Showing posts with label muraqabah. Show all posts
Showing posts with label muraqabah. Show all posts

Friday, May 24, 2013

munajat Abdul Malik Al-Dharir



بسم الله الرحمن الرحيم


يأيها الناس انتم الفقراء الى الله, والله هو الغني الحميد.

إن يشأ يذهبكم ويأت بخلق جديد.

وما ذلك على الله بعزيز.
(سورة فاطر 35 : 15-17)

...............................................................................................................................

يا من خلق الخلق ليرضخوا عليه,

Wahai yang menjadikan makhluk supaya tunduk kepadaNya

يا من تعرف لهم بالرحمة ليرجعوا اليه,

Wahai yang memperkenalkan kepada mereka dengan kerahmatan supaya mereka kembali kepadaNya

تعاليت عن مدارك الأفهام فجعلت رحمتك الى معرفتك سبيلا,

Engkau Maha Tinggi dari tahap kefahaman lalu Engkau jadikan rahmatMu sebagai jalan mengenaliMu

وجل سبيل فضلك عن الإمكان,

Jalan kelebihanMu sungguh agung untuk dikuasai

فجعلت فضلك على فضلك دليلا,

Lalu Engkau jadikan kelebihanMu untuk menunjukkan kelebihan itu
 
وتنزهت في تصرفك عن فان,

Maha Suci Engkau daripada perlakuan yang membinasakan

فجللت الباطن بالظاهر تجليلا,

Lalu Engkau menyerlahkan perkara tersirat dengan perkara tampak nyata

ونمت عليك ضروب الإحسان فصار كل رجاء في جنب فضلك قليلا,

Perlakuan ihsan berkembang luas kepadaMu maka jadilah rendah segala harapan di samping kelebihanMu

وترددت اليك اهل العصيان فلم يذكر الكل عنك الا جميلا,

Pelaku maksiat berulang kali kembali kepadaMu tetapi mereka tidak menyebut tentangMu melainkan perkara yang indah

فلم ينقطع منك رجاء المقصرين,

Kerana itu, harapan orang yang cuai terhadapMu tidak terputus

ولا تعدى فضلك سؤال المجتهدين.

Dan permintaan orang yang bersungguh-sungguh tidak melampaui kelebihanMu.


**Sebahagian petikan munajat Abdul Malik Al-Dharir Al-‘Alawi Al-Hasani.** 
...............................................................................................................................





   .250513.Baiti

Monday, May 13, 2013

cintanya 'aku'



بسم الله الرحمن الرحيم

-------------------------------------------------------------------------------

Kaki mengatur langkah

Tujunya aku mendekat denganMU

Demi mencariMU

Walau tiada di mataku harusnya ia bagaimana

 ------------------------------------------------------------------------------

Mataku mencapai isi bumi

Mencari dan mencari

Aku mahu berbicara

Aku mahu bercerita

------------------------------------------------------------------------------

Bisu. Kosong.

Alam ini hilang bicaranya denganku

Kerna bicara itu hanya aku denganMU

Tiada yang lain

-------------------------------------------------------------------------------

Rasa itu tiada pernah bisa diukur

Cintanya aku tiada berbahasa

Rindunya aku tiada berupa

Hingga kembali menyesak di dada

-------------------------------------------------------------------------------

Memanggil namaMU

Akan bersahutkah ia?

Yakin memukim dihati

ENGKAU ada

------------------------------------------------------------------------------

Tidak aku peduli

Perasaan itu terlalu

------------------------------------------------------------------------------

Rindu memanggil aku

Cinta mendesak aku

Sumpah jiwa setia hanyalah kepadaMU

Sumpah tuju hanyalah kepadaMU

 ----------------------------------------------------------------------------

Telah jauh KAU membawaku

Tidak ku ingin KAU mengembalikanku

Biarkan aku menjauh

Biarkan aku denganMU

-------------------------------------------------------------------------------

Hingga aku...

....................................................................

...tidak lagi bergelar 'aku' .

 ---------------------------------------------------------------------------------


اللهم صلى على روح سيدنا محمد في الأرواح وصل على جسد سيدنا محمد في الأجساد وصل قبر سيدنا محمد في القبور.


اللهم بلغ روح سيدنا محمد مني تحية وسلاما.

m218. 140513. 833am.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers