahu harga gula pun dah naik. Sebenarnya saya kurang minum manis jadi sekilo gula biasanya tahan lama.

 Suhanallah...Alhamdulilah...Allah Hu akhbar...Syukur sangat-sangat tahun ni murah rezeki. Walaupun belum sempat buat baner promosi  seperti sebelumnya. promosi kali ini hanya di halaman facebook, melalui blog yang taklah secantik orang lain. Rupanya dengan adanya blog maklumat perniagaan kita mudah di kenali, hanya perlu dikemaskini saja . Sangat berbeza sebab sebelum tahun ini saya pernah sediakan baner 10" x 6" sebanyak 10 keping . Berapa kos yang terpaksa dikeluarkan jika sekaki RM3. Satu baner sudah RM180, campur logo Majlis daerah RM20 untuk sebulan.

Dugaan yang  kadang-kadang terkena juga, tiba-tiba baner di buang tak sampai sebulan, cukup mengecewakan bukan. Rasa macam  serik pun ada, tapi Allah tak suka hambaNya berputus asa. Jadi saya berfikir mencari cara lain untuk mempromosikan perniagaan. Alhamdulilah Allah temukan saya dengan guru Online saya Puan Anys Idayu Zakaria. Banyak kali saya sebut namanya setiap kali bercerita tentang dunia online saya. Beliaulah penyelamat saya, memberi sinar baru dalam perjalanan perniagaan saya. Terima kasih cikgu,


Terima kasih juga pada waris -waris pelajar yang sentiasa membantu mempromosikan Jitra Arithmetik System kepada rakan-rakan. Bertuahnya saya memiliki  pelanggan yang akhirnya menjadi kawan yang boleh berkongsi ilmu sedikit sebanyak mengenai kanak-kanak. Betullah kata mentor-mentor hebat yang pernah saya baca bahawa perniagaan sebenarnya bukan hanya menjual barang atau perkhidmatan, tapi memberi kepercayaan atas setiap yang kita lakukan. Alhamdulilah terima kasih Allah.

Saya sentiasa dan tak pernah jemu berdoa agar sentiasa diberi Allah minda yang positif agar dapat memberi aura positif kepada pelajar saya. Mudah-mudahan Allah Akan terus memberi kekuatan untuk saya menghadapi apa juga ujian dalam perniagaan dan kehidupan. terutamanya kepada yang kurang keyakinan diri untuk bersaing, mudah-mudahan Allah sentiasa memberi ilham untuk saya mengajar dari lubuk hati yang paling dalam agar kesannya dapat dirasai dan dihayati.

 Kepada sahabat yang masih mencari penyelesaian atas setiap permasalahan anda, jangan jemu untuk terus berdoa, Allah akan makbulkan doa anda suatu hari nanti.pelihara hubungan dengan Allah, jangan lewat-lewatkan solat wajib, tambah solat-solat sunat agar anda dapat rasa nikmatnya. Saya tahu jika jarang lakukan solat sunat, biasanya kita terlupa....saya  pernah kunci jam loceng untuk waktu solat tahajud dan Dhuha pada mulanya...kemudian Allah dengar doa saya agar selalu ingat waktu-waktu tersebut. Alhamdulilah sekarang dah boleh ingat. Mudah-mudahan sedikit perkongsian yang tak seberapa ini, dapat menjadi ilmu untuk kehidupan dalam Cinta yang lebih baik kepadaNya.....wallahualam..salam ukhwah yang berpanjangan insyaallah.



Friday, 15 November 2013

POKOK BONSAI DAN LANDSKAP

PENYERI HALAMAN YANG BERBALOI
Bermula dari batang pokok sebatang je disemai dan setelah bertahun-tahun jadi macam ni memang berbaloi kan. Bukan sepuluh dua nak beli pokok macam ni . tinggi nilainya. Wahai suri rumah yang berwawasan marilah pakat-pakat tanam pokok bonsai ni jadi duit daripada tanan bunga yang hanya sedap mata memandang tapi takdak hasil. selain hanya batang kayu, perlu ada sedikit ilmu dan matlamat yang jelas.
Inilah hasilnya depan rumahku syurgaku.

*********************************************************************



macam comel saja....tidak dijual ye yang comel ni orang punya.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  
NAMA; POKOK LANSKAP  SENAI
HARGA; RM1500.00,
*********************************************************************


                   

-NAMA:POKOK SENAI.
 HARGA; RM1800.00
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RM200.00 
************************************************
                                             

RM400.00

                                                

2-NAMA; ORKED  HARIMAU
HARGA: RM200.00 SATU PASU DUA BATANG ,RM400.00 satu pasu empat batang
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  
3-NAMA : POKOK SENAI
HARGA; RM1500.00



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 5- POKOK JAWI/ KEMUNING
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6- POKOK BONSAI SENAI.RM5000.00
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7-BONSAI ASAM JAWA RM300,00
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Koleksi bonsai 
                                                      

Harga antara Rm300- Rm500
*************************************************************************

JUNIPERS RM300.00
******************************************************************

HARGA<RM1500.00

                                                                    RM1500.00
                                                                      RM2000.00

                                                                 RM2000.00








RM350.00
.....................................................................................................................................
sesiapa yang berminat nak tengok pokok pokok ni silalah pm saya Asmah Md isa  010-5436639 atau Abang saya Ramli Md Isa 012-4174984



* Gambar akan di upload dari masa kesemasa insyaalah

Wednesday, 13 November 2013

PENGALAMAN PERTAMA BUAT BISNES ONLINE

#ALHAMDULILAH....SUBHANALLAH....INSYAALAH.#

Syukur atas setiap nikmat, itulah sepatutnya sebagai seorang hambaAllah yang masih kerdil. Alhamdulilah walaupun agak terlewat tapi belum terlambat. Nak guna internet pun  terketar-ketar tangan nak klik yang mana satu pun tak pasti takut terpadam pulak. Tapi itu dulu, sekarang ni Alhamdulilah dah melangkah sikit kehadapan. Dulu hanya ada facebook satu saja asmah_mdisa @ yahoo.com, sekarang dah ada asmahmdisa59@ gmail,.com asmahmdisa.blogspot, Kedai Jitra Arithmetik ,kedai produk sunnah asmahmdisaonline,boleh letak iklan kat soho Directory, boleh kongsikan ilmu kat Wahm soho.Wah...meriah lah hidup saya sekarang. Alhamdulilah

Pertama kali dapat pelanggan sangat kelakar, saya tak pernah pos barang tak tahu nak buat macam mana panik. Nasib baik cikgu online ada Puan Anys Idayu Zakaria  suruh saya ke pejabat pos. Dalam masa yang sama juga saya tahu pelanggan pertama saya tu adalah seorang yang sudah biasa dengan bisnes online, saya suka berterus terang dan tak malu mengaku kekurangan saya . pelanggan pula tolong kira berapa kos penghantarannya. Terima kasih sangat-sangat kepada Puan Monalita Mansur memang tepat anggaran kos yang diberi sebab memang dah lama dalam bisnes online ni tapi Alhamdulilah sangat membantu saya masa tu yang pertama kali nak buat.

Inilah barang pertama yang saya pos. Alhamdulilah pelanggan puas hati dengan produk. Tapi nama pun pertama kali ada kelemahan di kesan rupanya produk makanan ada label khas mmm dapat pada pelanggan yang satu lagi sebungkus . rezeki dia cik siti (tikus). Alhamdulilah selepas tu tak ada lagi masalah tu semua pelanggan dapat seperti yang di minta. Mudah-mudahan terus ditambah nilai dari segi mutu dan perkhidmatan.

Tak dapat nak bayang kan dapat maklumbalas positif macam ni kali pertama buat jualan di intenet.
terima kasih kepada yang telah membantu .Mudah-mudahan Allah Limpahkan Rahmatnya kepada cikgu onlinesaya puan Anys Idayu Zakaria ,Puan Masayu Ahmad, puan Monalita Mansor dan semua sahabat Dalam group sekelian.

Alhamdulilah atas semua nikmatnya,
Subhanallah atas keajaiban anugerahNya,
Insyaallah akan sentiasa tingkatkan Iman kepadaNya

Tuesday, 22 October 2013

PANDUAN KESELAMATAN DI RUMAH DAN DI PEJABAT

PERLUNYA PEMADAM API DALAM SETIAP KEDIAMAN






Adakah kita ada menyimpan alat pemadam api ini di rumah. Di pejabat biasanya ada tapi dirumah kurang dipraktikkan. Bagaimana jika berlaku sesuatu kejadian kebakaran ketika memasak atau jika sistem dapur kita mengalami masalah kebocoran gas dan sebagainya. Saya juga baru sedar perlunya ada alat pemadam api dirumah. Di pejabat biasanya ada kerana termasuk dalam syarat perjanjian sewa kedai kita,. Dirumah tiada siapa memaksa kita untuk letak alat tersebut jadi kita mengambil mudah tentang perkara ini.harap-harap selepas ni semua beli untuk simpan dirumah dan digunakan ketika kecemasan sementara menunggu bantuan.

Punca kebakaran yang paling banyak ialah dari pendawaian letrik dan sistem dapur di setiap kediaman.
1-Pendawaian letrik yang lama dan tidak dikemas kini
2-Wayar digigit binatang menyebabkan litar lintas.
3-Alat kawalah voltan yang tidak diselenggaran dan tidak diselia.
4-Dapur gas yang lebih dari 5 tahun.
5-paip gas yang lebih 3 tahun tidak ditukar,
6- Getah paip yang bocor.


Bila dah ada kena tahu menggunakannya. saya nak kongsi  cara penggunaannya .

1- Angkat alat tersebut dari tempatnya dan letakkan atas lantai.
2- Buka kabel pengikat dengan memusingkan kabel hingga putus.
3-Cabut pin yang ada di atas alat tersebut.
4-Tengok arah angin semasa.
5-Pengang di hujung paip , bukan ditengah atau di pangkal , halakan kearah kebakaran tersebut.
6-pastikan jarak dengan kebakaran dan anda adalah lebih dari 15 kaki.
7- Genggam tempat pemegang alat pemadam api itu  dan tekan.
8- goyang kekiri dan kanan kebakaran semasa memadam.

Simpan nombor talipon bomba dalam talipom setiap dari kita. Jangan panik lebih dari api. Kita mesti bertenang dan yakin untuk memadam api. Jangan padam api dengan air jika kebakaran berpunca dari minyak. Memadam kebakaran dengan cara yang betul dan alat yang betul lebih mudah dan selamat.



Wednesday, 16 October 2013

INFO TERKINI

SALAM AIDILADHA 1434H

Jitra Arithmetik mengucapkan selamat menyambut hari Raya Aidil Adha kepada semua pelanggan kami. kelas akan bercuti pada hari rabu dan khamis. 16 dan 17 nhb 0ktober sahaja.
kelas yang terlibat hanyalah di Arked mara jitra.
kelas arithmetik akan mula pada hari jumaat beroperasi  pada 18.10.213  di semua pusat operasi di;
1-Taman Sri Changlun 11 (jumaat 8.30- 10 pagi),
2- Taman Tunku Maheran  (Jumaat 8.30-10 pagi).
3- Taman Pulai Jaya Jln Langgar Alor setar (11-12.30 tghari),
4- Sekolah kebangsaan Tunjang (3 -4.30 ptg )
5- Arked mara Jitra(5- 630 ptg)

Hari sabtu 19.10.13

1-taman suasana permai ,jln padang golf (8.30-10 pg),
2-Tadika Pintar cemerlang .Taman Mahsuri (10.30-12 tghr),
3-Arked Mara Jitra, (5-6.30 ptg),
4-Komplek mara Kangar (5-630 ptg)

Hari Ahad 20.10.13

1-Komplek Mara Kangar (9.30-111pg),
2-Komplek  Mara Kangar (11-12.30 pg)
2- Arked mara Jitra (5-6.30 ptg)

Terimakasih atas sokongan semua waris pelajar. Mudah-mudahan ilmu yang sedikit ini mampu mengubah impian anak-anak anda menjadi lebih baik setiap hari.

salam ukhwah dari ;

Puan Asmah md isa (Jitra,tunjang dan Alor setar) .
puan Asmar riza Hani Omar (Changlun),
Puan Noor Hasnita Hasnan (Jitra)
Puan Saniha Badiah (Perlis).


#MOHONMAAFATASSETIAPKEKURANGANDANKESILAPAN#
Hubungi Saya untuk pertanyaan dan info berkaitan 
012-4828962 @ 010-5436639@ 017-4413739@016-4371023 

Tuesday, 15 October 2013

PENGORBANAN

Teks : Asmah Md isa.

Asalamualaikum.w.b.t. Salam Aidil Adha 1434H. Setiap hari bukan semua yang kita rancang akan dapat dilaksanakan, kadang-kadang ada halangan dan cabaran.Ini menunjukkan untuk mencapai sesuatu impian , perlu ada pengorbanan. Nilai pengorbanan itu bergantung kepada sejauhmana keikhlasan melakukannya. Semakin kita menyayangi apa yang nak dikorbankan semakin tinggi nilainya disisi Allah. Lihat saja contoh pengobanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang telah mengorbankan satu-satunya putera kesayangan Nabi Allah Ismail a.s, atas perintah Allah.

Sebenarnya Nabi Allah Ibrahin memang seorang dermawan,  telah membuat korban 1000 ekor kambing,300 ekor lembu dan 100 ekor unta kejalan Allah. Atas perintah Allah untuk melakukan pengorbanan terbesar terhadap putera kesayangan Nya, Baginda taat melaksanakannya. Menghayati sejarah para nabi menjadikan kita sangat kerdil disisi Allah. Untuk melakukan ibadah korban setiap tahun pun tidak mampu dilakukan. Berapa ramaikah dari kita menyediakan tabungan 10% sebulan untuk tujuan sedekah dan jariah. Jika Ada Alhamdulilah, Jika belum pun lepas ni kena buat persediaan.

Kenapa setiap tahun hanya orang yang sama dapat buat korban, tandanya Allah memberkati rezekinya kerana Allah telah berjanji dalam Al Quran, barang siapa bersyukur nescaya ditambah-tambah rezekinya.Mengadakan ibadah korban adalah tanda kita bersyukur kerana Allah dah bagi banyak nikmat. Jadi dalam rezeki kita ada rezeki untuk orang lain juga. Apa salahnya kita asingkan sedikit dari pendapatan untuk ibadah korban setiap tahun.mudah-mudahan diberkati Allah.

Mulakan dengan pengorbanan masa kita setiap hari, cepat-cepat menyahut seruan azan, kobankan lah masa untuk menonton telenovela, sentiasa ke majlis ilmu atau pilih chanel  tv yang menuju Jannah, korbankanlah chanel yang banyak maksiat di rumah kita. Korbankan masa bersantai bersama jiran-niran jika hanya untuk mengadu domba dan bergosip. cari amalan yang boleh memberi pahala dan sentiasa cuba elakkan dosa


Bukan senang untuk korbankan minat yang telah sebati dengan jiwa kita walaupun kita tahu kurang atau tidak berfaedah langung. Bercakap tak semudah melakukan apa yang dicakapkan, Yakin dengan janji Allah jika kita sentiasa berniat untuk jadi lebih baik untuk mendapat keredhaan Allah, nescaya Allah akan membuka jalanNya. Mohon dan bertawakal kepadanya untuk berubah Jangan mudah putus asa jika ada halangan. Terus sabar dan berazam untuk membuat kebaikan setiap hari...

 Mohon ampun atas sebarang kekurangan,



SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA.

Saturday, 28 September 2013

ERTI PERSAHABATAN

Teks :Asmah Md Isa
Sahabat adalah seseorang yang sentiasa ada ketika kita memerlukan samada saat suka atau duka. Sahabat yang  sangat serasi dengan kita biasanya sentiasa kekal dalam ingatan, Persahabatan pula adalah hubungan yang serasi antara sesama insan. Persahabatan yang berlandasan keikhlasan biasanya kekal ke akhir hayat.

Sahabat terbaik adalah kata hati kita yang sentiasa mengajak kita kearah kebaikan.Alhamdulilah jika kita ada kata hati yang boleh diharapkan. Boleh di sebut deria ke enam, setiap kali ingin melakukan sesuatu, jika hati merasa yakin pasti ada kebaikan dan boleh diteruskan.Sebaliknya jika hati berdebar-debar, kurang pasti dan tidak jelas elok tidak diteruskan.

Kata hati yang boleh dipercayai mestilah sentiasa bermunajat dan mohon bantuan Allah dalan setiap pilihan. Hanya Dia berkuasa menggerakkan hati dan melindungi kita dari jalan yang sesat. Setiap hari jangan segan untuk berdoa,jangan berputusasa jika belum nampak hasilnya, teruslah bersangka baik denganNya.Dia sentiasa ada plan terbaik  untuk setiap hambanya.

Niat yang ikhlas sangat penting. Semua perkara bermula dengan niat yang betul. Jika niat sudah betul , insyaallah pasti semua perkara yang berlaku dalam hidup kita sentiasa positif dan memberi rangsangan baru untuk terus cemerlang.

 Jika ingin sahabat yang boleh mendengar masalah kita , kita perlu jadi pendengar yang baik kepada sahabat yang lain.mendengar luahan bukan perkara yang senang.Tidak semua orang boleh bersabar mendengar luahan.....banyaknya suka memberi komen tanpa diminta. Mendengar dengan penuh  ikhlas memberi kita ruang untuk berfikir.


Wednesday, 18 September 2013

Bina Aura Positif Melalui senyuman

              Mulakan pagi dengan senyuman.Senyuman akan mengalirkan aura positif jika di lakukan dengan penuh keikhlasan. Mudah-mudahan sedekah yang paling mudah itu memberi kita pahala.Walaupun mudah tetapi kadang-kadang susah nak dilakukan.Bayangkan jika terjumpa seorang yang selalu buat kita bengang, boleh sedekah senyuman ka untuknya? Mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk melawan hasutan syaitan, saat inilah syaitan akan menghasut kita dengan berbagai pandangan negatif.

             Bagaimana jika jumpa orang yang tak puas hati dengan kita pula, biasalah dalam kehidupan , kita tak dapat puaskan hati semua orang.Walaupun kita sudah tahu dia pasti tidak balas senyuman kita, namun bagi saya cuma teruskan senyuman sebagai sedekah kita untuknya.Sama ada balas atau tidak, Allah yang tentukan .Jangan buat keputusan untuk orang lain.  Manalah tahu dengan senyuman tu, Allah buka hatinya untuk terima kita semula....Hanya Allah yang boleh ubah hati manusia..Siapalah kita nak ubah hatinya.
               
             Moralnya disini mulakan hari dengan fikiran positif.Cari apa saja tindakan untuk dapatkan aura positif.Mudah-mudahan aura itu dapat memberi kesan positif untuk hari kita dan hari orang lain.Aura positif ini akan menarik berbagai benda-benda positif kepada kita seperti magnet menarik besi.Semak balik jika kita bangaun awal, siapkan kerja mengikut jadual,kita akan menjadi contoh yang baik untuk orang lain di tempat kerja.Ingat balik sewaktu kita ter...bangun lewat..aduh tiba-tiba dipengaruhi aura negatif...mandi kelam-kabut, tak sempat sarapan,tertinggal itu ini, dijalan  lampu isyarat pun merah je....betul tak?

          Cuba setkan dalam minda hari ini..positifkan hati dan minda untuk diri sendiri, keluarga dan orang sekitar kita.mudah-mudahan sedekah kita berterusan ...walaupun kita tak banyak harta untuk disedekahkan setiap jam....selamat mencuba.



             

Tuesday, 17 September 2013

Alhamdulilah


TERIMA KASIH ALLAH.


                   Alhamdulilah.Saya amat bersyukur dapat menyiapkan blog panduan matematik untuk kanak-kanak sebagai perkongsian ilmu untuk ibu bapa yang inginkan satu kaedah untuk melahirkan anak-anak soleh yang cekap matematik.Mengapa perlu cekap matematik? Jawapannya adalah matematik melahirkan anak-anak yang bukan hanya pintar tetapi kreatif dan bijak menangani masalah sendiri dengan tindakan yang logik.

    Mental arithmetik adalah proses mengaktifkan otak kanan yang membentuk imaginasi,kreativiti dan berkualiti dalam hubungan sesama insan, iaitu mampu melahirkan akhlak anak-anak yang mulia seperti bertanggungjawap, berani mengaku kesalahan,sangat penyayang dan prihatin.jemputlah singgah di blog saya, untuk maklumat kelas di kedah dan perlis boleh pm saya,untuk mengajar anak sendiri di rumah  ada kursus untuk ibubapa, Mental Arithmetik akan mengubah persepsi anda..sebenarnya ianyanya bukan sekadar kelas sempua......

    Terimakasih untuk guru online saya puan Anys idayu Zakaria.Mentor dan penyelaras program yang sangat saya kagumi puan Masayu Ahmad.Beruntungnya saya dapat belajar dengan guru dan modul yang mudah,masa yang fleksibel,yuran yang sangat murah.....memang sangat berpuas hati.Alhamdulilah.

JITRA ARITHMETIK SYSTEM......Bukan sekadar kelas sempua.....

Monday, 26 August 2013

ALHAMDULILAH....




                 Bismillahirahamhim.................Syukur Alhamdulilah....Aku dilahirkan sebagai wanita muslimin.Alhamdulilah aku telah melengkapkan kehidupan ibu ayahku sebagai anak...aku akan jadi anakadamu yang solehah didunia dan akhirat.Terima kasih kerana memberi aku ibu bapa yang telah mengajar aku banyak sekali tentang kepayahan ...untuk menjadikan aku kuat dan sentiasa bersemangat untuk hidup masa hadapan.


   Tidak dinafikan aku pernah mengeluh dan menyalahkan kedua orang tuaku ketika aku kecil...budak-budak lagi.Aku sering bertanya kenapa aku tak boleh bermain seperti budak-budak lain.Setiap hari jika tidak sekolah aku terpaksa mengikut ibuku pergi menoreh getah, mencari rebung petangnya mengikut ibu ke bendang menanam padi pula.Aku tidak dibiarkan bermain seperti kanak-kanak lain, Rasanya mungkin semua adik beradik dilatih macam ni ...tak pasti ,tapi yang selalu kena akulah.

   
        Alhamdulilah....kedua ibubapa telah memberikan pendidikan agama mengikut kemampuan mereka....aku ingin ke sekolah agama agar aku dapat menghafaz Al quran.Apakan daya tak tercapai asalkan dapat bersekolah aku dah sangat bersyukur.Pendidikan agama yang sedikit itulah mampu menjadi benteng dalam menjaga batas-batas kehidupan ku sebagai seorang muslimah.Walaupun jauh dari ibu ayah ketika aku berkerja di Pulau Pinang, aku bersyukur dapat menjalani kehidupan tanpa perkara-perkara yang boleh melukakan hati mereka.Aku juga pandai memilih kawan yang tidak membawa aku ke jalan yang salah.....Alhamdulilah.


     Diusia ini aku ingin menjadikan anak yang kudidik sejak kecil menjadi anak yang soleh .dimana dan bagaimanapun jua...aku ingin bersamanya,  melihat dia membesar rasa bagai sekelip mata dah besar anakku.Walau dialah satu-satunya permata tunggal yang aku miliki.Dia adalah amanah Allah, walau sangat menyayanginya tidak melebihi cintaku pada Allah.Aku sentiasa memohon petunjuk dalam memberi pendidikan kepadanya.

     Walau kedua ibuayahku bukan pakar motivasi tapi aku yakin mereka ada skill tersendiri dalam mendidik anak-anak.pertama mesti beri pendidikan agama yang cukup, kedua mengajar mereka bekerja dengan mengikut kerja yang kita buat setiap hari supaya anak-anak merasai kesusahan kita mencari rezeki yang halal.Ketiga jangan terlalu manjakan anak dengan wang dan kemewahan.harus utamakan keperluan bukan kemahuan.Jadilah ayah dan ibu yang boleh menjadi sahabat,kawan,dan segala-galanya buat anak supaya dia tidak mencari kawan lain jika ada masalah.Inilah yang saya sedang usahakan.....mudah-mudahan Allah sentiasa membantu saya mendidik anak-anak mengikut acuan ibu bapa mendidik saya.